"Ini hali gua punya nasib mau naik". Antara suara-suara pembeli nombor ekor yang kedengaran. Nampaknya 'pelabur-pelabur' jangka pendek ini semakin ligat 'membeli' nasib masing-masing menjelang hari-hari undian dijalankan terutamanya hari rabu, sabtu, dan ahad.
Walau pun pada permis jualan nombor ramalan ini terpampang 'JUDI ADALAH HARAM DI SISI AGAMA ISLAM' namun ramai juga yang terus 'melanggan' nombor-nombor tersebut. Menurut pemerhatian penulis, ramai orang yang membeli nombor ekor ini terlibat sama tanpa mengira kepercayaan dan anutan agama. Saya fikir semua agama memang melarang berjudi dan tidak ada yang membenarkan atau menghalalkan judi. saya yakin itu. Soalnya ialah dari diri manusia itu sendiri yang senang terpengaruh dengan kegiatan haram seumpama ini.
Cuba lihat paparan berikut:
Dah berpuluh kali saya menerima lembaran tersebut. Kalau bukan diselitkan pada viper kereta, ia akan berada di peti surat di rumah kediaman saya. Saya fikir semua kata-kata berupa testimoni konon seolah-olah hanya dibuat-buat sahaja dan siapa pun boleh lakukannya. Tapi itu bukan soal utamanya. Yang paling penting ialah sejauh mana teguhnya IMAN anda sehingga tidak terjerumus ke'lembah' pengharapan yang mungkin tak pernah kunjung tiba?
Ramai orang yang terlibat berjudi nombor ekor ini mengatakan itu hak mereka. Tiada orang lain yang harus mempersoalkannya. Ya itu hak anda. Tapi tahukan anda bahawa ada ramai orang juga yang telah membeli dan membeli dan membeli dan membeli nombor ekor tersebut sehingga habis ribuan malah puluhan ribu ringgit tetapi pulangannya tidak seberapa? Dan apabila anda sudah ke tahap ini, nampaknya anda adalah 'pencandu' nombor ekor tahap kronik! Tapi tak apa sebab itu hak anda, ya kan? [Itukan kata anda!].
Sampai bila anda terus bergantung kepada nombor ekor untuk mengubah hidup anda ...?