Apakah Penyakit Gout Itu?
Baiklah. menurut pakar, gout disebabkan oleh kehadiran asid urik yang berlebihan dalam tubuh badan manusia. Apa itu asid urik? Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin. Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin). Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
Metabolisma asid urik tidak dapat dilakukan dengan betul dan menyebabkan pengumpulan asid urik pada salur darah dan sendi. Komplikasi gout adalah gouty atritis dan boleh menyebabkan kerosakan sendi dan deposisi urate pada kulit dan rawan. Asid urik berlebihan pada sendi adalah dalam bentuk kristal. Sebab itulah pesakit atritis akan mengalamai pembengkakan pada sendi terutamanya sendi jari dan kaki.Gout mungkin terjadi sebagai tanda komplikasi penyakit yang lain juga. Misalnya:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan kejadian penyakit gout.
Di Mana Bahagian Tubuh Badan Yang Diserang Gout?
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi
merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara
tiba-tiba, kerap kali semalaman. Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan
geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan. Sakit mungkin berlarutan
berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan. Gout boleh
menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan
jari.
Bagaimana Mengawal Penyakit Gout?
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda
harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya. Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan
dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan
paras asid urik.
Bagaimana Mencegah Gout?
Ikuti kaedah pemakanan yang sihat. Makan makanan yang mengandungi kandungan purin yang kurang. Berikut adalah senarai makanan yang perlu dielakkan oleh pengidap gout.
- Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
- Ikan bilis, kembung, sardin
- Daging cincang
- Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
- Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
- Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
- Peanuts, lentil, beans and peas
- Poultry
- Roti jagung dan bijirin
- Cendawan
- Yis (roti putih, roti manis)
Kaedah Pencegahan Melalui Ubat-Ubatan
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor). Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang. Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
- Minum banyak air.
Elakkan diri dari terdorong untuk mengambil makanan yang memang tidak sesuai untuk pesakit gout. Mungkin sedikit kawalan nafsu makan lebih mambantu dari mengambil makanan kegemaran anda tetapi pada akhirnya anda akan menderita untuk sepanjang hayat anda.
Sekian, salam hormat.
Ikhlas dari saya
somoon gomp