tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label pendapat peribadi. Show all posts
Showing posts with label pendapat peribadi. Show all posts

Friday, June 09, 2017

Menu Korea Topokki (Kek Beras)

Adalah satu hari tu, tekak tak tahu nak berbuka apa. Masuk AEON nampak Topokki segera, cuma kita panaskan/rendam. Rembat 1 untuk merasa.




Oh,
Begini rupanya rasa TOPOKKI. Begini rasanya kek beras yang selalu Yui tengok ahli running man makan sampai rasa terliur. Hahaha.


Untuk Yui,
Rasanya ok. Cuma mungkin sebab ini jenis segera dan bukan homemade, bahan tak berapa nak meriah. Tapi dari segi rasa, tekak yui boleh terima.


Kalau bagi pilihan antara ramen dan topokki, Yui pilih RAMEN Samyang =)





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 08, 2017

Ramadhan 1438H Nurul Yui 2017 - BAZAR

Dah hari ke-13 kita berpuasa,
Macam mana lalui Ramadhan korang? Kalau okay alhamdulillah. Tapi kalau ada berita menyedihkan. moga lebih kuat dan tabah.


Ramadhan Yui macam biasa. Kalau nak bercerita pasal makan minum ketika berbuka, dah tentu yang dicari ialah air. Heeee, makanan tu jadi kedua.


Entry kali ini nak berceloteh pasal PARAM/BAZAR

Bazar?
Yui dah beberapa tahun kawal diri untuk tidak setiap hari ke bazar. Pergi bila perlu atau disuruh sahaja. Bukan apa, kebanyakan yang terjadi di tahun 2017 ini sangat mengecewakan. Bayangkan, air tak manis, caroi je tengok.


Paling sedih bila peniaga itu adalah peniaga yang dah berpuluh tahun berniaga. Takkan ketika ramadhan terus "resepi" jadi lain? Kot ya pun disebabkan kenaikan harga, semua faham. Jenis Yui, biar harga naik dari dapat kualiti yang berkurangan serta mengecewakan.


Tak dinafikan harga lauk naik. Kalau kita beli barang basah pun dah mahal, untuk orang bujang macam Yui, Yui lebih selesa masak menu apa yang nak ditelan saja. Balik kg baru nak "meriah" memasak.


Apa pun,
Kita yang kena pandai kawal diri. Kalau rasa rajin, balik rumah dan masak. Tapi kalau malas dan tiada masa, tunjuk tunjuk bayar pun senang. Hehehe.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, May 30, 2017

Review Peribadi : Anis Chocolate Melt

Yui suka kek coklat keluaran Anis. Biasa Yui makan yang bekas macam love tu dalam RM 6 lebih. Tapi haritu nampak yang bekas kecil RM 4 lebih. Memang tak pernah try.




Lelehan coklat tu sama tapi bab tekstur kek rasa macam lain sikit. Agak kurang untuk tekak Yui. Yui lagi suka yang satu lagi lebih lembut dan lembap.


Apa pun,
tak salah mencuba kan?


P/S :
Kebanyakan entry makan/minum adalah hasil sebelum puasa atau waktu berbuka. Yui selitkan dalam entry blog untuk rujukan Yui sendiri.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 25, 2017

Review peribadi : Croissant dari Munchy's

Yui perasan croissant ni pun dari post member di FB. Lepas itu, waktu beli barang di TF, Yui ternampaklah. Tapi waktu tu ada 2 perisa, rembatlah dua-dua sebab nak rasa.




Buka 1,
Eh lembut. Eh sedap. Eh inti best.


Terus buka paket kedua =)


Tengok plak ada masuk berita. Oh, rupanya ada 3 perisa. Caramel, coklat & vanilla.




Kesimpulan,
Yui sangat suka. Harga baru RM 1.30. Mampu milik dan sedap. Bolehlah beli buat menu sahur. Yang belum cuba, korang wajib cuba okay. Berbaloi sangat harga tu + ada inti lagi. Memang terbaiklaaaah!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, April 07, 2017

Kaki Wayang : Ghost In The Shell

Saja nak bagi pendapat peribadi lepas tengok wayang cerita Ghost In The Shell. Warning, ini pendapat peribadi Yui ya. Mungkin tak sama dengan kalian yang lain.




