Showing posts with label sabah. Show all posts
Showing posts with label sabah. Show all posts

Saturday, March 13, 2010

Sandakan - Sepilok Orang Utan Rehabilitation Centre

Catatan ringkas trip sandakan. (14 februari 2010).
Actually dah lama teringin pergi Sepilok, nak tgk Orang Utan.
Macam best tgk kat TV orang Utan Sepilok Rehabilitation Centre.
so..jommmzzz!



Fly awal pagi, dari KL-Sandakan. 2 jam 20 minit penerbangan.

nasi lemak or roti canai? catz pilih roti canai. Oleh kerana hari itu adalah hari pertama sambutan tahun baru cina, MAS bagi ang pow....red angpow. 3 lucky passangers dpt goodies bag.



hotel sandakan

Nak sewa kereta di airport untuk jalan-jalan. Tapi malangnya kereta tak de dah.. maklumlah musim cuti perayaan. so terpaksa naik cab.


Pemandangan dari atas..Bandar Sandakan

Sandakan merupakan antara bandar yang besar di Sabah

Pasar Umum Sandakan


Antara pengangkutan awam yang beroperasi. bas biru putih ni melalui Labok , menghala ke Sepilok Orang Utan tapi tak masuk dalam. Ada bas mini nombor 14A tak silap aku,yg tuh mmg pi sepilok. Tambang RM4.00, dan last bus bertolak dari Sepilok pukul 4 petang. Catz plan nak naik bas. tapi sebab bas hanya akan bertolak pukul 2.30ptg dari bandar sandakan, so tak sempat. terpaksa carik alternatif lain.
Bas mini /van


sekitar kawasan bas station

sekitar dalam pasar umum sandakan. Ada dijual cenderamata, hasil laut, sayur dll.

sayur..sayur!

ok..lets go to Orang Utan ...!


Terletak hampir 40km dari Bandar Sandakan. Naik teksi dgn tambang antara RM35-40 . Pandai-pandai le nak tawar, derang tak pakai meter.

Tiket masuk, Malaysian dewasa RM5.00, kamera setiap satu dicharge RM10.00
Harga termasuk untuk tayangan video dokumentari tentang pemeliharaan orang utan. Catz tgk video dulu, baru pi tgk org utan betul.

hi!

ok..lets go!

Ramai yang dtg tertunggu-tunggu. show pada pukul 3.00 ptg. tgk orang utan makan.

:)

Jalan masuk

seronok tgk some of the volunteers di pusat ini. wow..aku pun berangan nak duk sini oke.Derang anggap org utan ni cam famili. best ah...


feeding time, makan tembikai dan pisang. dah la panas2 time ni. terliur aku!


makan tembikai tuhhhhhh..jengan sepah-sepah oke!

akisi-aksi..!

awww

i believe i can fly!



phewww



hi ..oh ya..nama2 orag utan ni ada yang glemer-glemer oke..ihiks.
Berangan gak nak amik gambar tapi takde pun yg amik gambar dgn depa...


oh..now i miss them oredi lah..
maybe suatu hari nanti berpeluang jadi sukarelawan di sini..sapa tau?
dapat peluk orang utan...
:)

Friday, January 29, 2010

Restoran Sri Melaka, Kota Kinabalu

Berkesempatan makan di Restoran Seri Melaka, Kota Kinabalu. Ni sebab terpengaruh baca
blog ini. Dia ni lah yang hasut aku pi makan kat situ.ha-ha-ha.
Memang dah plan nak makan di sini..so kalau tak makan, takut kempunan patblas dekad..

Suasana dalam restoran

Restoran ni terletak di Kampung Air. Jakun aku...aku pikir..hah? Kampung Air ? jauhhhh kah?
Turun dari kereta sewa di Padang Merdeka, pakcik tuh ckp.."tuuuuu"..laaa..seberang jalan je..
so terkedik-kedik lintas jalan..sesat carik restoran ni. Tanya kat pakcik tekse yang menebeng depang kedai. Dia tunjuk arah...andddd...sampai.


Bersih, halal dan sedap


Konsep makanannya adalah authentic malaysia cusine. Ada juga menu local food.

So order beberapa menu..saja nak try.

sup daging dan sayur kot? lupa..


sayur pucuk manis

Sedap gila sayur ni..nyesal suh dia goreng belacan..aku rasa kalau goreng biasa lagiiii lah terselah rasanya.Sayur ni ada kat Sabah je katanya. So..MUST try oke.


Assam Fish

Oh...dan pemenang makanan tersedap adalah Assam Fish ni...aku duk pikir..apa benda ek rasanya. Oh..rasanya adalahhhh..macam asam pedas yang tak pedas. Cukup segala, masin manis, masamnya dan pedas sikittttt je. Weiii...
The sedapest asam pedas in the world!
SEDAP GILA! Dah 3 malam berturut-turut aku mimpi assam fish ni.
Sebagai orang yang bukan penggemar asam pedas, aku rasa aku dah jumpa asam pedas tersedap atas muka bumi. Camna nak ckp ek?
Ok..kalau kereta, BMW. Kalau Beg, LV...mak bagi anugerah dekan kat menu ni.haaa..gitu.

Buttered prawn..pun sedap.

Bukti kesedapan tahap ultra ungu tahap lapan. Licin!


Overall..kedai ni makanan sangat SEDAP. Harga reasonable lah.
next trip ke KK mesti nak kemari lagi.

sapa nak makan sini. ok..ni alamatnya.


Restaurant Sri Melaka S/B,

No. 9, Jalan Laiman Diki, Kampung Air,
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.
Tel: +6088 224 777 / +6088 213 028
Fax: 6088 255 136
website: www.srimelaka.com

Business Hours: 10.00am - 9.30pm


Kedai ni beberapa minit je kedudukannya dari Centre Point Shopping Mall dan pasar Kraftangan/ Pasar Filipina. Boleh jalan kaki je. Ha..kak Temah, lepas borong pearls tuh..makan sini ya.