Showing posts with label swiss roll. Show all posts
Showing posts with label swiss roll. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

Swiss Roll Pandan Kaya....



Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...kali ni Liza nk share swiss roll pandan yg Liza buat ari tu, sedap bangat n rasa lemak2 dan wangi pandan tu mmg membangkitkan selera..sekejap je dah licin, uhuhuu..

Kali ni Liza cuba resepi dr dapur Nazrah yg katanya resepi asal ni dr Kak Zana, thnx ye kalian berdua sbb kek gulung ni mmg sodaapp...


RESEPI SWISS ROLL PANDAN KAYA

Bhn2:

5 biji kuning telur
50 g gula castor
1/4 s.teh garam
50 ml. minyak jagung
50 ml. santan- Liza blend dgn 2 helai daun pandan
110 g tepung gandum
1/2 s.teh baking powder
sikit pewarna -- jika perlu

Bahan B :-

5 biji putih telur
100 g gula castor
1/4 s.teh cream of tartar

Sebarang jenis jem atau krim untuk sapuan- Liza guna kaya




Cara-cara Membuatnya:-
1. Sediakan acuan swiss roll 12" x 12" yang dilenserkan dan dialas dengan kertas kalis
minyak ---alas seluruh acuan sampai bahagian tepinya.Panaskan oven kepada 175c.
2. Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan.

3.Di dalam sebuah mangkuk,masukkan bahan-bahan A selebihnya dan kacau dengan menggunakan whisk saja untuk sebatikan kuning telur,gula,garam,minyak dan santan.Setelah itu masukkan tepung perlahan-lahan dan kacau hingga sebati. Ketepikan.

4. Didalam mangkuk lain putarkan bahan B dengan mixer hingga kembang dan gebu,bila diangkat mixer,telur putih akan terbentuk peak---macam buat kek chiffon.

5. Kemudian,campurkan adunan B tadi ke dalan adunan A dan gaul perlahan-lahan dengan menggunakan sudip plastik saja...hingga adunan sebati.Jangan digaul terlalu lama.Cukup sekadar adunan tepung dan adunan putih telur sebati.- Liza ambil 2 s/b + pewarna coklat utk buat hiasan atas tu

6. Tuangkan ke dalam acuan swiss roll yang telah disediakan tadi dan ratakan adunan.- Letakkan sedikit adunan coklat td dan lorekkan

7. Letakkan acuan di bahagian tengah oven dan bakar selama lebih kurang 20 - 25 minit.

8. Setelah masak, keluarkan segera kek daripada acuan biarkan dalam 3 minit,kemudian sapukan dengan jem pilihan dan gulung dengan berhati-hati.

9. Sedia untuk dimakan.





Wednesday, May 21, 2014

Strawberry Swiss Roll...


Berulang kali buat swiss roll dr Kak Wan ni, mmg tak pernah jemu, sebab sedap sangat, terima kasih Kak Wan..kali ni Liza buat filling strawberry krim pulak, gara2 nak habiskan stok krim strawberry yg ada...



RESEPI STRAWBERRY SWISS ROLL

Bhn2:
BAHAN A
3 kuning telur gred "B"
75 gram gula halus
50 ml air
40 ml minyak jagung
1 s/t esen vanilla
1/2 s/t perisa lemon
80 gram tepung gandum - ayak

BAHAN B 

3 putih telur gred "B"
2 s/t gula halus
1/8 camca teh cream of tartar


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Alas 2 loyang berukuran 10 inci x 10 inci dengan kertas minyak, sapu kertas minyak tadi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A dalam satu bekas dan kacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur (bahan B) hingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar, dan putar hingga kental. Kemudian gaul bahan no. 2 tadi dengan kaedah kaup balik hingga sebati..
  4. Ketepikan separuh adunan dan tambah warna merah jambu, masukkan ke dlm piping bag..
  5. Paipkan ke atas loyang secara selang seli, bakar 170C - 1 minit...angkat dan ketepikan.
  6. Keluarkan dr oven dan sejukkan atas redai selama 10 minit, terbalikkan atas kertas minyak dan  keluarkan kertas alas bawahnya..
  7. Sapu krim strawberry dan gulung dgn kemas perlahan2.
  8. Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong...
  
BAHAN LAIN :-)
Filling strawberry
Whipping cream secukupnya, disejukkan dan putar hingga kental
- campurkan kedua2nya hingga sebati..








Sunday, June 17, 2012

Lemon Swiss Roll And Fruit Coctail.....


Assalamualaikum wbt dan Selamat Hari Bapa kepada semua bapa, ayah, walid, ayahanda, abah, daddy, papa dan apa saje gelarannya.....

