Showing posts with label ikan. Show all posts
Showing posts with label ikan. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

Salmon Grill

 

godek2 folder jumpa menu salmon yang ntah jaman biler punyer... rasanya ada la dua bulan lepas kot.. hahaha.... masa tuh tengah 'ngidam' nak makan salmon, sekali tu jumpa apalagik rembat tak hengat! rindu ngan nihon leh makan salmon fresh... kat sini apa yg ader jerk la drpd xde..... syukur alhamdulillah. setengah org tak suka sbb kehanyirannya tapi kalau pandai masak dan cuci insyaAllah xde masalah. yg penting menu nih kami anak beranak mmg suker! hehe.....

RESEPI SALMON GRILL
resepi : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 3 keping ikan salmon
  • 1 sudu besar butter
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • garam
  • lada hitam
Bahan-bahan untuk sos ( by lydia )
  • 2 sudu besar butter (guna bekas grill salmon td lg sedap!)
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herba lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Sedikit garam
  • Sedikit lada hitam
Cara-cara
  • Penyediaan sos putih: Panaskan butter dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang.
  • Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  • Lumur ikan dgn garam dan lada hitam. Panaskan butter dan minyak zaitun. (tujuan minyak zaitun adalah utk mengelakkan butter menjadi hangit apabila cair, jika tiada guna minyak biasa). Grill hingga ikan masak.
  • Hidangkan ikan dengan sos putih tadi dan juga sayur2an rebus/kukus spt brokoli, carrot dan asparagus dan juga hirisan lemon.

Tuesday, April 2, 2013

Ikan Siakap Rebus (ala Stim)


Salam sejahtera dan selamat malam... nih adalah menu dinner kami sebentar tadi... cara mudah siakap stim takyah nak susah2 keluarkan pengukus.. rebus ajer lam kuali dengan api kecil... yang paling best leh hirup kuah banyak2.... sedap masam2 manis ikan..... anak2 suka carrot so aku sengaja buh banyak sket.. mmg syok banget! lagi satu sgt berkhasiat gitu! jom terai....


Penyediaan secara bergambar.. maaf tak sempat nak snap step satu persatu..

 Masukkan je semua lam koli... biarkan mendidih sebentar
(ensem btol koli aku tu kan... hahaa)

pas mendidih masukkan ikan, tomato dan sedikit daun ketumbar (daun sup jerk..hikhik)

 pehtu tutup bior masak sekata.. api kecil ajer yer! sesekali buka jiruskan kuah ke atas ikan supaya masak bahagian atas..


RESEPI IKAN SIAKAP REBUS (ala STIM)

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana - cuci bersih
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 2-3 biji asam jeruk
  • 1 inci halia - hiris jejari
  • 2 batang serai - hiris serong
  • 1 ketul kiub ayam
  • 1/2 batang carrot - potong jejari
  • 1 tangkai lada merah - hiris serong (jika suka pedas letak cili)
  • 3 keping hirisan lemon
  • 1-2 sudu besar air asam jawa (bergantung masam masing2) - bancuh dgn sedikit air
  • Air secukupnya
  • Daun ketumbar
  • Tomato 
  • Garam@sos ikan dan sedikit gula

Cara-cara
  • Masukkan air ke dalam kuali bersama-sama bawang, halia, serai, lemon, cili, asam jeruk, air asam jawa, kiub pati ayam dan carrot. 
  • Masukkan pula garam@sos ikan dan juga sedikit gula. Jika ingin lebih masam, perahkan lemon. Biarkan mendidih sebentar kemudian kecilkan api - paling kecil yer.. (Api tak perlu kuat nanti isi ikan hancur)
  • Masukkan ikan, tomato dan daun ketumbar kemudian tutup kuali dan biarkan ikan masak lebih kurang 15min. Sesekali hendaklah dibuka dan jiruskan kuah ke atas ikan agar ikan masak sekata. Ikan tak perlu diterbalikkan. Siap untuk dihidang.


