tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label tentang kucing. Show all posts
Showing posts with label tentang kucing. Show all posts

Wednesday, April 05, 2017

Kucing ke 25 dimandulkan : Labi

20 Mac 2017 Labi pula Yui bawa ke veterinar untuk urusan spay. Alhamdulillah, Labi adalah kucing betina terakhir dalam rumah di SS yang berjaya dimandulkan. Bukan apa, kos pemandulan seekor RM 80, memang terasa tapi gigih juga kumpul sebab untuk kebaikan mereka.



Wajah sebelum dicucuk pelali





Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik 
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80


Kepada yang nak membantu, boleh rujuk #danauntukmeow sebab Yui ada buat jualan dan hasilnya khas untuk kegunaan mereka dan juga kucing jalanan yang lain.


Labi pun sama peel macam Silver. Selepas dimandulkan jadi lebih manja. Nak juga dibelai lebih lama. Labi ni antara kucing yang "agresif" sebab dia takkan dekat dengan orang yang dia tidak kenal. 


Banyak kelebihan bila mandulkan kucing. Bukan untuk suka-suka tapi lebih kepada kebajikan mereka. Tambahan Yui sedar Yui tak berapa mampu, jadi Yui mandulkan untuk elak pembiakan yang lebih banyak.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :

2) Nenek Eton ( mati 29/9/2016 tua & ulser )
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016 demam kuning)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015 mungkin diracun)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat
13) Mok Cun (hilang tidak dapat dikesan)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :

1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015 masalah dalaman akibat pernah dilanggar)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 leukemia )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 
8) Kiut ( mati 20/7/2016 akibat Parvo )
9) Sepet ( anak Seri di rumah sewa )

guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, January 19, 2017

Kucing jalani terapi berenang untuk atasi gemuk




Tu diaaaa, kucing pun kena terapi. Sayangnya Yui tak pandai berenang. Tahu pakai pelampung kemudian buat ala-ala kuak lentang nak bergerak dalam air bolehlaah. Hahahaha. Aduhhh, belajar berenang tapi tak pernah-pernah pandai. Mandeeeeey.


Bahaya kucing obesiti tauuuuu!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 24, 2016

Bila ada kucing dibuang lagi di rumah

Maaflah sebab siapa yang friend dengan Yui di FB pasti nampak Yui bertungkus lumus buat jualan terdesak sebab nak cari #danauntukmeow.


Kisahnya sebegini,
Minggu lepas mak bagitahu Yui ada kucing yang tiba-tiba masuk dalam pagar rumah. Umur rasanya lebih 5 bulan. Kucing tu manja sangat. Nak dibelai. Bila diperhatikan, rupanya dia ada masalah cirit birit tanpa dia sedar. Kadang sedang kita pegang dia pun boleh terkeluar tahinya. Mungkin sebab itu "tuan mangkuk" dia buang dia di rumah mak abah Yui di SS.


Yui bukan apa,
Kucing tu kucing dibuang tambah pula dia betina. Risiko dia akan bunting sangat tinggi. Yui dah fikir, kalau sampai hari Ahad dia masih di dalam pagar rumah, memang kena mandulkan dia & ubati dia untuk masalah cirit.


Maka,
Sabtu dan Ahad Yui pakat upload jualan peribadi Yui termasuk subang emas 916. Dan hasil jualan memang Yui salurkan untuk kegunaan anak-anak bulus. Sayangnya hanya 1 saja terjual untuk amaun bernilai RM 25 walhal Yui memerlukan sekurangnya RM 160. Untuk mandulkan kucing jalanan itu dan seekor lagi kucing Yui, Dedek.


Ada individu-individu yang menderma RM 40. Maka terkumpul RM 65. Tiba-tiba ada seseoarang yang Yui kenali ( dia pelanggan Yui ), tanya pasal kucing dan tanya berapa yang terkumpul. Yui bercerita padanya. ALLAH, tak sangka dia topup lagi sampai RM 100 untuk cukupkan walhal dia juga jaga banyak kucing.


Bukan mudah nak jumpa individu macam ini kan?
Yui hargai kepercayaan mereka terhadap Yui dan mereka ikhlas untuk anak-anak bulus.


Alhamdulillah.
Ada juga individu di kalangan blogger yang pernah tolong Yui untuk anak-anak bulus. Terima kasih korang, terima kasih tak terhingga.


