Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Wednesday, September 7, 2011

Roti jala



roti jala yang agak keji rupa parasnya bersama sup tulang hidangan berbuka puasa.


Teringat aku peristiwa bulan puasa. Dah lama tak makan roti jala, so catz pun gigih le bancuh tepung untuk buat roti jala.

Tiba-tibaaaaaaaaaa....

ai tak jumpa peralatan menjala mak u ols.

oh gabra tak kan nak buang je bancuhan tepung tu? nak buat lempeng? aa..tak best...

so kita improvise, guna botol sos untuk melakukan menjala. pernah dah buat dulu. Tapi this time sebab nak cepat, rupa paras roti jala aku adalah sgt keji.

Takpelah kan. dah masuk mulut, rasa sama je (ayat penyedap hati).

tataw le apa tamu i kata dalam hati. hik.



ni pula roti jala sempena tamu datang berhari raya.
masak simple je. roti jala dengan caramel puding.

ha..tang ni aku guna peralatan menjala yang betul.

ok..cop...cop. sat , nak tulis resepi:

bahan-bahan roti jala:

2 cawan tepung
2.5 cawan air
telur-1 biji
pewarna kuning/serbuk kunyit
secubit garam

cara-cara:

ayak tepung bersama pewarna/serbuk kunyit
masukkan air, telur dan garam.
kacau sebati hingga adunan sebati
amik acuan roti jala dan mula lah menjala ....
takde rupa jala kan?????

roti jala yang ehemm...dicicah bersama kari ayam.

kuih muih raya..errr...of courseee lah beli plus hasil tuaian dari rumah mak ai


tamu .hi auntie...hiks..glemer auntie.terima kasih datang bersama rombongan auntie.

oh , rasanya tak buat rumah terbuka. rumah sentiasa menerima kunjungan. nak datang beritahu. nanti i masaklah apa-apa yang ada.

selamat hari raya.


Tuesday, April 5, 2011

Banana and choc chip muffin

minggu lepas..catz teringin gila nak makan muffin. tekak aku ni mentel kan...dia kalau nak apa2 kena spesifik gitew.


craving for starbucks banana muffin..

yummeh...

dan salah satu penyakit adalah bila dah makan..teringin mak masak pula..beli pisang, gula dan segala bahan ..

lenyek2 pisang...

ayak-ayak tepung ..dan baking powder dan soda bikarbonat

telur

pukul-pukul telur

pisang and gula

susu

sukat-sukat shushu

sukat minyak

kacau-kacau

buh dlm cup

my baby..in the oven

180 darjah celcius-25 minutes

ini hasilnya..


ehhhhhhhhhhhhhh...


yang ni..tak sama langsung! tapi sedap..!

Sunday, September 19, 2010

Masih raya

sresssshhhh....lap-lap habuk.
sapu-sapu sampah dan buang sawang.

Tiba-tiba aku rasa weird.
Memandu semalam dan hari ni, radio masih rancak memutar lagu raya, buka topik pagi mengenai raya. sebab, aku seminggu yang lepas mcm terus lupa yang kita masih lagi dalam bulan syawal.too occupied maybe.
Rumah terbuka? Tiba-tiba mcm asing kedengaran.
Apa yang terjadi last week menyebabkan terus lupa hal raya, hal kuih, hal open house.
Ada yang menjemput saya ke rumah, saya minta maaf kerana saya tak berkesempatan dan berada di luar kawasan.


Kuih batang buruk. Kuih yang aku cari-cari teringin sangat nak makan. Dapat beli di stesen minyak petronas. nyum-nyum.

kuih yang tak asing lagi..err..yang ni staff di klinik beri dan rembat dari rumah emak.

deretan kuih raya atas meja. batang buruk, tart nenas, almond london, tumpi, kerepek keladi selatah, dodol dll.

kuih-muih

and chocolate dari london


nyum-nyum

Kuih masih ada, sekiranya ada yang nak datang berkunjung, di alu-alukan.


kepala ting tong lagi.
and pening.


Sunday, March 7, 2010

PUTU MAYAM TERsedap




Entry khas untuk peniaga putu mayam, pasar malam Bandar baru Bangi.

