Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts
Monday, December 11, 2017
Bawal Masam Manis ala Thai...
Kadang2 tu idea datang secara tiba2...bila masak lauk cmni, rasanya dah tak payah lauk lain dah..cuma goreng sayur je ,hihii Nampak sgt pemalas kan..
Apa2 pun lauk ni mmg sedap ( sendiri masak sendiri puji)..tak caya , g try cepat..ikan apa2 pun blh guna, ikut selera masing2
RESEPI BAWAL MASAM MANIS ALA THAI
Bhn2:
3 keping ikan bawal - bersihkan dan tos
Sedikit garam
Kunyit serbuk
- gaul ikan bersama garam dan kunyit
- goreng hingga masak
3 s/b cili mesin
1 biji bawang besar *
4 ulas bawang putih *
Daun selasih
2 biji tomato - cincang halus
5 s/b sos tomato
5 s/b sos cili
2 s/b sour plum
3 s/b sos ikan
Gula kabung Thai secukup rasa ( kalau xde guna gula biasa je )
- ambil sedikit minyak lebihan ikan td, panaskan
- bhn yg bertanda * dicincang halus
- masukkan bhn * td bersama cili mesin dan tumis hingga naik bau
- masukkan semua sos, daun selasih dan tomato cincang td, gaul sebati
- masukkan pula gula kabung dan seimbangkan rasa
- akhir sekali masukkan ikan yg telah digoreng td dan gaul sebati
- sesuaikan rasa dan boleh la diangkat
Tuesday, October 17, 2017
Masak Lemak Keli Salai bersama Daun Kaduk...
Sedap jugak bila masak lemak ikan cmni letak daun kaduk..lain kali boleh la letak lagi,hihihi
RESEPI MASAK LEMAK IKAN KELI SALAI BERSAMA DAUN KADUK
Bhn2:
4 ekor ikan keli - bersihkan dan panggang sehingga masak
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
7 biji cili api *
1 btang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
Santan dr sebiji kelapa
Garam, perasa
1 keping asam keeping
Daun kaduk - hiris halus
- mesin semua bhn bertanda * hingga halus..
- masukkan kedlm periuk bersama asam keping, serai serta daun kunyit, masak dgn api sederhana hingga mendidih..
- masukkan garam dan perasa ..
- akhir sekali masukkan ikan yg telah dipanggang td..
- kacau biar sebati kuah dgn ikan td..
- tutup api dan sedia dihidang..
Tuesday, June 20, 2017
Sambal Pedas Manis Thai...
Sambal ni mmg sedap, kalau nrajin blh buat bnyk2 ye n simpan dlm fridge..bila terasa nk makan,, senang la kan..nk cicah ngn ayam goring pun sedap jugak ni..
Terima kasih Zie yg sudi berkongsi resepi marbeles ni...mmg tak puas makan..akk CnP kat sini ye
RESEPI SAMBAL PEDAS MANIS THAI
Bahan A Minyak untuk menumis (Saya guna baki minyak goreng ikan keli)
Bahan B (Di blend kasar)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
18 biji cili padi merah
Bahan C
Kicap Lemak Manis (Saya Guna Kicap Manis ABC)
1 biji Limau Kasturi (ambil Jus)
1/2 kiub Tomyam 'KNOR'
1 sudu teh gula putih
sedikit kunyit
sedikit garam
Cara-Cara Menyediakan nya
1. Panaskan minyak dalam kuali (minyak lebihkan sedikit kerana kita akan masak/menggoreng sambal ini sehingga pekat).
2. Masukkan bahan blend B dan C dan masak dengan api yang perlahan sehingga pekat dan terbit minyak yang bergeledangan dalam kuali.
Lagi lama kita 'goreng' sambal ini dalam kuali lagi sedap sambal kita .
Friday, June 9, 2017
Ikan Bakar dan Air Asam Pencicah yg Sangat Sedap...
