tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label PENDAPAT. Show all posts
Showing posts with label PENDAPAT. Show all posts

Wednesday, October 28, 2015

Kenapa aku jarang sertai GA/Segmen?

Sebenarnya aku akui aku memang jarang join mana-mana giveaway atau segmen. Bukan tak minat, tapi ada kekangan tertentu.


Masalah utama :
MASA
Ye aku tak banyak masa. Memang boleh update blog bagai tapi aku kurang masa kalau melibatkan banyak syarat. Kadang entry aku memang dah sedia awal, just tunggu untuk publish sahaja.


Masalah-masalah lain :
1) Terlalu banyak syarat untuk dipatuhi
2) Masalah loading yang melampau ambil masanya untuk kita view
3) Selalu terlepas tarikh pengumuman walau dah catat di tempat lain
4) Data internet agak kurang
5) Terikat dengan kerja rasmi & partime


Tapiiii eh ada tapi tau. Kadang aku usaha juga nak sertai. Tanda support sesama blogger. InshaaALLAH mana yang mudah memang aku sertai. Benda cepat, takde masalah.


Kadang banyak syarat sebab hadiahnya hebat-hebat belaka. Jadi, kenalah berusaha lebihkan?


Korang janganlah kata aku sombong plak. Bukaaaaaannn!
Aku dah nyatakan sebab-sebabnya. Harap memahamilah ya.


Yang mana ada buat GA/Segmen, semoga berjaya ya!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, May 20, 2015

NAMA JE AIR MILO TABUR

Milo? Aku jarang minum. Bukan pasal boikot ke apa ke, tapi hakikatnya macam itu. Tapi sesekali teringin, kempunan je gaya.


Terus kepada tajuk.
Order air MILO TABUR. Tapi rasa tak rupa milo yang ditabur. Macam serbuk koko yang semakin banyak dalam pasaran. Tengok warna dan bau pun boleh agak bukan.




Buat peniaga, kalau pelanggan order milo, bubuh milo.
Order air koko, baru bubuh serbuk koko. Terasa tipah tertipuuu tau.


Kempunan mak jemah nak milo tabur.
Hoho.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 10, 2015

Pendapat penggunaan hundle xs YES

Sedia maklum, streamyx bakal dipotong. Memandangkan hp celcom untuk bisnes kecil Nurul Yui Collection & ia bergantung sepenuhnya pada wifi sebelum ini, maka aku kena cari alternatif lain.


Ada kawan pakai YES.
Aku jumpa & bertanya dengan ejen di Giant, Tambun.




Aku mencari

1) Mudah untuk digunakan dimana saja
2) Boleh guna untuk lebih 3 gajet dalam satu masa
3) Ada talian/coverage di tempat biasa akan aku berada


Maka hati lebih terpikat nak mencuba huddle xs. Sebelum apa-apa perkara pertama memang aku tanya tentang coverage. Buat apa guna kalau line teruk. 


Ikutkan apa yang ditunjuk, ada kontrak selama 2 tahun. Aku tanya dia, kalau dalam sebulan tiba-tiba aku batal, berapa bayaran aku perlu buat. Ada plak dia jawab, tak pasti sebab itu center yang uruskan. 


Apa yang aku baca, kalau kita batalkan, kita perlu bayar baki yang ada dalam tempoh kontrak. Asalnya aku nak pilih 68 untuk 4gb, tapi bila fikir, baik ambil yang rendah. Nak tambah kuota, topup saja. Sebab kita tak boleh downgrade gb ok, hanya boleh upgrade!


Sebenarnya aku baru bayar booking RM 50. Jadi nak tanya pendapat kalian, kalau ada yang menggunakan YES, okay atau tidak?


Pendapat kalian sangat daku hargai.


Kalau dulu kontak setahun saja. Makin "cerdik" sekarang. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, February 09, 2015

Bakal potong streamyx

Aku rasa dah lebih setahun abah aku langgan streamyx di rumah. Sampailah dalam 2 minggu lepas, adik aku perasan dah beberapa hari internet tak dapat guna.


