Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Wednesday, December 19, 2012

Kari Berkerisik Jantung Pisang


Salam ceria di pagi rabu....... arini menu ala kampung la pula...... hubby cukup gemor betul ngan jantung pisang. skali dier borong aritu 3 bijik... mak oii macam nak buat kenduri padahal yg makannya berdua ajer. kalau jantung pisang nih menu yg selalu menjadi pilihan adalah masak lemak putih atau cili padi, ataupon kerabu, ataupon goreng pedas cili padi, dan jadikan ulam cicah sambal belacan kelantan. kali nih sajer try test resepi lain sket iaitu masak kari tambah plak kerisik. klu buat pekat lg jd la pajeri..... sedap gak tp hubby lebih prefer masak lemak cili padi yg selalu buat tu. jantung pisang yg sedap adalah jantung pisang nipah. kalau celur pon putih ajer... syaratnyer rebus terendam sebijik takpayah belah. dah celur sejukkan baru belah dua ataupon hiris. getahnya dah 'mati' so xde la nampak pucat atau hitam . petua dr org dulu2.. hehe... yg nih jantung pisang xde jenama.. hahahaha... k resepinya di bawah, resepi main campak2 ajer...


RESEPI KARI BERKERISIK JANTUNG PISANG

Bahan-bahan
  • 1 biji jantung pisang - celur dan hiris
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 biji cili merah
  • *3-4 biji cili padi - tumbuk atau hiris
  • *1 sudu besar ikan bilis @ udang kering
  • 1 biji bawang besar - mayang
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 btg serai - ketuk
  • 1 biji kelapa - ambil santannya
  •  daun kari
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Kisar atau tumbuk bahan-bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukkan sekali daun kari dan serai, tumis sehingga naik bau.
  • Bancuh serbuk kari dgn sedikit air dan masukkan. Tumis lagi hingga terbit minyak.
  • Masukkan santan. Masukkan jantung pisang dan bawang besar serta kerisik.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Gaul mesra.
  • Didihkan dan matikan api.

Friday, November 16, 2012

Rendang Pucuk Ubi

Salam maal hijrah buat semua pengunjung... arini nak kongsikan satu resepi yg sangat2 sedap! teruja sgt dgn mamat sedenak tuh dok tayang pucuk ubi sokmo.. maka nyer smlm g redah pasor mlm ler juga nk carik pucuk ubi wpon hasilnyer byk yg tua kerepot banding yg muda belia... kat blkg umah nih ada la ciput tp sbb br petik aritu, maka xde lah jua pucuknyer... berbaloi menggodeh atas koli hampir dua jam... dan hasilnyer wallaaaaaaa..... tk penah mkn maka jakun la sket! kalau bg org nogori mungkin dah sinonim dengannya. alhamdulillah hubby pon suker! tima kasih kak.anim kerna memperkenalkan masakan nih... sape yg belum mencuba, sgt2 dialu2kan utk mencubanya... boleh simpan dalam bekas dan tahan lama. yg penting goreng garing yer.. nih pon sebenonyer nak buat bekalan sepanjang cuti-cuti malaysia dlm beberapa hari ni... selamat bercuti buat semua dan tak lupa salam maal hijrah lagi sekali..

RESEPI RENDANG PUCUK UBI
resepi asal : kak.anymz
sumber rujukan : matgebu, izahdaut, kakyani

Bahan-bahan
  • 1 1/2 cekak pucuk ubi
  • 1 liter santan pekat*
  • 5 biji bawang merah, hiris*
  • 2 batang serai, dititik*
  • 1 genggam penuh ikan bilis, rendam sekejap dan toskan*
  • 1 senduk cili padi yang telah dikisar (mat guna 40 gram cili padi kampung)
  • sekeping asam jawa *
  • Garam dan gula secukup rasa
 Cara-cara
  1. Pucuk ubi diasingkan dari tangkainya, cuci, tos dan kerat kasar. Ketepikan. Dalam kuali, satukan semua bahan2 bertanda (*), kacau rata dan masak dengan api kecil hingga terbit minyak. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata.
  2. Tambah pucuk ubi, kacau dan masak hingga kering dan pucuk ubi garing. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan....sedapppp!!

