Showing posts with label pastry. Show all posts
Showing posts with label pastry. Show all posts

Tuesday, December 18, 2012

Puff Durian


Assalamualaikum....... sebenarnya sedang mencari-cari resepi puff yang agak rangup pastrynya tapi masih belum bertemu jodoh... aritu ada skali makan kat satu kedai pastrynya seperti yg diidam.. intinyer pula kuah kastad durian... agak cair mcm kuah durian @ serawa.. dan puff tuh berkebolehan menapung kuah durian tu tanpa lembik atau bocor... (perghhh skema tul ayat aku..haha...).. klu sesapa ade resepi tuh sudi2kan lah berkongsi..... nih hasil projek ngan anak bujang ku itew... cuti skola ni xde kerejer sajer ajer la ajak dier main masak2.. semangat membuat tu ada, tapi merundum semangat nak makan bila mak dier curik2 buh isi durian.. alahai anak omak yg sorang nih mmg alergik durian tul lah... aku pulak sajer carik pasal... haaaa hambik ko! sape nak perabih semua nih... hakuuuu jugak.. huhu.... ok jom semak resepi... utk resepi pastry aku amik resepi dari Alex Goh, kopipes dr tokey creampuff kak.madiha... tenkiu kak.... hana buat setengah adunan dr resepi dibawah. mentuk mcm2 mentuk adooo...


RESEPI PUFF DURIAN
sumber : kak.madiha
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Pastry
  • 100g butter
  • 250ml air
  • 150g tepung gandum - diayak
  • 3 biji telur gred A - jika gred B 4 biji
  • secubit garam
 Bahan Inti Kastad Durian
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 4 sudu besar gula
  • 1 cawan @ 250ml susu segar
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar isi durian - jika suka boleh lebihkan

Cara-cara 
  • Untuk penyediaan inti kastad durian : Campurkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati. Masak di atas dapur dengan api perlahan sehingga pekat dan likat. Matikan api dan sejukkan.
  • Dalam periuk lain, satukan air, mentega dan garam.Masak hingga air mendidih dan mentega cair. Masukkan tepung dan kacau pantas sehingga menjadi doh. Angkat dan ketepikan sehingga suam.
  • Panaskan oven suhu 200C. Lengser dulang pembakar dengan mentega atau alas dengan baking paper.
  • Masukkan doh ke dalam mixer dan masukkan telur satu persatu sambil memukul dgn kelajuan sederhana hingga menjadi pes yang lembut.
  • Masukkan adunan ke dalam piping beg dan menggunakan nozel bintang,Paipkan di atas dulang. 
  • Bakar 20min atau hingga keperangan. Sejukkan di atas redai.
  • Untuk penyediaan puff durian - Belah puff tanpa putus. Masukkan/paipkan inti kastad, buat sehingga habis dan boleh lah dihidang.


Wednesday, May 2, 2012

Blueberry Cheese Tart


Salam semua..... sinambungan dr citer roti si biru beri aritu..dah berjuta2 org menerai cistat ni, dan masing2 telah menampilkan hasil keanggunan tartnya tersendiri... aku?? nak join jugak la wpon hasilnyer ala2 munge t**k ayam yg tak cukop baja. tak kesah la.. wat makan sendrik jerk... suker pastry nih sebab rangup. tapi fail la bab me'montok'kan cis.. dlm oven elok kembong, kuor oven kempis! dah nama pon cistat tak cukop baja.. kesian... ppon tima kasih kak.azita zain yg sememangnya sifu tart dr dolu2.. dah lama simpan resepi nih sejak zaman aktif blog dolu2... baru ni berkesempatan membuatnya.. buat satu adunan punyer la jenuh nak menepek2 kat acuan.. mujur acuan beso2 dabak.. jimat masa bosan.. haha... 
RESEPI BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan-bahan
  • 170gm marjerin
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
  1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC atau sehingga masak.
Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
CREAM CHEESE FILLING

Bahan-bahan
  • 250gm cream cheese
  • 50gm gula kastor / gula halus
  • 1 biji telur Saiz B
  • ½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
Cara-cara :

  1. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
  3. Masukkan filling ke dalam kulit tat.
  4. Tuang cream cheese ke atasnya. Bakar selama 5 minit pada suhu 170oC. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.
Filling :
Blueberry, strawberry, kiwi, oren, dll.

