Showing posts with label potato. Show all posts
Showing posts with label potato. Show all posts

Tuesday, December 21, 2010

Bebola Kentang Ketam

salam semua.... arini ada kije sket jadi tak sempat nak masuk n3 cepat... nak blogwalking pong ikut dan jerk mana yg sempat... wat kan nih utk anak2 pas semalam nengok ummiaqil wat kroket kentang untuk anak2nya. tp kali nih aku buh isi ketam.. lagik sedap! kalau nak lebih creamy bleh tambah susu segar/cream. k da da... maap takleh nak celoteh lama....

wat versi kroket juga untuk frozen.. bila2 leh terus goreng.. yg nih blom salut breadcrumbs

RESEPI BEBOLA KENTANG KETAM
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 80-100g isi ketam @ crab stick
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1sk gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch

Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, garam dan gula. Gaul.Masukkan pula isi ketam yg dipotong/racik. Gaul sebati.
  • Ambil sedikit dan bulat2kan kecil.
  • Untuk saduran - Bedak2kan bebola ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Wednesday, December 8, 2010

Spiral Potato



salam semua... akceli nak try buat Hasselback Potatoes, tp kentangnya kecik2 lak... jumpa resepi kat SINI terus buat yang nih... klu dpt kentang yang lagik kecik comel2 tentu lg cung! meh la try.. mudah jerk... bila dgoreng cenggini crispy gtu! cume perlu lidi sate, kemudian cucuk di tengah2 kentang, kemudian gunakan pisau potong hingga ke batang lidi dari bawah naik ke atas, potong memusing tanpa putus hingga habih... pehtu tarik dan renggang2kan... pehtu goreng! senang kan? utk lebih paham korang tgk jerk la video nih! kompom leh paham punyer.. hihi .. klik VIDEO You Tube

Saturday, November 6, 2010

Mini Korokke

sajer wat kecik2 senang nak ngap! wat stok frozen skali utk bentou Danish. buh mayonis dan sedikit gula supaya ada rasa lemak2 n manis sedikit dr biasa. anak2 mmg suker! mak pong suker.. hihihi.. resepi masih dari koleksi sebelum nih.. jemput tengok2 pehtu wat sendrik yer! hihihi..

hepi weken buat semua... dapur tutup sampai besok or lusa! ade urusan dot dot dot lagik.. hehe.. kitaorang akan gerak jap lagi merentasi Gifu, Nagoya dan Mie... tataaa..

Bahan-bahan
  • 4-5 biji kentang medium
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan carrot - cincang halus (optional) - x letak
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg jagung - hana gune tpg katakuriko@potato starch
Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng. Seeloknya lepas rebus toskan utk buang air berlebihan yang membuatkan kentang lembik.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, carrot (jika suka). Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Bentukkan oval dan leperkan sedikit.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Wednesday, September 29, 2010

Kentang Putar

alhamdulillah dah ari rabu... arini laling balik.. wahh sronok haku! hahahaha... xde idea nak n3 apa arini. layan jerk la menu kanak2 riang lagik... jgn mare.. nnti lekas tue.. haha...

RESEPI KENTANG PUTAR
Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar susu segar
  • sedikit blackpepper
  • garam
Cara-cara
  • Kupas kulit kentang. Potong 4 atau 6. Rebus sehingga empuk. Toskan. Satukan semua bahan dan lenyek hingga lembut dan gebu. Ketepikan.
RESEPI GRAVY@SOS KENTANG PUTAR
Source : daunpandan@myresipi.com

Bahan-bahan
  • 650 ml air
  • 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
  • 1 biji bawang besar - cincang
  • 1 batang saderi - cincang
  • 40 gm mentega
  • 20 gm tepung gandum- bancuh dgn sedikit air
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • sedikit serbuk lada hitam
  • kicap pekat
  • garam- hana tak letak sbb dah masin
Cara-cara
  1. Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan semula air rebusan ke dalam periuk. Masukkan butter, sos tomato, kicap (bergantung kehitaman yang dikendaki) dan sos tiram. Kacau sebati.Kemudian masukkan blackpepper.
  3. Masukkan garam jika perlu.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
  4. Kecilkan api, bancuh tepung dengan sedikit air, kemudian tapis utk mengelakkan berketul2. Masukkan ke dalam periuk sos tadi dan kacau perlahan. Masaklah ikut pekat mana yg disukai.
  5. Curahkan ke atas kentang putar.

