Showing posts with label tart. Show all posts
Showing posts with label tart. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

Blueberry Cheese Tart


Salam semua..... sinambungan dr citer roti si biru beri aritu..dah berjuta2 org menerai cistat ni, dan masing2 telah menampilkan hasil keanggunan tartnya tersendiri... aku?? nak join jugak la wpon hasilnyer ala2 munge t**k ayam yg tak cukop baja. tak kesah la.. wat makan sendrik jerk... suker pastry nih sebab rangup. tapi fail la bab me'montok'kan cis.. dlm oven elok kembong, kuor oven kempis! dah nama pon cistat tak cukop baja.. kesian... ppon tima kasih kak.azita zain yg sememangnya sifu tart dr dolu2.. dah lama simpan resepi nih sejak zaman aktif blog dolu2... baru ni berkesempatan membuatnya.. buat satu adunan punyer la jenuh nak menepek2 kat acuan.. mujur acuan beso2 dabak.. jimat masa bosan.. haha... 
RESEPI BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan-bahan
  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC atau sehingga masak.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Nota: Rujuk dapur kak.azita zain utk corak dan tips. klik SINI

Thursday, December 2, 2010

Portuguese Egg Tart


di sebabkan arini kebizian sedikit wat urusan itu ini ngan en.hubby, aku kasi tayang la
dulu tart telur portugis yg lama sudah aku bikin nih... mmula mcm mls nak amik gambo, tp alang2 aku buat 3 tahun sekali, maka haruslah di abadikan kejadiannya di sini utk rujukan akan datang.. maybe lg tiga taun sejarah akan berulang.. wakakakaka.. hazab! arini lom sempat nak masak2 lagi la.... tgh pikir la nih nak masak utk lunch karang... akceli tart telur portugis beza ngan tart telur biasa sebab menggunakan puff pastry sebagai kulit. sedap banget! my peberet tart u! jom tengok resepi dari skyblue@myresipi. thanx lydia... klu xde puff pastry leh juga guna prata puff yg biasa tuh.. tp beza sket la kerangupannya tuh..

Nota: nak menjawab pertanyaan mamafami dan juga mokwo dan sape lg aritu erkkk... lebihan puff pastry boleh diguna smula..uli2 kejap then canai smula... tp hasilnya mmg tak seperti yg pertama yg sepatutnyer fluffy puffy gtu... yer la..drpd sayang dbuang baik dguna pakai smula... elakkan pembaziran... yer tak? hihi... lgpon kalau kat sini boley tahan regenyer tuh! huhuu...

Bahan-bahan (5-6 biji)
  • 1 keping Puff Pastry
  • *Bahan-bahan A*
  • 1/4 cawan Gula Halus- klu tk suka manis leh kurangkan sedikit
  • 1/4 cawan Susu Cair atau Susu Segar
  • 1/4 cawan Whipping Cream
  • 3 biji Telur Kuning
  • 1/4 sudu kecil Vanilla Extract
Cara-cara
  1. Panaskan oven, 200ºC.
  2. Masukkan semua bahan-bahan A dalam mangkuk dan kacau sampai sebati. Ditapis dan diketepikan.
  3. Potongkan puff pastry kepada 6 keping bentuk bulat. Cucuk permukaan puff pastry yg telah dipotong dgn garpu.
  4. Masukkan puff pastry yg dipotong ke dlm tin muffin@alumminium cup@acuan tart shell.
  5. Isilkan campuran telur ke dalam setiap puff pastry 3/4 penuh.
  6. Bakar selama 20 minit. Biar sejuk dalam tin muffin selama 5-10 minit sebelum dikeluarkan.

Tuesday, February 2, 2010

Chocolate Tart

sebenonyer wat nih minggu2 yg sudah..... hentah ler biler.. tak hingat! menu perap lam folder! maap yerk! sudah kehabisan! hehehe...... arini aku tk rajen mana.. cube watkan roti utk bentou danish esok jerk! tart nih boleh tahan sedapnyer.. cume next time kene kurangkan serbuk koko kat pastry tuh! sbb agak pahit... tp up to u lah nak wat camne k! resepi asal dari pook dailydelicious. bleh tgk step by step di sana yer.

Bahan-bahan
Utk Pastry
  • 110g butter sejuk
  • 75g gula
  • 190g tepung gandum
  • 1 biji telur - hana kurangkan 1/2 biji jer
  • 20g coco powder - leh kurangkan jika tak mau pahit
  • garam secubit
Utk Filling
  • 70ml susu segar
  • 190ml double cream
  • 20g gula
  • 120g dark chocolate
  • 1 biji telur
Cara-cara
Utk membuat pastry
Satukan tepung dan juga serbuk koko. Gaul sebati.
Mangkuk lain, pukul butter, gula, garam dan telur menggunakan whisk. Pukul sebati. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit gaul seperti breadcrumbs. Uli pastry sehingga berkilat. Bulatkan doh, dan simpan ke dalam peti ais sekurang2nya sejam. Ambil doh tadi, canai dan tekan ke dalam loyang. Cucuk2kan dengan garfu kemudian bakar 180 selama 15min. ketepikan. *doh nih agak melekat2 so kene sejuk btol2 agar senang nak canai.