Nota: Rujuk dapur kak.azita zain utk corak dan tips. klik SINI

Monday, March 21, 2011

Puff Tuna Mayonis


puff nih dah lama buat masa ari terakhir before en.oben masuk kotak aritu.... maap la dah jadi baja... hihihi........ kali nih menggunakan inti yang agak mudah cara penyediaannya tak perlu godeh2 atas koli.. macam buat inti sandwich..... kes malas la tuh jawabnyer nak cepat dan mudah ajer... yang penting hubby dan anak2 suka..... alhamdulillah.... *sebenonyer nak buat auto publish, tapi 'terpublish' la pulak! haha...

RESEPI PUFF TUNA MAYONIS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *2 tin tuna - toskan air/minyak
  • *1/4 biji bawang besar holland - potong dadu kecil
  • *2 sudu makan mayonis
  • *lada besar/cili -hiris halus (optional)
  • *jus lemon/kasturi - optional - hana tak letak
  • *sedikit hirisan daun sup
  • *sedikit lada sulah
  • *garam (jika perlu) dan gula
  • Pastry puff secukupnya
  • Kuning telur - utk sapuan dan gam
  • blackpepper - utk topping
Cara-cara
  • Satukan semua bahan yang bertanda * sebati. Jika agak berair, toskan air tersebut supaya puff tidak basah ketika/selepas dibakar. Ketepikan.
  • Sementara itu, panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
  • Ambil pastry, potong dua. (bergantung size pastry, sekeping hana potong 4 sama size)
  • Ambil satu bahagian kemudian kelar menyerong. Satu bahagian lagi isikan inti dan sapu telur keliling pastry. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit agar melekat. Kemudian gunakan garfu dan tekan keliling.
  • Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Kemudian taburkan blackpepper. Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan. - kebiasaan hana bakar selama 20min suhu 200darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu sket/kurangkan masa pembakaran sbb oven dah panas takot hangus.
  • Sejukkan di atas redai. Enak dimakan begitu sahaja atau dengan sos pilihan.

Thursday, January 27, 2011

Black Pepper Sausage Puff



jemput minum petang dengan puff sosej nih..... dah lama hubby request suh wat puff nih.... aritu rege pastry nih murah, jadi borong la dua tiga peket jugak.... hah! hambik ko... demam pastry la jawabnyer..... tp dah tinggal sepeket jer tuh... bila2 masa leh tuko inti lain pulak.... idea puff nih dari kak.rinnchan dan jugak matgebu..... tapi aku wat aku ikut bahan2 yang ada tp masih berpandukan resepi kak.rinn. kali nih silap la, belah bawah ada yg tak naik cantik... maybe sbb tak guna loyang.. aku gune oven plate jer alas baking sheet.. tak kesah la... dah msk da pong..meh jemput makan....



RESEPI BLACK PEPPER SAUSAGE PUFF
source : kak.rinnchan@fotopages

Bahan-bahan
  • 6 batang sosej- hana campur crabstick cincang(lenkali takmo cincang) lg sedap rasa manis ketam
  • 1 biji bawang besar, di mayang kasar- hana mayang halus
  • 2 ulas bawang putih, dicincang halus
  • 1 sudu besar sos tiram@sos lada hitam
  • 1 sudu besar cili sos
  • 2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 2 sudu besar majerin utk menumis
  • Secubit garam
  • Secubit gula
  • Bijan secukupnya
  • * 12 keping puff pastry jenama "kawan"
Cara-cara
  • Panaskan majerin. Tumiskan bawang besar dan bawang putih.
  • Masukkan sosej yg telah dihiris nipis. Tumis hingga agak garing.
  • Masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau rata.
  • Masukkan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan ketepikan.
  • Sediakan puff pastry. Isikan inti. Taburkan bijan di atasnya. Tutupkan dengan sekeping lagi. Kelar berbentuk "X".
  • Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Bakar hingga puff kembang dan keperangan.
  • Keluarkan dan sejukkan di atas redai. Hidangkan dan boleh picitkan sos jika suka.

Sunday, December 12, 2010

Apple Crumble


wat ngonyel2 sambil ngomel2 depan tv...... hidangkan tak sempat sejuk kejap ajer abes... lapo la tuh sebenonyer.. haha... dr ptg semalam mls nak masak.. makan dinner pong order jerk dr kedai! hihihihi.... resepi sama dengan sebelum nih...