Kadangkala Yui ada masalah-masalah tertentu. Contohnya masalah kewangan, masalah perlukan cuti untuk bawa mereka ke Veterinar. Alhamdulillah, hari ini kawan Yui akan tolong bawakan. Nasib dia perasan post Yui.


Doakan ya.


Kucing itu datang pada hari kelahiran Yui 18/10/2016. Mungkin ada hikmah semua ini.



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 06, 2016

Tiada lagi panggilan Nenek Eton

Lebih 7 tahun jaga
Dari sebesar tapak tangan hinggalah dewasa
Banyak kenangan yang ada bersama dia
Jenis tidak banyak masalah
Pandai kencing dan buang air besar dalam bilik air


Tapi ajalnya sudah tiba
Ditambahkan dengan sakit ulser mungkin menyebabkan dia tidak kuat lagi


Mak sempat telefon dan bagitahu dia tenat
ALLAH,
Tanpa fikir panjang Yui balik SS
Sempat Yui panggil namanya, basahkan bibir dia
Melihat dia terlantar buat hati semakin sayu


Esoknya Yui pergi kerja
Sempat lagi Yui ulang perkara sama
Dia menyahut saat Yui di muka pintu nak tinggalkan dia


Rupanya itu yang terakhir
Tak lama selepas itu dia pergi
Pergi yang takkan kembali...


Yui bersyukur dapat tatap dia buat kali terakhir




29 September 2016




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, September 24, 2016

Tentang kucing yang perlu anda tahu





Kalau macam tu,
semua anak-anak bulus Yui pernah buat macam ni


Sayang korang juga
=____=




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, August 05, 2016

Kucing ke-20 dimandulkan : Kiut (dalam kenangan)

Orang lain sambung cuti untuk beraya, aku manfaatkan cuti hari Isnin 11/7/2016 bawa Kiut pergi neuter.


Hmm,
Berbeza entry kali ini. Sebab Kiut dah pergi selamanya meninggalkan kami. Tiba-tiba cirit dan tak lalu makan tapi masih aktif bermain, aku syak dia terkena virus Parvo.




Ini antara gambar terakhir Kiut selepas neuter, rupanya tak lama hayatnya. Dia ni aku ambil di tengah jalan waktu kecil dahulu [entry].


Pergilah sayang,
Moga kamu bahagia selama berada di bawah jagaan kami.


Kiut dalam kenangan.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh ( mati 22/2/2016)
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)
9) Lela
10) Omei
11) Luna
12) Lepat


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo ( mati 11/2/2016 )
5) Atam 
6) Omei J
7) Kaka 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 28, 2016

Bila virus Parvo melanda kucing

Tak tahu nak cakap macam mana. Aku sedih dan kena redha dengan apa pun yang terjadi. Minggu lepas, Kiut mati. Tiba-tiba. Dia muntah dan cirit birit ( bau sangat kuat ).


Kiut tu lepas raya, aku kasi ( neuter ). Belum sempat lagi aku up cerita dia, ALLAH lebih menyayanginya.


Semalam 26/7/2016,
Madan pula pergi. Kisah dia pun belum sempat aku ceritakan di sini. Madan kami jumpa berlegar depan rumah waktu Ramadhan lepas. Dipercayai dibuang oleh seseorang. Madan pun alami masalah yang sama macam Kiut.


Lagi 2 ekor tunjuk simptom yang sama, Labu & Labi.
Entahlah, redha je sekarang. Sebab virus ni berjangkit. Pernah terjadi beberapa tahun dahulu, sampai 7-8 ekor mati dalam seminggu akibat virus parvo ini.


Sekarang aku tengah ikhtiar.
Doakan yang terbaik. Apa pun jadi, aku kena RELA.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, July 14, 2016

Buang kucing sebelum Hari Raya

Kalau kau dah biasa dengan "dunia" kucing dan dunia manusia, kau akan perasan ada sesetengah musim, kucing-kucing makin bertambah di buang ke merata tempat termasuklah rumah aku di SS!!

2 hari sebelum Syawal 1437H,
Mak ke sangkar luar rumah untuk bagi anak-anak bulus makan. Tiba-tiba mak panggil nama aku.


"Nurulllll, cer tengok ni" dengan nada slow nya. Macam menyayat hati sangat. Aku dok ingat kucing beranak dalam sangkar, mustahil tak sedar dia bunting.


