Kelmarin, sampai saja di pejabat, mata terfokus pada "objek oren" yang sedang minum air lopak. ALLAH, sangat kesian! Aku dekatinya, MasyaALLAH, sangat teruk keadaan wajahnya.
Mata tertutup penuh tahi mata
Muka & hidung berkuping keras
Telinga kotor
Aku masuk pejabat, ambil tisu, bergegas cuci dulu. Bagi wetfood padanya. Lahap sangat cara dia makan. Makan tak habis, aku biarkan dia dan perhati dari dalam pejabat, sayangnya dia merayap ke area jalan besar. Tak sampai hati, aku ambil dia dan simpan sementara.
Selepas dibersihkan sedikit dengan air suam
Aku ambil keputusan bawa balik rumah dulu untuk rawatnya. Balik rumah, terus aku bagi mandi & berikan ubat sepatutnya.
Dia sangat-sangat manja! Seperti bertuan sebelum ini. Buang air besar tak perlu di ajar, dia masuk dalam bekas pasir sendiri. Hmmmm, pandai sangat kamu sayang.
selepas dimandikan & diberi ubat
Nanti aku cerita lagi pasal si comel ini. Aku nak pokpek panjang dalam blog aku sendiri. Nak luah perasaan pasal kucing terbiar & sambutan manusia kepada mereka iaitu kucing biasa!!
guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^