Showing posts with label potato. Show all posts
Showing posts with label potato. Show all posts
Tuesday, January 16, 2018
Potato Wedges Homemade...
Hari tu terbuka hati nak try buat wedges ni sendiri, boleh makan puas2..nk letak cheese bnyk2 pun boleh
Senang sangat kan, cuma kalau ada angin M tu, senang macam mana pun mmg tak buat la,hihihi
Jom try buat, lagi terjamin segala2nya..
POTATO WEDGES HOMEMADE
Bhn2:
5 biji ubi kentang - basuh bersih dan potong baji
Sedikit garam
Air utk merebus
Minyak
Tepung bestari / tepung kegemaran
- rebus kentang bersama kulitnya sehingga separuh empuk SHJ
- toskan ubi td dan salut dgn tepung kegemaran ( Liza guna tpg bestari je)
- panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan atau masak
- angkat dan sedia dihidang
- senang kan, pasni xyah beli dah..hihihi
Wednesday, November 29, 2017
Kroket Ketam..
Buat lagi kroket ni guna ketam fillet dan tak menggunakan tepung langsung, Alhamdulillah mmg sedap..
Hari tu rasanya macam buat bnyk dan niat nk frozenkan tapi bila tgk laju je semua mkn, maka terpaksalah grg semua sekali,hihihi
Gambar lepas grg pun tak sempat snap sbb lupa..dan kali ni Liza guna breadcrumbs yg kaler kuning oren ni, cantik pulak bila tgk..
Resepi kali ni Liza amik dr dapo Hana, thnx ye Hana...sedapppp
RESEPI KROKET KETAM
Bhn2:
- 5 biji kentang besar
- 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
- 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang
- 1/2 sk merica @ serbuk lada putih
- 1 sudu makan butter
- 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional
- gula
- garam
- ketam fillet / lauk pilihan - potong kecil
Untuk Saduran
- Telur
- Breadcrumbs
- Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch ( Liza xguna )
Cara-cara
- Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.
- Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
- Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.
- Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.
- Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
- Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj)
- Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.
Wednesday, September 27, 2017
Kroket / Croquette..
Haritu ternampak rakan IG Aida asyik dok upload gmbr kroket ni..jadi kebetulan hari tu semua bhn2 ada , jadi on je la projek kroket ni utk minum ptg
Alhamdulillah mmg terlajak sedap, hubby n anak2 mkn berulang2 , mmg cnfirm kena buat lagi lps ni,hihii
RESEPI KROKET
Bhn2:
3 ulas bawang putih
2 keping dada ayam - cincang halus
100 ml susu segar
4 s/makan tepung gandum
Garam secukup rasa
Serbuk lada hitam
500gm ubi kentang - rebus / goreng empuk dan lenyek
1/3 buku Cheddar parut
Daun sup
Carrot
- campurkan semua bhn dan bentukkan ikut selera, samada bulat atau lonjong
- celupkan ke dlm telur dan salut dgn breadcrumbs
- goring hingga keemasan
- boleh juga difrozenkan
* lauk ataus sayuran terpulang pada selera masing2
Wednesday, October 8, 2014
Potato Fritters....
Semua orang mesti dah buat cucur kentang atau dikenali sebagai potato fritters ni kan..Liza pun tak nak lepaskan peluang ni, setiap hari asyik tengok org dok post kat fb je, mana boleh jadi, mesti nak jugak buat n rasa...buat ni pun dah lama, tapi macam biasa lah, tuan umah ni ehemm ehemm sikit....hiihii
Sebenarnya banyak versi nak buat potato fritters ni, macam biasa la Liza akan pilih yg paling senang..resepi ni Liza ambil kt dapur Kak Yati yg comel lote tu...terima kasih kak
RESEPI POTATO FRITTERS
Bhn2:
3 biji kentang (sagat halus, Yatie sagat kasar je)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang/daun sup
1 tangkai cili merah-Yatie tambah
Serbuk Lada sulah-Yatie guna coarse black pepper
Garam dan sedikit gula
Minyak masak (utk menggoreng)
Cara2nya
- Satukan kentang yg telah dsagat dgn tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula...gaul sebati
- Panaskan minyak masak....sudukan dan goreng agak2 leper....balik2 kan...tunggu sampai masak... angkat....siap
- Sedap dimakan bersama sos
Anak2 berebut2 makan, alhamdulillah, nanti bolehlah buat lagi..terima kasih jugak pada tuan punya resepi Noraida Durani...
Monday, October 21, 2013
Hash Potato....
Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali...memula tgk org buat hash brown ni ingatkan susah, lepas tu teringin la nk cuba buat sendiri...mmg berdebar sungguh, walaupun bhn2 dia cukup simple tp kalau tak kena tekniknya mmg boleh berterabur kentang ni dlm kuali...
Kat youtube pun macam2 cara dia org buat hash potato ni..so, pilih je la cara mana yg berkenan di hati...tapi resepi kali ni Liza dapat kat dapur Maisya, thnx ye..
RESEPI HASH POTATO
Bhn2:
2 biji kentang( lebih kurang 300g )
sedikit garam
Kentang dibasuh bersih-bersih kemudian baru dibuang kulitnya. Selepas dibuang kulit jangan bagi kena air( jangan bilas etc ).
Potong kentang dengan saiz yg bersesuaian agar senang nak masuk dlm food processor.- Liza guna pemarut biasa je
Ambil 1/3 dari kuantiti kentang dan masukkan dalam food processor. Kisar hingga halus.
Masukkan baki kentang dan juga sedikit garam. Kisar lagi tapi biar agak kasar, tak perlu sampai halus.
