pengumuman


anda semua dijemput untuk membaca dan memahami artikel 15 tips blogging terbaik yang dihasilkan daripada himpunan 15 artikel-artikel tip blog yang ringkas di blog saya ini. klik sini, 15 tips blogging terbaik untuk dimanfaatkan

baca juga lelaki ini masih bersabar walaupun badan dibakar untuk renungan bersama

Archive for December 2010

gravatar

Puisi Akhir Masihi

ini adalah entri penutup untuk tahun ini, dikemaskini menggunakan handset.

maka, tiada edit-edit tulisan dan gambar, dan saya letakkannya di kategori live.



PUISI AKHIR MASIHI


bila hati mati,
semua perisa rasanya sepi.


ada yang dipandang indah,
namun itu hanyalah mimpi-mimpi indah,
di malam gelita.


lalu akhirnya tersedar,
mana si manisku tadi?
mana pengikutku yang memuji?
mana hartaku yang bertimba?


semua indah kembali sepi,
kerana hati yang telah mati,
bukannya buana menjadi sepi.




Twitter
Facebook
gravatar

yang terbaik turun dari langit 4

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).



Tanda seterusnya bagi orang yang mendapat taufiq daripada Allah ialah dapat menyebarkan kebaikan dan dakwah kepada Allah S.W.T untuk mengislah(memperbaiki) manusia.



Menyebarkan kebaikan dan dakwah adalah suatu tugas yang sangat mulia dan besar pengertiannya kerana inilah peranan terbesar para rasul apabila Allah mengutuskan mereka kepada manusia untuk menyampaikan risalah murni daripada Allah S.W.T.


Twitter
Facebook
gravatar

yang terbaik turun dari langit 3

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).



Selain dapat melakukan amalan soleh, secara khususnya tanda-tanda orang yang mendapat taufiq  juga adalah mendapat ilmu berkenaan agama.



Sabda Nabi kita Muhammad S.A.W,

“Barangsiapa yang Allah mengkehendaki baginya kebaikan, maka Allah akan menjadikan dia fakih (tahu dan amal) dalam urusan agama”

Twitter
Facebook
gravatar

yang terbaik turun dari langit 2



Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).




Apabila seorang hamba kepada Allah S.W.T mahukan kepada taufiq yang datangnya daripada Allah, tidak dapat tidak dia mestilah mengetahui apakah sebenarnya taufiq ini dan tanda-tanda orang yang mendapatnya.



Mengetahui tanda-tanda orang yang mendapat taufiq adalah diperlukan bagi orang yang menginginkannya kerana melalui tanda-tanda inilah dia akan berusaha untuk mendapatkannya.



Adapun jika tidak Berjaya mendapatkan taufiq sebagaimana yang didapati seperti para sahabat nabi, cukuplah dengan kita meniru perbuatan mereka kerana ulama kita menyebutkan bahawa meniru perbuatan orang yang baik-baik adalah satu kemuliaan.

Twitter
Facebook
gravatar

Yang terbaik turun dari langit 1

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel yang lepas di sini (klik).



Taufiq secara umumnya dapat saya sebutkan adalah kemudahan daripada Allah S.W.T yang diberikan kepada hamba-Nya untuk hidup di muka bumi ini sebagai melaksanakan tuntutan kehidupan mereka yang sebenar, iaitu sebagai hamba Allah.

Twitter
Facebook
gravatar

Pengenalan tentang terbaik


Saya pernah mendapat mesej daripada beberapa orang sahabat yang antara lainnya kandungan mesej itu mengandungi nasihat yang pernah disebutkan oleh Sahabat Nabi, Sayyidina Ali Karamallahu Wajhah.


Kata Sayyidina Ali R.A., sesuatu yang terbaik yang turun dari langit adalah taufiq. Adapun sesuatu yang terbaik yang naik dari bumi adalah ikhlas.

Twitter
Facebook
gravatar

tidak memilih

Entah mengapa, arus gelombang perubahan yang diharap-harapkan kelihatan tidak muncul-muncul. Titik Awal Muharram masih juga gagal menjadi penyambung kepada titik-titik perjalanan kita menuju titian kejayaan, sekalipun seruan kepada kejayaan itu berlangsung saban hari sebanyak lima kali.