Rupa-rupanya,
Ada anak kucing kecil berlegar di kawasan parking motor. Allahuakbar, tergamaknya siapa yang buang si comel ini.


Aku pun keliling rumah dan tengok dalam longkang kot ada adik beradik lain, rupanya takde. Memang dia seekor aje. Tengok keadaan  dia sangat menyedihkan, dengan kesan luka, perut buncit sebab cacing, mata bertahi, kotor.


Bawa masuk rumah,
Bagi makanan terus laju telan. Sedih tengok caranya makan.



Ini keadaan dia semasa jumpa 3/7/2016


Nanti aku update gambar terkini. Kepada yang bela kucing, kalau rasa tak mampu nak bela banyak, sila mandulkan awal-awal kucing anda sebelum terlambat. Mandul bukan suka-suka ya.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, March 08, 2016

Kucing jalanan yang diselamatkan : Kiut

Mengenang kembali kisah beberapa bulan lepas, 23/12/2015.


Kiut antara kucing terkini yang aku bawa balik. Waktu jumpa dia ada di tengah jalan. Atas pembahagi jalan tu. Dalam keadaan basah kuyup dan mungkin baru lepas dilanggar melihatkan dari kesan daarah yang ada.


Dengan hanya bermotor, aku bawa dia duduk dalam raga dan selimut dengan baju sejuk aku. Macam mana aku bawa motor? Sebelah tangan pegang Kiut sebab tahu mesti dia rasa takut dan tak selesa. Dari perjalanan biasa 40 minit terpaksa cecah sejam sebab aku bawa perlahan. Heeeee.


Sampai je terus aku mandikan dengan air suam dan rawat masalah kutu & luka yang ada.


Gambar lama Kiut? Tengok [sini].



Gambar Kiut terkini 2016


Moga Kiut membesar dengan sihat ya. Aamiin.


Yui masih menjual untuk mengumpul #danauntukmeow




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 17, 2016

Sejarah awal bagaimana Yui boleh bela kucing

Sejarah macam mana terjebak/terlibat nak bela kucing

Yui rasa kisah ni lebih 8 tahun lalu. Waktu tu dengan mak di Maybank SS. Terdengar bunyi anak kucing. Rupanya jauh ke bawah ( lorong macam longkang besar ).

Yui turun, ambil anak kucing tu. Comel, warna putih kelabu ( lebih kurang macam Puteh ). Masa itu, memang ZERO pasal kucing. Memang ambil sebab kesian semata padahal takde asas nak jaga baby kucing.


Mak namakan di Mie sebab dia kucing jantan. Alhamdulillah, walau takde pengalaman bela, Mie hidup hingga menjadi teruna. Besar, dewasa, handsome.

Sampai satu hari dia buat perangai, dia memancut. Kan bagitahu ZERO pasal kucing, memang taktaulah pasal ada pemandulan spay/neuter bagai tu.

Lama dia buat perangai lalu kami "lepaskan" dia dengan alasan mungkin dia nak kebebasan. Sebenarnya Yui menyesal lepaskan dia ( walau bukan Yui yang buat ), risau keadaan dia macam mana.

Maaf sangat Mie, itu kesilapan lama kami.
Pernah kami nampak Mie dan panggil, dia pandang. Tengok keadaan dia nampak baik. Tapi menyesal tetap ada !!

Sekarang, memang dah tau sangat peel kucing. Kisah dulu Yui jadikan panduan/pengajaran. Jangan sesekali lepaskan kucing andai kucing anda hanya terbiasa dengan persekitaran rumah.

Ini kisah dulu, sekarang sangat-sangat Yui sokong PEMANDULAN !!

Tolong jangan lepaskan atau buang atau letak kucing merata terutama di pasar. Tolong sangat jika anda taknak rasa perasaan menyesal.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, February 04, 2016

Cara tentukan jantina kucing

Siapa terror teka jantina kucing terutama yang masih kecil? Selalunya kalau baru lahir, memang senang cam tapi jangan ingat semua orang boleh kenal jantan atau betina.


Berikut aku kongsikan untuk panduan bersama.