Utk membuat filling
Masukkan semua bahan filling kecuali telur ke dalam periuk. Masak di atas dapur dengan api kecil. Kocok2kan telur dan masukkan sedikit demi sedikit sambil kacau. Masak sehingga filling agak pekat dan smooth. Tuang filling ke dalam pastry dan bakar semula selama 15-20minit. Filling agak lembik setelah keluar dr oven, tapi don panic sbb biler dah sejuk dier akan mengeras. Hidangkan dan potong ketika dah sejuk.

Wednesday, December 9, 2009

Orange Yogurt Tart

aku suker wat tart! coz ader tukang mknnyer... danish sama ngan aku peminat tart.. tp biasanyer dier minat yg cis or telur.. tp yg nih aku kelentong cis! wahahaha... dough pastry nih dr alex goh. sblm nih aku penah wat utk blueberry cistat. tp filling dr k.yani yogurt tart cume aku buh perasa oren. cedappp! ppon tima kasih byk wat penyumbang resepi.

Bahan-bahan
  • 200gm butter
  • 100gm gula aising
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • bahan B
  • 1 biji telur
  • bahan C
  • 420gm tepung - hana kurangkan 20g
  • 1 sudu besar susu tepung
Cara-cara
putar A hingga lembut. tambahkan B n putar lagi hingga gebu.
masukkan C n gaul sebati. tekan dalam acuan tart , cucuk2 permukaan ngan garfu n bakar pada 190'c selama 15min - hana bakar skali harung jerk ngan filling.

Bahan-bahan utk filling
  • 220g plain yogurt
  • 100g gula
  • 1 biji kuning telur
  • *2 sudu besar corn starch - hana gune tpg kastad
  • *1 sudu besar tepung gandum
  • 250g susu
  • 15g butter
  • 2 sudu besar oren jus
Cara-cara
Masukkkan semua bhn ke dalam periuk. Kacau atas api kecil hingga pekat. tuang filling ke dalam pastry dan bakar hingga masak.

Monday, August 3, 2009

Blueberry Cheese Tart

wat cemil2an anak2... mak bapak kene cemil pas isyak nnti la sambil nonton tv! ehehehe... tart mmg peberet aku! pantang nmpk tart tk kira la tart apa pong, semua aku suker! nih nengok k.jun n leen wat la terasa tingin la pulak anak tekak! tp k.junnyer tart daybab2! montok gtu! tk mcm tuannyer yg sweet n ayu! ecececee kembang la tuh kang kene puji! hihihi... aku punyer?? haaa ikut suka mak labu la kan! ader yg montok, n ader yg penyek! kakakaka...blueberry pong sememeh sbb mls nk blend alus! nih pong sbb pecah dara acu tart yg comey lote tuh! tp tk se cung cam yg mesia punyer la ader gedik2 gtu kan! yg nih cam muffin tray cume kicit2 jerk! resepi dr Alex Goh.. kopipes dr dpr k.jun! thnx kak!!
Bahan-bahan
200gm butter
100gm gula aising
1/4 sudu teh esen vanilla
bahan B
1 biji telur
bahan C
420gm tepung - hana kurangkan 20g
1 sudu besar susu tepung
Cara-cara
putar A hingga lembut. tambahkan B n putar lagi hingga gebu.
masukkan C n gaul sebati. tekan dalam acuan tart , cucuk2 permukaan ngan garfu n bakar pada 190'c selama 15min.

Filling
bahan A
250gm cream cheese
50gm gula
25gm butter
bahan B
1 biji telur
bahan C
25gm whipping cream
bahan D
20gm tepung
*hana tmbh lemon jus
blueberry filling
Cara-cara
Pukul A hingga licin n gebu. masukkan B n pukul sebati. tambah C n pukul sebati. masukkan D n campur rata. tuang dalam kulit pastry tadi, letak sedikit blueberry filling n bentuk corak sedikit. bakar pada 200'c selama 10-12min.

Sunday, January 11, 2009

Tart Telur

nih buatkan utk membe.... wat dua loyang! yg kelakonyer tgh masak yg loyang kedua blackout pulak! kelam kabut aku dbuatnyer! sib baik dh masak...cume nk keringkan lagi skit jerk... last2 aku masukkan oven bakar ikan aku! hahahahahaa.... selamat la ade penyelamat! klu tak, tak tau la jadi apa! hehehee..... resepi linda dr myr. tQ!

