Showing posts with label minum petang. Show all posts
Showing posts with label minum petang. Show all posts

Tuesday, January 30, 2018

Kuih Ketayap Lembut...



Assalamualaikum wbt..petang semalam buat ketayap ni sbb nk abiskan stok inti kelapa tu..cuba resepi dr Cikgu Ani yg ,menggunakan sukatan cawan je..timakasih ye, kuih ni mmg sedap n lembut je








RESEPI KETAYAP LEMBUT

Bhn2:

  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu makan minyak masak
  • Beberapa titis pewarna hijau (jika perlu)


Cara Membuat Kulit Ketayap
  1. Blend daun pandan yang telah dipotong pendek-pendek dengan santan. 
  2. Tapis dan perah.Campurkan semua bahan kulit, gaul rata.
  3. Masukkan adunan ke dalam blender dan kisar hingga adunan sebati. (guna kaedah ni, adunan tak perlu ditapis untuk mengelakkan tepung yang bergentel.
  4. Panaskan kuali. Guna api yang perlahan.
  5. Sapukan kuali dengan sedikit minyak. (Saya simpulkan sehelai daun pandan dan sapu minyak menggunakannya).
  6. Masukkan satu senduk adunan ke dalam kuali dan dadarkan adunan dengan melayang-layangkan kuali.
  7. Biarkan kuih masak. (Tidak perlu diterbalikkan. Cukup jika dilihat atasnya sudah berwarna hijau semuanya.
  8. Angkat. Ketepikan.
  9. Ulang langkah yang sama hingga adunan habis. 
  10. Sementara menanti kuih di dalam kuali masak, bolehlah dibubuh inti pada kuih dadar yang dah siap tadi.
  11. Ambil sesudu penuh inti (nak lebih pun boleh). Letak di atas permukaan atas kuih. \
  12. Ratakan. Lipat kiri dan kanan kuih. Gulung dengan kemas. Ke tepikan. 
  13. Bila proses memasak dan mengintikan sudah siap, bolehlah dihidangkan







Bahan Inti Kuih Ketayap
  • 1/2 biji kelapa parut - ambil putihnya sahaja
  • 3/4 cawan gula merah - kalau tak suka manis, boleh kurangkan.
  •  secubit garam 
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu makan tepung gandum

Cara Membuat Inti Ketayap
  • Didihkan air dalam kuali. Masukkan gula merah, garam dan daun pandan. Masak hingga gula larut.
  • Masukkan kelapa parut. Kacau sekali-sekala hingga airnya kering.
  • Bila inti dalam keadaan agak-agak lembab, taburkan tepung gandum. Kacau rata. (Fungsi tepung ialah supaya inti melekat dan tidak berderai).
  • Sejukkan inti.

Thursday, January 25, 2018

Kuih Lapis Lagiii..



Assalamualaikum wbt...kuih yg selalu mendapat permintaan dr adik,suka sgt dia mkn kuih ni tapi awal2 dia dah pesan tak nak kaler lain, nak kaler pink ngn putih je...lagi senang keje umi,hihii

Liza buat lagi resepi yg dah pernah Liza buat ni sbb sukatan dia sikit, cukup la utk kami 4 beranak ni..








RESEPI KUIH LAPIS


Bhn2

100gm tpg beras
435ml santan
30gm tpg ubi kayu
90ml air
30gm tpg jagung
190gm gula
sdkt pewarna merah

panaskan pengukus dan ayak semua tpg kedlm mangkuk besar.
- kacau bersama sntan, air dan gula.Kacau hingga gula larut.
- bhg adunan kpd 2 bhgn dan warnakan.
- masukkan 3/4 senduk adunan kedlam loyang dan kukus selama 3 min.
- angkat dan tuangkan lapisan yg berlainan kaler ke dlm adunan td dan kukus semula 3 min.
- ulang hingga habis..
- akhir sekali tutup loyang dgn kain bersih dan kukus lg selama 15 min..


Friday, January 19, 2018

Vanilla Choc Chunk Yogurt Muffins...



