Aku taknak bercerita kenapa atau mengapa perlu boikot mcd tapi aku nak luahkan rasa kecewa melihat kejadian boikot yang hanya mengikut perasaan semata-mata. Apakah antaranya?
1) Menghina/mengherdik pekerja-pekerja yang kebanyakannya adalah orang Islam
2) Merosakkan harta benda
3) Merosakkan kenderaan yang menampal sticker mcd
4) Memulau mereka yang masih bekerja di mcd
Eh! Boleh tak guna akal waras? Jangan ikut nafsu semata-mata. Orang lain boikot juga tapi takdelah sampai nak menimbulkan masalah lain.
Sampai ada yang suruh berhenti serta merta, erm korang boleh bagi kerja terus ke kepada mereka? Kalau ya alhamdulillah. Letakkan diri anda di tempat mereka. Mungkin mereka dalam perancangan/pencarian kerja baru. Ya rezeki ada dimana-mana tapi usaha juga masih perlu.
Apa point utama aku di sini, boikot boleh boikot tapi tolong jangan tersilap langkah dengan buat benda tidak sepatutnya. Sampai ada kes baling batu, rosakkan kenderaan, meludah, memecahkan cermin. Apa ke hal manusia macam itu?
Jangan sampai kerana sikap "terlanjur" ada yang masuk penjara. Berhati-hati.
Islam tak suruh kita menganiaya manusia lain.