Showing posts with label homemade. Show all posts
Showing posts with label homemade. Show all posts

Thursday, January 25, 2018

Vietnamese Spring Roll...



Pertama kali buat dan makan, kulit popia tu dah lama Liza beli tapi baru sekarang terbuka hati nak cuba buat dan rasa...sebenarnya takut tak dapat sambutan dr ahli kat rumah ni..hihi
Rupa2nya bila buat, tak habis2 diaorang dok puji sedap,masa tu rasa ruginya tak buat awal2,hihii
Sos tu Liza guna yg readymade dipping sauce thai je ( sbb takut tak dpt sambutan kan), at least takde la rasa kecewa sgt kalau diaorang tak makan pun,hihi
Disebabkan ahli dlm rumah ni mmg suka dgn popia sihat ni, maka next time Liza akan cuba buat sos dia pulak
Terima kasih Zila utk resepi ni, cuma tang gulung tu Liza buat tak kemas lagi, practice makes perfect kan..







'Goi cuon' atau vietnam spring roll merupakan gulungan kertas beras 'banh trang'  atau rice paper iaitu hidangan tradisional rakyat vietnam,yang terdiri daripada sayur-sayuran segar udang dan isian yang digemari.






VIETNAMESE SPRING ROLL

Bhn2:


Beberapa keping kulit rice paper
Udang segar - dicelur dan dibelah dua
Daun salad - secukupnya
Daun Pudina - secukupnya
Timun - dihiris memanjang
Daun Ketumbar - secukupnya
Daun Bawang - secukupnya
Suh hoon - dicelur dan toskan



Caranya

  1. Ambil sekeping rice paper celupkan seketika didalam air,balik balikkan supaya semua permukaan lembut.
  2. Kemudian angkat susun sayur-sayuran,lipat kiri dan kanan dan gulung sedikit,susunkan udang dan gulung sedikit lagi ,letak daun bawang biarkan sedikit terkeluar dan terus gulung sehingga habis.
  3. Sedia dihidang bersama sos pilihan.

Vietnamese Dipping sauce 'nuoc cham'


Bhn2:

2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar gula
1/2 cawan air suam
1/4 cawan sos ikan
1/4 cawan jus limau
2 sudu makan cuka 
lada cili kecil merah - secukupnya 1 atau 2 batang
daun bawang - hiris halus.




Jus Bunga Telang / Magic Blue Pea Juice...



Bila tengok bunga telang yg subur belakang rumah, baru teringat kat satu program TV ni yg pernah tunjuk magic air bunga telang ni..jadi terus kutip  dan rebus bunga telang ni .

Jgn pandang rendah pada pokok yg menjalar ni ye, bnyk khasiat  yg terkandung di dlmnya..Kalau nak tau khasiat bunga telang ni, boleh Google dan baca sendiri..








JUS BUNGA TELANG

Bhn2:

Bunga telang
Daun pandan
Gula secukupnya

- rebus semua bhn hingga gula cair dan air bertukar menjadi kaler biru
- sejukkan dan sedia digunakan

* kalau terus guna air akan jadi kaler biru mcm dlm gmbr kat atas





* Kalau perah sebiji lemon atau limau, kaler jus akan bertukar jadi purple macam dlm gambar atas ni..sbb tu dipanggil magic juice,ihhii


Tuesday, January 23, 2018

Chicken Meatball Homemade with Spagetti.....


