Showing posts with label kudapan. Show all posts
Showing posts with label kudapan. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Kacang pool

hi ..hows weekend?


aku..dipenuhi (ecehhhh) aktiviti mengemas rumah dan memasak .
masak aja kan ..

lately entah..kerja berlambak tak pernah surut.
dengan big project coming in, aku macam rasa bagusnya kalau tangan aku dan kaki ada lapan macam sotong kurita.
masuk ofis boleh assign dua tangan buat keje A, dua tangan keje B, 2 tangan surf blog. ehehhe....
stress.
so nak reduce stress, balik je je hayun senduk, masak.
lepas tu makan.
lepas tu tido.
lepas tuh..gemmmmmmsss.
eleh.



kacang pool

kawan aku yang asyik ke JB, suka lah sms aku.." i tgh makan ni..kacang pool the best in Johor and batam..kat bomba larkin.."

tapi tak pernah nak belikan aku kan. keji je.

menyampahzzzsss mak.

so untuk membalas dendam...aku mms dia gambo kacang pool ni, dengan ayat iringan:

"kacang pool, fresh from my kitchen, the best in Malaysia dan Asia Tenggara.Dibuat dengan penuh kasih sayang, boleh makan 5 mangkuk terus secara tamak..ko ada??".

hahahha... pftttsss. berbulu je.

kih-kih.

ok..aku letak le resepi tah aku amik kat blog lama aku.


Bahan-bahan:

bawang putih, bawang merah, halia (seinci je) jgn masukkan seketul besar tuuuu. display je tu.


kacang foul -1 tin

jintan manis dan biji ketumbar, sikit je.goreng tanpa minyak.

tumbuk ketumbar dan jintan tadi

daging kisar. pastikan ramli, baru beli. wah iklan.
now senang packaging baru ni dari dulu yang dia ikat macam guni beras tuh. macam ni dia buat dua lapis daging, so aku guna selapis. senang nak simpan semula.

ini sekeping daging tadi. hancur2kan le..sng nak masak nanti.
Bahan-bahan lain adalah : serbuk kari daging - dua sudu, serbuk rempah sup (satu sudu), garam, air, minyak.

ok..mula-mula. tumbuk bawang-bawang dan halia. tumis hingga naik bau. masukkan rempah kari dan rempah sup.masukkan juga jintan dan ketumbar tadi. tumis dengan api kecil.

tumis hingga garing dan berbau harum sehingga ke rumah jiran anda sehingga membuat mereka tertanya-tanya gerangan masakan apakah yang dimasak oleh jiran ku ini.

masukkan daging, dan kacau hingga masak.

kacang foul tadi separuh ko kisar, separuh lenyek-lenyek kasar guna garpu je.

Masukkan dalam tumisan daging tadi kacang yg telah dikisar. kacau rata.

masukan kacang yang dilenyek. kacau sebati hingga agak pekat. masukan garam dengan penuh perasaan.

ok..dah boleh rasa-rasa. kalau kat lidah dah rasa semua cukup dan sedap, ok le tu.


hidang dengan cili hijau/cili api, bawang hiris, tomato, hirisan limau (aku lupaaaa nak bubuh) dan sedap dimakan dengan roti. tak kisah le roti perancis ke..roti venezuela ke boleh je.


nah... mudah je.

boleh le main masak-masak di petang hari.
nyammm!!


ok..nak sambung buat report.

daaaa...

Friday, October 7, 2011

bruschetta




bruschetta :Simple dish, healthy & delicious!


Bahan-bahan:

tomato
olive oil
bawang besar (merah)
roti peranchis
garlic
salt and pepper to taste


tomato buang biji, hiris kecil. Bawang hiris kecil. campurkan dalam mangkuk, bubuh sedikit olive oil, salt and pepper. ketepikan kejap.

now nak sediakan rotinya. amik olive oil, dan bawang putih (hiris/ tumbuk)

sapu roti dengan garlic dan olive oil

bubuh dalam oven or if malas cam aku, buh je atas kuali panas, terbalik-terbalikkan.


dah siap!

ok, bubuh tomato tadi atas roti


ok..boleh makan.
wah...macam dah boleh duk Itali dah.kih.

Tuesday, October 4, 2011

resepi campak-campak

cekodok bawang style campak-campak dengan sambal kicap.

Bahan-bahan:

tepung
bawang
cili


eh tak payahlah kiah. macam poyo sgt cekodok pun nak letak resepi. macam laaaaa cekodok kau luar biasa dan orang nak try.

sambal kicap tu mesti orang johor macam KOG tuh master dah.

kih.


