Masih raya?
OK, makanan universal di mana-mana negeri adalah rendang.
Banyak versi rendang ye tak?
Ada rendang tok.
Rendang mak (of course semua akan cakap, oh rendang mak ai lah paling best) tak gitu Kiah?
Dan masak rendang ni memang lahhhhhh complicated. kan?? senah kan?
Ada yang masak rendang katanya 12 jam baru siap. puhh.
Ada yang masak rendang 6 jam. proses memasak yang rumit dan lama. Dan ada je yang cakap tak koser oke nak masak. Dah le kena selalu kacau, if not berkerak.
So nak senang, tempah/beli online. Hik.Now ni, bukan saja maklumat di hujung jari, kedai oso dihujung jari. Klik-klik-klik -----> haaa jumpa kedai rendang online, resepi turun menurun katanya.
Selain tu, penyediaan bahan-bahan rempah ratusnya pun susah..ye lah, lain versi, lain lah bahan-bahannya ye tak. Ada yang letak lengkuas, ada yang tak letak.
Ada yang kena tumis-tumis, ada yang lebur je semua bahan sekali. kan?
macam susah gitu ek...nak masak je kena call mak.
"mak..jintanya berapa sudu? serainya 3 batang ke 4.5 batang? bijik ketumbar tu yg mana??? kita tak pernah beli tumbar. camana rupanya? yang bulat-bulat ke leper? kelapa berapa bijik?"
gitu.
Dulu-dulu aku pun cenggitu gak. Tolong-tolong kacau je...sesambil tuh aku observe gak apa bahan mak aku guna. Untuk menyediakan bahan memang mak aku takde lah harap aku kan. kang tak jadi rendang , tapi jadik makanan kucing. masa tuh (25 tahun yang lalu) ketumbar pun aku tak kenal kot????
Aku start masak-masak rendang bila aku dah start duduk sendiri. Suka gak ajak-ajak kawan datang rumah. Makan-makan. bahan-bahan? kombinasi bahan mak aku plus aku ada gak mix bahan yang org lain guna macam daun limau dan daun kunyit sebab rendang mak aku takde unsur daun-daun. Kanggggg abah aku tak makan.
Oh rendang aku senang je sebab aku malas/tak koser nak buat rendang yang komplikated yang kena masak sampai 5 jam tuh. Aku masak berdiri, so mau krem kaki kang kalau masak berjam-jam.
sebab ada yang tanya resepi rendang, so aku buat le entry ni. Tapi ni versi aku. err..versi tekak ai.
Langkah-langkah memasak rendang.
1. Pergi beli daging pukul 6 pagi di pasar.
Pergi pasar, lebih pagi lebih baik, sebab nak dapat daging yang best. Kalau nak tempah daging bole kot tempah dn haji Hassan tu kot. No telepon pun ada tu ha. err..kalau nak berkenalan pon boleh kot.ihiks. err..kat mana??? oh..ini adalah pasar di sebuah daerah di selangor yang now ni tengah famous amos diperkatakan di media cetak dan elektronik sekarang ni.
Beli daging 2 kilo. Kalau boleh suruh le pakcik/ abang daging tuh hiris sekali daging tu.
Tapi pakcik daging kejam. Dia tak nak oke bila aku mintak dia hiris. Dia cakap busy.
So kenalah potong sendiri dengan pisau yang ala-ala je ni...dah le potong dalam sinki. malas nak kecah-kecah seluruh dapur dan alam.
Ha.. ni rupa daging. saiz? ikut suka le kan. patut-patut. Jangan besar sgt, kang makan tersengkang kat tekak. ala-ala 2cm x 2m pun ok kot ek? tapi tak yah le ukur pakai pembaris.
Rebus daging. Oleh kerana daging ni direbus maka boleh je nak guna daging dalam peket/daging beku yg jual akt supermaket tu. Tak kisah je. Tujuan rebus untuk menyenangkan hidup. Bila rebus ko tak yah kacau daging tu. rebus dalam 45 minit ke 1 jam minit, daging dah empuk. Kalau guna daging fresh tu, tak yah rebus pun tak pe. tapi aku tak sanggup nak mengadap kuali lama gila mengacau rendang.So, guna daging yang dah rebus adalah memudahkan prosedur.
Dan sambil rebus daging, kita boleh sediakan bahan lain. Kan jimat masa.