Sebenarnya Liza mmg suka buat meatball, chicken ball atau patty burger homemade sbb blh adjust apa bhn yg nak masukkan dlm tu..dan setiap kali berbeza bhn tu sbb Liza ikut apa yg ada kat dapo je, janji sedap dan berkhasiat utk family Liza,hihi
So, resepi ni versi Liza sendiri ye..lebih kurang je dgn resepi org lain pun,hihihi






CHICKEN MEATBALL

1 paket ayam kisar 
Serbuk bawang putih
1/2 biji bawang Holland - cincang
Serbuk lada hitam - blh adjust sikit atau bnyk
Garam
Daun parsley - cincang
Breadcrumbs
Olive oil
Sebiji telur - kocok sikit

- campurkan semua bhn dan bulat2kan ikut saiz yg dikehendaki
- rehatkan sekejap di dlm fridge ( Liza rehatkan dlm 30 min)
- panaskan sedikit minyak zaitun dan grg ball td hingga masak
- angkat dan sedia digunakan


* Minyak lebihan menggoreng ball td jgn dibuang ye, gunakan utk menumis bhn2 kuah spagetti *








Ferrero Rocher n Chocolate Ice Blended...Homemade



Masih setia dgn resepi dr Kjee ni sbb anak2 suka..cuma Liza olah sikit dan tambah ferrero rocher kat dlm tu, tq Kjee n Uncle Pali sbb sudi share resepi yg sgt sedap ni






RESEPI FERRERO ROCHER N CHOCOLATE ICE BLENDED

Bhn2:

2 s/b milo
1 s/k serbuk koko - Liza guna s/b
3 s/b susu pekat manis - Liza guna 11/2 s/b je
5 s/b susu cair - xletak
1 mug ais
4 biji coklat Ferrero Rocher

Hiasan:

Whipping cream
Syrup chocolate Hershey's
1 biji Ferrero Rocher - pecah2kan



- blend semua bhn dan masukkan ke dlm gelas..
- hiaskan dgn bhn hiasan
- slurpppp




Kacang Tanah Rebus Homemade.....




Assalamualaikum wbt...kisah kacang tanah rebus ni pun dah lama sebenarnya,hihii
Disebabkan tau fav bini dia kekacang cmni, maka setiap kali ari Jumaat hubby akan bawa balik kacang tanah rebus yg dia beli kat Masjid Sg Tua, mmg setiap ari Jumaat ada pakcik yg jual kacang rebus ni depan masjid tu..
Dan bila ternampak kacang tanah ni kat NSK, mula lah rasa gatal nk rebus sendiri. teringat masa kecik2 dulu sbb abah selalu tanam kacang ni kat belakang rumah..tapi kan masa tu tak pernah pun nak tgk macam mana arwah ma rebus kacang ni, yang tau masa tu makan je..sekarang ni bila nk rebus sendiri terpaksa lah tanya pakcik Google, hihii

Dan baru Liza tau rupanya lama betul nak rebus kacang ni ye, sebab tu la harga kacang tanah rebus ni mmg mahal sekarang,jadi jgn pertikaikan harga tu ye,hihihi









KACANG TANAH REBUS HOMEMADE

Bhn2
Kacang tanah secukupnya
Garam secukup rasa
Serbuk kunyit - utk bagi kaler kuning mcm yg dijual
Air secukupnya

- bersihkan kacang dan masukkan ke dlm PC ( Liza guna Noxxa )
- on kan button high pressure dan set kan masa
- Liza rebus ni selama 21/2 jam baru empuk
- kalau guna periuk biasa mungkin kena rebus 4 jam dan sentiasa kena tgk air ye








               Puashati bila dapat makan kacang yg direbus sendiri..

Tuesday, January 16, 2018

Potato Wedges Homemade...



Hari tu terbuka hati nak try buat wedges ni sendiri, boleh makan puas2..nk letak cheese bnyk2 pun boleh

Senang sangat kan, cuma kalau ada angin M tu, senang macam mana pun mmg tak buat la,hihihi
Jom try buat, lagi terjamin segala2nya..






POTATO WEDGES HOMEMADE

Bhn2:

5 biji ubi kentang - basuh bersih dan potong baji
Sedikit garam
Air utk merebus
Minyak
Tepung bestari / tepung kegemaran

- rebus kentang bersama kulitnya sehingga separuh empuk SHJ
- toskan ubi td dan salut dgn tepung kegemaran ( Liza guna tpg bestari je)
- panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan atau masak
- angkat dan sedia dihidang
- senang kan, pasni xyah beli dah..hihihi

Monday, January 8, 2018

Coconut Ice Cream / Aiskrim Kelapa..