Assalamualaikum wbt..bila makin lama puasa ni mmg dah buntu, tak tau nak masak apa utk berbuka kan..apa kata ptg ni cuba buat menu bakar2 cmni, kompem laku keras dan dapat membuka selera makan
Resepi utk perap ikan tu Liza amik kat SINI, mmg sgt sedap dan cukup segala rasa yg tekak Liza nak..terima kasih ye Zahirah..jom kita tgk resepi
RESEPI IKAN BAKAR SEDAP
Bhn2:
4 ekor Ikan keli - blh guna apa jua ikan
2 btg serai - hiris halus
Cili kering yang dah dipotong kecik dan direndam dengan air panas
1-2 helai daun kunyit - hiris
1 biji bawang besar - hiris
3 biji bwg putih - hiris
1 inci halia
Gula dan garam sesedap rasa
Cara
- Blend semua bhn di atas dan perap dengan ikan.
- perap lagi lama lagi sedap
- balut ikan dgn daun kunyit dan bakar hingga masak kedua2 belah
- siap dihidang bersama air asam
- perghhh
Manakala utk resepi air asam yg terlajak sedap ni pulak Liza ambil kat SINI..terima kasih jugak ye utk resepi marbeles ni
RESEPI AIR ASAM PENCICAH TERLAJAK SEDAP
Bhn2:
1 biji tomato dibelah dua
4 biji bawang merah (bawang kecil ye)
Belacan lebih kurang sebesar sebiji atau sebiji setengah bawang merah (bakar dulu ya)
Asam jawa sebanyak lebih kurang sebiji tomato saiz sederhana
10 tangkai cili api (nak pedas boleh tambah lagi)
1 tangkai cili merah di potong 2
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air masak ( kalau kurang boleh tambah lagi sikit)
2 biji limau kasturi
Cara
1. Bancuh asam jawa dengan 1 cawan air. Tapis dan ambil patinya. Tuang ke dalam blender.
2. Masukkan juga ke dalam blender separuh daripada bahagian tomato yang dibelah dua, 2 biji bawang merah, separuh daripada setangkai cili yang di potong dua, belacan, gula dan garam. Kemudian kisarlah macam biasa.
3. Dah siap kisar, tuang ke dalam mangkuk. Mayang atau potong dadu 2 biji baki bawang merah. Separuh tomato yang berbaki tadi potong ikut suka - dadu boleh hiris pun ok. Baki separuh cili merah hiris halus. Cili api hiris halus jugak. Satukan semua bahan ini dalam mangkuk tadi. Gaul bagi bercampur aduk semuanya. Lepas tu perahkan limau kasturi. Kulitnya masukkan sekali.
4. Rasa dulu. Kalau agak kurang masin tambah garam. Kurang rasa manisnya tambah gula. Kemudian kacau bagi gula atau garam cair. Kalau kurang air boleh tambah sikit. Kombinasi rasanya mesti ada rasa masam, manis, masin dan pedas. Kalau kurang masamnya tambahlah lagi perahan limau kasturi.
5. Kalau air asam ni nak diadikan macam air asam utara tambahlah dengan 1 sudu besar kerisik kemudian gaul rata. Jadilah ia air asam utara.
6. Kalau nak tambah bunga kantan pun blh. Hiris halus kemudian campur dan gaul sebati.
7. Bahan-bahan yang kita kisar tadilah yang membuatkan air asam ini menjadi pekat. Kalau tidak dikisar, ia akan kelihatan cair dan tidak menyelerakan. Selamat mencuba.
Tuesday, May 16, 2017
Siakap Nam Prik Pao...