Monday, May 30, 2011

Ikan Pekasam Goreng

Pada minggu yang sudah, ros jintanmanis ada mencemar duli ke teratak amber di kuantan dengan pelbagai ole2 kampung... nih la antaranya ikan pekasam, daun selom, daun kesum, daun kunyit, kangkung.. aishhh macam2 ros bawa.... tima kasih ros atas pemberianmu itew.... akceli sejak duk kuantan nih la gheti makan ikan pekasam... cara masaknya rasanya sama ajer ngan org lain kot.... cuma goreng dengan cili, dan bawang sedikit.. jika suka boleh perahkan dengan limau kasturi... cuma aku tak pernah lagik wat ikan pekasam sendrik.... menurut ros, ikan pekasam nih dbuat oleh ayahandanya yang berketurunan banjar menggunakan beras goreng yg ditumbuk.. meh jemput makan tengahari! hihi....

buat kak.nor, tima kasih atas info dr majalah jelita sebentar tadi.. td masa tipon ader bau ikan pekasam tak?? hihihihi... alhamdulillah rezeki.. keluar lagi resepi2 hanamemories di majalah... blom sempat nak beli... insyaAllah nanti akan buat n3 mengenainya.... jom cepat2 dapatkan Jelita arini.... ^____^

ulam daun selom pemberian ros.. dah macam2 buat dgn ulam nih antaranya megi goreng daun selom, kerabu daun selom, telur dadar daun selom, tapi tak dan nak snap gamba... melantak jerk tau.. heeee....
RESEPI IKAN PEKASAM GORENG

Bahan-bahan
  • Ikan pekasam
  • Bawang merah - hiris
  • Cili padi secukupnyer - belah dua atau hiris
Cara-cara
  • Cuci bersih ikan pekasam. Rendam sebentar dalam air untuk mengurangkan sedikit kemasinan dan melembutkan sedikit kecut ikan tersebut.
  • Panaskan sedikit minyak. Goreng hingga masak/garing. Angkat. Guna minyak yang sama, goreng bawang dan juga cili. Angkat.
  • Hidangkan. Jika suka boleh perahkan limau kasturi.

Friday, March 18, 2011

Ikan Goreng Sos

Salam semua..... xde idea la nak masak apa arini... ade ikan sekoq nih goreng ajer la then curah sos jerk senang... budak2 pon boleh makan sbb tak pedas.... ok! selamat berhujung minggu buat semua..... nak bersihkan rumah pulak coz lepas nih ader org lain nak duduk.... pasal pindah2 nanti aku cter...lum sempat nak edit gamba...

RESEPI IKAN GORENG SOS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Ikan Goreng
  • Ikan - terpulang la ikan apa yg sesuwai dgoreng
  • *garam
  • *serbuk kunyit
  • *tepung jagung
Bahan Sos
  • 1 biji bawang besar - potong dadu
  • 2 ulas bawang putih - cincang
  • 1 inci halia - cincang
  • 2-3 sudu makan sos tomato
  • 2-3 sudu makan sos chili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • sedikit air
  • 1 keping nenas dalam tin - potong dadu
  • tomato atau timun - potong dadu
  • sedikit air nenas
  • lada benggala merah dan hijau - potong dadu
  • garam dan gula
  • daun ketumbar@daun sup - utk tabur
Cara-cara
  • Lumurkan ikan ngan bahan2 bertanda *. Goreng dengan minyak yg panas sehingga masak dan ketepikan.
  • Tumis bawang besar, bwg putih dan juga halia hingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, sos cili dan juga sos tiram. Kacau. Masukkan air dan juga air nenas sedikit.
  • Masukkan nenas, lada benggala hijau dan merah dan juga garam dan gula. ejas la yer sbb sos dah masin dan air nenas pong dh manis. didihkan hingga kuah agak pekat.
  • Tuangkan kuah@sos ke atas ikan tadi.
  • Taburkan daun ketumbar/daun sup dan hidangkan.