Hari ni Liza cuma buat lemon swiss roll dgn fruit koktel...ambik resepi dr dapur Kak Wan, tp Liza olah cara buat ikut cara strawberry shortcake Japanese style dr Zack, mmg xtra gebu n lembut...kalau nk tau cara buat shortcake Japanese style, blh la klik kat link Zack kat atas....

Untuk resepi pulak, Liza mmg selesa dgn resepi dr K1 ni, moh kita intai resepi...tp kat bawah ni Liza dah olah ikut style Liza ye, kalau nk tgk resepi dan cara2 yg asal, blh la klik link kat atas tu ye...terima kaseh la pada kedua2 penyumbang resepi...


RESEPI LEMON SWISS ROLL AND FRUIT COCTAIL

BAHAN A
3 kuning telur gred "B"
75 gram gula halus
50 ml air
40 ml minyak jagung
1 s/t esen vanilla
1/2 s/t perisa lemon
80 gram tepung gandum - ayak

BAHAN B 

3 putih telur gred "B"
2 s/t gula halus
1/8 camca teh cream of tartar

BAHAN LAIN :-)
Fruit coctail secukupnya
Whipping cream secukupnya, disejukkan dan putar hingga kental

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C. Alas 2 loyang berukuran 10 inci x 10 inci dengan kertas minyak, sapu kertas minyak tadi dengan mentega. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A dalam satu bekas dan kacau dengan whisk hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur (bahan B) hingga berbuih, masukkan gula dan cream of tartar, dan putar hingga kental. Kemudian gaul bahan no. 2 tadi dengan kaedah kaup balik hingga sebati- Liza buat ikut cara shortcake Japanese style
     4. Ketepikan 2 1/2 s/b adunan dan tambah warna merah terang, masukkan ke dlm piping bag.
     5. Paipkan ke atas loyang bentuk yg diingini, bakar 170C - 1 minit...angkat dan ketepikan.
     6. Tuangkan baki adunan dan ratakan dgn spatula, bakar 10-15 minit .
     7. Keluarkan dr oven dan sejukkan atas redai selama 10 minit, terbalikkan atas kertas minyak dan  keluarkan kertas alas bawahnya..
     8. Lapik sehelai lg kertas minyak atas motif tulisan / corak td dan terbalikkan ke atas.
     9. Renjiskan sedikit air koktel atas kek, sapu krim dan tabur buah koktel, gulung dgn kemas perlahan2..
  10. Simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong...



Fruit coctail tu nk nmpk sgt sbb tak bnyak buah yg colourful kat dalam tu...ape pun rasa kek ni mmg best hubby kata sbb lembutttt sgt....alhamdulillah



Saturday, May 5, 2012

Swiss Roll Chocolate....


Jumpa resepi ni kat fp Mamafami, dah lama simpan resepi ni tp tak berani nak buat, takut tak jadi....hihihihi

Jom lah kita tgk resepi ye, thnx Mamafami...

RESEPI SWISS ROLL CHOCOLATE

Bhn2:

3 biji telur gred A @ B
2 oz gula castor
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu besar ovallete
*1.5 oz tepung gandum, keluarkan 1 1/2 sudu besar tepung
1/2 sudu besar susu tepung
2 oz mentega cair
1 1/2 sudu besar serbuk koko
butter icing secukupnya - Liza guna fresh cream

Kaedah penyediaan :
- Telur, gula, ovallete, baking powder, esen vanilla, tepung gandum dan susu tepung dipukul dengan kelajuan maksima sehingga gebu (5-7minit)
- Asingkan 1 1/2 sudu besar adunan putih dan masukkan ke dalam piping bag.
**- Masukkan serbuk koko ke dalam adunan putih di dalam mixer dan pukul selama 1 hingga 2 minit agar serbuk koko sebati.
- Masukkan mentega cair, kemudian kaup balikkan biar rata.
***- Tuangkan adunan koko tadi ke dalam loyang kemudian ratakan permukaannya.
- Paipkan adunan putih tadi di atas adunan yg diratakan dlm loyang - Liza skip step ni..
- Lorekkan/corakkan dgn menggunakan lidi
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170 C selama 20 minit, api atas dan bawah.
- Apabila kek sudah masak, keluarkan dari oven ke atas redai. Biarkan sejuk. Letakkan sekeping kertas di atas bahagian yang berlorek kemudian terbalikkan.
- Keluarkan kertas alas semasa membakar. Sapu permukaan dengan butter icing.
- Gulung kek tadi perlahan-lahan dan cermat.
- Balutkan dengan cling film dan simpankan di dalam peti ais untuk mengentalkan buttercream.
- Potong dan hidangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...