Showing posts with label Perak. Show all posts
Showing posts with label Perak. Show all posts

Tuesday, November 16, 2010

Ada apa dengan ipoh?

Ipoh?
ada apa dengan Ipoh?
few days in Ipoh, saya cuba menjelajah Ipoh. Ops. overnya statement.
With the GPS (Finally aku rasa benda alah ni berguna) lah jugok.
Actually sebab kerja di GH Hospital, idok le susah nak cari lokasi, banyak signbod arah GH Hospital, plus dengar le gps tu suruh belok ke kiri atau ke kanan walauuuuuuuuuuuuu, kadang kalah gps ni merepek je lebih.

1st day in Ipoh, i was so hungry and try to find a makan place.
I was stay at Tower Regency which sepelaung je dari Hospital and boleh dikatakan berada agak di tengah town lah.
SO aku drive je ikut kaki, kot-kot nampak tempat makan menarik.
Finally arrived at one area called Greentown Square ke gitu.
This area adalah macam business centre ke..ada kedai-kedai baju, ofis-ofis dan kedai makan.
Oh, aku nampak satu restoran besar "RESTORAN SIMPANG TIGA". Macam menarik, sebab nampak agak posh gitu dengan ada parking VIP di depannya. Aku agak sedap le kot.
Nak masuk this area siap ada gate ala-ala nak masuk parking JUSCO. Amik tiket.
So i went in and park depan kedai.
Oh..Restoran Indonesia la.




Pelayan restoran menyapa aku. Aku cakap "sorang", then dia suruh aku ke meja tengah. Ada beberapa meja penuh dengan org berpakaian pejabat.
Then dia bagi aku menu, ada beberapa set pilihan atau nak ala-carte pun boleh.
Cantik restoran ni.
AKu order nasi, ayam pop , telur gulai dan jus alpokat yang sejuk dan nyaman di tekak.
Selesai makan, aku ke Ipoh parade. Setelah sesat terpusing-pusing (again: guna gps pun sesat), sampai le ke situ.
saja nak tengok shopping mall di Ipoh ni. beberapa kali ke Ipoh sebelum ni tak sempat nak tengok-tengok apa yang ada di ipoh.
Not bad lah.
Nak tgk wayang tapi rasa macam penat , so baiklah beli makanan ringan dan buah dan bersantai di hotel.

late lunch, Indonesian dish at RESTORAN SIMPANG TIGA

Tempat penginapan di Ipoh?

Ipoh ada beberapa hotel, antaranya yang paling baru ialah TOWER REGENCY, then selain itu ialah Hotel Impiana, Hotel Heritage, Syuen dan lain-lain.
Aku duduk di dua hotel di sebabkan last minute booking and hotel yang aku nak adalah fully booked. errr...
Stay di Tower regency, my comment : Hotel ok. Food? suckssssssssssss. sorry. and aku rasa staff hotel ni dari segi PR kena improve lagi lah. manager hapa ek? macam nak carik pasal dengan tetamu?

Hotel Syuen : my comment : I wont stay there again. Old hotel . Bilik..ok le, but parking? Horror! food? oh tidak.
Ni akibat dari recommendation seorang kawan yang cakap hotel ni best lah hapalah. oh...
i should listen to Dr XXXX, "don't fall under her spell."

sudahnya pagi-pagi aku keluar makan kat restoran depan hotel, and terus check out.


Aku rasa Ipoh ni jalan mengelirukan. So asyik confuse je. And thanks to my gps, kalau tidak sure malam aku tak akan keluar punya.
And agak keji tak tiba-tiba aku rasa nak makan dominos pizza.
So..dalam pusing sana sini dan tidak begitu percaya gps, akhirnya aku sampai ke dominos, tapau pizza. Then singgah Tesco, jalan-jalan sikit. Oh Jusco pun dekat-dekat situ jugak. Singgah kejap.

extravaganza apa benda tah

Ok..
malam-malam ni apa yang ada di Ipoh?

hemm..

apa ek?

aku teringat dengan Gerbang Malam.

Oleh kerana lah tak tau exact location dan tak tau alamat, tersesat lah ke sana ke mari. Padahal kan...tempat ni aku rasa aklau tak sesat adalah 5 minit je dari Tower regency.
Sesat tah kemana-mana, missed junction dan setelah tanya 5 orang, sampai le ke mari.
Time ni gerimis sket, so org tak berapa ramai.Sempat lah aku interview beberapa peniaga di sini, derang kata, hari biasa tak ramai org, weekend ramai le.
Ianya adalah night market yang dipenuhi pelbagai gerai jualan macam baju, aksesori, kasut, dll.
Oh ada yang jual model kapal terbang, peralatan camping, and arnab pun ada dijual oke!
Oh ya, ada gerai yang menyediakan perkhidmatan refleksologi dan urut.
Menarik jugak eh. tapi aku tak try pun, semua lelaki je.