Sunday, March 6, 2011

Umai Ikan

Assalamualaikum semua..... ada berani ker nak makan umai nih? bagi org sarawak dah biasa la kan... bg orang jepun lagi terer la sbb makan mentah2 (sushi@shashimi).. tapi biler ikut cara org sarawak buat nih, ikannya dah dikira `masak` la kan dengan adanya air limau dan juga cuka... lg sedap bila dbuat macam ni..... tp org kata makan ikan mentah, c*cing berlegar2 dalam otak yer? uishh tidak dapat dpastikan sejauh mana kebenarannya itu... sbb kalau tgk org jepun, adakah disebabkan adanya c*cing2 tersebut jangka hayat mereka lebih lama hingga seratus tahun lebih berbanding kite org melayu... benarkah? wallahua`lam.... but honestly, aku suka umai! hihihihi..... resepi nih dari kak.dayangjack.. sblm nih dah penah try umai ikan tenggiri.. tapi utk kali nih aku gune ikan campur2 yang dbuat shashimi.... aduhhh sedap sungguh makan sorang2! hahahaha... resepinyer pula aku ikut resepi umai udang kak.dayang juga... tima kasih lg skali kak...

sape yang tak lalu makan umai, boleh la makan bunga nih.. bunga nih boleh makan taw wat ulam! hihihi

RESEPI UMAI IKAN
resepi asal : Umai Udang k.dayangjack
resepi II : Umai Ikan Merah

Bahan-bahan
  • 5 ekor udang sederhana (dibuang kulit, dicuci dan dipotong kecil2) @ ikan
  • 3 ulas bawang merah*- hana x letak
  • 2 ulas bawang putih*- hana x letak
  • 1 inci halia*- hana hiris alus halia muda
  • 1/2 inci belacan*- juga tak letak
  • 1 biji cili merah*- hiris alus
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 3 biji cili api (dihiris) - optional
  • 1 sudu mkn kacang tanah (yg tlh digoreng dan dikisar)
  • 1 sudu makan cuka
  • 5 biji limau kasturi (ambil jusnya) -hana gune jus lemon
  • sedikit garam dan gula
  • utk hiasan(jika suka) : daun kunyit, daun sup, daun ketumbar, hirisan serai.
  • hirisan tomato - hana tambah
Cara-cara
  1. Perapkan udang@ikan bersama perahan limau dan garam di dlm satu bekas/mangkuk dan biarkan seketika.
  2. Tumbuk bahan yg bertanda * hingga lumat. (cili merah boleh ditumbuk atau dihiris shj)
  3. Masukkan bahan * dan kesemua bahan yg selebihnya ke dlm bekas/mangkuk perapan udang@ikantd. Gaul sampai sebati.
  4. Perapkan di dlm peti sejuk sekurang2nya 1 jam ( udang@ikan tersebut akan masak sendiri setelah dicampurkan dgn bahan2 td).
  5. Hidangkan dgn nasi panas. Memang sedap.
  6. **ikan segar yg sgt sedap dibuat umai ialah ikan tenggiri (paling popular), terubuk, bawal dan ikan merah. Cara penyediaannya sama seperti di atas.

Friday, February 25, 2011

Kari Tulang Ikan

Assalamualaikum semua dan selamat pagi.... arini masuk n3 awal sket sbb nak kene g skola Danish. nih lauk semalam sambung arini la jugak sbb masak lebih leh dua ari makan.. hahaha..punyer la pemalas kalau laki xde nih.... tak kesah la janji konyang! kalau kat jepun nih, banyak jual tulang2 ikan... depa ambik hok isi jerk la utk buat sushi dan juga shashimi... dan tulang2 tuh biasanya dier jual asing.... ikan jepun byk yg sedap2... kalau masak cenggini syokkk sgt... biasa juga wat sup biasa or miso or asam pedas... xde la tulang semata, ada juga isi2 yg melekat kat tulang tuh.. campur kepala lagik! perghhhh best! sbb manis dan lemak isinya... jom tengok resepi...