Jangan pelik kalau muncul nama-nama orang Jepun sebab rasanya memang ini cerita dari deme. Sebab apa? Banyak bangunan, motor pun letak HONDA. Wahhh, hebat! Kan Jepun maju dengan teknologi robot. Maka, jadilah cerita macam ini.


Pasal perempuan ni yang digelar Mejar, hanya kepala dan otak saja manusia, badan apa semua tu dah jadi robot ciptaan manusia lain yang ada kepentingan sendiri! 


Konflik muncul bila ada seseorang yang cuba bunuh seorang demi seorang orang atasan Mejar. Siapakah? Haaa, yang tu kome kena tengoklah sendiri. Mana boleh semua nak cerita sini. Hahaha.


Secara peribadi,
Yui bagi 8/10


Cerita ini P13 tapi macam rasa lagi baik untuk tatapan 18 tahun keatas. 


Lepas ini nak tengok cerita Fast & Furious 8 la =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 07, 2016

Review Filem : Doctor Strange

Lama tak tengok wayang. Yang terbaru sempat tengok cerita orang putih, Doctor Strange. Oh ya, nak habaq siap-siap, Yui review cara Yui sendiri ya. Jangan samakan dengan orang lain. Kira pendapat peribadi laa ni tauu.




Mula-mula tengok cerita ni, dok fikir eh pasal apa ni. Awat jap alam gini, jap alam lain. Ok, dah 20 minit faham dah. Jangan di tanya apa kisah sebelum sebab Yui bukan jenis follow cerita dari filem lepas ke apa jika ada. Heeeee.


Tengok yang perempuan botak tu, dok fikir pasal agama. Pastu fikir pasal magic, pasal ilmu dalaman diri. Pendek cerita, filem ni banyak berimaginasi dalam diam. Kalau korang jenis malas, memang tak layan sampai habislah.




Dari negara orang putih terus ke Kathmandhu if i'm not mistake. Huhu. Nepal kan tu. Haaaa, kemain cari penawar sebab Dr ni kemalangan dan agak kritikal dan sukar untuk pulih. Bila dia sampai sana, jumpa la lelaki belah kiri dia ( rujuk gambar atas ). 


Dia belajar dan belajar eh entah kenapa boleh plak dia ni jadi macam superhero. Boleh berlawan dengan orang jahat, ada kuasa dan boleh juga putar masa ( tu sebab rantai dia pakai kot ).


Paling tak menahan bab dia boleh sampai ke hospital balik tu. Nak rawat diri. Lepas tu "roh" berterbangan. 


Apa akhirnya?
Korang kena tengok sendiri tau. Haaaa, ni review cara Yui aje. Memang takdelah nak hafal nama semua. Hahaha.


Bagi 8/10.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, August 09, 2016

ISU POKEMON GO

Wahhh kemain cerita pasal pokemon go je berlambak di sana sini. 
Tapi sayangnya aku takde nak ambil tahu sangat. Hahaha.


Orang kata game ini melalaikan?
Lalai kalau tak pandai handle
Tersasar kalau salah niat.


Mufti larang?
Mesti bersebab. Orang je yang suka sangkalkan pendapat orang yang lebih berilmu. 
Dunia akhir zaman orang kata.


Cara aku mudah aje.
Tak ok jangan ikut. Dah nasihat, cuba dengar. 


Apa pun,
dalam hp aku takde langsung game, sekian.
Ekekekke.






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 27, 2016

Wajibke tukar duit raya?

Bila menjelang hari raya, sudah tentu ramai yang tak sabar nak tukar duit raya kat bank. Siap simpan tarikh bila pertukaran boleh bermula. Nak yang cantik. Heeee. Hakikatnya duit baru atau duit lama, nilainya masih sama.


Kenapa nak tukar duit lama ke duit baru?
Alaaa, saja suka-suka. Seronok tengok kepingan duit tu cantik kan. Hahahaha.