Ia terletak di depan Bank Simpanan Nasional, dibuka setiap hari. macam-macam ada!

Saya rasa, Gerbang malam sedikit menghidupkan Bandar Ipoh.


sekadar sedikit catatan.

Monday, November 15, 2010

Restoran Tasik Raban

Setiap kali memandu hala ke utara, aku rasa macam memandu lepas tu masuk gua.
ha-ha. Boleh gitu?
sebab bila tengok depan kan nampak bukit-bukit tuh kat depan, so kita macam memandu ke dalam gua.
ok..apa ke motif entry aku ni?

ok..
ni cerita last week.

mak nak ajak u ols pi stadium ipoh.
jeng!


dah dekat dah ..

dah dekat..

dah sampai!

ehhhhhh..
kata nak ke stadium kan?
ye..memang nak ke stadium ipoh, cumanya kita nak pegi depan stadium je. Bukan masuk stadium untuk bersukan atau menonton sukan atau menonton bola sepak.
hik. Takdenya aku nak korang bersukan.

ok...jom kita MAKAN!

jom..

kita ke Restoran Tasik Raban.
Restoran terletak depan stadium (seberang jalan je dgn medan selera stadium) or sebaris dengan Balai Bomba.


Apa yang spesel restoran ni??

GULAI TEMPOYAK
SAMBAL TENPOYAK
IKAN BAKAR AIR TAWAR..

oh sedap..sedap dan sedap....


see..sambal tempoyak satu tray tuh! sebelah dia sambal bleh mix lah kalau suka pedas. Bagi catz tempoyak tuh dah cukupsedap dan pedas-pedas manis. Dengan ulam-ulaman, daun-daun segala adalah sedap!


Lauk pauk dia banyak gila..dari ikan goreng, telur gulai, sayur-sayur masak lemak tempoyak, gulai ayam, ikan bakar, ayam bakar, sambal sotong, udang , ikan pekasam dll.soooooo mouth watering...

lauk-pauk, time aku datang dah lewat.. tapi org tetap ramai


pujaan ku..sambal tempoyak..oh kecur!

ikan talapia bakar..sedap gila oke!


ikan patin masak tempoyak..uhhhhh...A+++

nyumm...!


ulam dan tempoyak..to die for!

Ok, restoran ni terletak di Jalan Komplek sukan depan stadium. no tepon ada kat banner atas tuh. Tempahan makan oso diterima. Tapi jgn le opis ko kat selayang, pi tempah dgn makcik kedai ni..tak koser dia nak antor...hahhahaha.

Tapi masakan adalah sangat sedap, berasa dan sgt sedap. Harga? tgklah amik lauk apa, ada mahal ada murah. Macam ikan bakar air tawar, agak mahal tapi harga dia dah letak siap2..so pilih le mana nak makan..
oh serious..now aku terasa-rasa nak makan tempoyak.
weh..dah lah jauh..

oh tempoyak ipoh, i lap u very strongggg!




Wednesday, November 25, 2009

Teluk Senangin

Satu lagi tempat menarik di Perak.
Teluk Senangin yang terletak hampir dengan Swiss Garden Damai Laut.
Bagaimana nak sampai ke sini?
Kalau dari Manjung/Lumut/Setiawan, amik hala ke Pantai Remis/ Damai laut.
Then ikut hala ke Swiss Garden Resort. Terus je, ia terletak lebih kurang 4 km dari simpang masuk ke Swiss Garden. Catz pergi sini sebelum ke Ipoh, sebab dekat dah dgn Swiss garden, so singgah sebentar..jalan-jalan amik angin.

Pantai yang cantik juga..air pun bersih...sesuai untuk mandi..kedebushhh...

Riadah bersama keluarga

Terdapat gerai minuman dan makanan..mahu laksa? sini ada laksa Teluk Senangin

Gerai cenderahati

air laut membiru

Catz ada search di internet, dikatakan ada chalet di sini, tapi tak sempat nak tengok..

Agak jauh juga sebenarnya nak ke sini, tempat ni agak sunyi sebab tak begitu ramai orang..
mungkin bagus kalau ada chalet yang cantik, dibina kemudahan utk pengunjung...mungkin lebih ramai orang akan datang..lagi meriah tempat ni..

Banyak tempat menarik di Malaysia untuk dilawati, diterokai...
jom..cuti-cuti Malaysia...!