Monday, September 27, 2010

Cheesy Hash Brown

jelin2 kat counter hits tadi...tengok2 jumlah pengunjung kat blog hanamemories dah mencecah sejuta lebih! alhamdulillahh... sungguh memberangsangkan! igtkan nak wat lucky draw.. dah terlepas la pulak angka sejuta tuh. tunggu la kot yg ke dua juta plak.. hihihi... jom layan menu kanak2 riang nih.. resepi di olah sedikit dari sini. sangat sedap! budak2 nih mmg suka kalau bab2 kentang.. klu tak nak cheesy, leh omitkan cheese tuh yer...

Bahan-bahan
  • 3 biji kentang size besar
  • 2 sudu makan parutan keju cheddar - hana gune parmesan
  • 1/2 biji bawang holland - potong dadu
  • 2 sudu besar butter
  • blackpepper - optional
  • garam secukup rasa
Cara-cara
  • Kupas kentang. Kemudian sagat dan cincang sedikit. akan kelihatan keluar kanji (air), jangan dbuang. sbb kanji tersebut akan membuatkan kentang melekat antara satu sama lain.
  • Panaskan butter. Tumis bawang besar tadi hingga layu. Masukkan ke dalam mangkuk kentang, skali ngan butter wat goreng tadi. Gaul.
  • Masukkan keju, blackpepper dan garam secukup rasa. Ambil sedikit dan perah sedikit sahaja air kanji yang berlebihan, kemudian kepal2kan dan leperkan seperti bentuk hash brown.
  • Panaskan sedikit minyak dalam kuali. (Minyak paras 1/4 kentang).Terus goreng hingga keperangan. Jangan balikkan selagi bahagian bawah belum keperangan utk mengelakkan potato terburai dan pecah.
  • Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos pilihan.

Friday, September 17, 2010

Ducheese Potatoes

watkan semalam utk kudapan anak2... tapi anak2 prefer yang blom bakar.. bila dah bakar ia agak kering. sedap juga.. hubby tanya letak cheese ker? padahal xde pong letak.. lemak2 gtu! last2 anak2 mintak watkan sos lada hitam@gravy.. pulak daaaa...... resepi asal dari sini. yang lam ramekin nih kes dah malas...

Bahan-bahan
  • 750g kentang - kupas kulit dan potong 4
  • 2-3 sudu butter
  • 3-4 sudu susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • serbuk buah pala - x ltk
  • blackpepper
  • garam
Untuk sapuan
  • 1 biji kuning telur
  • 1-2 sudu susu segar
Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Toskan. Lenyek menggunakan masher potato.
  • Masukkan garam, butter, susu segar, kuning telur, serbuk buah pala dan juga black pepper. Lenyek hingga halus.
  • Panaskan oven suhu 200. Alaskan loyang dengan baking sheet. Masukkan kentang ke dalam piping bag menggunakan nozzle tertentu dan picitkan ke atas loyang.
  • Sapukan dengan campuran kuning telur dan susu. Bakar sehingga keperangan lebih kurang 30-40min.

Sunday, August 22, 2010

Kroket Kentang Mayonis

request en.hubby semalam nak makan kroket.. selalu tuh ader jerk kat freezer wat stok! nih sbb dah abes la nih kene wat lagik... kali nih buh mayonis! sedap sangatt! rasa lemak2 berkrim gtu... budak2 mesti suker!

Bahan-bahan
  • 5 biji kentang medium
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan carrot - cincang (optional)
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 sudu makan gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch
Cara-cara
  • Rebus kentang hingga empuk. Jangan terlalu empuk sbb akan mengakibatkan kroket lembik dan pecah semasa digoreng.
  • Kupas kulit dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter dan mayonis. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer..Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, carrot (jika suka). Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Bentukkan oval dan leperkan sedikit.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan.
  • Boleh juga di frozenkan sebelom digoreng. Susun tidak berlapis dalam plastik ziplock. Kemudian simpan dalam freezer.
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Saturday, June 26, 2010