Tuesday, May 10, 2011

Pucuk Ubi Goreng Pedas

Dah lama tak cter masak2....... kdg tuh bukan tak masak, tp malas nak tonggang tonggek amik gamba... lebih2 lg cuaca panas..berpoluh ketiok mokcik dbuatnyer! eishhh tak sanggup la.. nih pong menu yg suda sudaa... sebenonyer ader kesinambungan cter pucuk ubi nih.. tp lenkali la sambung yer.. hihi...nih menu peberet kuarga dari arwah atuk selain masak lomak dan celur pedas sardin.. just nak kongsi kat sini. lg pun mudah ajer nak mmbuatnyer... jom tengok resepi... klu suka belacan boleh tambah, dan jika kurang suka kering boleh tambah sedikit air.. asalkan jgn banjir... ^_^ ... aku buat kering basah yg menjadi kegemaran en.somi...

RESEPI PUCUK UBI GORENG PEDAS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Seikat pucuk ubi
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • sejemput ikan bilis kopek - cuci
  • 10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 1 tangkai lada merah
  • minyak utk menumis secukupnya
  • garam dan perisa jika suka
Cara-cara
  • Celur pucuk ubi sehingga lembut. Toskan, basuh dan perah. Kemudian cerai2kan. Ketepikan.
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis, cili padi dan juga lada merah.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau dan naik minyak.
  • Perasakan dengan garam dan perisa secukup rasa.
  • Masukkan pucuk ubi yg telah dicelur tadi. Gaul mesra. Biarkan sebentar. Matikan api dan siap dihidang dengan nasi putih hangat.

Thursday, April 21, 2011

Masak Lemak Jantung Pisang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua.... nih juga merupakan menu mengidam 3 taun... hihi.... nikmatnyer dapat makan.. alhamdulillah... wpon duk kat taman, tp tiap2 minggu ader pasar tani dan juga pasar malam yg jual sayur2 kampung... cumanyer tgh usha nak carik kencur@cekur tapi tak jumpa2 pulak kat kuantan nih... kene amik benih la kat kampong then tanam kat pasu cam dolu2..hihi.... masak lemak jantung nih boleh juga klu nk campurkan cekur.. lagi enak dan harum baunyer... bg sape yg suka la... sbb citarasa lain2 kan..... yang nih versi biasa masak lemak cili padi cikgu jawa.. haha

RESEPI MASAK LEMAK JANTUNG PISANG
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1 biji jantung pisang
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *sejemput ikan bilis kopek
  • *10-15 biji cili padi - bergantung kepedasan masing2
  • 1 kotak santan KARA
  • 2 kotak air biasa (guna kotak santan )
  • garam dan perisa@gula secukup rasa
Cara-cara
  • Rebus jantung pisang dengan sedikit garam hingga lembut. (Cucuk dengan garfu utk pastikan jantung pisang sudah lembut ). Toskan dan perah kemudian hiris-hiris. Ketepikan.
  • Tumbuk bahan *. Satukan ke dalam periuk bahan tumbuk, santan dan juga air.Kacau supaya santan tidak pecah.
  • Masukkan jantung pisang, garam dan perisa@gula secukup rasa.
  • Didihkan. Hidangkan dengan nasi putih hangat dan lauk sampingan.

Thursday, October 28, 2010

Gulai Nangka & Ayam


wahhhh syoknyer arini aku menggulai nangka......dah lama ngidam.. bli pulak cuma setin.. ishh
apa punyer bengang la kan..dah lama carik blinyer kok cume setin! jadi ler wat lepas ngidam.. hahaha... lawan ngan my sambal belacan. waduhhhh.. enak bangett..... akceli skrg nih klu msk bersantan or berminyak kejap beno membekunya.... lepas masak kene cepat2 makan.. klu tak, dah tak syok! uishh paham2 ajer skrg nih tetiba cuaca dah sejuk gegegege... hentah sempat ke tidak nih nak layan daun kuning2 dan oren2..