Dia telefon, dan bila diselidik katanya modem ( entah betul ke tidak ejaan ) rosak mungkin disebabkan kilat yang kuat.


Uih!
Dalam fikiran aku, ketika itu dah beberapa hari tak hujan. Kalau hujan memang jarang kami nak on streamyx itu. Itu rasa pelik.


Penyelesaian?
Disuruhnya ganti yang baru dengan bayaran lebih RM 100.


Bila difikir, aku guna pun hari Sabtu & Ahad. Dengan bayaran lebih RM 100 untuk penggunaan dalam 8 hari sahaja, macam tak berbaloi. Jadi keputusan aku, aku minta abah aku batalkan penggunaan streamyx.


Jadi sekarang, tunggu bil terakhir. Tapi tak pastilah kalau ada bayaran lain pula. Mana tahu kot ada kontrak tersembunyi atau terbuka yang kami tak perasan. Harap selesai dengan baik.


Zaman sekarang, penjimatan harus diutamakan.


Dah fikir nak guna yang lain. Nanti aku share.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 27, 2015

2 kemalangan sepanjang perjalanan

Semalam balik dari SS otw terus ke office, sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 50 minit, ada 2 kemalangan yang aku nampak. Dua-dua melibatkan motor dan kereta.


Aku yang menunggang motor rasa debarnya. Melihatkan keadaan motor, tak dapat bayang macam mana kecederaan si penunggang.


Orang selalu kata menunggang motor ini berbahaya. Bagi aku, bahaya ada di mana-mana cuma yang membezakan adalah % cara kita protect diri.


Kadang kita dah bawa elok, ikut undang-undang tapi ada juga yang terkena. Salah orang lain!


Tak tahulah macam mana nak komen cara para penunggang & pemandu di Malaysia ini. Banyak aku jumpa pentingkan diri sendiri saja. Asal lepas tekak sendiri, orang lain dah tak peduli. Ingat, kita buat jahat kat orang, mana tahu satu hari nanti terkena pada kita.


Macam itu juga ketika di jalan raya.
Jangan nak tunjuk eksyen baik yang tunggang atau memandu.
ALLAH nak tunjuk kejap sahaja.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 20, 2015

Cara ajar kucing kencing dah berak dalam bilik air

Ini antara kucing tua dalam rumah. Dah lebih 4 tahun. Namanya Eton. Aku tak berapa ingat macam mana dia boleh terjebak berak & kencing dalam bilik air. Yang pasti, aku memang ajar sebolehnya semua kucing yang berada dalam rumah praktik berak & kencing di bilik air. Senang, tak membazir pasir. Hahaha.



Kisah kenapa mata Eton sebegitu
[ entry ]


Dalam bilik air memang ada satu kerusi khas. Kerusi untuk kucing. Sentiasa ada. Kalau orang nak masuk baru bawa keluar. Oklah, aku nak share cara aku ajar depa.


1) Kurung sebolehnya seharian dalam tandas & pastikan ada makanan & minuman
2) Bawa sekali bila kita masuk dalam tandas


Sebenarnya aku biasa buat nombor 2. Hahahaha! Ala, bukan apa pun. Kita nak ajar dia. Mana tahu dengan bauan yang ada buat dia faham. Tak payah nak cakap kotor ke apa bukan aku buat benda pelik. 


Tapi cara yang sebaiknya adalah nombor 1. InshaaALLAH mereka akan biasa. Setakat ini aku buat cara 1. Kadang kita dah tahu bila time mereka nak buang air kecil atau besar. Biar dalam setengah jam, buku pintu tengok-tengok dah ada air kencing & tahi. 


Kerja manusia pun senang. Just bersihkan. Kurang dah penggunaan pasir.


Jadi, ajarlah kucing anda. Mana tahu dia patuh. Tak cuba tak tahu.


* Ini adalah berdasarkan pengalaman peribadi. Lain orang lain caranya. Boleh ikut kalau nak mencuba. Terima kasih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 02, 2014

Sangkar yang sesuai untuk seekor kucing dewasa

Ehem-ehem diingatkan terlebih dahulu, entry ini adalah pendapat peribadi dari aku semata-mata dan melalui pengalaman yang ada. Untuk pendapat yang lebih baik, boleh rujuk pada yang arif.