Elemen penting dalam rendang resepi ai adalah kelapa kering yang di goreng TANPA MINYAK/ sangan<--istilah jawa. Api kecikkkk je, kacau-kacau kelapa, buh serbuk kunyit sket bagi kuning. saja-saja je la. tak nak buh kunyit pun tak pe. Tak mudarat kepada hasil/ output rendang tu nanti. Boleh kupas bawang sekali. Bawang merah, bawang putih, serai, halia. Kentang tu takde kena mengena ya dengan rendang. tu nak masak benda lain. or nak mudah, if lah besoknya ko nak masak untuk open house, malam sebelum tu, sambil-sambil tengok cerita 'jangan tegur' , " Jangan pandang belakang", "Bisikan arwah", "Histeria", "Momok" dan sebagainya, bolehlah kupas-kupas bawang tu. Oh tajuk cerita dipilih berdasarkan situasi semasa ye kerana raya tahun ni, semua stesen TV adalah berpakat-pakat menayangklan cerita seram. Mungkin sempena pembebasan hantu setan setelah setan tersebut diikat time bulan puasa ke entah lah ek.
Ini adalah jintan dan ketumbar. Oleh kerana aku dah beli dua jenis jintan, aku guna je lah semua jenis. iatu jintan manis dan jintan putih. Yang bulat-bulat tu biji ketumbar.
Ok, ini adalah bawang-bawang, serai dan halia. Oh..berapa bijik????? err..aku main agak-agak je. Takde sukat-sukat. nama pun masak campak-campak. tapi agak-agaklah kan. Untuk daging 2 kilo ni aku guna:
Bawang besar : 3 biji
serai : 3 batang
halia : 3 inci
bawang merah kecik : 6 biji
bawang putih : 5 ulas
jintan manis : 1.5 sudu
jintan putih : sket je, secoet..err 1/2 sudu kot
biji ketumbar : 2 sudu besar
cili kering - 20 biji (aku gunting-gunting, rebus, buang biji, basuh-basuh bersih).
so..masuk blender..zrenggggggggggggg!!ngeng!ngeng! zrassssss...zrasssss..dah siap.
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan yang da diblend tadi. cessshhhhh....!!! gitu bunyiknya.
Tumis dgn api sederhara, selalu kacau, hingga naik minyak dan masak. lama gak proses ni. bagi aku proses ni lah yang paling penting dalam masak rendang ni.
Masukkan daging yang direbus tadi. Air rebusan daging tuh takyah le buang. masuk je sekali. kacau-kacau sampai sebati dan mesra, kuah agak pekat.
sesambil tu kan, boleh lah hiris-hiris daun kunyit dan daun limau purut nih.
Ok, masukkan santan pekat, kacau sebati. Masukkan garam, dan masukkan gula merah dan asam jawa sket. rendang ni rasa dia adalah pedas-pedas manja, manis sket, masin secukup rasa.
Aku tambah gula pasir sket.
Masukkan lah separuh daun-daun tadi.
Time ni kita da boleh lah merasa-rasa sket kemanisan,kelemakkan , etc.
Masukkan separuh dari kelapa goreng tadi. Kacau sebati.
Then masukkan le semua kelapa dan daun-daun tadi. Gaul sampai kuah pekat.
Ha..ni dah nak siap lah kan. Time ni bleh le kan nak rasa sekali lagi kot mana tau nak tambah apa yg kurang. Tapi, kalau garam semua dah terlebih melampau dah macam lori garam eksiden dlm kuali tang tu dah tak dapat diselamatkan lah. So amat penting meletak garam tuh berpada-pada.biar kurang, jgn terlebih.
Masak dengan api kecil sampai kuah kering. Catz tak suka kering sgt, so basah-basah sket coz sedap cicah dgn nasik impit especially tang sampah-sampah kelapa tuh.
peket-peket gula yang menyelamatkan keadaan bila mana aku menyedari bahawa ruma aku takde gula rupanya. Aku rasa mcm dah dekat setahun aku tak beli gula pasir kat rumah ni. Peket-peket gula yang banyak terkumpul ni lah yang juga menyelamatkan keadaan masa aku masa kuah kacang. Tk sia-sia aku simpan benda ni sampai ada 2 tupperware, kutip dari merata-rata tempat.
ok..nilah rendang yang sudah siap!
sedap dimakan dengan nasi impit atau lepat pulut.
Gigih tak, masak sambil amik gambo. Terdengar suara di background:
"patut lah masak lambat, sambil masak pegang kamera". eleh.
errrr
Tadelah susah sangat kan. Dan takdelah lama sgt pun memasaknya. selamat mencuba.
ok..selamat Hari raya.
dan..jemput makannn!!!