Assalamualaikum wbt dan Salam Jumaat utk semua...kejadian muffin ni dah lama sebenarnya..masa ni tangan Liza baru start sakit dan angah terpaksa buat sendiri muffin ni 100 %...masa tu baru umi sedar yg apa yg berlaku pasti ada hikmahnya,hihii

Umi cuma bagi resepi dan panaskan oven je, yg lain2 semua angah buat, pandai rupanya anak dara umi ni ye...hihii
Resepi ni Liza ambil dr rakan IG Inda @pandangulamelaka..tq Inda, mmg sedap n lembut..almaklumlah ada yogurt kan

Tapi Liza tak gunakan choc chunk ye, sbb angah nk letak hazelnut choc paste Chef Amer ..tgk tu, mewah btl dia letak kan...tak pe la, sekurang2nya dah boleh jadi tgn kanan umi kan, tq angah







VANILLA CHOC CHUNK YOGURT MUFFINS

Bhn2:

A

2 cawan tepung gandum
1 cawan gula kastor
1 s/k baking powder
3/4 s/k baking soda
1/2 s/k garam

B

135gm yogurt
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1 s/k esen vanilla
1/3 cawan minyak masak

C

3/4 cawan dark cooking chocolate - cincang kasar ( Liza guna hazelnut choc paste, kalau nk guna nutella pun ok)









- panaskan oven 220C selama 15 minit
- campurkan kesemua bhn A dan gaul rata
- satukan semua bhn B dan amsukkan ke dlm bhn A, gaul rata dgn whisk je..JGN overmix ye
-akhir sekali masukkan choc chunk / cincang td, gaul rata secara kaup balik je
-sudukan adunan 3/4 penuh ke dlm acuan
- bakar selama 10 minit dgn suhu 220C, turunkan suhu 200C dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga masak..

# Cara Liza:

- sudukan separuh penuh adunan ke dlm acuan dan picit hazelnut choc paste , kemudian isi lagi adunan hingga 3/4 penuh kedlm acuan dan picit lagi hazelnut choc paste tu- 



Thursday, January 11, 2018

Kek Gula Hangus Chef Asma...





Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua...dah masuk dua kali Liza buat resepi kek gula hangus aka kek sarang semut ni guna resepi dr Chef Asma yg dikongsikan kat fb tak lama dulu..

Pertama kali buat terus menderhaka sbb nak cepat..lagipun zaman dulu2 pernah tolong arwah ma buat kek ni tanpa diperap dan kejadian sarang atau lubang2 tu mmg menjadi...jadi Liza cuba bereksperimen dgn resepi dr chef ni, alhamdulilah walaupiun sarang2 tu tak besar sgt tapi Liza cukup puashati dgn rasa kek ni yang tak terlalu manis dan lembut

Terima kasih chef kerana sudi berkongsi resepi ni..





Liza buat 1/2 adunan dr resepi di bawah dan menggunakan loyang 8x8 inci..

RESEPI KEK GULA HANGUS CHEF ASMA

Bhn2:

2 cawan gula pasir
2 cawan air panas
4 tbsp mentega 

- gula digoreng dgn api sederhana besar, bila gula dah cair masukkan air pana ..( hati2 ye )
- tutup api dan masukkan mentega
- ketepikan dan biar suam sebelum guna


Bhn kek :

8 biji telur
2 cawan susu pekat
2 cawan tepung gandum
4 tsp soda bikarbonat
2 tsp esen vanila








- ayak tepung gandum dan soda bikarbonat
- pukul telur hingga kembang dan pekat dgn menggunakan mixer high speed
- masukkan susu pekat dan kacau rata
- perlahankan speed mixer dan masukkan tepung yg telah diayak td
- masukkan esen vanila
- akhir sekali masukkan gula hangus td dan mix sebati
- perap adunan 3-4 jam ( bertutup) utk mendapatkan sarang yg cantik.
- bakar 160C selama 60 minit ( api bawah sahaja)
- bahagian terakhir, bakar 15 minit api atas bawah


* Liza xperap adunan , lepas mix semua bhn baru Liza on kan oven 15 minit, dan terus bakar *




Tuesday, January 9, 2018

Kek Pandan Lembut dan Sedap....