Bahan-bahan
  • 1 tin nangka muda dalam tin - toskan airnya kemudian basuh
  • Ayam - potong kecil @ kepak ayam @ kaki ayam
  • Santan Pekat
  • Air
  • *1 batang cili merah+cili padi @ 1 sudu besar cili kisar
  • *1/2 biji bawang besar @ 3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidop
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1/2 kiub ayam
  • 1 keping asam keping
  • 1 batang serai - ketuk
  • daun kari
  • garam dan gula
Cara-cara
  • Tumbuk bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak. tumis hingga naik bau. Masukkan skali daun kari dan serai. Bancuh serbuk kari dengan sedikit air dan masukkan.
  • Masukkan pula ayam dan gaul rata. Masukkan kiub ayam dan sedikit air. Biarkan sehingga ayam setengah masak.
  • Masukkan pula nangka, asam keping, santan dan juga sedikit air.
  • Perasakan dengan garam dan gula. Didihkan hingga terbit minyak.
  • Angkat dan hidangkan.

Tuesday, October 26, 2010

Brokoli Goreng Bawang Putih

dah siap masak blommmm?? hihihi... akceli rutin aku skrg nih, sebelom kol doblas mmg kene siap2 dah masak. kadang hubby balik lunch time nih.. tapi klu aku dah masak pepagi, xde la dier balik. pagi tadi kan makan roti ajer..jadiknya mmg kene masak before jam doblas.. skrg nih pong zuhur masuk awal lam kol 11 lebih... pas nih leh lepak2 layan danial wat homework.. darwish memanjang tdo sejuk2 nih.. haha.. resepi nih skodeng dari dapur kak.rusnah FP. macam2 resepi ada.. berbakul2 masuk list! buatnya hentah bila.. hihi...tima kasih kak.rus.. aku ngan en.asben suker sangat ngan brokoli.. masak apa ajer semua suker.. resepi asal dari dapur kak.raidah. thanx kak..

Bahan-bahan
  • 200g brokoli
  • 5 ulas bawang putih ~ potong dadu
  • 1 sudubesar pes bawang(resepi sila lihat dibawah)-hana tk buat.cincang bwg besar&putih je
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam - hana tak buh sbb sos tiram dah masin
  • Air sedikit
  • 1 sudu besar minyak.
Cara-cara
  • Potong brokoli dan bersihkan.
  • Panaskan air didalam periuk, bila air mendidih masukkan brokoli dan rebus selama 1 minit. Toskan airnya.
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih dan goreng sehingga garing dan diangkat.
  • Dengan menggunakan minyak tadi, masukkan pes bawang, sos tiram dan sedikit air. Kacau rata(kuah bergantung kpd citarasa).
  • Masukkan brokoli dan perasakan dgn garam secukup rasa. Angkat, letakkan didalam mangkuk/piring dan taburkan bawang putih yg telah digoreng garing tadi.
RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

PELAKON2 TAMBAHAN LUNCH arini..
4 ketui Ayam Goreng Herba utk kanak2 riang.. baki seketui utk korang! hahaha... resepi dari dapur kak.suzi. tima kasih kak.. akan dbuat n3 kemudian.
Kari Kepala Ikan my peberettt.... tang pipi dier yang manis tuh walahhhhh.. resepi leh tengok SINI . alamak lupa nak tumbuk sambal belacan. kompom lagik ngam!
brokoli nih sangat sedappp! bila geget2 sama si bawang putih tuh mmg syokk sangat! akceli aku suker bawang putih goreng.. hehe

Thursday, October 14, 2010

Bendi Celur dengan Daging Cincang

masak simple lagik.... janji konyangg... arini cuaca mendung jerk... nak ujan lg la tuh gamaknya.. lately nih sejuk memanjang.... yang tak tahan tuh perotnyer memanjang lapo.. malas2 pong kene jadi rajen sbb nak makan.. kan makan untuk idop! kang nanti mati kebulur.. tak gtu? wakakakakaa... sajer jerk la tuh kan..alasan org kuat makan! kikiki.... Jom tengok resepi.....

Bahan-bahan
  • 10 biji bendi - celur
  • 150g daging cincang
  • 1/4 biji bawang besar - cincang
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1/2 inci halia - parut
  • 1 biji cili merah - cincang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1sk kicap cair
  • sedikit blackpepper dan gula(jika suka)
  • sedikit minyak
  • garam - jika perlu
Cara-cara
  • Tumis bawang besar dan juga bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan daging dan juga halia. Masak hingga bertukar warna.
  • Masukkan sos tiram, kicap cair, dan cili merah. Kacau sebati.
  • Akhir skali masukkan blackpepper, sedikit gula jika suka dan garam jika perlu. Masak hingga air daging agak kering.
  • Curahkan ke atas bendi yang telah dicelur tadi. Taburkan dengan bawang putih goreng. Siap dihidang dengan nasi hangat.