Memang dah lama sgt adik minta suruh buatkan aiskrim kelapa macam kt Krabi tu, errkkk..maka bila ada kerajinan sikit ari tu, buatkan lah utk budak montel tu, dan kebetulan ada air kelapa muda dan isi dia sikit
Campur2 je n biar mesin eskrem yg buat keje,hihi

COCONUT ICECREAM / AISKRIM KELAPA

Bhn2:

2 cawan whipping cream
1 cawan air kelapa muda
1/2 cawan isi kelapa muda
1/4 cawan gula

- di dlm bekas kacau sebati krim, air kelapa, susu dan gula hingga gula hancur..
- on kan mesin icecream dan biar ia berputar..
- masukkan ke dlm mesin sedikit2 bhn2 campuran td..
- biarkan mesin terus berputar hingga bhn2 td kental dan seakan2 ice cream..
- masukkan pula isi kelapa td dan biar mesin berputar lagi hingga bhn semua sebati dan hampir mengeras..
- offkan mesin dan tuang ice cream td ke dlm bekas yg sesuai..
- sejukkan dlm freezer atau blh juga terus di makan..





Tortilla / Nachos Cheese ..




Kali ni buat lagi ala2 popia cheese cuma Liza guna tortilla..nampak macam bnyk sgt cheese powder tu kan, sebab tortilla ni agak tebal dan agak ssh dia nak melekat cheese...jadi terpaksa la letak bnyk2,hihihi
Terima kasih sekali lg pada my fren Lina PG..kalau nk tgk popia cheese sebelum ni, blh je g kat SINI..






KEREPEK POPIA CHEESE TERLAJAK SEDAP

Bahan2:

1 paket kulit popia ( kali ni Liza guna sourdough tortilla )
Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana) Sedikit gula kastor 
Sedikit serbuk cili 
Minyak untuk menggoreng 


Cara-Cara:

Kulit popia dipotong ikut suka potong ~nachos tu la(LiNa Pg potong ~2x2in) 
Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit hingga habis) Sejukkan sebentar 
Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas).
Goncangkan/gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.
Terpulang nak letak banyak mana. Simpan kerepek popia cheese dalam balang




Friday, December 22, 2017

Mee Kari dan Homemade Mee Kuning...



Rasa bangga bila dapat buat mee kuning sendiri, rasa tak percaya pun ada jugak,hihii
Baru tau nak buat mee kuning ni takde la susah sgt..yang penting tahap kebersihan terjamin..tima kasih pada cikgu2 yg sudi jawab pertanyaan Liza ttg mee kuning ni..mereka adalah rakan2 IG yg selalu berkongsi resepi di IG..
Kali ni buat mee kari guna homemade mee, berdouble2 sedap..ihhii






HOMEMADE MEE KUNING

Bhn2:

500gm tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit - optional
1 biji telur
2 s/k air kapur - optional ( Liza xletak)
2 s/k garam
200ml air


- air dicampur dgn air kapur dan garam
- acmpur tepung tepung dgn telur dan campuran air td. masukkan air sedikit2 sehingga jadi macam serbuk roti ( tepung boleh dikepal) * Tak perlu guna kesemua air
- rehatkan doh 1/2 jam
- bahagikan doh pada 6 bhgn dan ambil satu bahgian gelek dr ketebalan tebal ke nipis ( yg ni Liza tak pandai adjust lagi, hihi)
- rebus dlm air rebusan yg telah mendidih dan masak mee hingga mee timbul
- basuh mee dgn air sejuk utk buang kanji ( Liza lalukan bawah air paip je)
- sejat hingga kering dan gaulkan dgn minyak utk mengelakkan mee dr melekat antara satu sama lain
- boleh terus digunakan atau disimpan dlm fridge
- tahan 4-5 hari




Friday, December 15, 2017

Brownies Cookies....