Blogger sis Diana ada bertanya aku berapa banyak sangkar yang aku ada?
Secara kasar sangkar yang ada lebih 10. Saiz sederhana hingga yang mencapai ketinggian orang dewasa.


Tak semua kucing aku duduk dalam sangkar. Ada yang berkeliaran bebas keluar masuk rumah. Ada yang jadikan bilik air sebagai tempat poo & pee mereka. Ada yang poo & pee dalam bekas pasir. Jadi, sangkar lebih memang spare untuk kucing yang beranak.


Berbalik pada soalan sis Diana
Sangkar apa yang sesuai untuk seekor kucing dewasa


Model terpaksa : Lela


Sangkar seperti dalam gambar di atas, ku rasakan antara yang sesuai untuk letak seekor kucing dewasa. Aku ada banyak sangkar seperti itu. Contoh di luar rumah, 2 sangkar ini digabungkan dan letak 4 ekor kucing yang bersaiz sederhana. 


Harga lebih kurang RM 40. Harga bergantung kepada kualiti sangkar. Ada yang jenis tebal. Yang ku beli jenis sederhana. 


Kalau kucing jenis guna pasir, belilah sangkar lebih besar untuk letak sekali bekas pasir. Jadi, kucing ada ruang untuk bergerak ke sana sini. Yang penting perlu ada ruang untuk mereka tidur.


sumber google


Kalau sangkar jenis bertingkat, harga bermula RM 300 biasanya. Juga mengikut kualiti & saiz sangkar. Boleh letak 3-4 ekor. Bahagian bawah boleh letak bekas pasir. Senang untuk bersihkan sebab ada roda.


Senang cerita beli sangkar biasa. Ada bajet lebih boleh beli yang besar. Lebih berbaloi.


Jadi, beginilah pendapat aku. Harap sis Diana puas hati dengan jawapanku. Nanti aku ukur ikut inchi sangkar tersebut ya. Lupa pula haritu =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Sunday, November 09, 2014

Kerana mulut badan binasa

Biasa mendengar ayat ini? Boleh terjadi dalam pelbagai situasi. Lebih-lebih lagi untuk golongan yang suka bercakap ikut sedap badan. Tak fikir langsung perasaan orang lain. Janji lepas dia sahaja.


Untuk pengetahuan kalian, aku lebih gemar mendiamkan diri. Bukan bermakna tak prihatin tapi lebih memikirkan jika aku bersuara, makin terasa orang yang mendengarnya. Elok benda nak jadi baik, lebih buruk pula keadaannya.


Contoh
Ada yang meminjam duit dengan aku dengan berjanji akan bayar semula dalam masa sebulan. Sebulan berlalu, si peminjam masih tidak menunaikan janjinya untuk melangsaikan hutang. Masih macam biasa bertegur sapa dengan aku tanpa membicarakan tentang hutangnya

Aku diamkan diri dengan harapan agar peminjam mengerti sendiri. Hampir 2 bulan, dengan rasa rendah diri aku bersuara menyatakan di mana janjinya. Laju dia bayar dan terus menyepikan diri.


Adakah itu salah satu kesan kerana mulut badan binasa?
Kerana mulut aku, badan si peminjam lah yang binasa. Siapa suruh tak ingat janji sendiri.


Oklah, situasi di atas hanya contoh sahaja walau macam tak kena dengan tajuk. Tapi itulah hakikatnya, aku tak suka lebih-lebih dalam bersuara. Mereka yang rapat denganku, inshaaALLAH lebih mengerti.


Tolong jaga mulut masing-masing.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 06, 2014

Isu buli di sekolah

Sejak kebelakangan ini makin banyak tersebar video budak-budak sekolah membuli sesama mereka. Aku memang tak sanggup nak tengok. Maklumlah aku insan yang lemah. Cepat sedih. Huhu.