Wednesday, August 25, 2010

Dalca Kacang Kuda

sebenonyer kan..aku tak brape gemor ngan dalca. tp entah kenapa arini aku nak gak buat utk digandingkan ngan si pulan bin si pulan. sedap jugak sebenanya dalca nih kan! pestaim nih buat ngan kacang kuda. wahhhh berlari laju aku lepas nih.. kahkahkahkah.... resepi dari jejaka idaman. sapo laie klu bukan matgebu! maceh mat..... klu nak versi kacang dal tgk sini yer.

Bahan-bahan
  • 500 g daging (nak sedap pilih yg ada "tetel")
  • 200 ml pati santan
  • 1 liter santan cair
  • 1 biji terung, didadu besar2
  • 2 biji kentang, didadu
  • 1 batang lobak merah, dipotong berbaji
  • 10 tangaki kacang panjang, kerat2 - xde
  • 2 cawan kacang kuda yang telah siap direbus
  • 1/4 bahagian bunga kobis, potong sekuntum2 - xde
  • 2 biji tomato, belah 2 setiap biji
  • 1/2 inci lengkuas, diketuk
  • 2 biji cili merah, belah 2 setiap biji
  • 2 1/2 camca besar penuh rempah kari daging
  • 1 keping asam gelugor
  • 1 camca besar kerisik
  • 1 camca besar gula melaka
  • Garam secukup rasa
Bahan Kisar Halus;
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3/4 inci kunyit hidup
  • 3 biji cili merah
Bahan Tumis;
  • 4 biji bawang merah, hiris
  • 2 ulas bawang putih, hiris
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaha - aku tak tau nih buah apa. buah apa nih mat?? *update: lerrrrr pelaga mat yer! muahahahaha..k.ummiii..tgk mat niH!! wakakakaa

Cara-cara
  1. Daging disiang, cuci bersih, toskan. Kemudian rebus hingga empuk, asingkan daging dan stoknya untuk kegunaan kemudian. Rempah kari daging tadi dibancuh dengan 1/3 cawan air, kacau rata dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan2 tumis hingga harum dan bawang kepeerangan. Masukkan lengkuas danbahan2 kisar halus, tumis hingga pecah minyak, tuang bancuhan rempah kari, kacau dan tumis hingga garing.
  3. Masukkan kentang, lobak merah dan daging tadi, kacau rata dan tuang stok daging dan santan cair, kacau dan biar mendidih hingga kentang empuk. Tambah asam gelugor, bunga kobis, kacang panjang, kacang kuda dan terung. Biar mendidih perlahan.
  4. Tuang pati santan dan masukkan kerisik, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau sekali sekala, biar mendidih pada api sederhana. Akhir sekali masukkan tomato dan lada belah, masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama makanan kegemaran anda..Sedap juga dimakan bersama nasi putih..

Sunday, August 22, 2010

Kerabu Peria

peria lagi... hehehehe... nih last kopek la nih baki yg aritu. kunun2 nk wat gulai ngan udang. tp tak jadiklah! sbb dah masak kari kepala ikan. sedap btol ko! tak rasa pahitnyer pong biler dbuat kerabu. lagi satu berkhasiat gtu! kan kan kan... resepi skodeng dari dapur kak.anymz. tima kasih kak.. lap uuu.. hihihi.. kak, kiter edit sket er cara2nya.. mintak ampon sket! heee... slamat berbuka semua.......

Bahan-bahan
  • 3 biji peria- dihiris nipis
  • 1 biji tomato- buang empulur dan dihiris nipis
  • 1 labu bwg besar- dihiris halus
  • 1 sudu besar kerisik
  • 1 sudu besar udang kering- ditumbuk
  • daun ketumbar-dihiris halus
  • 1 batang serai- dihiris halus
  • cili api -ikut suka nak pedas buh le bebanyak-dihiris halus jugak
  • sedikit gula dan garam
  • air perahan limau nipis
Cara-cara
  • Rendam peria dengan 1 sudu kecil garam. Kemudian perah buang air garam.
  • Masukkan mangkuk dan satukan dengan bahan2 lain.
  • Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Hidangkan.