RESEPI APPLE CRUMBLE
by: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Untuk Crumble
  • 150g tepung gandum
  • 50g gula
  • 110g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam
Untuk Inti
  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu/slice
  • 2 sudu mkn gula perang
  • ½ sudu kecil serbuk cinnamon
Cara-cara
  • Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  • Dalam mangkuk lain, satukan semua bahan inti dan gaul sebati. Masukkan ke dalam
    mangkuk tahan panas yang telah dilengser dgn sedikit butter.
  • Masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan crumb tadi.
  • Bakar suhu 180 hingga kekuningan lebih kurang 30-40min.
  • Hidangkan dengan aiskrim atau sos kastad jika suka. Kalau suka makan sejuk, masukkan peti ais terlebih dahulu.

Wednesday, November 24, 2010

Apple Puff

arini sajer nak kongsikan sedikit ilmu yang yg tak seberapa utk menghasilkan puff yang rangup dan fluffy... akceli tips nih penah kongsikan ngan kak.nor yang tgh demam puff tuh.. hihi.. leh tengok d blog kak.nor secubit garam tentang hasilnya yer... kali nih aku buh inti epel.. sama mcm inti apple pie.. idea bunga lak dari mat ketat.. opsss mat gebu! hihihi... kalau rajen leh wat pastry sendrik tengok resepi SINI. jom layannnn...


RESEPI APPLE PUFF
Source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • *3 biji epel - buang kulit dan potong dadu kecil
  • *2 sudu makan gula perang
  • *1/2 sk serbuk cinnamon
  • Pastry puff secukupnya
  • Kuning telur - utk sapuan dan gam
Cara-cara
  • Panaskan kuali. Satukan bahan inti * dan masak sebentar di atas api kecil hingga epel masak. Ketepikan.
  • Sementara itu, panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
  • Ambil pastry, potong ikut suka sama size @ terap menggunakan cutter utk hasil yang lebih cantik.
  • Ambil sekeping pastry kelar bentuk bunga. Isikan inti sekeping pastry yg lain kemudian sapukan telur keliling. Ambil pastry yang sudah dikelar tadi dan cantumkan. Tekan sedikit agar melekat. Boleh gunakan garfu.
  • Susun ke atas loyang dan sapukan kuning telur. Bakar guna suhu tinggi dan masak hingga permukaan puff keperangan@keemasan. - kebiasaan hana bakar selama 20min suhu 200darjah celcius (bergantung oven masing2).Pembakaran kedua turunkan suhu sket sbb oven dah panas takot hangus.
  • Sejukkan di atas redai.
THE MAKING APPLE and PINEAPPLE PUFF

potong ikut suka.. hana gunakan cutter bentuk bunga.. isikan inti epel di tengah2

yang nih inti nenas.. sapukan telur di keliling puff.. kemudian telangkupkan dengan puff yg lagi satu yang telah di kelar bentuk bunga or kelar ikut suka! haha.. tekan keliling agar melekat dengan pastry bahagian bawah. gunakan belakang sudu.

boleh juga tekan menggunakan garfu. kemudian susun ke dalam loyang dan sapukan kuning telur dan bakar.

TIPS PUFF YG FLUFFY dan RANGUP
  • Panaskan oven suhu 200 darjah celcius.
  • Pastikan kepingan puff berada dalam suhu bilik sebelum digunakan.
  • Semasa membakar seeloknya guna suhu tinggi. kebiasaan hana buat suhu 200darjah celcius dan bakar selama 20-23min (bergantung oven masing2). Tujuannya supaya setiap lapisan nampak terbuka dan rangup.atau jika takut hangus boleh juga guna cara kedua bakar 10min yang pertama (suhu 190-200), kemudian turunkan suhu 180 (jgn buka pintu oven) dan masak hingga keperangan@keemasan.
  • Jika oven ade kipas, ONkan kipas - hana punya oven otomatik `berkipas` bila oven sudah terlalu panas.
  • Pada peringkat pembakaran kedua, turunkan suhu lagi atau kurangkan masa pembakaran dari yang pertama sbb oven dah panas. Ini utk mengelakkan puff anda hangus!
  • Selepas masak biarkan sebentar dalam oven dalam 1-2min baru keluarkan. Sejukkan terus atas redai supaya udara panas keluar dengan sekata dan puff menten rangup dan kering. kalau tidak bahagian bawah puff akan kelihatan lembab.
  • Dah sejuk bleh terus simpan dalam bekas tertutup supaya menten rangup.
leh nampak kepingan halus setiap lapisan