Apa yang aku nak sampaikan,


Wahai budak-budak yang kaki buli, kalian harus ingat akan hukum karma. Tak dinafikan kadang gejala negatif sebegini banyak dipengaruhi oleh rakan sebaya. Kemain seronok tengok buli orang, dia pun join sama. Konon kuat! Puiii.


Aku faham perasaan "membara" budak-budak nak up, tapi guna akal juga. Jangan nak over sangat. Mugkin akal masih di lutut sekarang. 


Banyak pihak yang perlu diambil kira bila benda ini terjadi.

1) Keluarga
2) Pihak asrama
3) Pihak sekolah
4) Polis


Selalu orang nak salahkan keluarga saja sebab tak pandai mendidik. Eh, budak sekarang lain ok. Lain sangat. Mak pak dah bagi didikan elok-elok tapi gejala luar lebih hebat. Mak pak kadang dah tension. Penat diaorang.


Apa pun aku harap, si pelaku iaitu pembuli taik ayam dapat dikenalpasti segera. Bagi pengajaran. Bukan setakat motivasi saja, bagi sekali tindakan. 


Kalau jadi kat keluarga aku, tak kisah kategori dibuli atau pembuli, memang aku lempang laju-laju walau darah daging sendiri. Mak pak aku dah wariskan pada aku sebab depa dah berusia. Jangan nak main-main dengan kak long dia, Hahahahaha.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 31, 2014

Pengakhiran cerita selamat pengantin madu

Nak kata aku follow setiap minggu tidaklah juga. Ikut mood kalau nak tengok. Tapi sejak dua tiga minggu aku duk tengok cerita selamat pengantin madu di tv 3. Mula tengok menyampah tapi bila fikir memang ada yang terjadi di alam realiti.


Malam tadi adalah episod terakhir dan pastinya aku nak tengok apa pengakhirannya. Bermadu selamanya atau habis madu sepah dibuang? Akhirnya isteri kedua diceraikan dan kembalilah kepada isteri pertama. 


Moral yang aku nak simpulkan


1) Lelaki, walau anda ada hak untuk berkahwin hingga 4 tapi tolong fikir kemampuan diri itu terlebih dahulu. Jangan sekadar mudah jatuh cinta tapi tanggungjawab entah kemana.

2) Perempuan, andai rasa diri tak mampu untuk berkongsi kasih sayang, jangan di cari lelaki yang masih beristeri. Andai tak mampu nak bendung rasa cemburu, elakkan sebaiknya. 

3) Anak, anda mungkin hanya mangsa keadaan andai ibu dan bapa tidak bersepakat. Maka bersabarlah dalam dugaan yang dihadapi.


Serious, awal-awal aku tengok dulu memang meluat sungguh terutama dengan perangai gedik bini kedua. Siap cakap takkan hormat bini tua. Apa hal? Dan pengakhiran semalam memang sesuai sangatlah. Bagi pengajaran.


Eh emo pula aku cerita bab ini! Hahahaha. Apa pun, kalau berbini lebih satu dan pandai handle takpelah. Tak semua bini kedua itu jahat. 


Contohi poligami Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman. Ambil yang baik. Isteri-isterinya bersama terbitkan satu buku. Bahagianya mereka. Cemburu daku tengok.


Sekian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, October 21, 2014

Anda pengguna smartphone Asus zenfone 4, 5 atau 6?

Lama dah aku cuba risik tentang zenfone asus tak kisah 4,5 atau 6. Tapi dari ketiga-tiga jenis aku lebih rasa nak pinang zenfone 6. Sebab lebih besar & kamera lebih cantik.




Ada tak antara kalian pengguna zenfone? Tak kisah 4,5 atau 6? Boleh story serba sedikit kelebihan atau kekurangannya. Aku ada baca review di internet tapi apa salahnya tanya pendapat rakan blogger pula kan?


Lagi satu yang buat aku tertarik adalah dari segi warnanya. Cun bangat. Mehmehmeh.




Niat di hati nak trade in samsung grand ini tapi rasa sayang pula. Entahla. Masih berfikir-fikir nak beli baru atau trade in atau perhati sahaja dulu.