Oh..my current addiction.
putu mayam.
eh..dulu kan, aku pikir putu mayam ni makanan orang tua la..
hahaha..mak aku tiap kali pi pasar pagi ke, pasar malam, suka beli putu-putu ni. tapi yang pemes kat tempat aku ialah putu bambu dan putu apa tah? yang leperdlm ada inti tu? apa eh?
putu mayam ni jaranggg lah nak ada.
ke sebenarnya aku dah makin tua..dan dah tua. sebab tu lidah aku dah beralih arah ke arah putu-putu. ada kahhh??
Tapi lately aku dah jumpa putu mayam tersedap di jajahan bangi ni.
(mana aku tau tempat lain ada jual, belum berkesempatan nak explore lah).

Lokasi gerai putu mayam kat pasar malam hari sabtu ni adalah dekat2 dgn area gerai satey kajang samuri. depan2 bank Am Bank kot. deret2 situlah.

Ada dua jenis, yang plain putih dan hijau perasa pandan.

Aku amik gambar gerai ni..dan adik or maybe abang ek? tanya..masuk akt surat khabar ke? hahaha.kwn aku ckp.yer..akak ni dia wartawan. aku sengih2 dan mengiayakan (oh keji kan?) dan ckp ni nak promote kat sok kabar...err..diskaun plis.
hahahhha...pandai-pandai je nak memain ek.
so..time bayar, kawan aku bayar dia punya..oh sebungkus RM2.00, ada putu mayam dan kelapa parut+gula melaka. aku nak bayar..dia ckp..free je..tak payah bayar. ahhhh???
ke ke ke.
aku segan la..maybe dia ingat aku betui2 org sok kabar yang saja takde berita, buat story pasar malam. so aku insist utk bayar , aku hulur duit RM10.00 dan masa pulangkan dia ckp.." RM1.00 je..syaa bagi diskaun RM1.00"..oh...mak terkesima. moga makin murah rezeki dia.
(if abah dia perasan dia bagi diskaun samapi 50% ni kat aku (wartawan pelesu), agak2 abah dia hempuk dia tak dgn penutup kukus tuh??)

so..inilah dia setelah mak masukkan putu mayam ke dalam pinggan. baru ku perasan, eh..ada putih dan hijau.ahaaaa..bonus! thanks.

taburkan kelapa dan gula (itu adalah gula melaka yang diparut halus)..slurppp! anddddd....Nga-pppppp

oh sedapppp..!trust me..it's really ter-sedap-est putu mayam. so..kalau nak (beli putu mayam oke, bukan berkenalan dgn abg/pakcik putu mayam tu), pegilah pasar malam bandar baru bangi , (tapi if nak berkenalan dgn yg baju hijau tu ok gak kot, terus bleh je ckp dgn abah dia kat sebelah tu)
hari sabtu ye! MESTI dtg lagi..

I'll come again!!! oh putu mayammmm..

Thursday, November 26, 2009

Kelas rempeyek

Ha..ni mood raya kan?? sure ramai yang dha start cuti hari ni..esok raya.
petang ni sure jalan akan jam di mana-mana.
sure dah plan nak masak apa ek esok?
balik kampung last week, aku belajo buat rempeyek.
Ha..ni berguru direct dengan tokey rempeyek.
Sebenornya, macam malas, tapi dari sebelum balik lagi, tokey rempeyek dah ckp yg dia dah beli dan prepare segala bahan. So salah satu sebab gaklah aku gigih belajo ni.

Pagi-pagi lagi aku dah dgr cikgu aku ni pot-pet-pot-pet..!!
" bangunnnnnnnnnnnnn....!!!! kata nak belajo buat rempeyek..!!"

awww...mcm bunyi petir di situ (kalau dia kejut aku dgn lemah lembut, mmg aku bukak mata sebelah (tuh pun bukak separuh je)..pastuh katup balik, tarik selimut semula).kih-kih-kih.

Pastuh aku dgr bunyik org mesin kelapa, nak amik santannya lah kot.