Saturday, September 25, 2010

Puff Tuna

akceli arini umah kami menerima kunjungan tetamu.. memula plan nak wat macam2.. tapi di sebabkan darwish tak sihat, terbantut segala bende.... mujur la ader pastry nih.. senang kerja.. nih pong hubby yang tulun buatkan... sekalung tahniah buat Dr.Nam Duc, membe hubby dari vietnam yg sama2 study dengan en.hubbyku telah pong menamatkan pengajiannya. sedey la juga sbb dier nih lah kawan paling rapat hubby kat univ.. dan tima kasih kerna sudi berkunjung anak dan isteri ke rumah kami yang tak seberapa. hidangan pong ntah hapa2... hihi.... Jom layan puff sedap nih. resepi asal dari cikmatgebu kite... tp pesen aku gebabak la skit sbb pastry asal nih bentuk pat segi tak sama. nk potong kecik sayang la pulak nanti ada yg kene buang..

Bahan-bahan
Bahan Inti Tuna:
  • 1 tin tuna, tos dan hancurkan
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil
  • 2 biji bawang putih, cincang halus
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1/2 camca teh lada hitam kisar
  • 2 biji limau kasturi, perah jusnya
  • 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair
  • 1/2 camca besar mentega
  • Secubit gula
Bahan Lain:
  • 1 pack puff pastry jenama "KAWAN" (saiz 4 x 4 inci, ada 10 keping) @ jenis lain
  • Kuning telur, disapu
  • Sedikit lada hitam, tumbuk halus
  • Sos pilihan (optional)



Cara-cara
  1. UNTUK INTI TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum, masukkan cili kisar, sos tiram dan lada hitam, kacau rata dan tambah ikan tuna, kicap cair dan gula, kacau rata. Tuang sedikit air (anggaran 1/3 cawan), kacau dan masak hingga kering, akhir sekali masukkan jus limau kasturi dan mentega, kacau rata dan matikan api. Sejukkan inti sebelum digunakan.
  2. UNTUK PUFF TUNA KELOPAK :- Ambil 1 keping puff pastry, kerat kepada 4 bahagian sama besar. Ambil 1 bahagian, buat "X" seperti dalam gambar. Kemudian ambil 3/4 camca teh inti tuna, letak pada 1 bahagian pastry lagi. Tindihkan pastry yang dikelar bentuk "X" tadi. (hana sapu keliling dengan telur utk lekatkan kedua pastry).Tekan tepi2nya dengan garfu, seperti dalam gambar. Alih ke dalam loyang. Buat selebihnya dengan kaedah yang sama, hingga siap. Sapu kuning telur dan tabur dengan sedikit lada hitam kisar. Bakar dalam oven pada sugu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang bersama sos kegemaran, jika suka...
CATATAN MAT GEBU :- Jika oven anda mempunya kipas, boleh "ON" kan semasa membakar pastry puff tadi. Kaedah "hot air circulation" ini akan menambah udara dalam puff pastry menjadikannya lebih tinggi, ringan, garing dan rangup......sumber dari "Martha Stewart".....

Sunday, July 18, 2010

Banoffee Pie

Salam semua.... bertemu kembali di petang ahad! balik jalan terus rasa nak update citer banoffee yang dbuat semalam. waduhhhh! sedap ko! cume pastry aku ketebalan sket! tima kasih atas cadangan Ein aritu! owang kampung cam aku nih mmg ler jakun sket ngan mende alah pelik2 nih! menjajau aku tanya pakcik google! hahaha....sebenonyer nih belen si Rocher Dolce yg tak abis aritu.. aku potong2 buh ler kat pie nih! heeee.... sape ader lg saki baki de leceh tuh leh la buat nih! resepi dari AlongRoz. cume utk base tuh aku gune pakai resepi crust@pastry tart pandan matgebu. idea base juga dari Ein. tima kasih pada ALong, Ein dan juga Mat! bleh tgk resepi lain di sini or sini yer! meh mehhh.. sape nak huluq pinggan masing2!! kot yer pong, isi2 ler pinggan tuh dulu ngan mende laiN! wakakakaka

Ingredients (Makes 10" pie)
CRUST - hana wat crust resepi tart pandan matgebu
  • 200g Marie Biscuits
  • 100g Melted Butted
Method
  • Mix well.
  • Grease pie tin & press crumbs until fully covered.
  • Bake for 10 minutes & cool.
CHOCOLATE FILLING:
  • 5 oz Bittesweet Chocolate
  • 2/3 cup Heavy@Whipping Cream
  • 2 tsp Corn Syrup@Honey
  • 3 tbsp Unsalted Butter
  • 1 tsp vanilla esen
Method
  • Place all choc, cream & syrup in a pot and heat until melted & smooth.
  • Off fire & add in butter & vanilla esen.
  • Pour into pie crust & fridge for 1 hour.
OTHER INGREDIENTS:
  • 6 Bananas - sliced
  • 1 can Toffee / Dulce de Leche
  • Whipping Cream - hana add sugar skit
  • Cocoa Powder or grated chocolate
TO ASSEMBLE (Refer to diagram below):
  • Spread toffee on top of chocolate layer.
  • Arrange sliced bananas until fully covered.
  • Whip cream until stiff & spread on top of banana layer.
  • Sprinkle cocoa powder or grated chocolate
  • Chill at least 1 hour before serving.

