Showing posts with label telur. Show all posts
Showing posts with label telur. Show all posts

Wednesday, February 9, 2011

Omelete Pizza



salam semua..... tima kasih kepada yang sudi bertanya kabar dan menjengah blog hanamemories... akceli arini sibuk sket buat urusan visa dan g klinik cucuk rubella dan dentist darwish... balik rumah pong blur tak tau nak masak apa... omelete pizza nih jerk lah yang senang.... bleh buat brekpes hidangkan dengan sos pilihan...... ada yang bertanya, gamba semalam tuh guna lense baru ker? akceli lense baru tuh sebenarnya dah lama aku guna.. rasanya dekat sebulan dah... cuma lambat n3 jer pasal gadget baru tuh.... tapi tuh la masalahnya, skill menten sama jerk ngan dulu.. tuh yang tak nampak beza.. hihi... tapi sebenanya aku lebih suka guna lense tamron utk my foods photography.. eh! ok lah jom semak resepi..

RESEPI OMELETE PIZZA
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 biji kentang rebus potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar kuning size kecil - potong dadu
  • 1 batang sosej
  • 4 batang crabstik
  • daun sup
  • lada capsicum@lada besar
  • garam dan lada sulah
  • mozarella cheese atau apa2 cheese pilihan - optional
  • butter
Cara-cara
  • Satukan semua bahan kecuali butter.
  • Panaskan butter ke dalam kuali non stick. Tuang adunan telur.
  • Jika suka bleh taburkan cheese pilihan dan tutup kuali.
  • Masak gunakan api kecil hingga telur masak. Telur tak perlu terbalikkan.
  • Hidangkan dengan sos cili dan mayonis.

Friday, January 28, 2011

Onsen Tamago with Beef Rice Bowl

arini aku nak kongsikan camne nak buat onsen tamago atau ngan istilah melayunya telur separuh masak. biasanya kalau kita wat poach-egg putih telur tak selembut telur onsen... akceli jepun sangat terkenal dengan `ketelurannya`..... macam2 menu telur ada... kadang makan mentah dengan nasi pong dah cukop... arini aku gabungkan onsen tamago dengan daging minced... kalau dengan okra pong aku suker... ah! kiranya makan ngan apa pong aku suker... haha.... utk resepi okra tuh aku sertakan skali eh kalau sapa2 nak cuba... selalu tuh buat tapi malas nak amik gamba... nanti kalau ader aku masukkan gamba tuh... jom kita blaja buat onsen tamago.... maybe setengahnya dah tahu dan menggunakan cara yg berbeza2, nih bagi mereka2 yang ingin tahu la yer.... senang jer...

panaskan air sehingga betol2 mendidih. matikan api.

masukkan telur. biarkan terendam air panas selama 10min. setkan minit.. jgn terlalu lama nanti terlebey masak.

dah cukop masa, keluarkan telur dan rendam dalam air sejuk yang diletak ais kiub sehingga telur sejuk atau sekurang2nya 10min atau lebih. Pecahkan telur dan lihat hasilnya... Boleh curahkan dgn kicap jepun/syouyu/kicap biasa atau stok dashi (3/4cwn stok dashi+1sb syouyu).selamat mencuba! :)
Gyudon atau beef rice bowl salah satu menu yang sesuai utk makan dengan onsen tamago.. sebenarnya gyudon menggunakan daging slice... tapi aku guna daging minced. tp klu guna slice sedikit berbeza resepinya. lenkali yer... resepi daging nih boleh juga dicurahkan ke atas tofu panas/sejuk.