Assalamualaikum wbt ...dah lama sebenarnya save resepi ni, tp smlm baru terbuka hati nak buat brownies cookies ni...ye la kan, tu pun kakak yg buat,hihii

Kali ni Liza cuba resepi dr rakan IG Che Ta yg diambil dr rakan lain katanya...terima kasih both of you, kukis ni mmg sedap, lepas sekeping, sekeping masuk mulut tanpa sedar,hihii bahaya

Cuma yg membezakan resepi ni sbb dlm resepi ni mmg tak guna baking powder ye, kalau resepi lain mmg ada..mula2 cuak juga bila tertengok semua resepi lain ada penggunaan baking powder..tapi Alhamdulillah tetap menjadi dan sedapppp sangat







RESEPI BROWNIES COOKIES

Bhn2:

120gm dark choc coins
1 biji telur
100gm gula icing - Liza guna 80gm je
50gm tpg gandum
40gm marjerin / butter
1 s/t esen vanilla
Kekacang sangai - optional






- dalam satu mangkuk tahan panas, double boil coklat dan marjerin hingga cair, ketepikan
- ambil mangkuk lain, masukkan telur dan gula icing..pukul dgn whisk hingga gula larut
- tuang coklat yg telah dicairkan td , kacau rata
- tambah esen vanilla, tpg gandum dan kekacang, gaul sebati
- perap adunan 5 - 10 minit ( Liza restkan 10 minit)
- sementara itu panaskan oven 180C
- sudukan satu adunan ke atas loyang yg telah dialas baking paper, susun dan jarak2kan adunan
- bakar selama 10 - 20 minit atau mengikut oven masing2
- setelah masak, biarkan sejuk di dilam Loyang kerana ketika ini cookies masih lembut
- simpan cookies di dlm bekas kedap udara


* Liza buat 2 version,satu jenis chewy ( bakar 12 minit ) dan satu lg jenis crunchy ( bakar 15 minit )..
* kalau nak tau cookies tu dah masak, atas dia akan berkilat dan pecah berkedut2 mcm dlm gambar tu






Wednesday, November 29, 2017

Jus Mangga Bermadu..





RESEPI JUS MANGGA BERMADU

Bhn2:

Mangga
Madu
Air sejuk peti
Chia seed

- blend semua bhn KECUALI chia seed
- tuangkan ke dlm gelas dan tabur chia seed
- sedia diminum


Semua bhn kat atas tu agak2 selera ye, Liza gunakan air sejuk peti sbb tak nak letak ais



Wednesday, November 15, 2017

Italian Pizza...



Buat lagi pizza guna resepi ni, tapi ada yg Liza olah sikit..kali ni buat 2 adunan, maknanya gandakan je bhn kat bawah ni

Filling tu Liza buat BBQ Chicken n Caramel Onion, Hawaiian Pizza n Tuna, Alhamdulillah licin, hihihi 
 
 


RESEPI ITALIAN PIZZA


BAHAN A :


1 sudu teh yis mauripan
60 ml air
45 ml susu segar
1 sudu teh gula kastor


BAHAN B :


180 tepung roti
1/2 sudu teh garam halus


BAHAN C :


1/2 sudu makan butter - guna minyak zaitun





CARA2NYA :


- Campurkan Bahan A dan biarkan ia hingga berbuih (lebih kurang 15 minit)
- Bahan B diayak ke dalam mangkuk, masukkan Bahan A dan C. Uli hingga lembut.
- Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan ia naik dua kali ganda.
- Setelah doh naik dua kali ganda, tumbuk doh dan biarkan ia naik semula dalam tempoh 15 minit.
- Canai dan tekan doh menjadi lebh kurang 3mm tebal dan ukuran 22cm.