RESEPI KARI TULANG IKAN
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 300g tulang ikan dan kepala ikan
  • 2 ulas bawang merah - tumbuk kemudian campurkan dgn kari jadikan pes
  • 1 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 sk halba campur (biji sawi, jintan putih/kasar,halba)
  • 1 inci halia - ketuk
  • 2 sudu makan kari ikan
  • 1 sudu makan atau lebih cili kisar - jika ingin lebih pedas - hana x ltk
  • Rempah tumis (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih)
  • Bendi@tomato - ikut suka
  • Santan pekat
  • Daun kari
  • Air asam jawa@asam keping
  • Garam, gula@perisa
  • Air
Cara-cara
  • Basuh tulang ikan dengan jus lemon+air. Cuci bersih dan ketepikan.
  • Panaskan minyak. Tumis halba campur, rempah tumis, hirisan bawang besar, putih, halia ketuk dan daun kari. Tumis hingga naik bau.
  • Kecilkan api. Masukkan pes kari yang telah dibancuh dengan sedikit air dan juga bawang merah tumbuk. Tumis sehingga pecah minyak.
  • Kemudian masukkan air, air asam jawa dan ikan. Masak hingga mendidih dengan api sederhana. Jika suka, masukkan sayur2an seperti bendi n etc.
  • Kecilkan api. Masukkan santan pekat dan garam dan gula secukup rasa. Biarkan masak mendidih.
  • Siap utk dihidang.

Thursday, January 27, 2011

Asam Pedas Nyonya

Assalamualaikum semua.... arini kita layan asam pedas masakan nyonya pulak yer... sesekali ubah selera mencuba resepi2 dari kawan2 alam maya kiter apa salahnya kan... baru meriah dunia blogging masak2... takde la terperuk dgn resepi sendrik.... kalau tengok masakan nyonya nih tak lari dari dua bahan utama belacan dan jugak buah keras..... ditambah lagi keharuman bunga kantan tuh yg syok...... kali nih aku guna ikan fukuragi... manis dan lembut isinya... tima kasih pak ucu mat kongsikan resepinya... tetiba aku rasa sedang berkebaya ala nyonya menghirup asam pedas... walahhhhhhhh....pingsan!

RESEPI ASAM PEDAS NYONYA
source: matgebu@dapurtanpasempadan

BAHAN-BAHAN
  • 4 keping daging ikan tenggiri, cuci bersih dan toskan
  • 2 kelopak sawi jeruk (optional)
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
  • 1 genggam daun kesom
  • 1/2 cawan jus asam jawa
  • 1/2 cawan cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnnya
BAHAN KISAR HALUS
  • 6 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji buah keras
  • 1/2 inci belacan
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 hirisan nipis lengkuas
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (optional)
CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Tambah sawi jeruk, bunga kantan dan daun kesom. Biar mendidih.
  2. Masukkan ikan dan jus asam jawa, kacau perlahan. Perasakan dengan garam dan secubit gula. Biar masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman...(sesiapa nak letak serbuk perasa pun boleh..)

Sunday, January 16, 2011

Beef & Maguro Steak

kak.ummi kata klu amik gambo cun cun, makanan jadi tak sedap! jadi elok la aku paparkan lagi gamba sempoi2 begini.. hahaha... daging tgh menghitamkan diri..

nih plak ikan maguro... ikan glemer kat jepong! cuma marinate dengan garam, blackpepper dan juga olive oil jaa...... tgh grill neh..blom masak! tunggu tungguu..

yeahhh already irengg..

resepi Beef Steak leh tengok SINI
peberet hubby and danish.. rasa ikan nih macam daging ayam.. sedapppp

Kentang putaqqq.. resepi leh tengok SINI or SINI
nih la dinner kami utk arini... persembahan tamatt...