RESEPI BEEF RICE BOWL
source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g daging cincang
  • 1/4biji bawang besar kuning - cincang/potong dadu kecil
  • *1 inci halia - parut
  • *2 ulas bawang putih - parut
  • *2-3 sudu besar kicap pekat
  • *1-2 sudu besar sos tiram
  • *1 sudu besar syouyu/kicap cair
  • 1sk minyak bijan
  • 4 batang asparagus - hiris kecil bulat
  • sedikit blackpepper
  • garam dan gula
  • sedikit air/stok daging
  • daun bawang hiris
  • onsen tamago
  • shichimi togarashi - klu xde bleh buh blackpepper/cili flakes
  • bijan
  • Nasi jepun
Cara-cara
  • Satukan daging dengan bahan yg bertanda *. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu..masukkan daging tadi. Kacau hingga daging berubah warna. Masukkan asparagus dan minyak bijan dan kacau. Masukkan air/stok daging, gula, garam, sdikit blackpepper. Masak hingga kuah agak kering. Matikan api.
  • Cara hidangan,sendukkan nasi jepun ke dalam mangkuk. Letak daging minced tadi. Taburkan bijan dan daun bawang. Kemudian letak onsen tamago di tengah2. Taburkan shichimi togarashi. Siap.
RESEPI OKRA RICE BOWL - nnti klu ade gamba aku letak
sorce : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4 batang bendi kontot - sapukan dgn garam
  • daikon/lobak putih parut dan toskan airnya
  • onsen tamago
  • nasi jepun
  • kicap syouyu
Cara-cara
  • Didihkan air panas. Celur bendi sehingga 4-5min atau sehingga bendi masak.
  • Angkat dan rendam dlm air sejuk sebentar. Toskan dan hiris nipis.
  • Campurkan dengan daikon/lobak putih tadi. Jika tak suka daikon tak payah letak. Boleh juga klu nk campurkan dgn tuna atau apa2 sahaja yg disukai.
  • Cara hidangan: Sendukkan nasi ke dalam mangkuk. Letak okra tadi. Pecahhkan onsen tamago dan letak di tengah2 bowl. Curahkan kicap syouyu. Siap.

Friday, January 14, 2011

Telur Masak Taucu

sesekali tayang lauk aku yg cenggini ader selera tak?? selalu siap posing maut bagai.. haha.... resepi dr kak.ayu skodeng dr sedara2 aku tuh.. tenkiu tenkiuu... lebihkan cili wat pedas!

Horenso No Ohitashi.. resepi SINI

Ikan Goreng Berempah. resepi leh tengok SINI or SINI or SINI (edit sket)

RESEPI TELUR MASAK TAUCU
source : kak.ayu@singapore, Anawahid

Bahan-bahan
  • 3-5 biji telur
  • 3 ulas bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dihiris
  • 1biji lada merah dibuang bijinya dihiris- hana tambah cili padi tk buang biji
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram - ni memandai tambah... hehe
  • sedikit asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin
Cara-cara
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masuukan taucu(kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit. Masukan air asam jawa n sos tiram. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat. Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat. Tuangkan kuah diatas telur.

Tuesday, December 28, 2010

Salad Gulung

Assalamualaikum dan salam sejahtera..... akceli arini tadak mood nak masak2.... masak simple mimple jerk... janji anak2 and my hubby kenyang.... salah satunyer menu salad telur gulung nih.... mmg sonang gler ah! danish pong tulun buat... tapi tak tulun makan! haha.. tima kasih makcik izah atas resepinyer... resepi di adaptasi dari rancangan tv AFC. makcik mimiey pong da try.. meh amik segulung! mmg sedap curah sos thousand island banyak2... sajer sukersuker buh gambo banyak2 lepas nih maybe aku dah jarang2 masak kOt! (leh cayer ker? haha)... akceli blender aku rosak!! huh! dsebabkan lagi bape bulan nak balik, tak koser la pakcik tuh nak blikan lg yg baru... sob sob sob......
RESEPI SALAD GULUNG
sumber: Izah Muffin

Bahan-bahan

Untuk kulit dadar
  • 2 biji telur-dikocok
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar air
  • hana tambah secubit garam dan lada sulah
Cara-cara
  • Bancuh tepung dengan air. Masukkan ke dalam telur yang dikocok dan gaul sebati. Goreng nipis hingga masak. Fungsi tepung jagung: telur dadar tidak akan koyak bila digulung.