CARA LAIN : ( GUNA BM )


- Satukan dahulu bahan2 basah untuk membuat doh ke dalam BM.
- Masukkan bahan2 kering.
- Pilih menu dough dan tekan butang ON. (siap dalam 1 jam setengah)








BBQ Chicken Pizza





Rupa selepas dibakar



 

Paris Brest...



Assalamualaikum wbt..nama yg pelik tapi guna bhn biasa2 je..
Bagi yg nak tau, paris brest ni menggunakan adunan yg sama dgn cream puff, cuma dibuat bentuk bulat dan berlubang cmni







Boleh menggunakan mana2 resepi cream puff dan tabur badam sebelum bakar..pastu filling pun blh guna apa saja filling kegemaran, macam yg ni Liza gunakan filling cream cheese n potongan coklat ..





 
 
 
 
 

Tuesday, November 14, 2017

Lempuk Durian Homemade....









Assalamualaikum wbt...asal nampak durian, adik mst cakp, sedapnya lempuk, kan umi..huhuhu, ada yg tersirat di sebalik kata2 itu

Maka ari tu gara2 viral, g jugak la borong durian kat Kg Gajah, Perak..mostly peniaga jual dgn harga RM12-15 sekilo...tapi sesi tawar menawar berpihak pada kami, dapat la dgn harga RM9 sekilo..apa lagi mmg borong sakan la, semata2 nak buat tempoyak n lempuk ni...

Alhamdulillah ari ni dapat la buat lempuk yg jadi kesukaan family ni..terus buat bnyk2 sbb blh simpan lama







 
 
 
RESEPI LEMPUK HOMEMADE..
Bhn2:

15 biji durian - ambil isinya sahaja
Gula secukup rasa - agak2 ikut manis yg kita nak

- masukkan kedua2 bhn kedalam kuali dan kacau dgn api perlahan..
- sentiasa kacau ye, kalau tak nnt dia hangit kat bahagian bawah tu..
- kacau hingga durian dah bertukar warna kecoklatan dan likat, maknanya berat bila dikacau..
- bubuh dalam bekas dan sejukkan..
- lempuk ni akan tahan lebih lama kalau simpan dlm freezer..
 
 
 


 
 
 
Kali ni Liza masak guna periuk Noxxa...amik masa dalam 30 minit je tapi mst selalu kena kacau ye...maknanya kena sentiasa kacau dalam masa 30 minit tu, rasa macam nk tercabut bahu,hihii
 
 
Kacau sampai dapt warna kecoklatan macam dalam gambar..lagi lama kita masak dan kacau, lagi bertambah gelap warna coklat tu..
 
 
 
 



                        Boleh simpan utk abg n angah juga nnt..




 

Tuesday, October 31, 2017

Roti Benggali Wholemeal..







Resepi roti bai / benggali ni Liza dapat dr rakan IG Che Ta, cuma Liza olah sikit bahagian tepung tu, kalau Che Ta guna semuanya tepung roti, tapi Liza tambah sikit dgn tepung wholemeal..tu je, hihi
Roti ni mmg lembut dan Liza mmg suka tekstur roti ni





 
 
 
 
 
 
RESEPI ROTI BENGGALI WHOLEMEAL
 
Bhn2:
 
280gm tepung roti
70gm tepung wholemeal
2 s/b susu tepung
1 s/b shortening
Secubit garam
120 - 160ml air sejuk peti
2 s/b gula kastor
11/2 s/t yis segera
 
 
 
 





- masukkan semua bhn2 di atas KECUALI shortening dan air ke dlm mangkuk pengadun
- masukkan air sedikit2 dan uli hingg kenyal
- masukkan shortening dan uli lagi hingga elastic
- tutup dgn cling wrap hingga naik 2 kali ganda
- tumbuk doh utk buang angin
- bentukkan doh seperti bebola ikut saiz yang disukai dan aturkan dalam Loyang yg te;ah disapu butter terlebih dahulu
- bakar pada suhu 200C selama 35-45 minit bergantung pada oven masing2




Thursday, October 26, 2017

Kerepek Popia Cheese Terlajak Sedap..






