tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Wednesday, January 04, 2017

Dah kemaskini ASB?

Fuhhh, semalam busy bebenor laaa kat tempat kerja. Dahlah berdua aje, sorang lagi cuti sebab anak baru nak masuk darjah 1. Nasib baik keadaan terkawal. Yui taktau lah kalau kerja kat Pejabat Pos, mesti lagi sesak!


Bila fikir,
Maybe ramai sebab pakat dah kemaskini ASB. Lepas itu bawa keluar hat mana yang patut. Dengar cerita % turun ea? Heeee, Yui tak ambil tahu sebab dah lama tak kelebek buku ASB sendiri. Rasa adalah berapa RM jeee dalam tu. Dividen pun mungkin berapa sen, miahahahaa.


Sekarang lebih tumpu kepada emas sebab dah nampak pelbagai kegunaan dia bila terdesak.


Sekian,
Dari insan yang tak kemaskini ASB.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 03, 2017

Siapa King Coco?

Wahhhh, king coco? Bukan coconut. Bukan juga cocoa powder. Ekeekeke. Rasanya kalau jenis suka membaca atau minat pada info-info terkini, mesti tahu serba sedikit pasal king coco.


Yui tahu pun bila ada yang rajin share pasal wanita ini digelar perampas kepada suami orang. Bertambah sedih bila isteri sedang hamil!


Yui skodeng dan baca apa komen-komen orang ramai.


Hmmmm,
Tak tahu nak cakap apa. Tengok IG king coco, nampak macam biasa. Tengok video dia bercakap, ermmmm pelik!


Tapi kesian pada si isteri, sedang hamil tapi laki cari perempuan lain + dah selamat nikah.


Maaf Yui tak dapat nak wish selamat pengantin baru sebab dok rasa macam tak berapa patut. Walau dah tertulis itu takdir ALLAH.


Moga setiap perbuatan dapat balasan yang setimpal terutama terhadap orang-orang teraniaya.








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, December 13, 2016

Pabila Buntat telah pergi selamanya

Siapa kenal Buntat? Kecoh tau semalam ramai update di Facebook pasal sedih Buntat dah meninggal dunia.


Itulah penangan cerita 7 Hari Mencintaimu yang bersiaran di TV 3 setiap hari Isnin - Khamis jam 6.58 petang. Secara jujur Yui tak mengikuti sangat cerita ini disebabkan tak suka dengan perwatakan yang dibawakan. Menyakitkan hati. Tapi itulah, realitinya mungkin ada.


Buntat tu salah satu watak dalam cerita ini. Macam mana meninggal? Kenapa meninggal? Itu kenalah tengok sendiri ya sebab Yui nak cerita pun, Yui tak berapa ikut. Hahahaha.


Lagi suka baca novel dari cerita yang dah adaptasi macam ini.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, December 08, 2016

Drama Korea - The Legend Of The Blue Sea

Sekarang Yui suka tengok cerita Korea yang sedang bersiaran di chanel 393, The Legend Of The Blue Sea. Duk tengok ulangan hari Sabtu sebab hari biasa kat rumah sewa takde astro, balik SS baru boleh. Hehe.




Yui tak berkesempatan nak tengok episod pertama tapi tengok yang seterusnya pun dah rasa seronok. Kalau korang tak tengok dari awal, biasanya korang akan confuse sikit la. Yela, kejap macam zaman moden, eh kejap zaman dulu pun ada. Heeeee.




Suka dengan watak perempuan tu, ala-ala blur sikit. Yelah, dia asalnya ikan duyung. Yang lelaki plak berlakon watak jahat sikit tapi ada hati yang baik. Nampak tegas tapi penyayang. Kawan-kawan dia plak ingat perempuan tu orang kaya padahal jeng jeng jeng.  


Ewaaahh, tak boleh cerita lanjut. Korang kena tengok sendiri okay.


Pssssss,
Jangan tanya nama watak tau sebab biasanya Yui tak ingat. Dok ingat jalan cerita aje. Ekekekek. 


Cerita ini lawak dan menarik!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, October 13, 2016

Drama Patahnya Sebelah Sayap di TV3

Jujurlah, Yui jarang nak follow dari awal hingga akhir kalau cerita drama Melayu ni. Tambahan hat jenis jalan cerita lebih kurang aje. Terus malas.


Kalau Korea, ok laju ja nak follow. Contoh cerita Korea sekarang di TV9 pukul 6.30 petang, Secret Hotel.


Eh melencong plak.
Cuma nak habaq, sekarang Yui dan akak-akak rumah layan cerita Patahnya Sebelah Sayap. Yang bersiaran di TV3 Isnin-Rabu jam 10.00 malam. Gigih tau tunggu waktu tu padahal sebelum ini masuk bilik, baring-baring atas tilam pastu zzzzzzz.




Yui tengok pun dah episod ke berapa tapi terus berkenan kat hati. Cerita realiti. Tak macam biasa yang bercinta dengan orang kaya, jadi playboy jadi itu ini bla bla bla.


Setiap kali tengok, setiap kali itula perasaan marah wujud. Hahaha. Emo kan? Ke korang macam tu juga.


Korang layan tak?
Kalau layan kita geng.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, February 16, 2016

Episod akhir Cinta Si Wedding Planner

Oklah korang,
yang mana rasa mengikuti cerita cinta si wedding planner, che' cuma nak habaq harini episod akhir deme. Che' tau pun dari tb. Muehehehehe !!


Last baru aku rajin nak layan bebenor. Memandangkan tak pernah baca novel, mengharapkan cerita tb jela nak tau apa akhirnya.