Salah satu masakan Thailand, pestime kitaorang makan terus jatuh cinta..dulu mkn sotong masak nam prik pao ni tapi disebabkan stok sotong xde, Liza cuba buat guna ikan siakap pulak..mmg sedap dan lebih sedap lagi kot dr restoran,hihihi
Resepi ni Liza amik dr SINI, tq ye pada empunya resepi
PES CILI SANGAI (NAMPRIK PAU)
Bhn2:
1 gengam kecil udang kering
5 ulas bawang putih
5 biji bawang merah (saiz besar)
3/4 paket Cili boh Adabi
3 sudu besar Asam Jawa Pekat Adabi
1 keping nisan
3 sudu besar sos ikan
Cara-cara :
1) Bawang merah & bawang putih dimayam halus
2) Panaskan minyak dan goreng bawang merah & bawang putih hingga kekuningan
3) Ketepikan sebentar
4) Blend bawang merah, bawang putih, udang kering & cili boh
5) Panaskan minyak, tumis bahan-bahan blend hingga wangi
6) Masukkan nisan (gula Melaka), sos ikan & air asam jawa
7) Masak menggunakan api sederhana sehingga pes menjadi pekat
8) Siap untuk diguna dalam masakan
Liza buat lebih n simpan dlm fridge, blh guna utk nasi grg dan apa saja...sedappp
IKAN SIAKAP NAMPRIK PAU
Bhn2:
1 ekor ikan siakap – digoreng garing
2 ulas bawang putih
2 bawang merah
3 helai daun limau purut (dihiris)
2 sudu besar daun ketumbar (dipotong)
2 batang serai (dihiris halus)
3 biji cili api (dihiris halus)
4 sudu besar air limau nipis
2 sudu teh sos tiram
Gula secukup rasa
Pes cili sangai (ikut kuantiti yang dikehendaki untuk ikan & kuah)
1) Sediakan bawang merah dan bawang putih untuk menumis
2) Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehinga kekuningan
3) Masukkan pes cili sangai
4) Masukkan sos tiram
5) Masukkan air limau nipis
6) Masukkan gula secukup rasa
7) Masukkan cili api yang dihiris halus
8) Masak hingga mendidih
Siap dan lulur di atas Ikan Siakap yang telah digoreng serta taburkan daun limau purut, daun ketumbar dan serai untuk hiasan.
Monday, February 27, 2017
Siakap Laprik.....
First time buat dan makan ikan masak laprik ni, rasa dia seakan2 sweet sour tapi ada kelainan sikit...apakata moh kita buat, baru boleh tau rasa yg sebenar
RESEPI SIAKAP LAPRIK
Bhn2:
1 ekor ikan siakap - bersihkan
Garam, kunyit
2 s/b cili kisar
5 biji cili api
1 biji bawang besar - potong dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
5 s/b sos cili thai
4 s/b jus limau kasturi
Daun bawang, daun sup - hiris
Garam, gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak - utk menggoreng
- lumur ikan dgn garam n kunyit dan goreng hingga garing...angkat dan ketepikan
- gunakan sedikit minyak dr lebihan menggoreng ikan td dan tumis bawang putih serta bwg besar dan cili kisar hingga wangi
- masukkan cili padi, sos thai , jus limau dan sedikit air..masak kjp
- masukkan daun bawang, daun sup , garam n gula dan biar mendidih sebentar
- angkat dan curah atas ikan goreng td
- siappp
Monday, January 9, 2017
Masam Manis Ikan Dori..
Assalamualaikum wbt...menu ni sebenarnya dah lama tertunggak, baru berkesempatan nk masukkan n3 kat sini..
Resepi ni macam resepi sweet sour yg lain jugak, tapi kali ni ikan tu Liza tak salut ngn tepung...perap ngn kunyit n garam je sbb kalau dah salut dgn tepung, bila sejuk nnt kompem sos dah kering, kan..
RESEPI DORY SWEET SOUR
Bhn2:
4 keping isi ikan dori - potong dadu
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 potong nenas-di dadu
1 biji tomato-di belah 4
1 biji lada benggala - potong dadu
2 ulas bawang putih - hiris
3 ulas bawang merah - hiris
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
- ikan dicuci bersih, gaul dgn kunyit dan sedikit garam, goreng hingga masak, angkat dan toskan.
- tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih, bawang merah dan cili kisar hingga garing, masukkan sos cili , sos tomato, sos tiram, garam dan juga gula. Gaul rata. Tuang air dan masak hingga mendidih.
- masukkan ikan, bawang besar, lada benggala, nenas dan tomato. Gaul rata dan masak dengan api kecil hingga pekat.
- bila rasa dah sesuai, bolehlah dihidangkan
Monday, December 5, 2016
Masak Lemak Haruan Daun Kadok....
Assalamualaikum wbt dan selamat bercuti utk semua...bila anak2 cuti sekolah ni boleh la rileks sikit kan...kalau tak, mmg kelam kabut sehari2..
Ikan haruan ni mmg sedap masak apa pun, kali ni Liza masak lemak tambah daun kadok pulak...fuhhh, mmg wangi dan bertambah2 nasi,hihii
Jom tgk resepi kat bawah ye
RESEPI HARUAN MASAK LEMAK DAUN KADOK
Bhn2:
2 s/b cili mesin
11/2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
Garam, perasa
Daun kadok - potong halus
Santan secukupnya
- kunyit hidup ditumbuk lumat.