Sebenarnya dah lama anak2 minta suruh buatkan popia cheese ni tapi saka M besar sangat,hihii..tapi bila tgk fren Lina upload kat IG, maka hati meronta2 nak cuba buat..jadi dgn semangat membara g la beli nachos cheese powder. sedap yg amat...mmg makan tak hengat, yg penting nak buat pun senang je

Jom tgk resepi Lina kat bawah..









KEREPEK POPIA CHEESE TERLAJAK SEDAP

Bahan2:

1 paket kulit popia
Cheese powder secukupnya (terpulang nak letak banyak mana) Sedikit gula kastor
Sedikit serbuk cili
Minyak untuk menggoreng


Cara-Cara:

Kulit popia dipotong ikut suka potong ~nachos tu la(LiNa Pg potong ~2x2in)
Panaskan minyak, goreng kulit popia dengan api sederhana hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Goreng secara berperingkat (sedikit demi sedikit hingga habis) Sejukkan sebentar
Ambil sebahagian dari gorengan kulit popia masukkan ke dalam bekas yang agak besar, masukkan serbuk cheese, gula kastor dan serbuk cili (jika suka pedas).
Goncangkan/gaul supaya semuanya bersalut dengan serbuk cheese.
Terpulang nak letak banyak mana. Simpan kerepek popia cheese dalam balang



Homemade Kuetiaw...


Hari tu mmg teringin sgt nak cuba buat kuetiaw sendiri, so dari bnyk2 resepi yg Liza jumpa, terberkenan nk cuba buat resepi dr dapo Mamasya sbb katanya rasa macam kuetiaw yg org jual kt kedai tu
Maka, bermulalah episode mengerah keringat ,hihi sebab buat ni masa anak2 cuti Deepavali ari tu
Alhamdulillah mmg lembut dan sedap, cuma kali ni Liza rasa Liza buat tu agak tebal sikit, next time kena gelek nipis lagi..walaupun tebal tapi tetap lembut n sedap..almaklumlah homemade kan, berani cakap tak sedap,hihii







Ni gambar sebelum direbus






Yg ni pulak selepas direbus..




 


Tuesday, October 24, 2017

Fish Burgerlicious Lagiii..



Disebabkan family Liza mmg suka dgn burger ikan ni, maka buat lagi dan lagi..alaaa, nak buat pun senang kan







FISH BURGERLICIOUS



Bhn2:

Ikan dori fillet - potong dan bersihkan
Tepung bestari secukupnya



- perap ikan dori dgn tepung bestari dalam 30 minit
- panaskan minyak
- salut ikan dori td dgn tepung bestari sekali lg
- goreng hingga masak keemasan, angkat

 

Lemon Vinaigrette:

 

1/2 s/teh parutan kulit lemon

2 s/b lemon juice

1 s/t gula

4 s/b xtra virgin olive oil

1 s/t oregano

1 s/t bawang putih - parut halus

Serbuk lada hitam secukupnya

 - gaul semua bhn hingga sebati dan simpan dlm fridge 15-20 minit sebelum digunakan

- gaulkan dgn salad kegemaran

* utk burger ni Liza gaulkan dgn salad, timun dan tomato ( semua sayuran dipotong dadu)

 
 
 
Bhn Sos Special:
1 cawan mayonis
2 s/b sos tomato
2 s/b mustard
1 tangkai daun oregano - cincang halus
12 ulas bawang putih/ garlic powder
1/2 s/t hot chilli
1/2 s/t Mexican chilli
Secubit cayenne pepper / paprika


- satukan semua bhn dan letak di dlm fridge dalam 30 minit sebelum digunakan
- blh juga digunakan utk sapuan burger dan lain2.

 

Cara buat burger:

 

- potong separuh roti dan sapu dgn butter setiap keeping

- toastkan skjp agar rangup

- sapu roti td dgn sos special, letakkan sayuran td, lapis dgn ikan grg dan tutup dgn roti yg sebelah lagi yg juga telah disapu dgn  sos special td..