Tuesday, November 24, 2009

Kellie's castle, Perak

Ini adalah sambungan trip Perak. Memandu menghala ke Ipoh, kemudian menghala ke Gopeng, kita akan melalui Batu Gajah. Di kawasan batu Gajah ini, terdapat sebuah istana lama, Kellie's Castle. Ia merupakan salah satu tarikan pelancongan di Negeri Perak.

Kellie's castle di bina oleh Wiliam kellie Smith. Dia berasal dari sebuah kampung di Scotland, Kellas. Pada tahun 1890, pada umur 20, dia sampai Di Tanah Melayu. Dia bertemu dengan owner estet bernama Alma Baker, yang mendapat konsesi utk membersihkan 360 hektar hutan di Perak. Dia bergabung dengan Alma Baker, dan dari keuntungan yang dijana,Smith mula mengusahakan ladang getah dan lombong bijih timah. Akhirnya dia menjadi pemilik kepada Kinta kellas Estate dan Kinta Kellas Dredging Company.

Setelah itu dia kembali ke Scotland dan berkahwin dengan Agnes dan mereka kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Meraka kemudian mendapat anak perempuan bernama Helen. Smith mahukan anak lelaki utk mewarisi empayar perniagaannnya di Tanah Melayu, dan akhirnya pada tahun 1915 mereka mendapat anak lelaki yang diberi nama Anthony. Empayarnay menjadi semakin besar dna dia berhasrat utk membesarkan rumah agamnya. namun kemudian dia bercadang membina sebuah istana besar, yang akan dinamakan sebagai Kellas House sempena nama tempat kelahirannya di Scotland.


Smith amat tertarik dengan budaya Hindu. Dia bercadang membina rumah yang mempunyai unsir senibina yang diilhamkan dari India selatan, Madras. Dia mengimport batu bata dan bahan binaan dari India. Selain itu dia juga mengupah pekerja India utk mengekalkan ciri-ciri India.

Rumah tersebut sgt cantik dan Smith mahu ianya mempunyai sebuah lift. Dan dia membina elevator itu, yang pertama di Malaya ketika itu.

The lift akan menghubungkan kepada ruang paling atas dgn terowong bawah tanah yang menghala ke bawah sungai diluar rumah besar ini. Salah satu terowong akan menghubungkan kepada kuil Hindu yg berhampiran.

Di tingkat dua, Smith bercadang utk membina tennis court, indoor. Ruang bumbung digunakan utk ruang utk emngadakan parti dan keramaian. London Financier Newspaper mensifatkan rumahnya sebagai unik (15 Sept 1911).

Setelah pembinaan bermula, sebuah tragedi berlaku. 'Spanish Flu' telah menyerang dan menyebabkan ramai pekerjanya di Kellas estate mati. Ia sgt mudah merebak dari Eropah Ke Asia. ia menyebabkan Smith kerugian teruk dan kekayaannya byk di hagunakan utk membina rumah besar itu. Perang dunia pertama juga menyebbakan pembinaan rumah ini sgt perlahan dan akhirnya kellas House tidak dapat disiapkan.

Smith kemudiannya mengembara ke Portugal pada tahun 1926, dan meninggal dunia di sana akibat pneumonia. Isterinya sgt sedih dan kembali ke Scotland. Dia menjual Kellie's Castle kepada British Company , Harrisons and Crossfield.

Setelah itu, Kellie's Castle tidak pernah siap. Dikatakan hantu Smith masih berlegar-legar di rumah itu. Dua terowong yang dikatakan tersembunyi di bawah tanah juga tidak dijumpai.

sumber fakta : sini..bacalah. dan sini juga

'Mysterious Corridor', tempat dimana, dikatakan Smith Ghost masih berlegar-legar.


Namun begitu, setelah 80 tahun berlalu, Kerajaan Malaysia telah refurbished rumah tersebut pada tahun 2000. Dan ianya kekal memjadi tarikan pelancong di Perak.tersergam, masih terpelihara, menjadi tarikan pelancong



aku suka gambar ni..tak tau kenapa..

Jika rumah ini dapat disiapkan, di sinilah Smith akan berdiri untuk meninjau kawasan estate nya.




Mysterious corridor

bahagian belakang


bahagian belakang. masa catz di sini, terdapat ramai pelancong yang membawa kamera SLR merakamkan setiap sudut rumah ini..wah..besar2 dan panjang2 gila lens derang...

dengan kamera slr aku..inilah beberapa sudut yang sempat dirakam kan..

Cantik!





catz at Kellie's Castle



dari pelbagai sudut

Oh, ya..di luar Kellie's Castle terdapat pokok yang di permukaannya tumbuh seperti seekor beruang. Pelik? ye..ia juga menjadikan tarikan kepada pengunjung yang datang ke mari.

So....selamat cuti-cuti Malaysia..banyak lagi untuk diterokai!!!