Bahan salad
  • daun salad
  • sosej di bakar/rebus
  • timun jepun
  • carrot
  • sos thousand island
  • tomato
  • crabstick & capsicum - yang nih hana tambah
Semuanya dibersihkan dan dipotong memanjang. Letakkan ditengah2 dadar tadi dan gulungkan. Potong dan hidangkan.

Friday, December 24, 2010

Salad Telur

salam jumaat buat semua pengunjung hanamemories.. semalam ader urusan sket tuh pasal dapur tutup kejap... tima kasih pada yang setia dan tak jemu2 singgah sini... yg amik resepi tuh, dihalalkan semua resepi2... sememangnya resepi utk dikongsi bersama.. nih menu kalau dah xde idea aka tak sempat aka malas! haha..... rasanya semua orang tau buat la kan... ratah cenggitu ajer pong sodapp...akceli esok jepon stat cuti skola selama seminggu.. selamat bercuti dan epi krismas buat kengkawan yg meraikannya...

RESEPI SALAD TELUR
source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Telur
  • Daun salad
  • Timun dan Tomato
  • Sos Cili @ Tomato
  • Mayonis
Cara-cara
  • Rebus telur kemudian kopek kulit dan belah 2@4. (untuk dptkan kuning telur seperti dlm gamba, rebus 10min sahaja). Jika rebus lama, telur semakin keras dan hitam keliling kuning.
  • Susun salad, hirisan timun, tomato dan telur.
  • Tuang sos cili dan mayonis. Hidangkan.

Saturday, September 25, 2010

Scrambled Egg

Assalamualaikum semua.... dah sarapan blom tuu??! arini kami bekpes ala omputih... kepada yang bertanya2 kabo semalam, mintak maap semalam aku sibok sikit. sibok melayan Darwish yang tidak sihat. sungguh terkejut tiba2 suhu badannya sungguh panas hingga mencecah 40darjah celcius. kelam kabut ke klinik. kene cucuk dan amik darah. malam tadi pong paham2 ajerlah.. tak tdo malam mak dbuatnyer. pakaikan cool fever pong sampai keringgg! pagi nih arap2 bertambah sihat. arini ade tetamu pulak nak datang.. jadi makin sibuklah nak layan si kecik dan nak sediakan itu ini.. wat besanku, ALongRoz dan my lovely Liana, tima kasih hadiahnya yg banyak2 iteww... tak jadik la Darwish nak majuk2! mama kata, klu majuk2 tak macho! muekekeke... nnti kiter collect yer... lebiu lebiuuu.... nih nak share resepi scrambled egg yang sangat sedap dan moist! tak mcm yang sebelum2 nih yg agak dry kerna dikacau atas koli.. peberet en.somi dan anak2.. jom bekpess.....

Bahan-bahan
Bahan untuk Scramble Egg
  • 4 biji telur
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sb air masak @ susu segar - supaya telur lembab dan lembut
  • serbuk lada sulah @ blackpepper
  • 3 biji tomato cherry - belah 4
  • garam
Bahan sampingan
  • Roti - sapu butter dan bakar atau apa2 sahaja roti yg dgemari
  • Sosej - bakar/grill @ goreng @ rebus
  • Kacang pool - xde
  • Salad - jika suka
  • Sos cili dan mayonis
Cara-cara
  • Panaskan air di dalam periuk. Satukan semua bahan scramble egg ke dalam mangkuk tahan panas.
  • Letakkan mangkuk tersebut di atas periuk air yang mendidih tadi. Kacau sehingga telur masak. (dengan kata lain, masak secara double boiler ).
  • Angkat dan pindahkan ke dalam pinggan.
  • Hidangkan dengan roti bakar atau roti croissant, sosej, kacang panggang atau sebagainya.
  • Selamat mencuba.

