Rules / Syarat Join :
Buat satu entry bertajuk 5 THINGS I HATE MOST berserta gambar di atas dan list lima benda/perkara yang anda paling tak suka/benci. Mention siapa tag anda dalam entry tersebut. Anda juga dikehendaki untuk tag lima orang blogger dan pastikan mereka tahu.
Menjadi "mangsa" tag adalah perkara biasa tapi yang buat jadi luar biasa bila aku rajin nak buat. Lalalala. Bersyukur sangat sebab aku rajin walau banyak hal peribadi berlaku buat masa ini. Abaikan!
Terima kasih
Cik Itah sebab tag Yui.
5 THINGS I HATE MOST
1) PENGKHIANAT
Contoh mudah kalau dalam perhubungan. Bila muncul perasaan "khianat" tak kisah jadi pengkhianat atau sebagainya, asal ada je gaya gitu, memang aku BENCI!!
2) MANGKUK TANDAS KOTOR
Jujur, kalau aku guna jenis tandas mangkuk, sebelum aku duduk, aku akan teliti sebaiknya apa yang ada di atas mahupun di dalam. Entahlah, aku anti sangat kalau ada sisa najis orang! Mulalah rasa nak sumpah seranah. Selalu jadi kat tandas awam dan juga tandas
office walau berapa kerat je dalam tu.
3) TAK BAYAR HUTANG
Samada orang berhutang atau aku sendiri yang berhutang, aku tak suka kalau mungkir janji. Tak tepati apa yang dipersetujui. Pandai berhutang, pandai bayar ya!
4) MENIPU
Tak kisahlah menipu apa pun terutama kalau melibatkan keluarga, aku memang pantang. Kenapa perlu menipu? Berterus-terang itu lebih baik kan.
5) MUNGKIR JANJI
Aku jenis orang yang tepati janji. Jadi, jika dah berjanji, sedaya upaya aku usaha. Andai ada masalah, akan aku bagitahu awal-awal. Tak suka
last minute cancel. Jadi, sebab itu aku tak gemar BERJANJI.
Nak kena tag 5 orang blogger pulak ni. Hmmm, ini antara benda aku susah nak buat. Hahahaha !!
Tag geng Komuniti Blogger Utara lah =)
1)
Yana
2)
Eintan
3)
Siti
4)
Zumal
5)
Arz
Ahli KBU lain yang nak buat, silakan.
Rajin boleh buat, tak rajin takde masalah. Heeee.