Thursday, March 24, 2011

Hai-Oh Hai





Hai Oh Hai,
Awan gelap sudah sampai!
Angkat kain yang diampai,
ketepikan ikan yang disalai.

Hai Oh Hai,
Camaner nak buat kerja?
Harga getah tengah beria,
Sapa sangka,
Hujan di tengahari pula.

Hai Oh Hai,
Apalah nak jadi hai.
Anak muda lepak bandar
Padahal kerja kampung tak sempat nak ngular.

Hai Oh Hai,
Aku dok ngeluh napa la pula?
Bukannya tak sihat; seluruh kuderat,
Bukannya sembab; kata nak work smart.
Apasal masih dok terpisat-pisat?

Hujan biarkan turun.
dah tau kan hujan,
Kenapa tak bawak raincoat?
Alur pokok getah, kan boleh cover dengan zink? Bekas getah kan boleh cover dengan plastik? Takde alasan nak lepak-lepak! Takde alasan nak borak-borak. Hujan, akan turun jugak. Perut yang dah berbunyi ni, takkan nak isik dengan kerak?

Hai Oh Hai,
Ada pulak 
yang kan makan 
penyepak.


Bebas

Aku ingin bebas.
Dan untuk itu,

Aku kena harungi dulu
PENJARA ini
click on picture

Interview dengan wali (menjaga kebersihan-hati)


Sebagai orang islam, kebersihan itu mustahak. Dari bersih dari menjaga terkena percikan air kencing pada seluar, sehinggalah kepada kebersihan rohani. Kebersihan luaran boleh dikesan dengan bau, warna atau rasa. Kebersihan dalaman, orang kata, boleh dilihat dari perbuatan dan tutur kata.

Dan pabila tanda-tanda orang yang kotor hatinya itu mula kelihatan, haruslah seorang muslim itu bermuhasabah sama ada dia melakukan amalan pembersihan harian yang wajib, seperti yang dianjurkan dalam ajaran Islam.


Misalnya berwuduk dengan sempurna sebelum solat menghilangkan dosa kecil, pahala mendirikan solat serta bacaannya mengimbangi dosa-dosa lalu serta memperbaharui syahadah. Kemudian dalam sehari dianjurkan membaca sepuluh potong ayat Al Quran sebagai makanan harian kepada hati. Ada yang yang lebih taat menjadikan YAsin, Waqiah, Sejadah dan yang satu lagi tu sebagai bacaan wajib dalam sehari. Siap Qadak-qadak bacaan, ni...
Dalam seminggu pula yang lelaki diwajibkan mendengar khutbah takwa di masjid. Dalam setahun, semua orang seolah-olah kena reset dengan solat sunat Aidil Fitri.


Zakat membersihkan harta. Begitu juga derma, sedekah. Berkongsi dan bekerjasama juga diterima sebagai cara mentarbiah nafsu, membersihkan akhlak. Berkongsi kepedihan juga cara membersihkan hati. Mengunjungi hospital semasa kita sihat dengan membawa buah tangan, misalnya.

Dan setelah diri itu bersih, wangi, bersikat, jagalah ia sebaik mungkin. Kerana tak tahu lagi sama ada kita sempat atau tidak untuk mandi pada pagi esok nantik. Bangkitlah sebentar membersihkan diri. Berwuduklah.

Dah alang-alang, tu, sujudlah sekali, sepam dua.

Bukan selalu...

Lain-lain cerita berkaitan:

Related Posts with Thumbnails