Thursday, May 27, 2010

Salad Udang Seri Pengantin

dinner nih menu salad jerk lah! nak ngabiskan telur rebus n stok salad2 lam peti ais... lagipon sok ppagi aku sebok nak g skola danish sempena ari sukan... malam nih kiter dinner ala2 pengantin la yang yer! pengantin basi! hahahaaaa... resepi skodeng dr dapur kak.ummi... resepi asal plak dr majalah Saji. kalau kat restoran sini pong, kitaorg suker order salad udang! lebih kurang gini gak cume tadak kentang dan telur... layannn..tuan umah nak beristirehat ngan suami dan anak2...


Bahan-bahan
  • 10 ekor udang besar - celur sekejap.
  • 3 biji telor rebus - belah dua atau empat
  • 3 biji kentang - direbus dan dihiris - tak ltk
  • 5 helai daun salad
  • 1 biji bawang besar - hiris jgn nipis sangat
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • secubit garam (optional)
  • 5 sudu besar mayonis/secukupnya
  • Yellow mustard sauce - untuk drizzle - xde ganti cilisos

Cara Menyediakan

  1. Satukan semua bahan kecuali daun salad dan telor dalam mangkuk besar.
  2. Masukkan udang, kentang dan bawang besar, gaul rata-rata.
  3. Susunkan daun dalam pinggan atau bekas sesuai dan letak bahan gaul tadi dan telor rebus di dalamnya..Susun ikut suka mata yea..hehe
  4. Drizzle dengan mayonis lg dan juga yellow mustard.
  5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidangkan..pergghhhh!!!

Monday, March 29, 2010

Egg Benedict with Tomato Salsa

jom brekpes dengan menu yg mudah dan sedap! mmula kuor resepi nih dulu, nak dkatakan ari2 juga melantak roti ngan telur! tp skrg nih dah jarang2 la sbb nak jimat telur! hihihi... yerlah! klu dah sekeping roti sebijik telur! sendrik mau hingat la kan.. hehe... resepi egg benedict nih dari zurin my.resipi dan idea buh tomato salsa juga dr zurin.. aku cukup suker! thanx zurin...

RESEPI EGG BENEDICT
Bahan-bahan
  • 2 biji telur
  • 2 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam
Cara-cara
  • Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.
  • Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  • Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam & garam. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  • Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit. (hana bakar gune toaster jer)
utk kanak2 ribena, hanya tuangkan sedikit kicap.

RESEPI TOMATO SALSA
Bahan-bahan
  • 3 biji tomato - potong dadu
  • 1/2 biji timun - potong dadu
  • 1/2 biji bawang besar - potong dadu
  • chili pepper jalapenno@serrano - potong dadu - hana tk ltk
  • Daun ketumbar - cincang - hana gune daun sup je
  • Jus lemon
  • Garam
  • Black pepper
  • Oregano - optional
  • Minyak zaitun - yg nih hana tambah
Cara-cara
  • Campurkan semua bahan. Hidangkan bersama roti, taco, steak atau sebagainya.

Saturday, January 2, 2010

Omurice - Resepi II

Omurice (omellete rice) aka nasik pataya jepong! nih jerk yg sempat dihidangkan utk arini.. masih lagik ngan bahang cuti2 taun baru... nak sambung dalan-dalan lagik!... kikiki.... resepi bleh lihat dr dapur k.jun yg asalnya dari sini. tima kasih byk k.jun dan tuan empunyer nyer! resepi omurice 1 bleh lihat di sini yer. sebelum nih dh penah wat...cume bab membungkus yg nih ikut resepi sebelum nih..