Friday, January 14, 2011

Telur Masak Taucu

sesekali tayang lauk aku yg cenggini ader selera tak?? selalu siap posing maut bagai.. haha.... resepi dr kak.ayu skodeng dr sedara2 aku tuh.. tenkiu tenkiuu... lebihkan cili wat pedas!

Horenso No Ohitashi.. resepi SINI

Ikan Goreng Berempah. resepi leh tengok SINI or SINI or SINI (edit sket)

RESEPI TELUR MASAK TAUCU
source : kak.ayu@singapore, Anawahid

Bahan-bahan
  • 3-5 biji telur
  • 3 ulas bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih -dihiris
  • 1biji lada merah dibuang bijinya dihiris- hana tambah cili padi tk buang biji
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar taucu
  • 1 sudu besar sos tiram - ni memandai tambah... hehe
  • sedikit asam jawa
  • 1 sudu kecil gula
  • minyak untuk menumis
  • garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin
Cara-cara
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masuukan taucu(kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit. Masukan air asam jawa n sos tiram. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat. Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat. Tuangkan kuah diatas telur.

Wednesday, January 12, 2011

Fish & Chips

Assalamualaikum dan selamat pagi.... arini bekpes ala2 omputih... akceli malas sebenonyer nak masak lauk pauk untuk my laling.... tp makan cenggini pong kenyang juga... yer tak? almaklom pagi2 hubby biasa mintak nasi... jom sarapannn! aku campak jerk apa yg ader.. jd byk pulak `sampah sarap`nya.. hahaha

RESEPI FISH AND CHIPS
source : hanamemories.blogspot.com

Cara-cara
  • 2-3 keping isi ikan yang tiada tulang
  • sedikit lada sulah@blackpepper
  • sedikit garam
  • Untuk Saduran:
  • 1 biji telur - dikocok
  • tepung jagung @ katakuriko
  • breadcrumbs secukupnyer
Bahan Chips - ikut suka
  • Kentang Goreng
  • Kacang Panggang
  • Roti, Telur Scrambled
  • Sosej, Brokoli rebus, Tomato, mix vege or etc
  • Sos cili, tomato, mustad, mayonis
Cara-cara
  • Lumur ikan dengan garam dan serbuk lada sulah@blackpepper. Bedak2kan dengan tepung. Celup ke dalam telur dan sadurkan pula dengan breadcrumbs. Jika ingin saduran yg agak tebal ulangi proses lumur telur dan breadcrumbs.
  • Panaskan minyak. Goreng hingga kekuningan dan masak. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan dengan kentang goreng, sos cili dan juga mayonis.

Friday, January 7, 2011

Sup Bebola Daging & Asam Pedas Kepala Ikan


wat menu sup untuk anak2.... akceli arini jepong da stat skola.... abih cenggitu jerk tak g mana2 pong.. lagipong cuaca pong sejuk gegege.... takat tempat yg wajib keliling jepong nih cukop la kot.. blah2 bawah sana hmmmm tak gi lah lebih2 lg okinawa yang macam balik mesia.. hihihi... tp mana tau la kan rezeki lain2 taun... wallahua`lam.... jom layan menu sup nih... wat sempoi2 jerk... untuk my laling aku watkan asam pedas campur tulang, pipi and kepala ikan (kat sini byk jual, klu buat sup pong sodappp)... masak asam pedas tuh ikot stail my MIL..