Ambik sedikit dan bentukkan mengikut kesukaan; nak buat bulat ke, 4 segi ke tak kisahlah. Kalau boleh masa nak bentukkan ni kita buat macam buat daging burger iaitu kepal dan baling-baling antara dua tangan supaya kentang tu mampat tak de ruang antaranya( boleh imagine ke macamana ? )
Masa Maisya buat haritu.. lepas kisar, kentang tu jadi agar berair so Maisya buang air tu sikit. Jangan tapis sampai kering plak...biar dia lembap-lembap sikit supaya senang melekat masa dibentuk.
Dah siap bentukkan, bolehlah digoreng dalam minyak yg panas ( api sederhana ). Goreng hingga warna keemasan.
Angkat dan toskan minyak yg berlebihan. Bolehlah dimakan dengan sos/ mayonis.
Wednesday, May 8, 2013
Baked Potato / Kentang Bakar....
Assalamualaikum wbt, alhamdulillah dgn izinNya dpt lg kita bersua di alam maya ni...sebenarnya dah lama sgt dah buat baked potato ni, bak kata org dah jd baja dah pun...hihihhii
Ni semua gara2 dok tgk rancangan Barefoot Contessa tu..mula2 ingatkn susah sgt nak buat baked potato ni, rupanya sambil tido pun boleh buat...hihii
Mula2 kita cuci bersih kentang, tak yah kopek kulit ye..lepas tu kita rebus dgn sdkt garam dan air hingga setengah masak..pastu angkat kentang, balut dgn aluminium foil dan bake selama lebih kurang 15 minit..
Kalau nak tau kentang tu dh betul2 empuk @ tidak, ambil pisau muncung tajam dan cucuk kat kentang tu, kalau dah lembut, maknanya mmg dh masak la...
Keluarkan kentang dan belah 4, pasti picitkan mayonis @ sos kegemaran, kalau ada daun pasli, cincang dan tabor kt atas tu...tp Liza takde ye...
Dah sedia utk makan, senang kan...
Thursday, January 24, 2013
Cheezy Wedges...
Assalamualaikum wbt dan Salam Maulidur Rasul utk semua...huhhh, dah lama betul Liza tak jenguk dapur maya ni..tahun ni mmg bz sikit sbb rutin pun dah berubah, maklumlah yana pun dah start tadika...mmg kelam kabut jugak la...
Ni bekpes yg Liza buat bila ntah, tuan dapur sendiri pun dah lupa...hihihi, terliur bila tgk cheezy wedges kat dapur QH, Liza buat utk mkn dgn roti kukus ngn bake bean...mmg meletopss beb..
RESEPI CHEEZY WEDGES
Bhn2:
8 biji kentang - kupas dan potong wedges
4 sudu tepung jagung4 sudu tepung gandung
1 sudu oregano leaves
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh serbuk ENO – QH ganti baking powder, Liza pun...
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
minyak
Cara:
1. Rebus kentang setengah masak. Angkat dan
toskan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, oregano leaves, daun
ketumbar, lada putih, serbuk ENO, dan serbuk kunyit dan serbuk pati ikan
bilis.3. Adun bersama air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama pencicah pilihan.
Tuesday, September 11, 2012
Pegedel / Begedel ....
Resepi ni Liza dapat dr bibik sebelah rumah dulu...mmg suka sgt dgn pegedel ni, kdg2 Liza mkn cmtu jer...tp hari tu Liza gandingkan dgn mee soto tulang johor...mmg terangkat bebb....hihihii
RESEPI PEGEDEL /BERGEDEL
Bhn2:
5 biji ubi kentang
1 keping dada ayam / daging- potong kecil dan rebus
Setangkai daun sup - hiris
1 ulas bawang putih - ditumbuk lumat.
Bawang goreng
Sdkt serbuk lada hitam / lada sulah
Garam
2 biji telur - pukul sikit
Minyak
- ubi kentang digaul dgn sdkt garam dan rebus / goreng hingga empuk dan lembut.
- masukkan ke dlm bekas dan kenyek hingga hancur.
- masukkan pula isi ayam / daging rebus, daun sup, bawang pth tumbuk, bwg grg dan serbuk lada hitam.
- gaulkan semua dan kepal2kan, sementara tu panaskan minyak.
- celup ubi kentang kepal td ke dlm telur dan grg hingga berwarna keemasan.
- dah pun siap utk dimakan....
Tuesday, December 20, 2011
Mashed Potato / Kentang Putar.....
Side dish yg Liza gandingkan bersama grilled chicken chop hari tu....selalu buat mashed potato ni dan selalu guna resepi yg sama sbb anak2 suka....resepi ni amik dr umah Hana tak lama dulu...mmg best...tp kali ni Liza cuba tambahkan sdkt susu segar...
Jom la kita tgk resepi yer..
RESEPI MASHED POTATO / KENTANG PUTAR
Bhn2:
RESEPI GRAVY @ SOS KENTANG PUTAR
Jom la kita tgk resepi yer..
RESEPI MASHED POTATO / KENTANG PUTAR
Bhn2:
- 5-6 biji kentang
- 2 sudu besar butter
- 1 sudu besar mayonis
- 2 sudu besar susu segar
- sedikit blackpepper
- garam
- Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.
RESEPI GRAVY @ SOS KENTANG PUTAR
- 650 ml air
- 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
- 1 biji bawang besar - cincang
- 1 batang saderi - cincang
- 40 gm mentega
- 20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap pekat
- garam- hana tak letak sbb dah masin
- susu segar - Liza tambah
- Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
- Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
- Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
- Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
- Curahkan ke atas kentang putar.
Subscribe to:
Posts (Atom)