Resepi ni Liza amik dr rakan fb Miey Hayati , mmg lembut dan wangi dgn bau asli daun pandan..terima kasih ye 


RESEPI KEK PANDAN

Bhn2:

A:
4 biji telur
4 s/b susu pekat
3/4 cawan gula halus
1 s/b ovalette
1 s/k esen pandan / esen vanila

- pukul semua bhn A hingga gebu dan berkrim


B:

2 cawan tepung kek
1 cawan santan pandan ( 6 helai daun pandan + 1 cawan santan sederhana pekat  diblend dan tapis )
1 titik pewarna hijau epal

C:

1/2 cawan butter cair










- panaskan oven 160C
- masukkan santan pandan dan pewarna hijau dan pukul lagi
- slowkan mixer, masukkan tepung kek dan gaul rata
- masukkan pula butter cair dan sebatikan dgn cara kaup balik SAHAJA.
- tuang adunan ke dlm loyang yg telah dialas dgn baking paper dan bakar selama 50 minit atau sehingga masak 



Bread Pudding ..




Family Liza mmg cukup suka dgn bread pudding ni, sbb tu Liza suka variasikan pudding ni..kali ni pulak disebabkan lebihan roti cukup2 dgn 6 bekas ramekin, so Liza suruh anak2 pilih sendiri filling yg diaorang suka...dan utk hubby pulak, tetap dgn kismis saja

Dah banyak kali Liza masukkan resepi, lebih kurang sama je cuma kali ni Liza letak dlm mangkuk ramekin..almaklumlah roti tak banyak, kan..hihi







BREAD PUDDING

Bhn2:

10 kpg roti - dadu
3 cawan susu segar
2 biji telur - kocok sedikit
4 s/b gula perang
100gm strawberry filling/ apa2 filling kegemaran


- panaskan oven pada suhu 150C
- gaul sebati semua bhn di atas KECUALI filling..
- masukkan roti dan rendam selama 30 minit - 1 jam.
- tuang adunan ke dlm loyang yg telah dilengser mentega.dan sudukan filling ke dlm adunan secara marble..

- bakar secara ' steam bath' selama 50 minit atau sehingga keperangan..



Friday, January 5, 2018

Rahsia Gula Pada Kuih Keria tidak cair...





Liza pasti ramai dr kita yg ada masalah yg sama dgn Liza , iaitu gula yg disalut pada kuih tak akan kekal lama
Pada satu hari tu, Liza terjumpa satu tips yg dikongsi oleh sahabat fb ( lupa pulak nk save nama dia) , cmner cara utk mengelakkan gula dr mencair
Caranya ialah campurkan tepung gandum ke dlm adunan gula yg sedang mendidih..tepung gandum tu agak2 je ye, jgn bnyk sgt pulak..
Kalau dalam satu cawan gula, gunalah dlm 1/2 sudu besar tepung gandum..
Memang terbukti berkesan tips yg diberi tu, Liza dah pun cuba buat..terima kasih bnyk2 ye pada sahabat fb tu





Monday, December 11, 2017

Muffin Pisang Double Coklat ...lembut dan sedappp


Liza mmg suka buat muffin, sbb senang..dah bnyk resepi muffin yg Liza pernah buat dan Alhamdulillah semuanya tak pernah menghampakan..
Resepi ni pun dah bnyak kali Liza buat, amik dr dapo Kak Hanieliza ( cari link xjumpa)...terima kasih bnyk2 ye kak, resepi yg senang dan penting sedap








RESEPI MUFFIN PISANG DOUBLE COKLAT
Bhn2 A:

2 cawan tpg gandum
2 s/mkn srbk koko
1 s/t soda bikarbonat
1 s/t baking powder
Garam

- semua bhn di atas diayak..

Bhn2 B:

1 cawan pisang emas - sudah dilecek
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang
2 biji telur - dipukul sedikit







- panaskan oven 180C.- masukkan semua bhn A ke dlm bhn B..
- gaul sebati, tp jgn lama sgt
- masukkan dlm bekas muffin dan bakar selama 20 minit..
- dah ready...senang kannn


Kaswi Pandan Wangiii..


Assalamualaikum wbt...kuih ni Liza buat minggu lepas lepas tgk ramai rakan IG yg  buat...jadi kali ni Liza cuba resepi dr Kirah, juga rakan IG...terima kasih ye Kirah, senang dan sedap kuih ni






RESEPI KASWI PANDAN

Bhn2:

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
11/4 cawan gula
1 cawan jus pandan - ( blend 1 cawan air bersama 8 helai daun pandan)
3 cawan air
1/4 s/k kapur

Bhn Gaul:

Kelapa parut putih
Sedikit garam


- panaskan kukusan, sapu sedikit minyak pada Loyang ( Liza alas dgn plastic)
- bancuh kapur dgn sedikit air ( dr 3 cawan air td), campurkan dgn semua bhn2 dan kacau sebati
- tapiskan ke dlm Loyang dan kukus selama 25-30 minit
- balut penutup kukusan dgn kain
- sejukkan dan potong
- gaul bersama kelapa parut yg telah digaul sedikit garam
- sedia dinikmati

* kelapa parut tu boleh dikukus sekejap utk bg tahan lama*


Wednesday, November 29, 2017

Kroket Ketam..