Poteto Sarada

Salam dipagi sabtu buat semua... arini kitaorg layan menu ala2 western n jepun! wat ayam panggang ngan salad kentang. sempoi jerk sbb nak cepat utk hidangan hubby yg ade perlawanan bola arini. kul 5pagi dah tung tang masak sbb hubby bertolak kul 6. ayam panggang tuh dah siap2kan rempah mlm td. wat sos lada hitam skali. potato salad nih sangat popular di mana2 restoran Jepun kat sini. resepi amik dari dapur ros jintanmanis yg saat ini sedang berjuang di ICU kerana pendarahan. mari kita sama2 doakan ros dan juga babynyer selamat. ros akan ditahan di icu selama 2 minggu utk pemantauan doktor. Aku dapat rasa camne ros rasa masa aku tumpah darah aritu... huhuhuuu... cuma bezanya aku dah selamat bersalin, ros plak blom tiba waktu utk due datenya bulan lapan nanti. moga ros diberi kekuatan, tenang dan sabar dengan dugaan nih. ros kim salam dan ucapkan timakasih pada yang mendoakan. hanya doa kengkawan yang dpt menguatkan semangatnya. k lah! meh tengok resepi.

Bahan-bahan

  • 3 biji kentang ( direbus dan dilecek)
  • 1/3 batang carrot
  • 1/2 batang timun
  • 1/4 biji bawang besar
  • 3 sudu besar mayonis
  • sedikit garam
  • 1 batang sosej ayam ( direbus dan dihiris halus)

Cara-cara

  • Hiris nipis timun, carrot dan bawang besar, ( ros guna slicer) kemudian gaul sebati dengan 1 sudu kecil garam dan curahkan 1 cawan air, wrap kemas dan ketepikan. Biarkan selama lebih kurang 10 minit.
  • Setelah 10 minit, tapis sayur tadi bagi keluarkan air, tekan sedikit untuk mengeluarkan air yang berlebihan, di dalam bekas, masukkan kentang yang telah dilecek bersama mayonis, timun, lobak merah dan bawang besar serta sosej, gaul sebati.
  • Sedia untuk dihidangkan, tak perlu masuk garam atau gula, sesuai dijadikan menu bentou atau di makan begitu sahaja.Jika mahu letakkan satu biji telur rebus yang telah dilenyek pun boleh, lagi creamy rasa potato salad ni nanti. Selamat Mencuba.

Wednesday, June 9, 2010

Kroket Kentang

sebenanya dah lama nak buat kroket yang nih... berbeza sedikit dr croquette yang biasa aku buat sebelum2 nih.... yang nih agak manis dan lemak sedikit. kentang pula digoreng bukan direbus atau dikukus. rasanya sungguh sedap! resepi nih aku perolehi dr teman aku dr seberang Indonesia yang namanya Romantik. aritu masa ade jamuan Kanazawa Muslims dier bwk kroket nih lah! ngan tak malunyer aku tanya resepi dan tapau dua bekas bwk balik! kahkahkahkah... kan yu kan kan! kekeke... k lah.. wat ayu nun di jaist tuh, nih resepinyer! g cepat bli kentang! hihihi....

Bahan-bahan
  • 5 biji kentang besar
  • 1/4 biji bawang bombay @ bwg kuning besar - cincang
  • 1 sudu makan wortel @ mix vege - celur dan cincang
  • 1/2 sk merica @ serbuk lada putih
  • 1 sudu makan butter
  • 1 sudu makan susu tepung@ susu segar - optional
  • gula
  • garam
Untuk Saduran
  • Telur
  • Breadcrumbs
  • Tepung gandum@tpg maizena - hana gune tpg katakuriko@potato starch
Cara-cara
  • Kupas kentang dan potong kecil. Goreng hingga keemasan dan empuk. Angkat dan toskan.
  • Masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan butter. Lenyek kentang sehingga halus. Jangan kasar2 yer! nanti akan pecah biler digoreng. Dan jangan tunggu sejuk! susah pula nak melenyek halus.
  • Masukkan serbuk lada putih, bawang, mix vege. Gaul sebati kemudian perasakan ngan garam dan gula. Jika suka, boleh masukkan daging cincang dan daun sup/bwg skali.
  • Ambil sedikit dan kepal2kan. Terpulang citarasa samada nak buat leper seperti gamba di atas atau bulat2.
  • Untuk saduran - Bedak2kan kentang ke dalam tepung. Masukkan pula ke dalam telur yang telah dkocok. Kemudian ke dalam breadcrumbs. Utk saduran yang agak tebal, ulangi proses tadi.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga keemasan. (hana buh minyak paras setengah kroket shj)
  • Hidangkan dengan sos cili, mayonis, atau mustad. Enak juga dimakan begitu sahaja.