- masukkan santan, cili mesin, asam keping dan kunyit tumbuk ke dlm
periuk dan masak dgn api sederhana sambil kacau..
- bila mendidih masukkan ikan, daun kadok, garam dan perasa dan
sentiasa kacau supaya tak pecah minyak ye..
- bila ikan dah masak dan rasa dah ok, tutup api dan
sedia dihidangkan...
Thursday, December 1, 2016
Sambal Ikan Tongkol dan Kacang Buncis bersama Daun Selasih...
Lauk yg simple tapi cukup sedap bagi kami sekeluarga...disebabkan malas nk masak bnyk2 lauk, maka terpikirlah utk campurkan sekali kacang buncis tu ke dlm sambal ikan ni...apa2 pun boleh kan sbb kita yg nak makan,hihii
RESEPI SAMBAL IKAN TONGKOL DAN KACANG BUNCIS BERSAMA DAUN SELASIH
Bhn2:
5 keping ikan tongkol - rebus bersama garam dan asam keeping
Kacang buncis - potong kecil
7 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 senduk cili mesin
1 s/b sos tiram
Gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng
Segenggam daun selasih
- tumbuk bhn bertanda * separuh lumat.
- panaskan minyak dan grg ikan tongkol rebus td hingga agak garing
- ambil sedikit minyak gorengan ikan td dan panaskan
- masukkan bhn tumbuk dan cili mesin hingga naik bau dan garing..
- masukkan pula sos tiram dan sedkit gula dan gaul sebati..
- akhir sekali masukkan ikan yg diroreng td, kacang buncis dan daun selasih..
- gaul rata dan boleh la diangkat.
Tuesday, November 15, 2016
Cencaru Bakar Sambal Berempah...
Menu ni Liza paling suka buat dan dah banyak kali buat sebab sedap ,bhn2 pun sng je...resepi asal dr perkongsian che ngah ( mak sedara) Liza, timakasih bnyk2 che ngah, semoga che ngah terus diberikan kesihatan yg baik dan dilindungi Allah swt....Aamiin
RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL BEREMPAH
Bhn2:
1 ekor siakap / ikan lain - kali ni Liza guna ikan cencaru4 s/b cili mesin
1/2 labu bwg besar - mesin
1 ulas bwg putih - mesin
1/2 inci halia - mesin
1 s/b rempah kari ikan
Air asam jawa
Garam dan gula
Sdkt minyak - tumis
Daun pisang secukupnya
Aluminium foil
- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling dan rempah kari hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis.
- Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah digaul dengan separuh bahan yang telah ditumis tadi, tutup dengan daun pisang(macam bungkus la ikan tu, so wap tak keluar). Masak pada api sederhana hingga ikan masak.
- Bila ikan dah masak, angkat dan letak lagi separuh sambal td dan sedia dihidang...
Pindang Ikan Siakap...
Liza memang berselera sungguh kalau makan lauk2 simple cmni, sepinggan nasi pun belum tentu cukup,hihii
Pernah buat pindang ikan haruan sebelum ni, kali ni Liza gunakan ikan siakap pulak..sedap sbb isi ikan siakap yg tebal n lembut tu
RESEPI PINDANG IKAN HARUAN/ SIAKAP
Bhn2:
5 keping ikan haruan/ siakap - bersihkan
3 biji cili merah *
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
1 inci lengkuas *
1 batang serai - ketuk sikit
1/2 s/k serbuk lada hitam
Daun kesum
Asam keeping
Air secukupnya
Garam
- kisar halus bahan bertanda *
- masukkan kedalam periuk bersama air secukupnya..
- masukkan semua bhn ke dlm periuk kecuali daun kesum dan garam..
- masak hingga mendidih, baru masukkan daun kesum dan garam..
- biarkan mendidh sebentar lagi dan rasa lah ye..
- bila dah cukup rasa, boleh lah angkat..
Saturday, October 22, 2016
Fried Fish with Chili Sauce / Plaa Raad Prik..