Jika tarikh Muharam yang dipilihkan oleh para sahabat nabi sebagai tarikh untuk bermulanya Kalendar Islam ini tidak dijadikan juga sebagai tarikh untuk kita mulakan sebuah lonjakan ke arah perubahan, sedarlah bahawa kita sekarang sedang banyak berlengah.




Bukankah sudah banyak ‘dateline’ yang kita abaikan sebelum ini?


Twitter
Facebook
gravatar

blog jadi mangsa

Sebetulnya, pagi ini saya dijadualkan sebagai pengisi (sebenarnya pengongsi) bagi sesi tazkirah usai program Qiyamullail berjemaah AJKT-HEWI MKKK 2010/2011.



Namun, ketentuan Allah berlaku hingga Dia menangguhkan perkara yang sedemikian menjadi realiti.



Lantaran amanah yang tak tertunai, maka saya berhajat untuk melunaskannya di sini, di blog saya yang tak seberapa ini.



Begini.



Ada orang bertanyakan saya bagaimana mahu mendapatkan ikhlas dalam beramal. Seperti juga saya dan semua sahabat-sahabat di luar sana, persoalan ikhlas dalam amalan sangatlah menjadi perkara untuk diberikan perhatian sewajarnya. (klik)

Twitter
Facebook
gravatar

Tips Blogger Terhebat

Saya andaikan anda telahpun membaca artikel saya yang lepas, artikel bertajuk Entri Ke 100 di sini (klik).



Sehubungan itu, sebagai bonus kerana telah menghasilkan 100 artikel, saya ingin menghadiahkan kepada diri saya dan para pembaca semua tentang artikel kali ini, Tips Blogger Terhebat.



Sebelum itu, saya jelaskan di sini bahawa sungguhpun tajuknya menyebutkan tentang blogger, tetapi artikel ini sebenarnya dihasilkan untuk semua kita, sama ada yang menghasilkan blog ataupun tidak.



Dan kenapa saya katakan tips terhebat? (klik)




Kerana tips ini saya tak pernah dengar mana-mana blogger yang sebut.




Twitter
Facebook
gravatar

Entri ke 100

Alhamdulillah.



Ini adalah entri blog saya yang ke seratus.


Namun, banyakkah jika artikel-artikel yang saya terbitkan di blog ini mencecah ratusan artikel?


Bagi saya tidak banyak kerana untuk seorang blogger, ratusan artikel dalam masa hampir setahun belumlah banyak. Buktinya anda boleh lihat kepada mana-mana pemilik blog yang dikenali sebagai blogger, artikel mereka biasanya melebihi ratusan.


Namun, sedikit atau banyak, apabila kita timbangkannya dengan neraca agama, bilangan itu seakan-akan tidak memberi makna.


Mengapa?


gambar daripada Devianart.com

Twitter
Facebook
gravatar

cintakan dia



Diriwayatkan daripada Umar bin al-Khattab r.a bahawa beliau telah berkata kepada Rasulullah s.a.w : “Wahai Rasulullah, Engkau lebih aku cintai daripada segala sesuatu melainkan nyawa yang ada di dalam diriku”. Lalu Rasulullah s.a.w berkata : “Tidak sempurna iman seseorang sehinggalah aku lebih dicintai daripada dirinya sendiri”. Umar pun berkata : “Demi Tuhan yang telah menurunkan al-Kitab kepada engkau, sesungguhnya engkau lebih aku kasihi daripada diri aku”. Baginda berkata kepada Umar : “Sekarang iman engkau telah sempurna wahai Umar!” (Riwayat Muslim)


Jundub Ibn Sufyan r.a menerangkan : Bahawasanya Rasulullah SAW pada suatu hari berada di dalam sebuah peperangan sedangkan anak jari baginda sudah berdarah. Maka berkatalah Rasulullah SAW : “Engkau hai anak jari tiada lain melainkan anak jari yang telah berdarah dan di jalan Allah apa yang telah engkau deritai”. (Bukhari dan Muslim)



read more...

Twitter
Facebook

kesejahteraan ke atas orang-orang yang mengikut jalan petunjuk