Sunday, August 15, 2010

Peria Goreng Telur

arini kan kiter wat lauk bodo2 jerk! virus M melampau banget thooo.... tak kesah la kan! janji perot konyang! nih pestaim aku try peria jepong! cam peria katak ghuper dier.. owang jepong kdg wat jeruk! sedap gak taw! cume perlu hiris nipis2 n rendam ngan air garam... xde la pahit mana pong! ala pahit2 pong leh jadi obatt.. kan kan... haaaaa meh ler makan peria..

Bahan-bahan
  • 1 biji peria sederhana - buang biji dan hiris nipis
  • *5-8bj cili padi campur 1btg cili merah @ leh gune cili kisar 2 sm
  • *sesudu makan ikan bilis - cuci dan toskan
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur L
Cara-cara
  • Rendam peria dengan 1 sudu kecil garam lebih kurang 20min. Toskan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan peria dan goreng hingga masak. Perasakan dengan garam dan perisa.
  • Kecilkan api. Pecahkan telur dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.
yang nih sebagai pelakon tambahan. source kak.Nannie. tima kasih kak.

RESEPI IKAN BAKAR DAN SAMBAL KICAP
Bahan-bahan
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih- dititik bagi hancur
  • 8-10 biji cili api-dititik bagi hancur
  • Sedikit belacan yang dibakar
  • Kicap manis secukupnya
  • Sedikit jus limau nipis-secukup rasa
  • Ikan bakar
Cara-cara
  • Kupas semua bawang merah dan dimayang nipis-nipis . Titikkan semua bawang putih dan cili api . Masukkan semua bahan-bahan ini dalam mangkuk dan satukan bahan-bahan lain macam belacan serta kicap akhir sekali masukkan jus limau nipis secukup rasa . Gaul dan kacau semua bahan-bahan sehingga cukup mesra.
  • Hidangkan dengan ikan bakar.

Friday, July 30, 2010

Maitake Mushroom n DIET!!

Percaya atau tidak, makan cendawan leh kuruskan badan??! semua jenis cendawan taw! dan salah satunyer yg mujarab adalah cendawan maitake. Ni kes tengok rancangan tv la nih aku nak kongsikan cter ngan korang. Diorg wat kajian dan eksperimen lam masa sebulan makan cendawan nih (HARI2 yer!) boleh kurangkan berat badan dalam 10kg!!! huh! sape tak nak! lebey2 lg aku yang tembun nih! wakakakakaka... tapi sebenonyer aku wat bodo jerk tgk rancangan tuh... kunun2 mls nk amik tindakan. lagipon aku tak brape minat ngan cendawan! tapi kene pakse plak ngan sultan hamzah! adehhhh... ai tk cukup kurus ker bang??! wakakakakakaka.. (pssstt sebenonyer hangat2 t**k kerbau jerk! kahkahkahkah)

Kata-kata yang dipetik dari sini... `selain kesemua kebaikan yang disebutkan, mushrooms juga mampu untuk …. jeng jeng jeng …. mengurangkan berat badan !!! Ianya mempunyai kandungan sodium dan lemak yang sangat kurang, iaitu kira-kira 13kcal/kj per 100g, serta dengan kandungan protein, fiber, iron, zinc, minerals dan vitamins, ianya boleh mengantikan semangkuk nasi….! Lepas nih makan mushroom jer la, jimat beras…`.. tapi mmg betul lah! sbb jepong dah buat kajian.. hahaaa
Sebenarnya tak sempat nak menggoogle lagik. kang sape2 ade info bergune meh kongsikan bersama. nak lebih mujarab, cendawan nih hanya perlu di bakar jer! bungkus ngan aluminium foil. klu ader kuah2 tuh, haaaa yg tuh kene makan! pati cendawan tuh! begitulah kata2 beliau.. hehehe...