Monday, October 3, 2011

Life's like that




I bought a book, life's like that by Lydia Teh.
The book is a about scenes from Malaysia life , things that we experience in daily life, in office, on the road, at home, at makan place, at shopping mall etc.
i spent my weekend reading that book. interesting, funny.
but, sure i have my own version oh life's like that.

# 1

my friend and i went to Pavili0n on saturday. shopping and makan-makan. oh that is after we spent almost 3.5 hours at plaza lowyat. impulse buying yo! computer accessories and wut not.
and my friend bought brand new toshiba laptop, epson printer and i settled with entah apa2 komputer accessories, FM modulator for my car. then we proceed to pavilion, had lunch.
this is my second time this week shopping and makan kat pavilion as few days before i had conference at hotel royal chulan and stay there. so haruslah cik kiah merayap lepas habis kerja, jalan kaki berpeluh dari royal chulan and makan plus shop as i need new sport shoes.
After had nice dolsot bibimbap at food republic, we proceed to merayap.
we went to parkson and my friend was looking for a dress/ skirt for dinner function. oh excitednya kau nak pi dinner which will be held next month in conjunction of Intern@tional conf3rence and 3xhibition for W0man engineer.
we browsed from one section to another, looking for something nice.sampailah di satu section..ohh...the bajus cantik-cantik and harga i think ok lah just that a bit expensive for sehelai kain dan baju. so kami kirai-kirai, tengok warna and mana yang berkenan, lekatkan kat badan. baju di susun rapat-rapat, so we took one, and put back and tengok cermin, amik letak balik.
The SA dengan muka masam macam cuka masam dengan agak kasar menyusun-nyusun semula hanger baju which i really dont understand why. dia susun -susun semula dengan agak kasar dan sedikit pun tak greet kami. siap bunyik-bunyik besi hanger baju tuh macam tengah geram ke apa tah.motif??dan siap jeling-jeling tajam. kami stay jugak tengok di rak berhampiram, still he stare at us macam kami ni ...entah apa ya? actually we love the dress, and mungkin dengan sedikit senyuman, sapaan dan sedikit layanan sopan, mungkin kami akan beli even though it was a bit expensive.
but with what he did to us, memang buat kami turned off.
ok..apa actually kau nak sampaikan ni wahai sales assistant? or should we call you as sales consultant (maklumlah di Pavilion??? kan.) or what ever name that appropriate ?
we went to another section and i settled with one blazer . ada lah jugak hasil.
mungkinkah sebab kami tak berpakaian macam orang kaya-kaya so tak layak le nak tengok baju dekat situ? oh..so lame. gila bongok. kami tak berpakaian selekeh. kami berpakaian selayaknya untuk berjalan ke shopping mall di hari ahad. or because of rupa kami macam student? tak macam orang kaya?
eii..entah-entah abah kitarang ni tauke balak ke... tauke kapal selam ke..mana kau tau?
at the first place, u as a sales person tak boleh ke beri layanan sama rata kepada potential buyer.
kena nak pandang kami macam kucing kurap?
adakah sebab kau kerja dalam pavilion kau rasa kau kelas dan prestige sangat?
ha-ha. so funny! soooo kesian.


#2

we stop at traffic light. a car in front of us, open the door. and throw rubbish..hoh? ternganga mulots mak ni.
hellow...kau selamba je buang sampah atas jalan, depan-depan ramai orang...wtf.
eh.kalau orang buang sampah gula-gula depan tangga depan rumah ko kan..ko marah tak???


#3

kadangkala, saya rasa kecil hati.
i dont understand when people sometimes measure their wealth by having a blackberry.
ahahah. like selagi kau tak beli BB tu, dia akan asyik lah suruh kau beli. as if that takde black berry kau tak 'in' dan tak berduit dan tidak setaraf. and the most annoying thing is ajak keluar, tapi duk lah 24 jam busy dengan black berry. baik tak payah ajak aku keluar oke. sebab aku bercerita pun bukan ko pay attention pun, dan tak dengar pun, 24 jam duk sibuk dgn blackberry, ber BBM or busy with facebook macam budak-budak. please respect people who made effort masa untuk keluar dengan kita, dan saya bukan pasu bunga.


#4

kita jarang menghargai apa yang orang buat untuk kita. lumrah! ucapan terima kasih pun kadangkala susah kita nak beri.



