"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar) Lebih 100,000 sertai himpunan di Dataran Shah Alam

Harakahdaily
(Ada yang mendakwa 120,000 menyertai himpunan ini - Foto Busuk.org)
SHAH ALAM: Lebih 100,000 menyertai sambutan ambang 2013 bersama pimpinan kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat di Dataran Shah Alam malam tadi.

Kehadiran ikon Ustaz Azhar Idrus menjadi pemangkin perhimpunan ini yang disertai kebanyakannya oleh anak muda.

Pada sebelah paginya diadakan program Karnival Pendidikan Negeri Selangor (EduSEL) yang dipenuhi pelbagai aktiviti dan pameran yang sangat berfaedah.

Dalam masa yang sama, Umno menganjurkan perhimpunan sambutan ambang 2013 di I-City Shah Alam dengan persembahan nyayian dan tarian.

Berikut adalah gambar-gambar menarik malam tadi.
(Bual bicara bersama Ustaz Azhar Idrus bersama Datuk Malek Nor - Foto Busuk.org )
(Bersiap untuk solat Isyak berjamaah sambil menunggu detik 12 malam - Foto Busuk.org)
(Umpama perhimpunan keluarga di Dataran Shah Alam - Foto Busuk.org)
(Pertandingan mewarna di waktu pagi sempena Karnival Pendidikan Selangor - Foto Selangorku)
(Antara I-City dan Dataran Shah Alam...jauh bezanya - Foto Busuk.org)
(Penerangan dari Umno Selangor di atas menjelaskan keadaan - Foto Busuk.org)
(Tan Sri Muhyidin berucap di I-City malam tadi - Foto Era Pasca)
(Di I-City himpunan BN, di Dataran Shah Alam menjadi himpunan rakyat - Foto Era Pasca)

Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri sama-sama bantai ulama muda Umno

Ekeleh.com
UstazAzhar
Jawapan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri terhadap ulama muda Umno tentang tiada jihad di Palestin. Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh salah seorang Ahli Syura Ulama Muda Umno. Penjelasan Ustaz Azhar Idrus dan Dr Asri yang terbaik untuk kita hayati. Tak payahlah mendengar ustaz Umno yang sesatkan masyarakat.

Para ulama sedunia telah memfatwakan haram mengakui kedaulatan Israel di bumi Palestin yang terjajah. Pada Tahun 1947, Fatwa Al-Azhar menyatakan haram membahagi-bahagiakan tanah antara Arab dan Yahudi di Palestin dan haram mengiktiraf kewujudan Negara Israel di Palestin. Tahun 1956 Fatwa Syaikul Azhar dan Mufti Mesir ketika itu, al-Imam al-Akbar al-Syaikh Hassan Makmum menyatakan menjadi fardu ain ke atas kaum Muslimin semua untuk membebaskan bumi Palestin kerana Islam tidak mengenal persempadanan antara Negara. Perdamaian dengan Israel untuk merelakan mereka menindas dan membunuh kaum muslimin, perdamaian sebegini adalah haram. Fatwa Syaikhul Azhar terkini, Syaikh Muhammad Tantawi, ulama ulung sedunia, al-Syaikh Yusuf al-Qaradawi, Mufti Mesir Syaikh Nasr Farid Wasil pula menyatakan aksi serangan berani mati ke atas Yahudi penjajah adalah satu aksi jihad dan pelakunya adalah mati syahid.

Eloklah kalau Fathul Bari, bos ulama muda membetulkan anak buahnya terlebih dahulu.

Kebanyakan Rumah Di Puncak Setiawangsa Rumah Orang Umno

Mohd Sayuti Omar
Selepas kembali dari majlis meraikan perkahwinan anak Ahli Parlimen Tumpat Kamarudin Jaffar (Saiful Adli dengan Norita Syazana) di Kelana Jaya baru ini, saya bersama Dr Wan Suhaimi Wan Daud melencung ke tempat kejadian tanah runtuh di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur yang
Runtuhan dilihat dari jalan Jalatek.
Lokasi tempat kejadian itu berhampiran saja kawasan saya yang jaraknya tidak sampai 2 kilometer.

Semalam lagi saya telah mengetahui akan kejadian itu tetapi tidak berapa ada 'angin' untuk menjenguknya. Tidak seperti biasa, kalau terdengar kejadian seperti itu saya akan 'berunga-runga' untuk mengetahuinya. Tetapi tidak kali ini, kenapa?
Kiri ialah rumah Zulhasnan Rafique.
Khabarnya di situ adalah kediaman orang-orang kaya. Orang bangsawan. Kalau orang miskin dan marhain mereka tidak menghuni di situ. Jadi kalau orang kaya dan bangsawan mereka tidak menghadapi apa-apa keuslitan selalunya pasukan penyelamat yang kebanyakan milik kerajaan akan bergegas segera ke tempat itu.