Aku tukarke duit raya?
Jarang sekali aku tukar. Kadang member ada lebih, baru bagi. Heeee, kalau nak harap aku sendiri pergi bank dan tukar, memang taklah. Malas aku. Baik aku layan running man. Wakakaka.


Lagipun biasanya nak bagi duit raya pada orang,
Letak dalam sampul raya. Jadi, dah tentu tak nampak duit itu lama mahupun baru. Kira tak kisahlah dik non.


Korang rajin, tukar
Tak rajin, guna aje duit lama.


Ingat ya isu yang pernah aku sampaikan pasal anak vs duit raya. Boleh [baca sini].




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 20, 2016

Bila mak bercerita pasal duit raya

Sebelum memulakan apa yang aku nak ceritakan,
Ambil yang baik, yang buruk tinggalkan ya.


Di zaman ekonomi yang agak "teruk" ini, yang mana banyak perkataan TINGGI, yang rendah jarang sekali. Cuba sedaya upaya berusaha meningkatkan taraf ekonomi masing-masing.


" Mak teringat sebelum ini. Bagi RM 1 kat anak sedara. Anaknya buka terus sampul dan cakap alaaa seringgit je. Pastu akaknya suruh diam konon taknak bagi mak dengar. Yelah, bagi pun seikhlas hati. Dah surirumah"


Aku yang dengar mak cerita terus cakap


" Nasib time tu orang takde. Kalau tak boleh dah nak nasihat sikit".


Oh ya, mak aku tu surirumah tau, ada kerja pun setakat sebulan dapatlah RM 150- RM 200. Kadang anak-anak bagi duit. Sampul tu pun dapat dari anak-anak atau yang free. Kira duit raya tu seikhlas hati darinya.


Motif utama yang aku nak sampaikan kat sini,
Kalau boleh tolong didik anak-anak terutama yang dah bersekolah rendah agar lebih beradab ketika dirumah orang. Tak syiok tau kalau orang tua terasa. Ini bukan budak hingusan punya peel tapi dah bersekolah.


Takpun sebelum keluar rumah tu,
Mak pak duklah dekat anak. Senang kalau tuan rumah bagi duit raya, mak pak boleh terus pegang. Takdelah jadi situasi seperti di atas.


Duit raya tu tak wajib, itu seikhlas hati tuan rumah.


Sekian dari insan biasa yang banyak kesalahannya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 29, 2016

V-Soy Multi Grain minuman soya yang mengenyangkan

Antara salah satu pebret aku. Ada dua jenis tapi lagi suka yang ini sebab lebih pekat dan mengenyangkan.




Harga satu kotak kalau promosi di TF RM 3.80. Harga biasa aku jumpa RM 4 ke atas. Biasa kalau promosi, memang aku beli. Jimat. Hahahaha.


Serius sedap. Minum ketika sejuk. Fuhhh, nikmat !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 23, 2016

Pendapat Peribadi : Pati Delima Gulsan

Korang biasa tengok botol macam gambar ni? Selalu orang sebut gulsan. Kalau aku, produk ni top jugalah walau tak selalu nampak jual dalam online. Pergi je toko jamu, inshaaALLAH ada jual.


Buah Delima / Pati Delima
Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran). 


Antara khasiatnya adalah :-


1.MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.


2.DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.


3.MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.


4.MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.


5.MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.


6.MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".


7.MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.


8.MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.


9.DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.


10.MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.


11.MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.


12.MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.


13.MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.


14.MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.


15.DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL

·         Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'


·         Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan bayi )


·         Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih kuat sesuai dengan pergerakan bayi yang dikandung)


·         Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik


·         Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur


16. MELINDUNGI OTAK BAYI

Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juga dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.



