Setiap manusia mempunyai anutan dan kepercayaan atau lebih tepat saya katakan sebagai agama. Kenapa agama? Apa pentingnya agama itu? Baik, sebenarnya orang yang beragama mempunyai sesuatu dalam pegangan hdiup mereka. Agama itu dapat memimpin keberadaan seseorang itu. Nah, ada banyak agama yang ada di dunia ini. Apa pun agama anutan anda, beragamalah sesuai suruhan dan amalan mulia agama anda. Bukan hanya beragama tetapi hanya bersifat kulit sahaja. Dalam kata lain, beragama bukan di bibir sahaja.
Satu daripada tips hidup harmoni ialah Ambil Masa Untuk Berdoa. Kenapa? Apa sebab doa itu penting? Siapa yang harus berdoa? Berdoa kepada siapa? Antara persoalan yang terlalu ringkas tetapi tidak dapat dijawab oleh kebanyakan manusia.
Kehidupan dan hidup bukanlah semata-mata kerana atas usaha dan kemampuan tersendiri individu itu sendiri. Ada suatu kuasa yang memacu keberadaan hidup seseorang. Kuasa itu, sama ada seseorang itu sedar atau pun tidak, akan sentiasa bersama-sama dengan individu tersebut dalam membina dan memperkembangkan potensi-potensi hidup agar sentiasa harmoni.
Kuasa itu tidak lain ialah kuasa yang tidak dapat dilihat tetapi boleh melihat, tidak dapat dipegang tetapi boleh memegang, tidak dapat diungkapkan tetapi boleh menjangkau, tidak dapat dirasai tetapi boleh merasa, dan itu ialah kuasa Yang Maha Esa.
Berhubunganlah dengan kuasa itu melalui doa, dan anda akan merasai dipegang, dilihat, dijangkau, ditemani, dan yang paling utama ialah anda merasa tidak keseorangan. Perasaan keseorangan sering membawa ketidaktenteraman pada diri dan hidup seseorang. Lihatlah pada diri anda, apakah ada sesutau yang kurang pada diri dan hidup anda saat ini? Jangan terlalu gelisah sebab ada perkara yang jauh lebih penting yang boleh anda lakukan: berdoa.
Doa membawa anda kepada-Nya. Doa berupaya menyedarkan anda bahawa anda tidak berupaya sebenarnya. Doa akan memampukan anda agar dapat terus melalui gelombang kehidupan hidup ini tanpa sebarang kekangan yang pada akhirnya, doa akan mempastikan hidup anda akan menjadi lebih harmoni.
Hari ini, bagaiman pun sibuknya keadaan anda, ambillah masa untuk berdoa dan anda akan merasai perbezaan.
Jika ada waktu yang lebih berbahagia saat ini, itu bukanlah waktu yang bersenang lenang, itu bukan juga waktu yang ramai teman, itu bukanlah waktu anda sedang berada di tempat pelancongan yang indah, itu bukanlah juga apabila anda dianugerahi gelaran dan pangkat tertinggi, tetapi waktu itu ialah apabila anda mengambil sedikit dari masa anda untuk berhubungan dengan Pencipta anda melalui doa. Waktu anda dalam doa.