Semakin banyak jenama smartphone baru yang tumbuh bagai cendawan. Brand tak dikenali tapi boleh tahan hebat juga setanding jenama yang ada. Tengok sahaja Oppo, sekejap sahaja dikenali. Harga boleh grab iphone juga.


Ada tak review ringkas korang tentang zenfone 4,5 atau 6?


Asus fonepad 7 pun nampak best. Pergh duit oh duit. Jangan membazir bukan-bukan.


Nak beli samsung grand duos aku? Letak RM 450 ada ka nak? Hahahaha.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, September 09, 2014

Bagaimana untuk elakkan kucing memancut?

Aku ini takdelah "hebat" untuk tahu secara teliti tentang kucing tapi sekurangnya aku belajar dari pengalaman dan kadang-kadang baca info yang sahih termasuk dari pihak veterinar sendiri. Ada yang bertanya padaku,


Bagaimana untuk elakkan kucing memancut?
Khasnya buat kucing jantan. Berdasar pengalaman, sampai satu tahap/peringkat umurnya, kucing akan memberi tanda. Dengan memancut sedikit pada tempat yang dia nak. Ada beberapa sebab yang aku tahu :

1) Sebagai tanda kawasan
2) Faktor usia
3) Faktor kesihatan


Nak elak? 
Secara jujur benda ini adalah perkara normal yang akan terjadi. Solution terbaik, hantar pada veterinar untuk proses neuter. 


Kalau cara klasik/cara orang tua
Letak hidung kucing pada kawasan yang ditanda. Maknanya pastikan hidung dia kena pada tempat tersebut. Cara macam ini agak berkesan terutama pada yang suka berak merata. Bab kencing belum try.  Konon ini sebagai amaran tuan kucing tak suka kucingnya buat macam itu. 


Letakkan daun limau purut ( beberapa helai ). InshaaALLAH tempat tersebut takkan diusik lagi kucing. 


Ini semua hanya cara tradisional dan moden. Tak salah untuk mencuba. Dah cuba baru tahu kesannya kan? Apa pun perkara begini adalah lumrah. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 26, 2014

Pc pejabat buat masalah

Makin menjadi pula pc pejabat yang aku gunakan ini. Satu-satu masalahnya. Aku bukanlah pandai bab IT maka tak hairanlah bila jadi masalah sikit, mula rasa rungsing sebab berkali-kali jadi.


Antara masalah yang jadi

1) Bila buka new tab, terjadi double
2) Nak copy sangat-sangat bermasalah
3) Nak klik, kejap timbul kejap tidak. Kena berkali-kali klik.
4) Nak perbetulkan salah, tak boleh terus ke huruf yang nak dibetulkan. Kena backspace.


Aduh! Ikutkan banyak masalah. Aku dah try restart tapi masih sama. Agaknya korang yang pakar, rasanya apa masalah pc aku? Atau mouse aku yang bermasalah ni? Rasa nak hempap ja semua. Huhu.


Nak kena ketuk bagi rosak terus atau nak abaikan ja sampai dia ok sendiri? Haaaa. Mood pun ke laut. Rasa nak layan cerita korea je. Hahaha.


Maaf kalau ada blog yang masih belum ku kunjung. Cuba mana terdaya dulu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 18, 2014

Isu boikot Mcd

Aku taknak bercerita kenapa atau mengapa perlu boikot mcd tapi aku nak luahkan rasa kecewa melihat kejadian boikot yang hanya mengikut perasaan semata-mata. Apakah antaranya?


1) Menghina/mengherdik pekerja-pekerja yang kebanyakannya adalah orang Islam
2) Merosakkan harta benda
3) Merosakkan kenderaan yang menampal sticker mcd
4) Memulau mereka yang masih bekerja di mcd


Eh! Boleh tak guna akal waras? Jangan ikut nafsu semata-mata. Orang lain boikot juga tapi takdelah sampai nak menimbulkan masalah lain.


Sampai ada yang suruh berhenti serta merta, erm korang boleh bagi kerja terus ke kepada mereka? Kalau ya alhamdulillah. Letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin mereka dalam perancangan/pencarian kerja baru. Ya rezeki ada dimana-mana tapi usaha juga masih perlu.