Sejak akhir2 ni Liza mmg suka sgt masak lauk2 siam ni, rasa berselera je makan dgn rasa masam n pedas ..rasa lauk ni seakan2 sweet sour tapi versi lain, kalau nk tau, mmg kena try..
Juga amik resepi dr dapur Thailand sbb nak rasa yg betul2 kesiaman la,hihii
Malas pulak rasa nk translate, Liza CnP je la ye...faham kan, sng je ni
FRIED FISH WITH CHILI SAUCE
Bhn2:
Directions
- Smash the garlic cloves slightly in a stone mortar and pestle, or with the back of a knife. If not using thin-skinned Thai garlic, remove the skins. Add the chilies and smash. Do not smash to a paste.
- Combine the tamarind with the hot water and squish it with your fingers to create a paste. Strain and set aside.
- Clean the guts out of the fish and remove the scales. Wash and pat dry. Rub the fish with the salt, then make 3-4 deep slices into both sides of the fish.
- Deep fry on medium heat until crispy and golden brown, about 5 minutes per side. Set the fish aside on a rack or plate. Remove the oil from the wok, but reserve it to use in the sauce.
- Add 1/2 cup of the used oil back to the pan. Fry the garlic and chilies until fragrant on medium or medium-low heat. Keep stirring at all times to prevent the garlic from burning. The garlic should not be brown and crispy, only slightly browned and still soft. If you overcook it, ditch it and start a new one.
- When the garlic is fragrant, add the tamarind water, palm sugar and fish sauce. Bring the heat up and boil for about 1-2 minutes, stirring well.
- Pour the sauce over the fish and garnish with a few sprigs of coriander.
Note:
You can use any white meat (non-fishy) fish for this recipe.If you have issues with eating a whole fish, you can use fish fillets. Just make sure they're thick enough as to be soft & meaty inside after frying.
Thai garlic is very thin skinned, so in dishes such as this the skin is usually thrown in. If using the large white garlic found in the US, take the skin off first.
Wednesday, October 5, 2016
Singge Ikan Ayo Berapi.....
Assalamualaikum wbt...kenapa kali ni ada berapi, sbb Liza gunakan lada habanero yg khabarnya mmg pedas berapi
Mmg pedas, nasib baik Liza cuma masukkan sebiji je,kalau tak mmg cnfrm adik tak boleh makan,ihihi
RESEPI SINGGE IKE AYO / IKAN
TONGKOL
Bhn2:
4 keping ikan tongkol/ kembung pun boleh
2 hiris lengkuas
Sedikit hirisan kunyit hidup - utk memberi sdkt warna kuning
5 ulas bwg merah - hiris nipis
Bhn2:
4 keping ikan tongkol/ kembung pun boleh
2 hiris lengkuas
Sedikit hirisan kunyit hidup - utk memberi sdkt warna kuning
5 ulas bwg merah - hiris nipis
1 ulas bwg pth - hiris nipis
2 keping Asam keping / gelugor
Cili api / habanero
Bendir - optional
Garam, perasa
- masukkan semua bhn2 kedlm periuk.
- masak hingga mendidih
- bubuh garam dan serbuk perasa
- dah siap..
Garam, perasa
- masukkan semua bhn2 kedlm periuk.
- masak hingga mendidih
- bubuh garam dan serbuk perasa
- dah siap..
Monday, September 19, 2016
Sambal Hijau Keli...
Buat lagi sambal hijau ikan keli ni atas permintaan anak2 n cik hubby, tak puas makan katanya...so, layankan aje la
RESEPI SAMBAL HIJAU KELI
Bhn2:
4 ekor ikan keli - bersihkan dan rendam dgn air asam jawa 1/2 jam
Garam
Serbuk kunyit
Sedikit tepung gandum - petua xbagi ikan meletop ms grg
6 biji cili hijau*
10 biji ciliapi hijau*- blh adjust ikut selera msg2
Sedikit belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Garam, gula secukup rasa
Minyak - utk menggoreng
- lumur ikan dgn garam n kunyit..
- panaskan minyak, tabur sedikit tpg gandum atas ikan dan grg ikan sehingga masak atau garing..
- kisar semua bhn bertanda * hingga lumat.
- ambil sedikit minyak gorengan ikan td dan tumis bhn kisar hingga wangi..