Ingredients

  • 1/2 (50 g) carrot
  • 1/2 (80 g) onion
  • 1/3 (40 g) red capsicum
  • 80 g smoked ham - hana guna ayam
  • 100 g crab stick
  • 3 tbsp tomato sauce
  • 1 tbsp worcestershire sauce
  • 4 eggs - hana gune sebijik jerk utk 1 pinggan! jimatt! hehe
  • A pinch of salt
  • 2 cups steamed rice
  • Some rice bran oil
  • Some tomato sauce

Method

-Stir frying rice (You will need a wok)

  1. Dice carrot, onion, red capsicums, ham and crab stick.
  2. Mix the tomato sauce (3 tbsp) and worcestershire sauce in a bowl.
  3. Pre heat the wok on high heat for 10 seconds and add some oil.
  4. Add all diced ingredients and saute for 1 minute.
  5. Reduce the heat to half.
  6. Add the steamed rice and the mixed sauce. Mix them well for 30 seconds.
  7. Stop the heat.

-Omellete

  1. Beat two eggs in a bowl and add a pinch of salt.
  2. Heat a frying pan and add some oil. Pour the egg in the frying pan.
  3. Quickly spread the egg and make a thin, large, and round omelet.
  4. Repeat step 1 to 4 for the rest of the eggs.

-Shaping (You will need two deep bowls and two plates)

  1. When the omelets are made, place them in deep bowls.
  2. Put the stir fried rice on top of each omelet.
  3. Put the plate on top of the bowls. Turn them up side down and remove the bowl.

Thursday, December 24, 2009

Crab Stick Omellete

salam pagi khamis yg sejuk gegegege di kanazawa... arini menu nasik lemak jerk! tp wat telur pesen rajen sket! selalu tuh wat dadar bodo2 jerk.... nih nk mengabihkan crabstick bentou danish! sok dh jumaat dan dh nk stat cuti skola... plan tak tau lg nk g mana cuti nnti... rasanya cam duk umah jerk kot! hentah lerr.. tunggu dan lihat apa kata boss! hehehe.... resepi lain sket bleh korang lihat kat dapur kak.ayu dan juga k.ummi..

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 6-8btg crabstick - potong
  • 1/2 biji bwg besar - cincang
  • 1 tangkai lada besar merah - hiris
  • daun bawang@daun sup - hiris
  • lada sulah
  • garam
Cara-cara
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan bahan2 lain. Kacau sebati.
  • Panaskan minyak. Goreng telur dengan api kecil. Biarkan sehingga setengah masak baru balikkan.
  • Angkat dan hidangkan.

Monday, November 30, 2009

Telur Ikan Goreng Kunyit

salam isnin utk semua... raya dh abes! tp kompom daging lembu,kamben,kerbau,unta n ntah apa2 korang lom abes! mesti korang sumbat lam peti beku korang ngan daging sampai sendat2! meh bak ler campak kat aku sket! kesian aku, cume ade telur ikan jerk! hihihi.... tp telur ikan pong sodapp!! kan kan kan! hehehe.... meh ler jemput makan sape berkonan! tk berkonan pong aku suh korang jamah secubit jerk! sedap per! hehe...resepi kanda Nor dr ganu! maceh er kak! tk payah lauk lain pon xpe! tp sbb en.asben tk mkn telur ikan la! kene gak masak lauk lain! huhu

Bahan-bahan
  • 300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • 1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
  • 2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
  • 2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
  • 2 tangkai daun kari
  • tomato/tomato cherry
Cara-cara
  • Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.
  • Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing.
  • Masukkan kesemua bahan2 lain dan goreng sekejap.
  • Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

Sunday, June 7, 2009

Sandwich Scramble Egg

menu brekpes.... konon2 nk campur ngan tuna, tgk stok xde la pulak! nak rebus telur amik masa la pulak! cincang ateh kuali, buh ateh roti! siap! kenyang perut makan roti berkhasiat tmbh plak ngan sayur2an segar! jemput makannn! jom layan resepi! eh rajen pulak aku nk taip resepi! padahal kacang jerk! muahahaha

Bahan-bahan
  • Roti Keping
  • Telur
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Butter
  • Bhn sampingan:
  • Mayonis
  • Sos Cili/Tomato
  • Butter - utk sapu
  • Daun salad
  • Tomato - hiris
  • Timun - hiris

Cara-cara
  • Pukul telur, garam dan juga serbuk lada sulah dalam mangkuk. (Guna garfu jer!)
  • Panaskan butter, masukkan telur. kacau menggunakan chopstick@apa2 la! hingga berketul2. Matikan api.
  • Sapu roti dengan butter. Susun ulam2an. letakkan telur scramble td. buh sos dan juga mayonis. tutup dengan kepingan roti yg lain yg dsapu butter juga. *Kalau nak buh tuna, kacau skali ngan telur n mayonis sblm buh atas roti.
  • Dah siap! bleh la d ngap!