RESEPI SUP BEBOLA DAGING
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Homemade Meatball

  • 200g daging lembu hancur
  • 1 sudu makan tepung ubi - bleh gune tpg katakuriko@potato starch@tpg jagung
  • 1/2 biji putih telur
  • sedikit serbuk lada sulah
  • sedikit garam dan secubit gula/perasa
Bahan Sup
  • 3 ulas bawang merah - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 kiub daging/ayam/ikan bilis
  • 1 batang saleri - potong serong
  • sayuran pilihan - hana buh kubis
  • fishcake - optional
  • carrot
  • daun bawang/sup
  • garam
Cara-cara
  • Satukan bahan meatball. Gaul sebati kemudian bulat2kan kecil. Didihkan air dalam periuk. Masukkan meatball. Bila terapung tandanya dah masak. Angkat dan toskan. Air rebusan daging simpan.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan air rebusan daging dan kiub. Masukkan carrot. Biarkan hingga carrot empuk.
  • Masukkan sayur2an lain, batang saleri, dan juga meatball. Didihkan. Perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa. Matikan api.
  • Hidangkan dengan taburan daun sup.
RESEPI ASAM PEDAS IKAN
by : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • Ikan/kepala ikan
  • *8-10 tangkai cili kering - rebus/celur, basuh dan toskan
  • *4 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *1/2 inci kunyit hidup
  • *1 inci belacan
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sk lada hitam - tumbuk kasar
  • Air asam jawa
  • garam dan perasa/gula
  • daun kesum
  • bendi/terung - hana buh nenas
Cara-cara
  • Blend bahan bertanda *. Panaskan minyak. Tumis hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan lada hitam dan juga halia.
  • Masukkan air asam jawa dan sedikit air lagi untuk kuah (kepekatan bergantung).
  • Masukkan ikan, bendi/terung/nenas dan juga daun kesum untuk menambahkan aroma masakan.
  • Perasakan dengan garam dan gula sedikit. Kacau perlahan. Didihkan. Tutup api. Sedia dihidang.

Thursday, November 25, 2010

Ikan Kukus Asam Boi

arini masak ikan kukus lak.... senang kerejer! humban jerk semua lam pinggan pehtu kukus. 15min dah bleh makan... resepi menggunakan asam boi yang korang makan2 sambey kecut2 muka tuh! ah! tak masam mana lah kan... klu time peknen ke ulu ke ilir bwk asam kecut nih.. bg sesapa yg kat jepun leh gak klu nak gune umeboshi. tp yang nih lagik sedap lah! sbb masam2 manis... aku guna ikan xde kepala.. mana ntah ilang kepala tuh! haha... selamat mencubaaa..

RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
Source: hanamemories.blogspot.com


Bahan-bahan

  • Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - ketuk
  • 1-2 batang serai - hiris
  • 1 inci halia - hiris memanjang halus
  • 5 biji asam boi putih atau lebih
  • 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  • Tomato cherry @ biasa - belah 4
  • Daun ketumbar
  • 1 sudu sos ikan
  • 1 sudu kicap cair
  • 1 sudu sos tiram - (optional)
  • Hirisan limau atau jusnya
  • Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  • Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
  • Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak
Cara-cara
  • Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  • Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  • Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  • Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  • Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  • Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.

Friday, October 29, 2010

Sardin Masak Kicap

OMG! macam dapat emas jerk `jumpa` en.sardin... hahahaha... kesian btol dengan makcik bedah nih.. punyer la malas nak wat sardin homemade.. sardin lam tin jugak yang dicarik.. kan nak kije mudah tuh! yer tak? jom la jemput makan tengahari kat jepong.. lauk bese2 jerk... arini hubby tak balik lunch.. sbb nk solat jumaat kan.. tp klu dier nampak en.sutun peberet dier tuh, ntah2 kejap lagik pas jumaat ting tong! sape tuuu?? hahahaha... en.sutun lebih hebat penangannya banding bini dier.. yer ker?? tak caya ah! haha... resepi asal sardin leh tengok sini.

