Hidup dan kehidupan memang tidak dapat diduga, malah tidak ada seorang pun yang mampu menduga apa yang akan berlaku beberapa minit dari sekarang, atau sejam dari sekarang, atau satu hari dari sekarang, atau seminggu dari sekarang apa lagi menduga-duga apa yang bakal berlaku setahun dari sekarang.
Hidup tidak selamanya harmoni. Hidup tidak selamanya bahagia. Jika hari ini anda bahagia, tidak mungkin anda masih mengecapi kebahagiaan yang serupa dengan kebahagiaan saat ini pada detik, jam, dan hari yang sama pada tahun hadapan. Segala-galanya ada sesuatu yang akan terjadi.
Keadaan yang paling mengerikan ialah, ajal dan maut sentiasa mengintai setiap manusia. Hari ini seseorang itu utuh dalam istilah sihat tubuh badan. Namun tidak ada sesiapa pun yang pasti apa yang akan berlaku hari esok.
Ungkapan yang menyatakan 'malang tidak berbau' memang tepat sekali. Apakah sesiapa yang pernah hidup atau yang sedang menikmati kehidupan saat ini yang pernah tahu dengan pasti akan apa yang bakal mereka hadapi hari esok? Tiada dan tidak pernah ada yang tahu.
Sesungguhnya hari-hari manusia itu tidak ada yang pasti dan atas ketidak pastian itulah sepatutnya sesiapa sahaja perlu dan wajib sentiasa waspada dan selalu beringat bahawa hidup tidak selamanya baik-baik belaka.
Lebih tepat lagi, ambillah masa barang sesaat untuk melihat pada diri sendiri sama ada apakah sudah bersedia apabila keadaan yang tidak diingini melanda hidup ini. Abadikan Pencipta Yang Maha Agung dalam diri sesiapa pun agar apabila sesuatu musibah menimpah, sekurang-kurangnya kita didapati 'akrab' dengan Tuhan Yang Maha Esa.
Malang tidak berbau dan mamang benar-benar tidak berbau ...