Homemade Mee Kuning...




Assalamualaikum wbt..sekian lama memendam rasa utk buat mee kuning sendiri, akhirnya ada rezeki utk beli mesin mee ni..Alhamdulillah
Maka projek pun bermula lah, tima kasih Nurul yg sudi berkongsi resepi homemade mee kuning  yg sedap ni..lps ni mmg akan buat lagi dan lagi guna resepi ni je








HOMEMADE MEE KUNING

Bhn2:

500gm tepung gandum
Sedikit serbuk kunyit - optional
1 biji telur
2 s/k air kapur - optional ( Liza xletak)
2 s/k garam
200ml air


- air dicampur dgn air kapur dan garam
- acmpur tepung tepung dgn telur dan campuran air td. masukkan air sedikit2 sehingga jadi macam serbuk roti ( tepung boleh dikepal) * Tak perlu guna kesemua air
- rehatkan doh 1/2 jam
- bahagikan doh pada 6 bhgn dan ambil satu bahgian gelek dr ketebalan tebal ke nipis ( yg ni Liza tak pandai adjust lagi, hihi)
- rebus dlm air rebusan yg telah mendidih dan masak mee hingga mee timbul
- basuh mee dgn air sejuk utk buang kanji ( Liza lalukan bawah air paip je)
- sejat hingga kering dan gaulkan dgn minyak utk mengelakkan mee dr melekat antara satu sama lain
- boleh terus digunakan atau disimpan dlm fridge
- tahan 4-5 hari







Ni lah hasilnya, dapat lebih kurang sekilo mee..Liza dapat buat 2 kali, mee bandung dan mee grg mamak ( xsempat amik gambar)..
Mee homemade ni agak lembut. jadi kalau grg tu dah tak payah letak air dah..kalau buat yg  berkuah pun dah tak perlu celur dulu, terus masukkan dlm kuah je










Ni lah antara proses2 utk buat homemade mee kuning ni




Tuesday, October 3, 2017

Fish Burgerlicious...






Assalamualaikum wbt dan salam manis utk semua...burger ikan ni mmg dah lama Liza buat tapi jugak dh bnyk kali Liza buat sebab sedap dan yang paling penting sng nak buat..dressing atau sos special tu blh buat awal dan simpan dlm fridge, bila nak guna keluarkan dan terus blh guna je
Resepi sos tu Liza pernah share kat SINI, blh makan dgn apa saja





 
 
 
 
FISH BURGERLICIOUS


Bhn2:

Ikan dori fillet - potong dan bersihkan
Tepung bestari secukupnya



- perap ikan dori dgn tepung bestari dalam 30 minit
- panaskan minyak
- salut ikan dori td dgn tepung bestari sekali lg
- goreng hingga masak keemasan, angkat
 
Lemon Vinaigrette:
 
1/2 s/teh parutan kulit lemon
2 s/b lemon juice
1 s/t gula
4 s/b xtra virgin olive oil
1 s/t oregano
1 s/t bawang putih - parut halus
Serbuk lada hitam secukupnya
 - gaul semua bhn hingga sebati dan simpan dlm fridge 15-20 minit sebelum digunakan
- gaulkan dgn salad kegemaran
* utk burger ni Liza gaulkan dgn salad, timun dan tomato ( semua sayuran dipotong dadu)
 
 
Cara buat burger:
 
- potong separuh roti dan sapu dgn butter setiap keeping
- toastkan skjp agar rangup
- sapu roti td dgn sos special, letakkan sayuran td, lapis dgn ikan grg dan tutup dgn roti yg sebelah lagi yg juga telah disapu dgn  sos special td..
 
 
 
Ni la rupa lemon vinaigrette tu ye
 


Roti burger homemade, atas tu Liza tabor dgn tpg semolina



 
 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...