Buat lagi kroket ni guna ketam fillet dan tak menggunakan tepung langsung, Alhamdulillah mmg sedap..
Hari tu rasanya macam buat bnyk dan niat nk frozenkan tapi bila tgk laju je semua mkn, maka terpaksalah grg semua sekali,hihihi

Gambar lepas grg pun tak sempat snap sbb lupa..dan kali ni Liza guna breadcrumbs yg kaler kuning oren ni, cantik pulak bila tgk..
Resepi kali ni Liza amik dr dapo Hana, thnx ye Hana...sedapppp






RESEPI KROKET KETAM

Bhn2:
  • 5 biji kentang besar
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang
  • 1/2 sk merica @ serbuk lada putih
  • 1 sudu makan butter
  • 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional
  • gula
  • garam
  • ketam fillet / lauk pilihan - potong kecil

Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch ( Liza xguna )

Cara-cara
  • Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj)
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Kek Batik versi Lembut Lagiii...




Kali ni kakak nk try buat sendiri kek batik ni sbb dia nk makan,ihhii
So, Liza Tanya dia nk yg versi rangup atau lembut..dia cakap nk yg versi lembut macam umi buat ari tu
Jadi Liza pun suruh dia buat macam resepi kat SINI, cuma Liza kurangkan sikit telur tu ..
Puashati kkk dapat buat sendiri kek batik ni utk pestime, mmg dia mkn berulang2 dan dia paling happy bila semua org puji sedap..










RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE VERSI LEMBUT
Bhn2:

Biskut marie secukupnya -  guna 27 keping
4 biji telur A/B - guna 3 biji A ( kali ni guna 2 biji je )
4 s/b serbuk koko *
4 s/b milo *
3/4 cawan gula *
3/4 cawan susu pekat *
125 gm buttercup *
1 s/the esen vanilla *
1 sachet nescafe 3in1 - Liza tambah

- campur semua bhn bertanda *, kemudian masak menggunakan api perlahan sehingga semua larut.
- sambil terus dikacau, masukkan telur dan masak sehingga adunan pekat dan meletop2, matikan apiu.
- susun biskut marie didalam Loyang yg telah dialas plastic, kemudian tuang adunan coklat dan ratakan.
- teruskan proses melapis , tekan sedikit2 kek supaya padat.
- sejukkan dalam fridge 4 jam atau semalaman
- pastikan kek betul2 keras sebelum dipotong dan dihidangkan.

Ambon..


Assalamualaikum wbt...dah lama rasanya tak buat ambon atau apam klate ni, dah banyak sgt list menu yg nk try kan,hihii
Nak buat ambon ni bknnya susah pun, cuma kena faham teknik yg betul..cuma kena pukul telur tu sampai kembang macam kita nak buat bahulu, kalau tak mmg la apam ni akan jadi bantat
Tak perlu nk letak baking powder atau ovalette , sbb apam ni mmg dah lembut sgt
Resepi ni dr arwah ma dan mmg Liza selalu guna, gunalah cawan atau mangkuk apa pun, jnji semua bhn disukat menggunakan cawan atau mangkuk yg sama, faham kan...









RESEPI AMBON

Bhn2:


1 cawan telur
1 cawan gula
1 cawan tepung gandum
1s/t esen vanila/ esen ros - utk hilangkan bau telur

- panaskan dulu kukusan.
- pukul telur dan gula hingga betul2 kembang, sampai warna putih yer..pastu masukkan esen.
- perlahankan speed dan masukkan tepung, gaul sebati.
- bahagi adunan kpd 2 bhgn, 1 bhgn warna merah dan 1 bhgn warna asal.
- masukkan ke dlm loyang secara selang seli warna.
- kukus hingga masak lebih kurang 20-25 minit.
- sejukkan dan bolehlah dipotong...


Monday, November 20, 2017

Bingka Durian..