Sumber : FB


Haaa, pasni adalah tu yang p klebek kucing masing-masing. 
Ekekekeke! 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, November 20, 2015

Kucing ke 14 & 15 dimandulkan - Omei & Lela

12/11/2015 yang lepas, sempena adik aku cuti sem seminggu, mak minta dia mandulkan 2 ekor kucing betina ini yang memang tengah mengawah garik kemain riuh. Huhuuuu.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & krim sapu pada luka jahitan
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) adalah RM 80


Rupa selepas operation, masih mamai


Alhamdulillah seekor demi seekor aku cuba mandulkan bergantung kepada situasi kewangan. Oh ya, dana untuk meow masih ada. 100% hasil jualan akan aku gunakan untuk anak-anak bulus di rumah & jalanan.


Album : Dana Untuk Meow


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan jualan ini & terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli. Moga ALLAH murahkan rezeki kalian. 


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
3) Batman
4) Puteh
5) Tompok
6) Minah
7) Kika
8) Kiut  (mati 12/9/2015)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
1) Shinchan
2) Kaka (mati 6/8/2015)
3) Muna
4) Masdo 
5) Atam 



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, November 03, 2015

Aksi Kaka yang mencuit hati

Ingat lagi pasal Kaka, kucing yang ku jumpa di area pejabat [entry]. Yang ku open adopt tapi krik krik krik. Akhirnya aku bela. Ada hikmahnya.



Seekor kucing yang bijak & sangat manja. Satu keluarga aku senang dengan ragam Kaka. Sangat mencuit hati & mendengar kata. Walau suaranya sangat perlahan, tapi dia faham bila kita panggil.


Moga membesar dengan baik ya sayang. Kami akan jaga sebaiknya, inshaaALLAH.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Saturday, October 17, 2015

INFO PENTING : Pengkasian kucing & anjing



Boleh cari di youtube cerama UAI mengenai pemandulan kucing
Dengar & fahami okay
Bukan buat suka-suka
=___=






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 08, 2015

Kucing ke-13 dimandulkan : Atam

Hari Isnin 28/9/2015, aku ambil AL motif utama nak bawa Atam kasi/mandul. Atam adalah kucing jantan yang sedang giat menggatal dan buat bising. Jalan penyelesaian, neuter!


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter 
& kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
Sama seperti kucing betina juga

1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik
4) Kos pembedahan untuk neuter kucing jantan di veterinar kerajaan Sungai Siput (U) hanya RM 40



Separuh sedar 


Alhamdulillah seekor demi seekor aku cuba mandulkan bergantung kepada situasi kewangan. Oh ya, dana untuk meow masih ada. 100% hasil jualan akan aku gunakan untuk anak-anak bulus di rumah & jalanan.


Album : Dana Untuk Meow


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan jualan ini & terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli. Moga ALLAH murahkan rezeki kalian. 


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
Kiut  (mati 12/9/2015)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka (mati 6/8/2015)
Muna



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 02, 2015

Mok Cun dah tiada selamanya

Berita sedih semalam. Mok Cun telah pergi selamanya pada 1/10/2015 jam 11.30 pagi. Bersungguh mak cerita Mok Cun sangat manja hari sebelumnya dengan abah. Siap abah rajin pergi pasar malam nak bagi Mok Cun makan ayam.




Takpe sayang, aku relakan sebab aku tahu kamu sedih bersendirian tanpa ibu di sisi. Walau sekejap tapi kenangan kita takkan pernah hilang, InshaaALLAH.


Aku tak balik SS untuk tengoknya buat kali terakhir. Tak sanggup rasanya. Mana-mana kematian kucing, memang aku dah tak sanggup nak tengok. Takut kesedihan aku makin melampau.


Kami sayangkan Mok Cun!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, September 30, 2015

Kucing ke-12 dimandulkan : Masdo

Masdo ini anak Kika. Tinggal 2 ekor saja waris Kika yang ada selepas kematian Kaka & Kiut. Masdo ada adik, namanya Silver. Wah cerita salasilah keluarga plak kan! Hahaha.


Oh ya, Masdo aku dah neuter/mandulkan pada 3/9/2015. Adik perempuan aku yang bawa sebab aku tak cuti. Memang tabiat aku, asal deme cuti panjang, aku akan suruh deme bawa mana-mana kucing yang memerlukan ke veterinar.


Nama : Masdo 
Nama manja : Mas
Jantina : Jantan
Neuter : 3/9/2015



Alhamdulillah seekor demi seekor aku cuba mandulkan bergantung kepada situasi kewangan. Oh ya, dana untuk meow masih ada. 100% hasil jualan akan aku gunakan untuk anak-anak bulus di rumah & jalanan.