Thursday, May 7, 2009

Telur Ikan Goreng

nih menu dah basi! tak tau la bila punyer! tgk2 lam folder menu nih lom kuar.. sori la yerk! tak yah mintak! dah abih pong! hahahahahaaa... resepi nih aku kombain resepi kak.hanieliza ngan lelayong! mekasih banyak2! cedap cedappp!! suka sukaaaa.... heeeee... nk tengok resepi g sini or sini k!

Tuesday, May 5, 2009

Telur Goreng Mata Kerbau Berkicap

ngeh ngeh ngeh! telur goreng pon nak tayang! kakakakakaka... sebenonyer aku malas beno nk masak! klu time malas2 mmg gini ler lauk aku! jgn tanya nape mata kerbau! tak mata lembu! tak mata kucing or singa or apa2 la! hahahahaa.. klu ade sesapa tau kasi ler tau kat kitaorg yg tak tau nih! hehehehe.. hb suh kitaorg lunch dulu sblm nk gerak sambung jenjalan lagik! tuh namanya dier kedekut nak singgah restoran! huh! hampeh! hehehehe.. ampunnn yang! kihkihkih.... k la resepi sempoi jerk nih! tapi nak jugak kopipes d my.resipi.. sbb lebih kurang jerk ngan stail aku.. cume aku tmbh ikan bilis goreng. *kes maleh nk naip la nih! nk copattt! heeee.. k la.. layan la yerk! nk cauuu!! tata titi tutuuuuuuuuuu...

Bahan-bahan
  • 2 biji telur ayam
  • 1/2 biji cili merah- tmbh skit cili padi hiris
  • 1 biji bawang merah- hana guna bwg besar
  • kicap. tak kisah ape² brand pun- hana suka kicap jalen manis
Cara-cara
  1. hiris bawang merah dan cili merah dan ketepikan
  2. goreng telur dan ketepikan
  3. tumis cili merah dan bawang merah menggunakan lebihan minyak menggoreng telur tadi sehingga layu.
  4. angkat bawang merah dan cili merah yang telah layu dan letakkan di atas telur goreng tadi..
  5. percikkan kicap diatas telur goreng tadik... sedia untuk di hadap... ehehehe... *hana masuk jerk kicap tuh dlm kuali tadik.. kasi myk2 skit br sedap!

Sunday, April 26, 2009

Gulai Telur Ikan

ishhh! pelik btol menu arini! sbbnyer aku tk penah masak telur ikan... tapi ntah kenapa tekak aku nih terasa nk makan telur ikan! tadi g supa nmpk telur ikan segar... terus ambik bayo! hahahahahaa... lam otak, pikir nk masak apa yer??! jumpa resepi kene goreng.. tapi cam tk besh la pulak! sbb arini menu xde yg berkuah! so pk punya pk last2 jd la gulai telur ikan aku nih! tuh pon aku pelik... setau aku telur ikan klu dmasak lelama jd kuning2 gtu kan! tp dh dekat berpuluh minit jugak awat telur aku nih tak kuning2! nih masak ke tak nih??? (ke aku yg tk pndai msk telur ikan??! kuang kuang kuang ) bila teghase dh lama sgt, aku pon matikan la api! kering kang santan aku tuh! pastu aku terus rasa.. eh masak dh nih! cume kaler jek tk berubah kot! hmmmm... lantak la makyung! janji leh telan! hahahahahahaaa... laki aku mmg tk sentuh langsung! sbb bukan taste dia! tp kuah dier amik!!! hmmmmmm.... karepmu la yang! hahahaa... nak resepi ker?? ishh tak yah la... masak gulai biasa jerk! tp klu nk (kot la ada yg ngidam jugak! kihkihkih) nnti aku taipkan k! peaceeee!!