Cendawan maitake boleh melawan penyakit:
  • Cancer
  • Darah tinggi
  • Diabetes
  • Tumors
  • Chronic fatigue syndrome
  • Obesity
  • AIDS

Monday, July 26, 2010

Pecal Jawa

Salam kembali di hari Isnin.... arini hubby sorang jerk pose.. jadiknyer aku wat lauk nih utk aku ratah sorang2 jerk lah! hubby mmg tak berapa gemor mende2 gini... hmmm lugi lugi... hahaa... arap2 esok aku leh pose nisfu syaaban insyaAllah.. kali nih len sket dari resepi yang biasa aku buat. klu sblm2 nih gune cili padi jerk. arini gune cili kering lak. biji cekur@kencur mmg wajib lah. klu bleh buh banyak2 lagik best! klu buh sket, mbokde aku cakap `ora kesono!`! meh jemput makan.. sape pose tuh, amik la atas meja tuh, aku dah bungkuskan lam daun pisang kecut! hahahaa... sudu dan garfu hanya nk tumpang glemer semata2. nak sedap gaul dan makan gune tangan yer! ala pijo manje jer.. hahaa.. wallahhhh....

Bahan-bahan
Untuk Sambal Pecal@Pecel
  • 1 cawan kacang tanah goreng@panggang - tumbuk
  • 5 tangkai cili kering atau lebih - hana campur cili padi sket
  • 4 biji bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 4-6 biji cekur (size kecil)
  • 1 inci belacan
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 3-4 sudu makan gula merah dan gula putih
  • Garam
  • Daun limau purut - hiris utk tambahkan aroma
  • Air panas secukupnya
Ulam2an@Sayur2an
  • Kangkung @ pucuk ubi - celur
  • Kacang panjang - potong dan celur - xde
  • Sengkuang - potong - xde
  • Tauhu goreng - hiris nipis
  • Taugeh @ taugeh pokok - celur sekejap
  • Timun - hiris2


disebabkan ramai yang bertanya rupe cekur@kencur nih la dier.. gambar sumber dari delicious food in malaysia

Cara-cara

  • Panaskan minyak. Goreng lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan. Angkat dan toskan. Kemudian tumbuk. Campurkan skali biji cekur@kencur.
  • Bila hampir lumat masukkan gula dan juga garam. Tumbuk lagi. Masukkan air asam jawa. Kacau. Kemudian masukkan kacang tanah tumbuk dan air panas secukupnya. Seimbangkan rasa pedas, masin, lemak2 kacang dan manis sket.
  • Untuk tambahkan aroma kuah pecal nih, leh buh hirisan daun limau purut. Jika suka campurkan skali hirisan daun cekur@kencur pong sedap!
  • Curahkan sambal pecal ke atas sayur2an tadi.

Saturday, July 24, 2010

Cheddar Broccoli Salad

arini masak sempoi jer... jadilah kan... asal kenyang... alhamdulillahh.. sedap salad nih! cume utk sukatan tuh aku main agak2 jer sbb wat sket.... tima kasih wat k.jun JC atas resepinyer. cnp yer kak! macehhh....

Bahan-bahan

  • 6 cawan broccoli florets
  • carrot - potong kecil - yg nih rasanya k.jun luper taip
  • 1-1/2 cawan parutan keju cheddar
  • 1/3 cawan bawang merah cincang - hana gune bwg besar
  • 1-1/2 cawan mayonaise
  • 3/4 cawan gula
  • 3 sudu besar cider vinegar atau apple vinegar atau regular vinegar atau lime/lemon juice
Cara-cara
  • Kukus separuh masak broccoli kemudian ketepikan/sejukkan (kalu suka mentah tk yah kukus le ia) - hana rebus jer skali ngan carrot
  • Kemudian masukkan brokoli, carrot, bawang cincang dan 1 cawan keju cheddar dlm mangkuk besar gaul rata.
  • Dlm mangkuk asing campurkan mayonis, gula dan cuka. kacau rata & smoooth. Curahkan sos ke atas broccoli gaul rata dan taburkan lebihan keju cheddar diatasnya rata2.
  • Bole terus di mkn atau simpan dlm fridge & keluarkan bila dah sedia utk dihidang.Enjoy.

