Sering dan selalu, tak kira lelaki atau perempuan, tua atau mudah, sedar atau tidak akan melukai sesama bukan dengan benda tajam tetapi melalui kata-kata, ya melalui kata.kata. Tepatlah ungkapan orang dulu-dulu yang berbunyi "lidah tak bertulang tapi lebih tajam dari sembilu".
Banyak orang yang merasakan dan berfikiran bahawa menjaga hati orang lain kadang kala membosankan. Mereka kata asyik jaga hati orang, bagaimana dengan hati aku?! Sebenarnya bukan soal menjaga hati siapa-siapa. Itu lebih kepada sikap.
Jika kita tidak mahu dilukai, jangan melukai hati orang lain terlebih dahulu, awasi kata-kata yang diutarakan, awasi kata-kata yang keluar dari mulut dan yang lebih penting hati mesti baik punya. Jangan berpersangka buruk dengan orang lain.
Moral of the story: elakkan dari menyuarakan kata hati dengan berkata, "aku sudah bagi tahu awal-awal lagi", kepada sesiapa pun terutamanya pasangan hidup dan anak-anak. Walaupun kata-kata ini tidak pedas, tidak asam, tidak pahit tetapi kesannya terhadap emosi dan sanubari seseorang terlalu pedih .... beringat-ingatlah.