Assalamualaikum wbt...bingka ni Liza buat minggu lepas masa stok durian ada lagi,hihi
Kali ni Liza cuba resepi dr Roha , timakasih bnyk2 ye Roha..sedap lemak2 bingka ni,izinkan akk share kat sini pulak ye..







 
 
 
 
 
 
RESEPI BINGKA DURIAN

Bahan2: (loyang 8 inci)

1 cawan isi durian
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
2 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan minyak masak
Sedikit pewarna kuning 
Bijan secukupnya

Cara:
1.Satukan isi durian, gula, telur dan santan ke dalam pengisar.Kisar halus.
2.Campurkan bahan kisar bersama tepung gandum dan garam.Kacau rata supaya tidak berketul.Titiskan sedikit pewarna kuning dan masukkan minyak masak.Sebatikan.
3.Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius.Lengserkan acuan dengan planta.Masukkan adunan ke dalamnya.Taburkan bijan.Bakar selama 1 jam menggunakan api atas dan bawah.
4.Sejukkan dan potong.
 
 
 
 
 

Thursday, November 16, 2017

Cucur Durian Lembut...








Assalamualaikum wbt dan salam bersua kembali..sekarang ni muim durian, sana sini ada orang jual durian...harga pun ada yg ok dan ada yg kadang rasa tak logic..dan kita sebagai pengguna, gunalah hak kita dgn bijak

Durian ni pun hubby beli kat Selayang RM18 sekilo, tu baru durian kampong, kalau durian lain, tak tau lah ..dulu pernah Tanya harga utk durian Musang King, katanya RM120 sekilo...huhhh terus cancel, melampau sangat harga durian sekarang kan..

Berbalik pada durian yg hubby beli ni, ari tu ada lebih lps makan pulut durian, maka buat lah cucur  ni ..lagipun family mmg suka dgn cucur ni








RESEPI CUCUR DURIAN LEMBUT
Bhn2:

1 cawan isi durian
1/2 cwn gula @ lebih - terpulang pd citarasa msg2
1 cwn tepung gandum @ lebih
1 s/t baking powder

1 biji telur
Minyak utk menggoreng

- satukan isi durian dan gula.
- masukkan baking powder, tepung gandum sdkt2, telur... agak2 adunan xcair dan xkeras sgt.
- panaskan minyak, ambil sudu dan celupkan ke dlm minyak panas td utk elak tpg melekat pd sudu.
- guna sudu td dan ambil sejemput adunan kecil dan grg..( adunan akan mengembang bila digrg).
- bila dah keperangan blh la diangkat...




Tuesday, October 31, 2017

Sicilian Orange Cake..





Dah lama tertarik nk rasa kek oren ni, kalau ikutkan resepi asal ada letak ising kt atas kek tu, tapi memndangkan kek ni pun dah manis, Liza biarkan cmtu je ( sebenarnya malas nk buat)...ihihi


Tapi mmg moist sgt kek ni, tgk pun dah tau kan, so jom la buat utk minum petang ni

Terima kasih ye Hana, akk CnP dr dapo Hana je ni






RESEPI SICILIAN ORANGE CAKE
250g butter - suhu bilik
250g gula pasir -( Liza guna 200gm je)
4 biji telur size M
11/2 sk parutan kulit oren
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren

Bahan untuk aising
  • 125g gula aising
  • 5 sk jus oren

Cara-cara
  • Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.Liza guna loyang 8x8
  • Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.
  • Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belom masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.
  • Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
  • Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.

Thursday, October 26, 2017

Banana Crumb Muffins...ohhh sedapnya





Semalam masa dok Google resepi banana bread, ternampak resepi ni..Nampak macam sedap je, alang2 dah defrost pisang, maka buat la muffin ni...mmg sedap dan lembut sangat ..kerangupan crumble tu menambahkan lagi kesedapan muffin pisang ni

Cuma kalau buat lain kali, Liza rasa kena kurangkan sikit gula tu, sebab crumble tu dah manis kan
Untuk resepi ni Liza gunakan 1 cawan pisang lecek..