Thursday, July 1, 2010

Bendi Celur dan Sambal Belacan

masak sempoi jerk! dah lama tak `membelacan` kat lesung batu cam kekok plak! hahaaa... nih sambal belacan yang biasa aku buat ikut style my MIL. sedap woooo... n3 sebelum nih ada cter pasal sejarah sambal belacan aku! tgk sini. dont laugh laugh ar! senyum kamben sudah! wakakakaka... penah postkan di my.resipi dan alhamdulillah ramai yang telah mencube. oklah! jom tengok resepi... nasik putih hangat masing2 sedia sendrik yer! hihi...

Bahan-bahan
  • Bendi - celur
  • Sambal belacan:
  • *¼-½ cawan cili padi- bergantung kepedasan masing2
  • *1 batang cili merah - hiris
  • *2 biji bawang merah kecil - hiris
  • *1 ulas bawang putih - hiris
  • *1 inci belacan
  • *sejemput ikan bilis kopek
  • limau kasturi
  • secubit garam
  • secubit perasa@gula
  • sedikit minyak
Cara-cara
  • Panaskan sedikit minyak dlm dua sudu besar. Cili padi belah dua supaya tak meletup ketika digoreng.
  • Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam minyak panas dan tutup! Kecilkan api. Biarkan seketika. Kemudian angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam lesung batu. Tambah garam dan perisa@gula. Tumbuk. Perahkan limau kasturi. Jika suka tumbukkan skali dengan kulit limau.
  • Siap dihidang dengan bendi celur dan ulam2an lain.

Monday, June 14, 2010

Horenso No Ohitashi


Salam semua.. bertemu kembali di pagi Isnin minggu yang baru... arini wat menu peberet en.asben! sebenanya klu masak sayur nih ari2 pong dier tak kesah! tp aku yg kesah! sbb aku tk mo cam popeye! awww tk rela! muahahahaha... Resepi simple dan sodap dari buku masakan Jepun. Boleh buh bijan jika suker, jadi la Spinach Gomaae. :)

ini rupe horenso bagi yg belum mengenalinya
Bahan-bahan
  • 400g horenso@spinach
  • 4 sudu stok dashi
  • 1 sudu syouyu
  • secubit gula
  • Katsuobushi @ dried boneto flakes
  • air secukupnyer utk merebus
Cara-cara
  • Basuh bersih horenso. Didihkan air. Rebus horenso skali ngan pokok. Rebus tak perlu lama lam satu minit shj. Kemudian angkat dan masukkan ke dalam air sejuk (buh air batu seketul dua). Perah kemudian potong dalam 4cm. Letak dalam pinggan.
  • Satukan stok dashi, syouyu dan juga secubit gula.
  • Tuang ke atas horenso. Dan taburkan katsuobushi. Siap dihidang.

Wednesday, May 26, 2010

Yum Makeua Yao

sawadikapppp! kap kap kung kapp! *ijah kata kene sebut sopan2.. sawadhikaaaaaa.. kalau ka sajer utk pompuan.kap lelaki. paham yer murid2! kekekee.... kalau lam bahsa omputihnyer bunyinya begini Grill Eggplant Salad! bahsa melayunya ya ditengok kamus sendiri! hahahaha... wat antu2 terung, tak rugi mencube resepi nih! mmg besttt!! resepi skodeng dari dapur tummy. banyak resepi thai dan juga bukan thai yg best2 kat sana.. cara2nya pong mudah2 belaka.. thanx tummy. leh tgk gak kat dapur k.nor..

Bahan-bahan
  • 5 biji terung Asian - grill atau panggang
  • 3 biji bawang besar - hiris
  • 2 btg daun bawang - cincang
  • 1/2 cawan daun pudina
  • 1/2 cawan daun ketumbar
  • 1 biji cili merah - cincang
  • 3 tbs udang kering - tumbuk
  • 3 tbs stok ikan
  • 3 tbs jus lemon
  • 2 tbs roasted chili flakes - xde
  • 3 biji telur rebus
  • * If you are able to get the light green Thai eggplants, better still.
Cara-cara
  • Potong atau belah dua terung. Grill atas grill pan@frying pan hingga masak.
  • Keluarkan isi terung dari kulit dan cincang kasar. (hana skali harung jerk kulit)
  • Dalam mangkuk, campurkan semua bahan dan gaul sebati. Jika suka leh tambahkan gula sedikit.
  • Hidangkan dengan telur rebus dan taburkan baki sedikit udang kering tumbuk tadi.