Thursday, March 4, 2010

Apple Pie

semalam jalan2 umah kak.fae tengok apple crumble anak bujang kak.fae cam dh terasa2 kat anak tekak kesedapan epel tuh! sebenonyer mmg nk ngabiskan epel! maklum ler sok dah jumaat! maknanya epel aku dh seminggu baru luak 2 bijik! hikhikhik.. apa lagik zasss godek2 kat dapur dbantu ngan anak bujang aku no.2! coz dier peminat epel! 'mama nk buat epel? yeaa yeaa!' dier berkata2! kikiki.. k lah! layan resepi neh! skodeng dari dapur kak.su tp asal dari kak.inahar aka Dr.Inahar.. tima kasih kak! lep lep uuu! hihihi

RESIPI APPLE PIE
Bahan2 utk pastri
  • 13/4 caw tepung gandum
  • 125 gm cold butter ( u can mix 80mg butter+45mg shortening)
  • 50 gm castor sugar
  • secubit garam
  • 2-3 sudubesar air sejuk/ais
Bahan2 untuk filling
  • 4 biji epal hijau-dikupas kulit & potong dadu kecil
  • 100 gm gula perang
  • 2 sudubesar butter
  • 1 suduteh cinnamon powder
  • 1/2 suduteh serbuk pala - tk ltk
  • 1 biji lemon-ambil jus & parutan kulitnye sekali
  • 3-4 sudubesar almond kisar (can also use hazelnut)
  • secubit garam
Cara-cara
  • Pastri- ayak tepung,garam then tambah butter serta garam dan gaulkan menggunakan hujung jari(atau pastry cutter) sehingga jadi spt serbuk roti. masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga membentuk doh. wrap dgn plastic dan sejukkan dlm petiais selama 20 minit. kemudian bahagi dua doh dan satu bahagian bolehla dibentukkan kedalam acuan tart. cucuk2 kan dasar pastri dan isikan filling keatasnye sebelum ditutup atasnya dgn sebahagian doh lagi.cucuk2kan juga permukaan doh dgn garpu dan hias ikut suka. sapukan kuning telur keatas nya dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan @ 180c selama 30-40 minit.
  • Filling-panaskan butter then masukkan apple, gula perang dan masak hingga epal agak lembut. kemudian masukkan jus beserta parutan kulit lemon, cinnamon & nutmeg powder,garam dan almond kisar..masak lagi hingga pekat

Friday, February 26, 2010

Almond Pie

arini aku sungguh malas dan mengantukzzz! tp sedikit rajen nak mengn3! hihihi...... nih high tea semalam.. senang banget nak buat! yg penting ade pastry readymade! sesekali jom kiter rasa filling yg berbeza.... aku bab2 pastry neh, suka mkn panas2... tp hubby aku suker makan biler dah sejuk! hmmmm... apa2 jerk la kan! masing2 punyer tekak... jom layan resepi! dari buku masak2 pastry.

Bahan-bahan
  • 2 keping pastry - hana gune 4kpg
  • Filling
  • 50g butter
  • 40g gula - resepi asal 50g
  • 1 biji telur
  • 50g almond powder
  • Gliss - kuning telor
mau ngak??
sila bundarkan mata anda utk melihat step ini! hihihi
resepi cop sirim dari buku! ahaks...

Cara-cara
  • Panaskan oven suhu 190@200.
  • Satukan butter, gula dan telur. Pukul menggunakan spatula.
  • Masukkan almond powder. Kacau sebati.
  • Ambil sekeping pastry . Letak fillling almond tadi di tengah2. Tutup dengan pastry lg satu.
  • Tekan dengan garfu di sekeliling pastry agar tidak terbuka semasa membakar.
  • Kelar dengan pisau ditengah2 pastry dan sapukan dengan kuning telur.
  • Bakar selama 20min atau hingga keemasan.
  • Siap utk dihidang.