Terima kasih kepada yang sudi war-warkan jualan ini & terima kasih juga buat mereka yang sudi menderma tanpa membeli. Moga ALLAH murahkan rezeki kalian. 


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :
Kiut  (mati 12/9/2015)


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka (mati 6/8/2015)
Muna


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, September 10, 2015

Gara-gara terpengaruh dengan cerita Makcun

Masih ingat aku ada baby-baby baru dalam rumah. Cik Tam dapat anak 3 ekor. Semuanya tak sama langsung macam dia. Hehehe. Anak bapak mungkin.



D.O.B : Hujung bulan Ogos 2015


Adik aku bagitahu, sebenarnya mereka bertiga dah ada nama. Aku baru nak fikir nak letak nama apa rupanya mak aku lagi hebat.


Jantan : Akob
Betina : Mokcun & Atol


Aduhai!
Nasiblah kalian sayang, nenek kamu bagi nama macam itu. Itulah, pengaruh tv lebih! Tak memasal anak kucing pun dapat nama inspirasi dari cerita Makcun.


Lepas ini kena mandulkan Cik Tam pula. Kuota dah banyak sangat, kena sekat apa patut.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, March 25, 2015

Kucing : Kika hidap kanser payudara


Semalam aku EL kerana kucingku, Kika
Melihat keadaannya buat aku rasa tak tenang
Memikirkan kesakitan yang ditanggung


Dah bawa ke veterinar, hanya diberikan ubat cucuk
Minggu depan jika lubang yang terbuka tidak baik, perlu pembedahan
Kos?
Aku sendiri tak pasti
Tapi aku akan berusaha sebaiknya untuk kebajikan anak bulus


Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}


Doakan anak bulu ku, Kika yang menghidap kanser payudara.
Sekarang ALLAH sedang menguji hamba-NYA



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, February 18, 2015

Makanan yang diberi kepada kucing

Kak Diana ada tanya dalam [entry], apa makanan yang ku beri kepada kucing-kucing yang dibela. Beli atau buat sendiri?


JUJUR
90% makanan yang diberi adalah makanan beli di kedai kucing
10% kalau aku rajin nak buat wetfood untuk mereka


Jadi, setiap bulan sekurangnya RM 100 - RM 150 akan ada duit untuk kucing. Barang yang dibeli termasuk dry food, wet food, pasir & ubat supplement. In case kucing sakit, itu cerita lain.


Jenama makanan yang aku beri?
Campur-campur. Kucing aku ada yang peel tersendiri. Contohnya Lela, nak kena campur Kiska, Friskies & makanan lain. Kalau tidak, jangan harap dia nak makan! Memilih anak dara tu.


Oh ya, jenama-jenama yang ada di pasaran ada kelebihan dan kekurang tertentu. Contohnya makanan berwarna ( friskies, whiskas, prodiet ) tak elok jika berterusan bagi kerana kandungan garam yang tinggi dan boleh menyebabkan batu karang pada kucing.


Seeloknya beri makanan premium di mana warnanya coklat.
Contoh jenama makanan premium yang murah, Starpro. Sekarang aku beri Starpro sebagai makanan utama buat mereka.


Kalau berkemampuan, boleh bagi Royal Canin/ Blackwood/ Eureka/ Proplan dan pelbagai lagi ( harga biasanya 1 kg = RM 13 + ).


Orang yang sederhana seperti aku, sudah pasti bagi semampu yang boleh. Ukur baju di badan sendiri.


Apa pun nak bagitahu, makanan utama mereka ialah nasi digaulkan dengan ikan rebus/ikan bilis ( tidak digoreng ). Juga selalu buat campur dengan ayam rebus. Fuh!!! Memang berselera mereka makan.


Aku bagi yang termampu buat mereka. Aku rawat mereka yang sakit. Aku bagi kasih sayangku sebaiknya.


Maaf anak-anak mummy sebab ini sahaja yang terdaya. Moga kalian membesar dengan sihat dan sempurna. InshaaALLAH.


Harga Starpro 18 kg - RM 136
( petshop di Kuala Kangsar )

TAHUN 2017
STARPRO 18 KG - RM 180 +



Nak tengok gambar kucing-kucing aku?

Part 1
Part 2
Kisah Eton : [ entry ]
Kisah Lela : [ entry ]




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^