- masukkan sedkit garam dan gula ( garam ltk sikit je ye sbb ikan dah masin)
- bila semua rasa dah sebati, masukkan ikan dan gaul manja hingga semua ikan bersalut sambal..
- sedia dihidang dgn nasi panas2, perghhh
Monday, August 29, 2016
Masak Lemak Ikan Keli Salai....
Assalamualaikum wbt...ni kes nk perabis stok ikan keli dlm freezer ari tu..kalau tak, asyik2 buat sambal kan,hihihi
Jadi ari tu dgn sengaja cuba buat masak lemak pulak...mula2 Liza panggang ikan keli hingga masak,alaa atas dapur gas je..lps tu baru mula proses memasak, jom tgk cmner Liza buat,hihihi
RESEPI MASAK LEMAK IKAN KELI SALAI
Bhn2:
4 ekor ikan keli - bersihkan dan panggang sehingga masak
5 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
2 inci kunyit hidup *
7 biji cili api *
1 btang serai - ketuk
1 helai daun kunyit
Santan dr sebiji kelapa
Garam, perasa
1 keping asam keping
- mesin semua bhn bertanda * hingga halus..
- masukkan kedlm periuk bersama asam keping, serai serta daun kunyit, masak dgn api sederhana hingga mendidih..
- masukkan garam dan perasa ..
- akhir sekali masukkan ikan yg telah dipanggang td..
- kacau biar sebati kuah dgn ikan td..
- tutup api dan sedia dihidang..
Wednesday, August 10, 2016
Paprik Tenggiri
Biasanya Liza suka guna ikan siakap utk masak paprik ni, tapi kali ni liza cuba guna ikan tenggiri pulak..wallaaa, sedap sungguh la..bila buat lauk2 cmni dah tak yah pening kepala nk masak lauk sampingan, sbb dalam ni dah ada sayur, cuma tambah telur dadar je, hihii..senang keje kan
RESEPI TENGGIRI MASAK PAPRIK
Bhn2:
1 ekor ikan siakap - bersihkan dan lumur garam
4 ulas bwg merah - ditumbuk
2 ulas bwg putih - ditumbuk 1 labu bwg besar - dimayang
2 btg serai - dititik
2 biji buah tomato - dipotong 4
5 biji cili padi - ditumbuk
4 s/b cili mesin
Daun limau purut
2 biji cili merah - hiris
Bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
Garam, gula
Panaskan kuali. gorengkan ikan (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing). - Liza grg ikan ni sampai garing
Masukkan bawang merah,
bwg putih, cili mesin dan cili yg
ditumbuk, kacau sekejap.
Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap
manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai,
daun limau purut dan sayur-sayuran.
Bila dah mendidih, masukkan bwg besar, cili merah yg dipotong dan buah tomato.
Gaul rata dan boleh lah diangkat dan dihidangkan..
Thursday, August 4, 2016
Sambal Hijau Ikan Keli..
Sebenarnya ni lah pertama kali Liza masak sambal hijau ni..bknnya apa, nak masak ni kena pikir dgn selera org yg nak mkn kan..kang masak syok sendiri, susah pulak
So, ni lah hasil sambal hijau yg Liza olah sendiri ikut tekak family Liza, Alhamdulillah diaorang puji dan request srh buat lagi..alaaa, senang je ni,hihihii
RESEPI SAMBAL HIJAU KELI
Bhn2:
4 ekor ikan keli - bersihkan dan rendam dgn air asam jawa 1/2 jam
Garam
Serbuk kunyit
Sedikit tepung gandum - petua xbagi ikan meletop ms grg
6 biji cili hijau*
10 biji ciliapi hijau*- blh adjust ikut selera msg2
Sedikit belacan*
1/2 inci kunyit hidup*
5 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
Garam, gula secukup rasa
Minyak - utk menggoreng
- lumur ikan dgn garam n kunyit..
- panaskan minyak, tabur sedikit tpg gandum atas ikan dan grg ikan sehingga masak atau garing..
- kisar semua bhn bertanda * hingga lumat.
- ambil sedikit minyak gorengan ikan td dan tumis bhn kisar hingga wangi..