So...gosok-gosok mata lepas subuh tuh..gigih ke dapur. Aku tgk cikgu dah deret-deretkan bahannya. Adik aku tgh mesin jinta, tumbar, bawang. (eh..ajaib..adik aku dah bangun time-time gitu...magik! biasanya kalau cuti semester, kalau matahari belum bersinar cerah hampir tegak atas kepala tuh dia mmg berhibernasi kat bilik...gempa bumi 15 skala ritcher pun belum tentu dia bangun.). eh...terkutuk adik aku pulak raya-raya ni.hiks.

Ok..sesambil gosok mata, aku pun mengambik gambar segala bahan. Gambar jintan,tumbar aku belum sempat amik dah terkisar halus dlm blender pulok.

Ok..aku listkan bahan-bahannya. ni utk catatan aku lah..kot esok aku dpt hidayah nak buat rempeyek ke..jual online.hheheheeeeeeee..

Bahan-bahan:

Tepung gandum BERAS -1 kilo (hahaha..aku salah..tq mama miraki)
santan - 2 mangkuk besar
bawang merah- 5 ulas
bawang putih- 3 ulas
jintan- 3 sudu besar
biji ketumbar- 3 sudu
ikan bilis - 2 gengam
kacang tanah - 2 cawan (cuci dan toskan).
telur - 2 biji
air kapur - 3 sudu
garam
minyak utk menggoreng


ok.

cara-cara:

Kisar bawang merah, bawang putih, ikan bilis, jintan manis, biji ketumbar.
Bubuh telur dalam tepung dan bahan kisar tadi, gaul sebati.
Masukkan santan sedikit demi sedikit, kepekatan tuh agak-agak ye.
Kacau pelan-pelan kalau laju sgt takut terpelanting mangkuk.
Bubuh garam, dan air kapur.
Kacau sebati.
Sesambil tuh panaskan minyak dlm kuali lah.
Then bila kepekatan dah ok...amik dua senduk bancuhan dan kacang sket or if suka bleh buh ikan bilis. campur, dah lengserkan sedikit demi sedikit kat tepi kuali.
Siram-siram dgn minyak, ia akan menggelongsor senirik ke dalam minyak.
Goreng hingga garing, kecoklatan, api jgn besar sgt, karang kacang tak masuk tepung pulak hangus. Sederhana je.
Angkat dan toskan, sejukkan sebelum masuk dan tutup dlm bekas.

pecahkan telur
(pergh..aku belajo buat rempeyek sambil pegang kamera slr..ihiks, seb baik tak masuk dlm tepung kamera aku).

Bubuh bahan kisar

Masukkan santan sedikit demi sedikit, kacau, buh santan lagi..

kacau sebati, kepekatan agak-agak.

Tengok..dah jadi bancuhannya..

Masukan garam dan air kapur

Kacau sebati sambil main-main...

Ha..dah bleh buh kat kuali..yang elok sekepingsekeping tuh cikgu buat, yang pecah bertempiaran tuh aku yang buat..hehhehe..fail...
namun setelah beberapa percubaan, boleh dikatakan agak berjaya,
Kitarang buat rempeyek mmg tak guna acuan, ni gaya bebas je namanya...

Ha..dah berenang-renang rempeyek ku..ihiks....balik-balikan tunggu kacang masak dan tepung dah agak kecoklatan rangup...angkat.

Oh ya..untuk sesi belajar rempeyek ni..aku panggil sekumpulan QC khas yang berkaki empat.
Ha..tulah dia...3 ekor ni..tgh meeting tunggu production goreng 1st batch...(eh..korang bergosip ngata-ngata aku ye? ewahhh...cam joyah.)

Ok..dah siap...ketarrrrr oke nak bagi QC rasa.

Oke..QC-QC tengah rasa...khusyuk oke..maklumlah makan free..lajuuuuu je korang ek.

ok..setelah kenyang, meeting..pot..pet..pot..pet...prong..prang..prong..prang..

see...dah siap..tgh tunggu results dari QA

yey!

ok..dah siap satu balang besar...ngap..krupppp...krappppp!

ok..nanti aku nak buat senirik pulak . Yang habiskan goreng satu balang tuh cikgu = emak aku.
hehheehheheeeeeeeeeeee..