Bukan saja ambulan yang pakai van atau lori, tetapi helekopter juga mungkin boleh digunakan untuk mengangkut penghuni yang terkepong atau bermasalah kalau diperlukan.

Kerana berfikir (jahat) begitulah maka kejadian itu tidak menjadi sesuatu yang terdesak bagi saya untuk mempedulikannya.
Bongkah simen yang terumpil dan runtuh.
Pagi tadi lagi seorang kawan, Zulkefli Sulong telah menghubung saya menerusi SMS beliau bertanya apakah banglo yang terlibat itu milik ahli Parlimen Setiawangsa, Zulhasnan Rafique. Saya jawab tidak tanpa berselera untuk menyiasatnya.

Semasa berjumpa di majlis kenduri kahwin anak Kamarudin tadi, sekali lagi berjumpa dengan Zulkifli dan beliau sekali bertanya hal itu. Cara dia bertanya seolah-olah beliau tidak yakin dengan jawaban saya bahawa salah sebuah rumah yang terbabit dengan kejadian itu bukan rumah Zulhasnan Rafiqeu.

Tidak banyak cerita sekembali dari kenduri itu saya bersama Wan Suhaimi ke tempat kejadian.
Tempelan simen terkoyak.
Dari atas Jalan Jaletek (flayover) lagi sudah kelihatan kesan-kesan runtuhan. Di puncak bukit Setiawangsa itu tersergam dua buah banglo yang terletak betul-betul di pinggir puncak berkenaan. Di tengah antara dua banglo itu kelihantan kesan runtuhan, dan bongkah-bongkah simen yang terkopel, retak dan menggelunsur turun.

Setelah melihat itu baru hati teruntun untuk melihat dari dekat. Saya tidak fikir kejadian itu seserius itu dan membahayakan. Mungkin kerana tidak ada kemalangan jiwa menyebabkan ia tidak meruntun hati saya untuk segera ke tempat itu.
Sisa runtuhan menutup jalan utama di pinggir bukit.
Seperti dikatakan tadi kerana kediman itu bukan kediaman marhain jadi tidak sesuai dan sepantasnya orang marhain seperti kita untuk segera melihat?

Semasa kami memasuki ke puncak berkenaan, banyak kereta yang keluar masuk. Orang ramai yang datang untuk melihat kesan runtuhan atau melawat saudara marah.

Di kawasan itu kini sudah menjadi seperti kawasan perkelahan. Ia dipenuhi dengan orang ramai, wartawan dan juga pasukan penyelamat. Semua pasukan ada; bomba, polis, DBKL, JKR dan segala macam yang mengawal dan sedang membuat pemamtauan.
Dari kejauhan nampak banglo di atas puncak.
Masa ini runtuhan atau pergerakan tanah sedang berlaku secara perlahan-lahan. Ia berpotensi akan mengalami keruntuhan lebih parah lagi sekiranya hujan lebat melanda. Penduduk berhampiran puncak bukit berkenaan sudah pun dipindah. Pihak berkuasa juga menandakan kawasan yang dilarang memasuki kawasan berdekatan.
Beberapa ambulan siap sedia hadapi kemungkinan.
Siapakah yang mendiami rumah banglo di puncak berkenaan? Menurut seorang penduduk di Persiaran Setiawangsa 1, antara yang menghuni di puncak bukit itu termasuk beberapa orang ahli politik. Mereka, Zulhasnah Rafiueq di mana rumah MP Setiawangsa itu kelihatan dengan jelas terancam dengan rutuhan itu. Rumah Zulhasnah antara dua buah rumah yang terletak di pinggir puncak dan benar-benar diancam bahaya.

Selain rumah Zulhansah terdapat beberapa rumah orang tokoh politik lain. Rumah ahli Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis juga berada dipuncak bukit berkenaan. Bagaimana pun menurut penduduk itu tidak dipastikan apakah Jamaluddin tinggal masih tinggal di situ atau tidak. Selain itu rumah saudara kepada wakil rakyat dari Perak. Manakala menurut Wan Suhaimi rumah bekas ketua Pemuda Umno Setiawangsa Izuddin juga terletak di puncak berkenaan.

Kebetulan rumah-rumah mewah yang berada dipuncak bukit Setiawangsa itu semuanya rumah orang-orang Umno. "Nasib baik rumah saya jauh di bawah bukan di puncak," kata penduduk itu sambil meminta berdoakan untuk kesejahtran beliau dan semua yang tinggal disitu