Wednesday, April 28, 2010

Spinach au Gratin


horenso@spinach aka bayam kat umah nih mmg peberet hubby n aku! konon nak kuat cam popeye la gtu kan! kuor muscle gendut gendut gtu! hahahahaa.. tak rela ahhh! what ever spinach byk khasiatnyer.. slalu gak msk horenso nih. kadang rebus gtu gaul2 ngan butter pong sodap! Jom tengok resepi..

Bahan-bahan
  • Sepeket spinach@horenso
  • 2 sm bawang besar cincang
  • 2 sm butter
  • 2 sm tepung gandum
  • 2 sm parmesan cheese - atau apa sahaja cheese (leh add)
  • 11/2 cawan susu segar - jika ingin lebih creamy gunakan atau campurkan dengan whipping cream@ heavy cream
  • blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Didihkan air. Rebus sebentar horenso@spinach. Angkat, basuh dengan air sejuk dan perah. Kemudian potong dalam 5cm. Ketepikan.
  • Utk membuat sos putih - Panaskan butter. Masukkan bawang. Goreng hingga bawang agak layu. Masukkan tepung gandum. Kecilkan api yer agar tepung tidak hangit. Masukkan pula susu segar, garam dan blackpepper. Masak hingga pekat.
  • Sediakan bekas tahan panas. Sapukan butter. Susun spinach yang telah dipotong tadi. Curahkan sos putih. Taburkan cheese lagi jika suka. Kemudian bakar suhu 180 hingga bahagian atas keperangan. (hana bakar gune toaster jer )
  • Siap dihidang, Enak makan panas2.

Saturday, April 17, 2010

Sup Tomato

dinner kitaorg malam tadi.... cam diet jerk bunyiknyer kan! hihihi...... makan ngan roti bawah sinunn.. tp cam kurang sesuwai sbb roti tuh manis2 buah. better gune roti perancis or garlic butter. kompom berbantal2 roti leh abis! tak pong rebuskan macaroni or pasta@spagetthi... hmmmm nyum nyumm mmg layannn.. Jom semak resepi.. bleh tambah hirisan ayam@daging cincang jika suka. Dan jika inginkan lebih creamy, tambahkan fresh cream@heavy cream.

Bahan-bahan
  • 1 cawan tomato puree
  • *3 biji tomato
  • *1 biji kentang
  • *1/4 dr sebiji kubis medium
  • *1/2 biji carrot
  • *1/2 batang saderi
  • *1/2 biji bawang besar kuning@bwg holland
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 sk mix italian herbs (oregano,basil,tyhme,parsley..)
  • 1 helai daun salam (bay leaf)
  • 1/2 sk blackpepper
  • minyak zaitun
  • air secukupnyer
  • garam dan gula secukup rasa
  • Parmesan cheese - optional
Cara-cara
  • Potong dadu bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan tomato dadu.. tumis hingga agak2 hancur. Masukkan tomato puri dan mix italian herbs.. Biarkan mendidih.
  • Masukkan pula kentang, carrot, btg saderi, daun salam dan juga sedikit air. Masak hingga kentang dan carrot separa empuk.
  • Tuang baki air dan masukkan semua bahan2 lain blackpepper, garam, gula dan kubis. Didihkan dan matikan api.
  • Sesuai dihidang dengan roti, kuah sup utk macaroni@pasta dan juga spaghetti. Taburkan parmesan cheese jika suka.

Saturday, April 3, 2010

Acar Mentah

wat acar nih makan ngan nasik dagang tuh... selalu gak wat gini, cume tadak letak kubis... resepi dr dapur mat jugak! tenkiu mat...

Bahan-bahan
  • 1 biji timun, disagat
  • 1/2 biji lobak merah, kupas dan sagat
  • 1/4 bhgn kobis sederhana besar, hiris halus - leh ganti nenas
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 biji cili merah, hiris halus
  • 1/4 cawan cuka makan
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara
  • Satukan semua bahan2 acar, perasa kan dengan garam dan gula secukup rasa (mesti ada rasa manis, masam dan sedikit masin). Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 30 minit. Hidangkan bersama nasi dagang atau nasi lain pilihan masing2.