Tapi cerita melayu, ending tak jauh lari. Sama. Huahua.


Sama pun tapi ku layan gak. Biasa dah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, January 19, 2016

Cinta Si Wedding Planner

Selalu aku layan running man kat TV 9, lepas itu dah ganti cerita korea yang tak berapa menambat hati aku. aku beralih ke cerita cinta si wedding planner.


Mula-mula tengok biasa je sebab pelakon pun baru-baru kecuali Ady Putra.
Tapi bila sampai part Bazli yang bikin aku emo jee, terus layan cerita ni. Hahahaha!
Kuasa pengaruh melalui drama!


Tengok episod semalam, menggembirakan sebab dah bertunang. Tapi alih-alih Fariz taknak kahwin pula pasal girlfriend lama. Aihh, ni sorang lagi bikin gua emo.


Aku harap aku rajinlah nak tengok pengakhiran. Kalau tak, siaran lain lah jawabnya. Hahahaha! Tolonglah, toksah nak emo bebenor yui oiiiii.


Kan bagus kalau aku lebih hafal atau memahami bahasa Arab. Huuuuuuu.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, November 13, 2014

Drama Bila Hati Berbicara di TV3

Ada yang tengok? Kesimpulan kasar aku setakat episod semalam, cerita yang mendatar. Bosan pula tengok asyik-asyik jadi benda sama. Kacau perempuan - kelam - ok. Ulang itu saja.


Tapi yang aku paling pasti, faktor pelakon utama itu memberi impak besar untuk drama itu sendiri. Wah ayat kelassss kau jah! Memang betul, pelakon baru yang perempuan dan lelaki itu watak mereka macam erm. Nasib baik ada pelakon "lama". Kang aku komen lebih-lebih ada plak kata macamlah aku ni pernah berlakon.


Aku komen atas dasar sebagai penonton. Of course aku nak tengok benda yang menarik & mampu buat aku emosi. Korang pun samakan? 


Mungkin pelakon baru. Kira baru nak menapak. Kita pun bila baru masuk kerja, masih baby. Nak kena bimbing dan ajar. Tak gitu? So, aku maafkanlah buat masa ini. Cerita lain kalau kau orang berlakon, jangan nampak kaku ya.


Setakat ini layan lagi itu pun ikut mood. Aku lagi suka baca novel yang asli dari drama macam ini. 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, October 31, 2014

Pengakhiran cerita selamat pengantin madu

Nak kata aku follow setiap minggu tidaklah juga. Ikut mood kalau nak tengok. Tapi sejak dua tiga minggu aku duk tengok cerita selamat pengantin madu di tv 3. Mula tengok menyampah tapi bila fikir memang ada yang terjadi di alam realiti.


Malam tadi adalah episod terakhir dan pastinya aku nak tengok apa pengakhirannya. Bermadu selamanya atau habis madu sepah dibuang? Akhirnya isteri kedua diceraikan dan kembalilah kepada isteri pertama. 


Moral yang aku nak simpulkan


1) Lelaki, walau anda ada hak untuk berkahwin hingga 4 tapi tolong fikir kemampuan diri itu terlebih dahulu. Jangan sekadar mudah jatuh cinta tapi tanggungjawab entah kemana.

2) Perempuan, andai rasa diri tak mampu untuk berkongsi kasih sayang, jangan di cari lelaki yang masih beristeri. Andai tak mampu nak bendung rasa cemburu, elakkan sebaiknya. 

3) Anak, anda mungkin hanya mangsa keadaan andai ibu dan bapa tidak bersepakat. Maka bersabarlah dalam dugaan yang dihadapi.


Serious, awal-awal aku tengok dulu memang meluat sungguh terutama dengan perangai gedik bini kedua. Siap cakap takkan hormat bini tua. Apa hal? Dan pengakhiran semalam memang sesuai sangatlah. Bagi pengajaran.


Eh emo pula aku cerita bab ini! Hahahaha. Apa pun, kalau berbini lebih satu dan pandai handle takpelah. Tak semua bini kedua itu jahat. 


Contohi poligami Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman. Ambil yang baik. Isteri-isterinya bersama terbitkan satu buku. Bahagianya mereka. Cemburu daku tengok.


Sekian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 05, 2014

Rindu awak 200%

Mula-mula tengok cerita ini bersiaran, menyampah dengan perangai Armel. Ego, degil, angkuh, berlagak & banyak lagi sikap negatifnya.


Dapat pula pasangan yang sudah nampak sempurna di mata tapi sayangnya diperlakukan sebegitu. Ketabahan seorang lelaki yang sabar dengan keletah isteri. Siapa yang tak nak ada pasangan macam Zill?


Ada rupa
Ada kerjaya
Ada baik budinya


Untungnya kalau dalam real life dapat pasangan sebegitukan? Hargai sebaiknya. 


Apa yang aku dapat simpulkan melalui cerita rindu awak 200% ialah PERUBAHAN. Manusia boleh berubah dari negatif kepada positif. Mungkin ambil masa tapi sekurangnya berusaha. Jangan pandang orang yang melakukan kesilapan, selamanya akan membuat silap. Tidak!


Sedangkan yang baik mampu menjadi jahat. Berlakon/berpura-pura.


Apa pun, tahniah buat para pelakon rindu awak 200% kerana berjaya buatkan diri ini rasa sakit hati, cemburu, geram & macam-macam lagi. Watak korang menjadi! Mehmehmeh.


Ramai orang jadikan gambar Zill sebagai wallpaper telefon termasuk sepupu aku yang dah ada anak. Aku? Tak sampai ke arah itu ya. Hehehe.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^