Wednesday, May 19, 2010

Roasted Potato

wat tambah aksesori ngan roasted chicken kat bawah sinun di samping brokoli rebus! bleh tengok gak kat dapur k.hazila. cuma k.hazila versi microvawe. aku versi bakar oven. thanx kak..

Bahan-bahan
  • 6 biji kentang - basuh dan belah 2@4 - kulit tak perlu buang
  • 1 sk dried english herbs - hana gune italian mix herbs
  • 1/2 sk blackpepper
  • Minyak zaitun
  • Garam
Cara-cara
  • Cucuk2kan kentang menggunakan garfu agar cepat masak.
  • Satukan ke dalam mangkuk semua bahan dan gaul rata bersama kentang.
  • Letak di dlm loyang@mangkuk tahan panas yg di alas dgn aluminium foil.
  • Bakar suhu 190-250darjah celsius selama 1jam (bergantung size kentang) atau hingga masak.

Thursday, April 1, 2010

Korokke (Meat Croquette)

lebih kurang dengan pesen2 yg ada sblm nih... cume sajer nk pelbagaikan resepi. menu pemes kat jepon neh.. skodeng dari dapur mamafami. yang asalnyer dari sini. budak2 cuti skola nih, fenin jugak nk bg makan apa kat diorg... wpon dah mkn nasik, time ptg2 tuh lapo la juga... jom tengok resepi. cnp dr blog mama. tenkiu ma... cume aku tk ltk mushroom.

Ingredients
  • 500g potatoes ~ peeled,boiled and mashed
  • 1/2 large onion ~ peeled and diced
  • 1 stalk spring onion ~ washed and cut small
  • salt to taste
  • ground white pepper to taste
  • 200g minced meat
  • 5 pieces canned button mushroom ~ diced small
  • 1 cup panko(Japanese bread crumb)
  • 1 egg ~ lightly beaten
  • 1/2 cup rice flour -hana gune tpg katakuriko
  • enough oil for frying
Method
  • Saute minced meat and onion in skillet for 5 minutes.
  • Place mashed potatoes in a large bowl.Combine salt, ground pepper,cooked minced meat, diced button mushrooms and spring onions together, mix well.
  • Shape potatoes mixture into small balls, slightly press the potatoe balls into a cylinder or disk shape. If the potatoes are too soft, place the shaped potatoes into fridge for 30 minutes or longer.
  • Roll shaped potato balls onto rice flour, then dip into egg mixture before coating with breadcrumbs.
  • Prepare fryer or deep skillet at medium heat with oil. Place the coated croquettes into the hot oil. Fry croquette both side until golden brown.
  • Remove the fried croquettes from fryer and place on kitchen towel to drain off the excess oil.
  • Serve warm as snack or with meal.

Monday, February 15, 2010

Meat Patties

sebenonyer arini masih tak sihat lagik.. igtkan smlm dh ok.. tup tup lepas magrib smlm, suhu badan naik balik plak.. huhuhu... byk dosa gaknyer, sbb tuh Allah bg ujian.. tkpolah.. redha ajer... org lain sibok bercuti, kiter ttp melayan dapur jugak! opss sebenonyer arini laling aku yg msk.. tadak spesel pong wpon arini sebenonyer ari spesel! huhuhu.. len taun lah! xpe kan yang kan! hihihi... nih menu dah lepas2.. sajer godek2 folder kasi kuor la utk n3 arini.. asyik nyorok2 jerk.. hehe... resepi asal dr sini.. kerap buat jenis ala2 nugget gini utk frozenkan wat bentou danish.