Bahan-bahan
  • bahan utk crust : 2 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan gula halus
  • 1/2 teaspoon baking powder
  • 1/4 teaspoon garam
  • 1/2 cawan butter (bhgikan kpd 8 bhgn kecil2)
  • 2 biji telur
  • bahan utk filling : 1 cawan susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan air
  • 1 tbs tapung kastard
  • ½ tsp vanilla essence
Cara-cara
  1. Utk buat crust : Masukkan tepung, gula, baking powder dan garam ke dlm doh mixer/food processor/guna tgn pun boleh. Sebatikan.
  2. Masukkan butter. Sebatikan.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Tunggu hingga menjadi bentuk doh.
  4. Cara utk buat filling dia pulak : Pukul gula dan telur.
  5. Masukkan semua (bahan filling) yg belum dimasukkan. Kacau hingga sebati.
  6. Tekan2 doh ke dalam bekas tart/pie. Then tuang je bahan filling ke dalam acuan bekas tart yg diletakkan doh tadi.
  7. Bakar dlm oven. linda agak2 jer temp dia. huhu. agak2 nmpk mcm dah kekuning orangean tuh masak la tuh! hihi. tunggu sejuk baru potong tau!
yg nih aku buatkan utk kengkawan lab yg g konvoi aritu! gune tray muffin jerk!

Saturday, November 15, 2008

Yogurt Tart

wani...tak cukup ler seketul jerk wani bg kat akak! hehehehe... kakakmu ini pantang org pelawa tart mula la nk tunjuk rajin buat tart! muahahahaha.. peberet tuhh! huuuuuu... lagi satu aku nyer yogurt tuh tk abih2 lagi lam esbok..so pelagik! projek yogurt tart resepi k.yani! thnx k.yani! sedap sedapp...cume alter bbrape bhn...ampunnnnn... hehehe kita gune acu muffin yg beso gedabak! tapi cepat adunan abih! muahahahaha...

Bahan-bahan

  • Utk kulit tart
  • 100g gula halus- kurangkan 85g je
  • 1 biji telur
  • 200g tepung gandum
  • 150g butter - kurangkan 130-+g je
  • Utk yogurt cream
  • 220g plain yogurt
  • 100g gula- ni pon hana kurangkan skit agak2 la
  • 1 biji kuning telur
  • *2 sudu besar corn starch
  • *1 sudu besar tepung gandum
  • 250g susu
  • 15g butter
  • 2 sudu besar lemon jus
Cara-cara
  1. Kulit tart. Pukul butter dan gula sehingga kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit dan kacau. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau biar sebati. Simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan.(tk smpai sejam sbb dh kurangkan butter so tak lembik sgt)
  2. Yogurt Cream Masukkan susu ke dalam periuk. Panaskan dengan api sederhana sehingga hampir mendidih. Tutupkan api.
  3. Masukkan yogurt, telur dan gula ke dalam mangkuk dan kacau.
  4. Kemudian masukkan bahan (*) yg telah diayak. Kacau serata.
  5. Campurkan susu panas tadi sikit demi sikit sambil dikacau.
  6. Tapis semula masukkan ke dalam periuk susu tadi.
  7. Panaskan semula sehingga pekat. Kemudian, padamkan api.
  8. Akhir sekali masukkan butter dan juga lemon jus. Kacau biar sebati.
  9. Yogurt tart Keluarkan kulit tart tadi. Bahagikan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat.
  10. Sapukan acuan muffin dengan butter. Ambik sebiji tart tadi, buat bentuk leper. Kemudian tekan-tekan masukkan ke dalam acuan muffin. Buat lubang kat tengah.
  11. Isikan dengan yogurt cream. Bakar selama 25~30 minit dengan suhu 180 degree.

Saturday, August 30, 2008

Strawberry Cheese Tart

meh mkn2! resepi dr blueberry cheese tart k.ummi....tp xde blueberry so hentam saja ngan strawberry.....sedapp! dh antu tart mmg semua akan kata sedap! hahahaha...tp xde acu kecik2 lagipon nk senang kije tenyeh2 jek kat loyang pie....:D mekacih yer k.ummi! ampunn...nk kopipes jek! hehehe..

Bahan Tat:-
125 gm mentega
60 gm gula kastor
1 bji kuning telor
250 gm tepung gandum
sedikit garam
1/2 sudu teh esen vanila
1 - 2 sudu besar air
Cara Membuat:-
Pukul mentega, gula, garam dan esen vanila hingga kembang. Masukkan telor dan pukul sebati. Masukkan tepung dan gaul hingga menjadi doh yang lembut. Jika agak kering, tambahkan air dan uli semula. Bulatkan doh sebesar ibu jari dan tekan ke dalam acuan tat. Bakar selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius.

Inti Krim Keju:-
250 gm krim keju Philadelphia
50 gm mentega
70 gm gula kastor
1 biji telor
1/2 cawan blueberry pie filling
Cara Membuat:-
Pukul krim keju bersama mentega dan gula hingga kembang dan gebu. Masukkan telor dan pukul lagi hingga sebati. Sudukan inti ke dalam tat yang telah dibakar tadi, letakkan sedikit blueberry filling di tengah tat dan lorekkan dengan lidi.Bakar semula selama 20 minit pada suhu 180 darjah celcius sehingga inti sikit kekuningan.