Saturday, February 7, 2009

Sambal Telur Goreng

menu bekpes aka lunch skali la nih nmpk gaya! biasanya cenggitu la klu masak nasik lemak. nih tgk k.zana wat nasik lemak la nih! heeeee....sebenarnya stok ikan bilis dah abih! nk wat sambal ikan bilis tak leh la.... ade gak bli kat pasor aritu, alamak tak sedap ghupernyer bila dgoreng! haii tahan la tekak nih dulu... yg ade cume kuib pati ikan bilis... boleh la wat rasa2...... jemput makan!

Bahan-bahan
4 biji telur - di goreng dulu sebiji-sebiji
*segenggam cili kering - rebus/rendam ngan air panas
*1/2 biji bawang besar @ 4 biji bawang merah
*2 ulas bawang putih
1 kuib pati ikan bilis
1/2 biji hirisan bawang besar
garam
gula melaka
air asam jawa

Cara-cara
> blend/giling bahan yg bertanda *.
> panaskan minyak. tumis hingga hilang payau lada.
> masukkan kuib pati ikan bilis,air asam jawa,garam,gula melaka dan juga hirisan bawang besar. kacau.
> akhir skali masukkan telur. kacau rata.

Wednesday, November 5, 2008

Frittata

nmpk cam piza erk? tapi sebenonyer telur tau! heeeee.... mekacih kat kak min LG yg ajor bende alah nih...hihihi...sajer nk layan tekak omputih la plak! tekak global la katakan! hahahaha... (tiru ayat k.min LG :P) sebenonyer nih my bf n en.hb..kelam kabut plak arinih nk wat bento lagik.. so tk sempat nk msk nasik...sory my dear... :D mkn ngan chikuwa cheese,salad,sauted shemiji(tul ke spell nih :D) n apa2 jerk la tuh...hehehe nak tengok resepi n cara2 nih g blog k.min LG yer... :)

Monday, October 20, 2008

Tofu Omelette

klu dh M besooo tuh, masak pon simple2 jerk la... nih jerk yg sempat dsediakan utk rakyat d ghumah nih..sedap juga la kan! asik telur dadar biasa jerk..sesekali luar biasa mmg best n selera! nih al kisah penyakit berjangkit dr k.jun ..pastuh tgk plak kat tuan empunyer yg sebelum k.jun, retno.. pergh! semuanyer menggoda jiwa dan raga! ahaks! jom layannn...

ingredients:
1 tofu (100 g), mashed
2 clove garlics, crushed
2 eggs, beaten
1 spring onion, finely chopped

salt and pepper
4 tablespoons cooking oil


directions
:
mash tofu, then mix in garlics, spring onion, the beaten egg and salt and pepper to taste. Heat the oil in a frying pan about 20 cm in diameter. Fry tofu mixture on each side until golden brown.

Friday, September 19, 2008

Sambal Telur


wat tuk mkn ngan lontong....sbb malas nk wat sambal tumis ikan bilis or sambal kacang. camnih lawan ngan lodeh pon sedappppp!!

Bahan- bahan

*lada kering
*bwg merah
*bwg putih
*ikan bilis
air asam jawa
gula - nk sedap gune gula melaka/nisan
garam
telur rebus
minyak utk menumis

Cara-cara

> blend bahan yg bertanda *. panaskan minyak n tumis sehingga lada benar2 masak.
> masukkan air asam jawa.
> perasakan ngan garam n gula.
> masukkan telur rebus...setengah org telur nih depa goreng dulu...tp hana tk suka...:)
> ok dh siap!