Ingredients

  • 500g crab meat (you can use fish or cuttlefish paste or a mix of each of them) - hana gune daging cincang
  • 2 medium potatoes, steam and mashed
  • 1 egg, lightly beaten - hana buh setengah biji jer
  • 1-2T corn flour or AP flour
  • salt & pepper to taste
  • enough oil for frying

(Coating)

  • enough breadcrumbs
  • egg, lightly beaten
  • flour

Method
  • Mix meat and mashed potatoes throughly
  • Season with salt & pepper to taste
  • Add egg and flour and mix till well blended
  • Shape into lemon size balls and flatten it to patties
  • Chill patties in the refrigerator for about 2hrs
  • Place breadcrumbs, egg and flour each into 3 individual plates
  • Heat up oil in the pan - hana goreng myk separuh patty
  • Coat patty with flour, followed by dipping into the lightly beaten egg
  • Coat with breadcrumbs, dip into egg again and coat with breadcrumbs a second time
  • Fry patty till golden brown
  • Serve hot with lemon wedges

Monday, January 18, 2010

Potato Salad

peberet en.hubby ngan anak2 neh! klu wat sekilo kentang pong takpe.. insyaAllah takkan membazir! kuat btol mkn! hahahahaaa.... kitaorg tk suker buh mayonis banyak sgt. kdg tk buh mayonis langsung pong! just butter n garam jerk! nak bako leceh la plak amik masa lama.. klu rebus kejap jerk dh empuk! mkn panas2 mmg sodappp!

Bahan-bahan
  • 5-6 biji kentang - nk cpt msk belah dua or empat
  • 2 sudu besar butter
  • 1/2 sudu kecil blackpepper
  • Mayonis - hana buh skit jer
  • Garam
  • Dry parsley - optional
Cara-cara
  • Rebus kentang sehingga empuk. Toskan airnya.. Biarkan kentang dlm periuk.
  • Masukkan butter, garam, blackpepper dan juga mayonis. Tutup periuk dan goncang2kan agar bhn2 tadi sebati.
  • Letak di atas pinggan dan taburkan dry parsley.
  • Enak dimakan panas2.
  • Jika inginkan cheese, lenyek kentang separa mashed, masukkan ke dalam bekas dan buh cheese dan bakar. - hana bakar gune microvawe jerk!
yg nih pilihan anakanda.

Friday, December 25, 2009

Garlic Mashed Potato

mashed potato nih ganding ngan ayam panggang pakcik kenny tuh! perghhh! sedap glos mashed potato nih! makan kentangnyer sajer pong enak! aper lagik bila tuang ngan gravy! nak tau ghase, sendrik buat la yerk! sblm nih jiya, k.yani, k.hazila pong dh try.... resepi dr my.resipi. tima kasih yer yg empunyer resepi nih! nnti leh wat lagik!

Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream - hana ltk sket jerk
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih- hana gune butter
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk.Tabur sedikit garam.Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

Monday, August 17, 2009

Potato Croquette

wat bekpes anak2... sedapp depa kata! cam nugget kentang gtu! tp extra daging! mmg la budak2 suka... nih kes nengok rancangan mkn2 kat tv mlm td la nih! tgk cara dier buat! kat sini pemes gak mknn nih! carik2 kat my.resipi sib baik ader resepi k.yani! wat banyak simpan kat freezer...sok lusa tulat leh goreng lagik! sonang kije aku! jom la layan snack budak2 nih! mak bapak budak pong leh suka gak! hakhakhak... thnx k.yani!

Bahan-bahan
  • 4-5 biji ubi kentang
  • 1 sudu mentega
  • 1/2 biji bawang besar
  • 150g daging cincang
  • sedikit garam dan serbuk lada sulah
  • 2 biji telur dipukul
  • bread crumbs secukupnya
  • sedikit tepung
  • minyak untuk mengoreng
Cara-cara
  1. Rebus ubi kentang sehingga masak
  2. Kemudian kupas kulit kentang dan lenyek dengan garfu
  3. Potong dadu bawang besar.
  4. Panaskan mentega. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
  5. Masukkan daging. Kacau supaya tidak berketul. Bila dah masak tambahkan garam dan serbuk lada sulah.
  6. Kemudian masukkan daging ke dalam ubi kentang tadi. Gaul sehingga sebati
  7. Bahagikan kepada 8 bahagian. Ambik satu bahagian dan buat bentuk bulat atau ikut kesukaan anda. Ulang sampai habis.
  8. Salutkan setiap bahagian tadi dengan tepung, kemudian dengan telur yang telah dipukul dan diikuti dengan bread crumbs
  9. Goreng dalam minyak penuh.