#5

pemandu malaysia ni pelik. atas jalan raya ...ergh....malas lah nak tulis.

simple snack, salsa bruscheta

bahan-bahan:

french loaf
mangga
tomato
bawang
limau nipis


cara-cara membuatnya.

kupas mangga, hiris kecil.
tomato belah dua, buang biji. hiris halus.
bawang-kupas dan hiris halus.
campur bahan hiris dan bubuh air perahan limau nipis.
gaul sebati. buh dlm fridge, bagi sejuk.


hiris nipis roti dan bubuh atas hot pan.
terbalik-balikan ,agak2 dah rangup angkat.

bubuh bahan tadi atas roti tadi. ngappp!

oh ya..versi aku tuh hirisan besar-besar..sebab aku malas. hehehhe.

snack sihat di petang hari!!!

selamat mencuba!

Friday, September 2, 2011

Main masak-masak , lets bergedel. step by step.

ofis, 4 syawal 1432

Selamat hari raya, sure ramai yang masih beraya. sunyi je ofis ni. hari ni makan laksa...errr...megi laksa. tak sempat nak tapau bekal dari rumah pagi tadi. terlambattt bangun coz sampai dari johor awal pagi.! tapi yang best, hari ni 10 minit dah sampai ofis, selalu at least 30-35 minit. ni ala-ala ko boleh baring atas jalan..lengang! nak main teng-teng atas jalan pun boleh je.

Ofis pun sunyi, eh, tapi boss ada. dia tak dapat cuti . keh-keh-keh.
baru je submit satu report tadi. huarghhhhhhhhhh. ngantuk gila. rasa macam nak kunci pintu dan ZZZzzzzz....
hep!

sementara nak menghilangkan rasa mengantuk, mari kita main masak-masak. nak share cerita raya takde apa menarik nak share pun. honestly, aku tak de raya sgt pun.

ok...

sediakan bahan-bahan dulu.kita buat bergedel.


Bahan-bahan : ubi kentang 5 biji , telur sebiji (pukul -pukul manja buh garam sket), daging (rebus-cincang kecil-kecil), bawang merah dan putih - 5 ulas , daun sup-sejambak, garam.


step by step :


1. rebus kentang hingga empuk dan buang kulit.

gebunya ubi kentang ni

step 2: hempuk ubi kentang guna lesung atau alatan yang sesuai, hingga hancur

step 3: sementara tu sambil-sambil goreng le bawang tadi, guna api kecil. oh wanginya bau bawang...sedap!

oh,..leka menumbuk kentang, sikit lagi jadi bawang bakar..keh... ok saja je bagi warna kecoklatan gelap, sebab aroma dan rasa lebih sedap.ok, angkat bawang.

step 4: masukkan daging, bawang goreng, daun sup yg dihiris halus dan lada sulah (if suka) dan garam secukup rasa 9agak-agakle..buh sket2 dulu).
Ok..tumbuk hingga tekstur ubi kentang halus dan sebati dengan segala bahan lain.

step 5: gaul-gaul lagi hingga mesra alam dan rasakan le garam tadi, if kurang masin ,tambah garam sket lagi, gaul sebati.

step 6: amik sekepal adunan tadi, bulat-bulatkan dan leperkan guna tangan. saiz agak-agak le kan. jangan le buat besar dulang pulak. buat comel-comel sudeh.

step 7: celupkan bergedel tadi ke dalam telur, golek-golek. jangan rendam dalam telur.

step 8: goreng bergedel dengan api sederhana, terbalik-balikkan le bergedil, bagi masak sama rata dan tidak hangus.

step 9: angkat bergedel, bubuh atas kertas serap minyak

step 10: hidang. ok...ok..bentuk tak semenggah sangat , tapi ok le as long rasa dia tak keji. kihkihkih.orang yang makan kata sedap. masuk perut hancur gak, so tak perlu nak ukur lilit guna pembaris dan bagi betul-betul bulat ke apa. Masuk dalam sup, sudukan ke mulut, aww..cair di mulut gitu. hewhwehew.

hidang kan bergedel bersama soto. Hidangan malam raya kedua untuk adik dan family mertuanya.

adik ipar: kak catz, kenapa asyik duduk dapur je?
catz: ai kan kitchen manager. keh...

Tuesday, April 5, 2011

Banana and choc chip muffin

minggu lepas..catz teringin gila nak makan muffin. tekak aku ni mentel kan...dia kalau nak apa2 kena spesifik gitew.


craving for starbucks banana muffin..

yummeh...

dan salah satu penyakit adalah bila dah makan..teringin mak masak pula..beli pisang, gula dan segala bahan ..

lenyek2 pisang...

ayak-ayak tepung ..dan baking powder dan soda bikarbonat

telur

pukul-pukul telur

pisang and gula

susu

sukat-sukat shushu

sukat minyak

kacau-kacau

buh dlm cup

my baby..in the oven

180 darjah celcius-25 minutes

ini hasilnya..


ehhhhhhhhhhhhhh...


yang ni..tak sama langsung! tapi sedap..!