Apa point utama aku di sini, boikot boleh boikot tapi tolong jangan tersilap langkah dengan buat benda tidak sepatutnya. Sampai ada kes baling batu, rosakkan kenderaan, meludah, memecahkan cermin. Apa ke hal manusia macam itu?


Jangan sampai kerana sikap "terlanjur" ada yang masuk penjara. Berhati-hati.


Islam tak suruh kita menganiaya manusia lain.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, August 11, 2014

Facebook bakal ditutup?

Kecoh hal pihak kerajaan akan tutup Facebook. Korang ada dengar tak berita ini? Mula-mula aku fikir mungkin berita kosong yang memang suka tersebar meluas dalam media sosial tapi bila ramai rakan update, terasa ada benarnya.


Rasanya mereka baru bercadang tapi belum ada keputusan tetap.


Pendapat korang sendiri bagaimana? Wajarkah tutup Facebook? Dikatakan punca pelbagai gejala negatif. Atau mungkin ada alasan kukuh lain.


Pendapat aku sendiri sebagai rakyat biasa yang kerdil & tiada pangkat apa-apa :


Kalau terasa media sosial Facebook adalah punca utama, aku cadangkan semua media sosial ditutup terus termasuklah twitter, instagram, blog & seangakatan dengannya. Sekat segala akses yang keluar masuk melalui media sosial seperti youtube.


Bagi aku, gejala negatif bukan saja dari media sosial, dari keadaan sekeliling pun banyak. Kalau nak bercerita memang panjang lebar. Pucuk pangkal HATI MASING-MASING.


Korang rasa akan ditutup atau tidak? Aku rasa TIDAK. Huhuhu. Boleh main rasa je? Wakakakaka.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 04, 2014

Bazar Ramadhan kini

Hingga hari ke 5 berpuasa, baru sekali aku jejakkan kaki ke bazar ramadhan berdekatan rumah sewa di Station 18 Ipoh. Itu pun sebab ikut rakan serumah. Jadi, nak juga jenguk rupa bazar untuk tahun 2014.


Perbezaan? 
Hanya satu berbeza iaitu HARGA. Sebagai contoh, roti john besar sekarang RM 3.80. Air satu plastik besar RM 3. Lauk pauk paling rendah RM 3. Sambal ikan bilis pun sama. Purata kenaikan adalah 50 sen ke atas.


Bagi aku, harga dah naik. Kuantiti dah kurang. Rasa tak seberapa. Mungkin "terkena" dengan aku sahaja situasi macam itu. Sebagai pembeli, aku boleh terima harga naik tapi biar berbaloi dengan rasa yang bakal pembeli telan.


Jangan sekadar harga naik, kualiti kurang. Takut pelanggan lari.


Lagi satu, kalau ke bazar, paling sikit duit akan keluar adalah RM 5 ( untuk bujang ). Kalau berkeluarga paling rendah mungkin RM 15 ( beli lauk ). Ikutkan berbelanja di bulan Ramadhan lebih tinggi berbanding biasa melainkan anda pandai kawal bajet.


Kesimpulan aku, aku sehabis boleh nak kurangkan ke bazar. Tahun-tahun sebelum ini hampir setiap hari membeli. Tahun 2014, aku akan beli bahan sendiri dan akan masak sendiri. InshaaALLAH. Terjamin & puas hati.


Bazar kini memang banyak beza.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 20, 2014

Produk apa yang digunakan untuk hilangkan masalah selulit?

Ada tak dikalangan anda yang menghadapi masalah selulit? Aku pun tak reti nak bagi gambaran macam mana selulit tu tapi point utama aku nak tanya, produk apa yang digunakan berkesan untuk atasi masalah selulit.


Gambar hasil Google


Ada yang pernah ku baca, produk di atas sesuai digunakan. Eh, ada tak di kalangan korang guna atau boleh suggest produk apa yang sesuai atau nampak hasilnya? Meh kongsi-kongsi pengalaman.


Selulit siapa yang nak diatasi? Saja aku tanya. Mana tahu nanti terjadi senang boleh refer. Ye dak?