BANANA CRUMB MUFFINS



1 1/2 cups all-purpose flour
 
 










  1. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C). Lightly grease 10 muffin cups, or line with muffin papers.
  2. In a large bowl, mix together 1 1/2 cups flour, baking soda, baking powder and salt. In another bowl, beat together bananas, sugar, egg and melted butter. Stir the banana mixture into the flour mixture just until moistened. Spoon batter into prepared muffin cups.
  3. ( Crumb) : In a small bowl, mix together brown sugar, 2 tablespoons flour and cinnamon. Cut in 1 tablespoon butter until mixture resembles coarse cornmeal. Sprinkle topping over muffins.
  4. Bake in preheated oven for 18 to 20 minutes, until a toothpick inserted into center of a muffin comes out clean.
 

Kuih Lapis Zila...




Assalamualaikum wbt...kuih lapis ni Liza buat minggu lepas menggunakan resepi dr Zila, yg dishare kt IG...terima kasih ye Zila, sedap lembut dan kenyal2 gitu
Tapi kuih yg Liza buat ni tak berapa cantik sbb masa panas2 lagi dah potong,hihii









RESEPI KUIH LAPIS ZILA

Bhn2:

2 cawan tpg gandum
1 cawan tpg beras
1 cawan gula pasir
5 cawan santan
Sedikit garam

- panaskan kukusan
- sementara tu campurkan semua bhn ke dlm blender dan kisar
- tapis adunan dan bahagi 2
- letakkan perisa dan pewarna pilihan ( Liza letak perisa ros )
- sediakan loyang yg telah disapu minyak dan dialas plastik
- kukus selapis2 hingga masak kesemuanya

Tuesday, October 24, 2017

Apam Salju / Apam Nasi..



Memang dah lama sgt tak buat apam ni, sampai dah lupa kesedapannya,hihii...bila buat ni semua cakap dh lama umi tak buat apam ni..iya laa







APAM SALJU / APAM NASI
Bhn2

2 cwn nasi sejuk
2 cwn tpg gndum
2 cwn tpg beras
1 cwn gula perang
3/4 cwn gula pasir
2 1/2cwn air
2 cm/teh yis segera
kelapa parut & secubit garam - gaul (utk kelapa tahan lebih lama, kukus sekejap)

- kisar nasi bersama air , tuang air sdkt demi sdkt.
- masukkan gula perang dan gula pasir & kisar lg hingga sebati
- dlm sat bekas lain , campurkan kedua2 tpg dan yis dan gaul rata
- tuang bhn2 kisar td kedlam bekas tepung dan gaul hingga sebati
- tutup bekas dan perap adunan selama 3 jam
- panaskan kukusan, sapu acuan dgn sdkt minyak mkn
- sudukan adunan apam dan kukus selama 15 min.



Wednesday, October 18, 2017

Sourdough Banana Pancake 2...


Buat lagi sourdough banana pancake ni tapi kali ni Liza ubahsuai sikit resepi ni mengikut bhn yg ada...





RESEPI SOURDOUGH BANANA PANCAKE 2
Bhn2:

2 cawan tepung serbaguna
1 1/2 s/teh baking powder
1 cawan sourdough aktif
1 cawan pisang lecek
4 s/b gula
3/4 - 1 cawan susu segar
2 biji telur A
1 s/b butter - cairkan
Esen pisang



- masukkan semua bhn ke dlm blender tapi, susu segar tu masukkan sikit2 ye..
- blend hingga halus
- rehatkan adunan 15 - 30 minit
- panaskan pan dan tuang sesenduk adunan ( guna non stick pan, xyah sapu minyak atau butter ye)
- masak di kedua2 belah hingga keperangan
- angkat dan sedia dihidang








Heavenly Choc Muffin...







RESEPI HEAVENLY CHOC MUFFIN
Bhn2:

A:

2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan gula kastor
1 s/t baking soda
1/2 cawan serbuk koko
2 s/b horlick
1 sachet nescafe 3 in 1
- ayak semua bhn di atas


B:

1/2 cawan fresh cream
1/2 cawan susu segar
1 biji telur A
1/4 cawan minyak jagung
- kacau manja semua bhn hingga sebati


C:

1 cawan choc chips


Hiasan :

Choc chip

- panaskan oven 220C selama 15 minit
- masukkan bhn B ke dlm bhn A dan kaup balik semua bhn hingga sebati
- masukkan bhn C dan kaup balik lagi, JGN terlebih menggaul ye, hanya utk bg sebati je..
- gunakan scoop aiskrim dan masukkan adunan ke dlm cup atau bekas yg disediakan
- bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...