- masukkan sedkit garam dan gula ( garam ltk sikit je ye sbb ikan dah masin)
- bila semua rasa dah sebati, masukkan ikan dan gaul manja hingga semua ikan bersalut sambal..
- sedia dihidang dgn nasi panas2, perghhh
Tuesday, July 19, 2016
Kengsom / Asam Pedas Thai Ikan Patin...
Assalamualaikum wbt...menu ni Liza buat masa bulan pose ari tu lagi sbb nak habiskan stok ikan patin dlm freezer..,nak buat patin tempoyak, stok tempoyak dah ilekk..jadi terpaksa la cari alternatif lain, janji sedap n senang..
So cari punya cari terberkenan la resepi kengsom @ kaengsom ni dr dapo adik manis Yana ni...pastime cuba buat n mkn asam pedas thai ni,mmg sedap sgt n berbaloi2 mencuba...tq Yana
RESEPI KENGSOM IKAN PATIN
Bahan kisar:
1 labu bawang putih
3 ulas bawang putih
5 batang serai
5-6 biji cili api ( ikut tahap kepedasan masing2 )
1 tangkai cili kering
1 inci kunyit
1 inci kunyit
sedikit belacan
Bahan lain:
1 ekor ikan patin ( ikan lain pun boleh )
2-3 keping asam keping ( jus asam jawa pun bleh )
Daun kesum
Kangkung - xde stok
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air secukupnya
CARA NAK BUAT:-
- Masukkan air dalam periuk dan didihkan bersama bahan kisar selama 10 minit.
- Kemudian masukkan asam keping, daun kesum dan ikan. Perasakan dgn garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan mendidihkan lagi.
- Last masukkan sayur kangkung dan boleh tutup api. Siap untuk dihidangkan..
Senang je kan, yang penting sedap...perghhhh
Sunday, July 3, 2016
Ikan Bakar Sambal...
Sesekali layan ikan bakar cmni pun sedap kan, kompem bertambah2 nasi..kali ni Liza pun tak pasti nama ikan ni,cuma org kat pasar tu ckp sedap kalau bakar..sbb tu la Liza beli,hihii
RESEPI IKAN BAKAR SAMBAL
Bhn2:
1 ekor siakap / ikan lain - bersihkan n kelar sikit
4 s/b cili mesin
1/2 labu bwg besar - mesin
1 ulas bwg putih - mesin
1/2 inci halia - mesin
1 btg serai - mesin
Air asam jawa
Garam dan gula
Sdkt minyak - tumis
Daun pisang secukupnya
- Ikan dibersihkan dengan air asam/asam gelugor untuk menghilangkan rasa hanyir
- Tumis semua bahan kisar bersama cili giling hingga garing, masukkan air asam jawa, garam, gula secukup rasa, sesuaikan rasa masin, masam dan manis, sejukkan..
- perap bersama ikan selama sejam atau lebih..
- Di dalam kuali, lapik 2-3 helai daun pisang, letakkan ikan yang telah diperap td , tutup dengan daun pisang dan bakar sehingga masak..
- sedia dihidang bersama kicap atau air asam..
Wednesday, June 22, 2016
Sup Ikan Haruan...
Resepi sup ikan haruan ni sama je resepi yg biasa Liza buat guna kepala ikan merah tu, CUMA kali ni Liza tambahkan sepeket sup bunjut utk bg lagi rasa berempah n wangiii..
Resepi turun temurun dr arwah ma yg sangat sedap..
RESEPI SUP KEPALA IKAN MERAH BEREMPAH
Bhn2:
1 ekor kepala ikan merah - belah 2
2 keping isi ikan merah
5 s/m minyak masak
1 paket rempah sup serbuk - bancuh dgn sedikit air
1 paket sup bunjut Adabi5 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 tangkai daun sup - potong halus
Bawang grg - utk tabur
Air secukupnya
- panaskan minyak dan masukkan bhn2 tumbuk, biar hingga naik bau.
- masukkan pula rempah sup dan biar hingga sedikit garing dan wangi.
- masukkan air dan sup bunjut, biar mendidih dan masukkan kepala ikan, garam dan serbuk perasa.
- biar mendidih sekali lagi dan sedia diangkat.
- tabur dgn daun sup dan bawang grg dan boleh dihidang...
Subscribe to:
Posts (Atom)