Nak dapat mini popia percuma?
Cepat join GA Mini Popia Ikan Bilis
Rujuk pin post




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 22, 2014

Kenapa komen di entry tiada atau sikit?

Mula-mula kita kena tahu apa matlamat utama untuk setiap entry yang kita hasilkan?

1) Untuk dijadikan kenangan
2) Untuk orang ramai search dah terus jumpa entry
3) Nak dapatkan banyak komen
4) Saja suka-suka


Kalau tanya aku, pastinya tujuan utama nak berpokpek lebih panjang, nak dijadikan kenangan mana tahu nanti keluarga, anak, cucu, cicit boleh tahu kisah aku. Sentuh bab komen di entry, serious kalau dulu macam terfikir juga nak setiap entry kena ada komen dari blogger lain. Konon at least kita tahu ada orang baca.


Sekarang? Erm aku tak kisah. Sebab aku tahu setiap blogger ada alasan sendiri kenapa dia nak/tidak untuk drop komen di entry kita. 


Contohnya :

Tak komen sebab?

1) Entry panjang berjela dan ditambahkan dengan pelbagai cerita dalam satu entry
2) Entry bercerita pasal cinta, seks & benda lucah
3) Susah nak drop komen sebab ada word verification
4) Susah nak komen sebab guna widget yang telah diubahsuai
5) Entry melalut tak faham motif apa
6) Hanya sekadar baca sahaja ( silent reader )


Rasanya ramai di antara kita tergolong dalam (6) termasuk aku sendiri. Bukan bermaksud malas tapi kadang-kadang kita ada sebab tersendiri. 


Walau apa pun, inshaaALLAH setiap blogger yang komen di entry aku, aku akan jejak balas dan akan tinggalkan juga komen di entry kalian. Bukan sekadar membalas tapi lebih kepada rasa teruja & hargai apa yang kalian lakukan.


Korang ada nak tambah apa-apa? Jom share nanti aku updatekan. Boleh juga tahu pendapat blogger lain.


Mungkin nanti nak share macam mana nak tarik perhatian agar orang tinggalkan komen =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 16, 2014

Tempat menarik di Cameron Highland?

Walau aku duduk di Perak dan berdekatan sahaja dengan Cameron Highland tapi baru beberapa kali pergi sana. Rasanya kali terakhir lebih 8 tahun lalu. Uih! Lama rupanya.


Jadi, persekitaran terkini di area sana aku pun tak pasti macam mana. Jadi, kepada kengkawan yang biasa pergi cameron, boleh cadangkan tak tempat mana yang WAJIB dikunjungi bila sampai sana?


Yang aku baca :

1) Big Red Strawberry Farm
3) KEA Farm


Lain-lain mana lagi best? Bukan apa cadangnya nak pergi sana esok sebab keluarga semua dah cukup ada untuk bercuti atau beriadah bersama. Bukan senang nak kumpul macam ini. 


Agaknya cuaca sana pun okay kan sekarang ini? Kalau musim hujan macam terpaksa batalkan ke sana dan cari alternatif pergi tempat lain.


Prinsip aku mudah, duit boleh dicari tapi keluarga tak dapat dicari dengan duit. Selagi boleh bersama, manfaatkan waktu yang ada sebaiknya.


Cadangan kalian sangatlah daku hargai. Terima kasih.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 15, 2014

Kenapa tidak update blog?

Perasan atau tidak cik empunya blog ini sekarang jarang nak update terutama ketika cuti. Hari biasa pun update sehari sekali itupun kalau jari jemari nak menaip.


Kenapa boleh jadi macam itu?


1) MALAS
2) TIADA IDEA
3) TIADA PERASAAN


Sekarang baru aku rasa ketiga-tiga perkara di atas. Tiada perasaan, tiada idea & malas. Itu faktor utama. Bila difikir secara logik ada saja cerita boleh kita up kan tapi pabila penyakit 'M' wujud, semua kerja tak jadi.


Idea terbantut. Hasil tiada.


Secara kesimpulan buat masa ini aku bukan blogger tegar. 


Eh! Bercerita macam ini pun dah boleh jadi satu entry =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^