Bahan-bahan
  • 1 tin sardin - tak perlu toskan sosnya
  • 1 biji bawang besar - dihiris baji
  • 1-2 lada besar hijau dan merah - dihiris
  • 1 inci halia - diketuk
  • kicap - hana gune kicap jalen manis
  • minyak utk menumis
  • kalau nak pedas tambahkan 1-2 sb cili kisar@cili padi
Cara-cara
  1. Tumis bawang besar,halia dan lada hingga naik bau.Masukkan sardin dan juga sosnya.
  2. Kemudian masukkan kicap secukupnya.Kacau dan didihkan. tutup api. siappp! - bleh tambah tomato atau sayur2an lain jika suka.
  3. SeLaMaT MeNcubE.
Horenso No Ohitashi.. katsuobushi tadak stok.
sardin kicap utk budak2... wat tak pedas. jemput bismillah....

Tuesday, October 12, 2010

Bilis Siam


Salam semua... arini wat menu simple dimple jerk memandangkan hubby dah `kuor dari kawasan` sampai ari sabtu.. leh la aku berpoya2 ngan en.bawang.. haha.. wat lauk nih pong dah cukop menyelerakan pehtu aku buh la kicap sket..uish.. nama pong jawa! cam tak leh pisah jerk jawa ngan kicap! kuikuikui.. utk budak2 tgh defrostkan si ayam tuh.. tgk la kang jd apa. refer resepi dari my.resepi. tima kasih tuan empunyer nyaa..

Bahan-bahan
  • 2 genggam ikan bilis
  • minyak ..untuk goreng bilis
  • 1 biji bawang besar
  • 8 batang cili padi..boleh dikurang/lebih..ikut selera
  • 4 biji limau kasturi..boleh lebih/kurang ikut kemasaman
Cara-cara
  1. bersihkan bilis dan goreng garing
  2. mayang bawang jgn halus sgt..bg rangup sikit
  3. potong cili dan limau.perah limau dan ambik jusnya
  4. campur semua bahan dan rasa ikut selera..makan dgn nasik panas...sedappp..

Sunday, August 15, 2010

Peria Goreng Telur

arini kan kiter wat lauk bodo2 jerk! virus M melampau banget thooo.... tak kesah la kan! janji perot konyang! nih pestaim aku try peria jepong! cam peria katak ghuper dier.. owang jepong kdg wat jeruk! sedap gak taw! cume perlu hiris nipis2 n rendam ngan air garam... xde la pahit mana pong! ala pahit2 pong leh jadi obatt.. kan kan... haaaaa meh ler makan peria..

Bahan-bahan
  • 1 biji peria sederhana - buang biji dan hiris nipis
  • *5-8bj cili padi campur 1btg cili merah @ leh gune cili kisar 2 sm
  • *sesudu makan ikan bilis - cuci dan toskan
  • *3 biji bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • 1 biji telur L
Cara-cara
  • Rendam peria dengan 1 sudu kecil garam lebih kurang 20min. Toskan.
  • Tumbuk bahan yang bertanda *.
  • Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan peria dan goreng hingga masak. Perasakan dengan garam dan perisa.
  • Kecilkan api. Pecahkan telur dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.
yang nih sebagai pelakon tambahan. source kak.Nannie. tima kasih kak.

RESEPI IKAN BAKAR DAN SAMBAL KICAP
Bahan-bahan
  • 2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih- dititik bagi hancur
  • 8-10 biji cili api-dititik bagi hancur
  • Sedikit belacan yang dibakar
  • Kicap manis secukupnya
  • Sedikit jus limau nipis-secukup rasa
  • Ikan bakar
Cara-cara
  • Kupas semua bawang merah dan dimayang nipis-nipis . Titikkan semua bawang putih dan cili api . Masukkan semua bahan-bahan ini dalam mangkuk dan satukan bahan-bahan lain macam belacan serta kicap akhir sekali masukkan jus limau nipis secukup rasa . Gaul dan kacau semua bahan-bahan sehingga cukup mesra.
  • Hidangkan dengan ikan bakar.