Friday, July 24, 2009

Potato Wedges

watkan utk anakanda yg kelaparan balik tuisyen! pelawa nasik dier tk mo! haaa makan la wedges nih! sonang cter! nih pong idea dr umah ros smlm! kebetulan ader dua bijik kentang beso tuh aku abihkan jerk la! jom ar jemput makan skali! nk wat cheese cam kepci tk cukup bhn! bleh tgk kat blog zaliana yer! resepi wedges nih dr noorsha! mekacih noorsha! tp akak edit skit ikut sukati! ngeeeee...

Bahan-bahan
  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO
  • 1 sudu teh serbuk cili- hana gune serbuk paprika
  • 1 biji putih telur - dikocok- hana belasah campur kuning! ngeee
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut- hana campur ngan tpg goreng ayam adabi!
  • Garam
Cara-cara
  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.
Sos Keju Mustard - dr dapur zaliana
sumber dr chef.zailina nordin

Bahan-bahan
2 camb mentega
2 camb tepung gandum
¼ camt garam
Sedikit serbuk lada sulah
1 cawan susu segar
1/3 cawan keju Cheddar, diparut -letak cheesedale + mozarella
½ camt mustard (jenis kering, dlm tin) ~ mustard powder -letak sos mustard
Sedikit serbuk bawang putih - tak ada ni

Cara-cara
1. Cairkan mentega atas api sederhana perlahan.
2. Masukkan tepung, kacau 1 minit.
3. Bubuh garam dan serbuk lada sulah.
4. Perlahan-lahan tuangkan susu.
5. Kacau atas api perlahan hingga sos pekat.
6. Masukkan keju, mustard dan serbuk bawang putih.
7. Kacau selalu hingga keju cair. Jangan sampai mendidih. Angkat.

Hidangkan sos bersama kentang dan mayonis.

Friday, August 22, 2008

Homemade Nugget n Potato Wedges

brekpes anak2 arinih......1st time wat nih! anak2 bgn tdo ngan mamai2 nmpk nugget trus cakap 'mama! woww nugget ker??' dia tk caya...maklum ler sejak mai nihon nih tk penah mkn nugget...klu kat mesia nih ler menu wajib anak2...kesian anak2ku yg rindukan nugget ayam! hahahaha.....potato wedges nih plak resepi puan tulip myr! tQ tulip yerr....tp sukati den jek lotak thyme herbs...hahaha.. sedap la! pas nih leh wat lagik!

potato wedges

Bahan-bahan ( 2 biji )

  • 2 biji kentang - saiz besar
  • 5 sb tepung gandum
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada hitam
  • sedikit serbuk lada putih
  • sedikit gula
  • sedikit serbuk kunyit

Cara-cara

  1. Kupas kentang potong bentuk belahan epal rebus 10minit atau hingga separuh masak. Dah siap toskan.
  2. Campurkan bhn2 lain & campur air sedikit mcm nak buat bancuhan goreng pisang. Salutkan kentang tadi dalam tepung.
  3. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan. Sedap makan dgn mayonis/sos cili.


nugget ayam

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 200gm minced meat (ayam)
  • 1/2 sdb tepung gandum
  • 1/2 sdk garam
  • Untuk salutan luar nugget:
  • 2 biji telur ayam
  • Secubit oregano & secubit garam
  • Breadcrumbs (orange colour)
  • Minyak secukupnye untuk menggoreng (sebaiknya guna non-stick fry pan)

Cara-cara

  1. Gaul rata semua daging, tepung & garam. Kemudian, dgn tangan beralaskan sedikit tepung, bentukkan nugget seketul demi seketul (better jgn terlalu tebal, lihat gambar)...letak atas bekas yg ditaburkan sdikit tepung gak.
  2. Utk salutan luar: kacau telur bersama oregano & garam. Then letak breadcrumbs atas pinggan leper. Dlm pada itu panaskn kuali dgn api sederhana.
  3. Bila minyak dah panas, kecikkan api. Pastu celupkn nugget dlm telur kemudian salut dgn breadcrumbs, kemudian goreng nugget (masak dgn api kecil sbb kalau tak, bhg dalam kurang masak).