PENTINGNYA WANITA MENGAMALKAN BUAH DELIMA :-

·     Menegangkan payudara
·    Mencantikkan kulit - merawat kulit rosak/kulit kering/kulit berjerawat
·         Mencerahkan kulit
·         Menegangkan kulit dan menjadikannya awet muda
·         Membuang lemak berlebihan terutama di perut
·         Merapat dan mencegah kanser rahim
·         Merapat dan menyuburkan rahim - menormalkan kitaran haid yang tidak teratur
·         Memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid (elak moody)
·         Membakar kalori dengan cepat, elak pertambahan berat badan
·     Mengubahsuai dan membaikpulih hormon semasa menopouse - sesuai dihadiahkan kepada ibu tersayang :)
·         Merawat KEPUTIHAN dan jangkitan kulat di faraj/rawat kegatalan faraj
·         Menghalang pembentukan SEL BARAH PAYUDARA
·         Menjaga kesihatan usus besar dan kecil (lawas)

Sumber : Haanah Sytieh



Harga : RM 15/250 ml


Aku tak pernah amalkan sebelum ini, saja beli sebotol. Makan sebelum tidur, esok pagi cepat benar aku rasa kelaparan. Maybe aku tak berapa sesuai atau mungkin sebab kali pertama nak amalkan. Bukan apa, ada kawan kepada kawan aku bagitahu, dia amalkan dan selera makan dia bertambah. Heeee.


Rasa?
Masam-masam. Memang aku suka rasa sebegin. Kalau bancuh dengan air pun masih rasa sedap.


Takpe, kalau aku tak guna. memang bagi family je sebab deme biasa makan.


Korang amalkan pati delima?
Eloklah beli jenis ni, murah pun murah. Harga RM 12-RM 15.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 19, 2016

Pendapat Peribadi : Fanta perisa Laici

Jalan-jalan kat Tesco, nampak air perisa peliikkkk je sikit mula gatal tangan nak ambil. Heeeee, yang ni dari Fanta perisa Laici.



Harga RM 2 +


Macam biasa, sebelum minum haruslah masukkan dulu dalam peti ais. Minum sejuk baru syiokkkkk !!


Pendapat aku,
Bolehlah. Tapi rasa gas tetap kuat. Rasa laici tetap ada. Bagi aku, aku sekarang memang tak gemar air gas. Dah kurang sesangat. Lagi suka air buah. Aku rasa perisa laici ni akan tetap ada. Tak macam F&N. Ada perisa tertentu lebih kepada limited edition.


Nanti pasal F&N Nenas plak ya. Itu pun kalau rajin. Lalalala.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, February 05, 2016

Apa guna bloglist kalau singgah pun tidak?

Heeeee, entry ditujukan khas untuk tuan tanah, Yui.


Sedar, kita ni blogger picisan, sendu dalam alam maya. Banyak bercerita pasal hal sendiri ( dulu lain sangat ).


Eh, mengarut!


Si blogger, biasanya ada bloglist sendirikan?
Rajin ke diri tu menyinggah ke setiap bloglist yang tersenarai?
Macam mana nak konsisten?


Cara aku, peringatan untuk aku!


Hari ini update 1-2 entry, lebih lagi bagus. Ada komen, approve. Keesokan hari, jejak balas setiap komen yang ada.


Settle komen di entry,
Baru singgah santai di setiap blog yang tersenarai dalam bloglist. Tak kisahlah nak singgah baca semata atau tinggalkan komen. Terpulang.
Barulah berguna BLOGLIST tu.


Takkanlah rumah jiran hujung laman rajin menyinggah, tapi jiran sebelah dipinggirkan.
Ececeh, mendalam ni !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, January 08, 2016

Cerita blogger Emas Putih vs Fizo Mawar Kitchen

Mula-mula taknaklah ulas or cerita kat blog ini tapi bila membabitkan blogger, sedikit sebanyak tempias kena kat hakak juga. Hahahaha.


Jujur hakak tak tau kewujudan restoran fizomawar ke apa namanya tu. Sampai antara blogger famous, Emas Putih atau dikenali Uzu buat review pengalamannya di sana.




Aku baca entry berkenaan dan aku juga bersetuju kalau berada di situasinya. Terutama bab menu yang letak nama pelik-pelik ( haruslah biar orang yang nak rasa itu faham ). Kalau pekerja ramai dan sanggup melayan satu persatu pertanyaan pelanggan, takpe juga.


Okay okay,
Lepas deme tau pasal blogger review, deme minta maaf. Tapi kan tapi bila aku baca ayat minta maaf tu macam tak berapa nak ikhlas. Korang boleh baca sendiri & tafsirkan sendiri. Ada nada berbunyi seperti taknak mengaku kesilapan.




Secara ringkas,
Orang yang berjaya akan menerima segala kritikan untuk penambahbaikan. Orang bukan hentam tapi bagitahu kenyataan betul. Takkan benda bohong tapi nak juga jadikan benar. Itu dah kira menipu kan?


Uzu, Yui tetap sokong anda!
Apa pun, good luck lah Fizo!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 06, 2015

Hidup memerlukan pemikiran yang lebih positif

Positif!
Nak ungkap memang senang. Tapi nak praktikkan memerlukan keyakinan diri sendiri.
Sebab apa? Sebab itu adalah dari diri masing-masing.


Meneruskan kehidupan,
Sangat-sangat memerlukan aura yang positif. Pemikiran yang positif & automatik tindakan juga menjadi positif.


Bila bercerita perihal positif, tak bermakna negatif terus diabaikan.
Negatif itu juga perlu tapi kena berpada-pada. Dengan zaman sekarang yang semakin "menakutkan", sedikit sebanyak pemikiran negatif pada diri kita akan wujud.


Errrmm, apa aku melalut ni.
Tapi harap sampailah maksud aku. Huhuhuuu.


Sekarang aku cuba untuk menjadi POSITIF untuk SESETENGAH PERKARA!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, November 02, 2015

Drama Hello Mr Perfect!

Ada peminat setia cerita Hello Mr Perfect yang sekarang bersiaran di TV 3? Kalau ada, kita bukan geng. Kuang kuang kuang.


Tak pasti kenapa, aku tak berapa minat cerita itu.


Tambah-tambah bila aku perasan watak 2 orang wanita dalam cerita itu adalah orang yang sama. Betul tak? Ke mata aku je rasa macam tu. Tak dan nak tengok nama pelakon.


Kalau betul orang yang sama, aku rasa memang tak best.
Kenapa tak cari pelakon wanita lain aje? Sampai penonton boleh perasan. Nak kata dalam cerita itu kembar, macam tak logik. Sebab laki tu takde pula duk kata muka bini sekarang sama macam awek lama.


Ehhh, banyak pula aku nak bebel.
Point aku tang watak wanita tu je. Yang lain pun macam tak boleh nak bagi aku semangat nak follow lebih lanjut cerita tu. Maaf, mungkin akan datang lebih baik mutu lakonan mereka.


Aku rasa better baca novel.
Boleh feeling tersendiri & bayang sendiri. Miahahahaha!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, October 28, 2015

Kenapa aku jarang sertai GA/Segmen?

Sebenarnya aku akui aku memang jarang join mana-mana giveaway atau segmen. Bukan tak minat, tapi ada kekangan tertentu.


Masalah utama :
MASA
Ye aku tak banyak masa. Memang boleh update blog bagai tapi aku kurang masa kalau melibatkan banyak syarat. Kadang entry aku memang dah sedia awal, just tunggu untuk publish sahaja.


Masalah-masalah lain :
1) Terlalu banyak syarat untuk dipatuhi
2) Masalah loading yang melampau ambil masanya untuk kita view
3) Selalu terlepas tarikh pengumuman walau dah catat di tempat lain
4) Data internet agak kurang
5) Terikat dengan kerja rasmi & partime


Tapiiii eh ada tapi tau. Kadang aku usaha juga nak sertai. Tanda support sesama blogger. InshaaALLAH mana yang mudah memang aku sertai. Benda cepat, takde masalah.


Kadang banyak syarat sebab hadiahnya hebat-hebat belaka. Jadi, kenalah berusaha lebihkan?


Korang janganlah kata aku sombong plak. Bukaaaaaannn!
Aku dah nyatakan sebab-sebabnya. Harap memahamilah ya.


Yang mana ada buat GA/Segmen, semoga berjaya ya!







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^