Showing posts with label sayur. Show all posts
Showing posts with label sayur. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Cendawan masak lemak cili api

Cendawan masak lemak cili api


siapa pernah makan cendawan ni..cendawan yang dikutip dari pokok mati. Dulu teringat masa kecik-kecik, mak masak benda ni..bubuh cili api, santan sikit, kering-kering..uhhh...


wa..glemer akak tudung pepel..


Recently, balik kampung, catz jumpa di pasar pagi. semangkuk ni RM2.00 (di Pasar pagi Pt sulong, Batu pahat). so sebab tamak, beli 6 mangkuk. beli 6 mangkuk tuh dapat cendawan je ye. mangkuk tuh abang jual cendawan tak bagi bawak balik.
Mak catz masak dengan biji ranti, tempe dan cili api. buat ala-ala sambal berkuah.uihhh..2 pinggan aku makan. makan nasik. bukan makan pinggan ye.


Bahan-bahan:

1. Cendawan yang dikutip dari pokok (jgn sebarang kutip ye cik Kiah, kang masuk sepital)
2.cili api -10 biji, kalau nak pedas meletop-letop, bubuh sekilo.
3.bawang merah 3 ulas
4.bawang putih 2 ulas
5.halia - 1/2 inci
6.kunyit hidup -sikit je.
7.santan pekat semangkuk
8.garam secukup rasa.
9.ikan bilis (optional, nak letak ok..tanak pun tidak membawa kepada kegagalan resepi)


*agak rumit gak nak basuk cendawan ni. aku rendam kejap..bersihkan, perah, the bilas, perah, bilas, perah bilas sampai bersih. azab tuuu.


Cara memasak:

1.Tumbuk bawang putih, bawang merah,kunyit, cili api, ikan bilis dan halia.
2.Tumis bahan tumbuk dgn sedikit minyak hingga dapur anda menerbitkan aroma org sedang memasak.
3.Masukkan cendawan, gaul sebati.
4.Masukan santan, kacau hingga agak mendidih.kacau..kacau..buh garam. test2 rasa. kalau ko dah perasan sedap, kira ok lah tu.
5.matikan api ...masuk pinggan hidang.




nyummm!!

jemput masak..eh...makan!

Sunday, September 19, 2010

Lodeh for beginner : step by step

serai yang suka-suka je nak enter frame


Masak-masak raya part 2.
Antara masakan yang tersaji di atas meja di negeri Johor,KL, dll.
Ada ang panggil kuah lontong, ada yang cakap kuah lodeh.
Tapi konsepnya..bahan-bahan lebih kurang sama je.

cuma ada yang suka kuah putih, ada yang suka kuah kuning.
ok...lets see the bahan-bahan.


Bahan-bahan:

Bawang merah - 5 ulas
Bawang putih - 4 ulas
ikan bilis (segenggam)
udang kering - segenggam (rendam)
cili kering - 3 biji (gunting nipis-nipis dan cuci bersih)
cili hijau - 4 biji (hiris nipis serong)

bahan sayur:

Tempe - 2 keping Hiris kecil)
kentang - 2 biji - (hiris nipis)
kacang panjang - 5 batang ( hiris serong, nipis)
cendawan hitam (optional..tak letak tak pe) - hiris kecil
tahu - 4 keping (goreng dan hiris dadu)
lobak merah- 1 btg (hiris kecil)
soohon- sket je (rendam)
tahu kering - 2 keping (rendam)

Bahan lain:
santan
serbuk kunyit
minyak utk menumis
garam
gula skettt je.


Cara masak:



Tumbuk bahan-bahan bawang-bawang, udang kering dan ikan bilis


tak perlu le halus sgt tumbuk tu. Kalau nak senang lagi kan.......kan..blend je. heks. zrenggggg! neng! ngenggggg! siap.


hiris cili kering/cili hijau

tahu ni goreng dan hiris dadu

hiris sayur-sayur

rendam soohon cendaan dan tahu kering .hiris, basuh dan toskan.


Ok..
jom mula masak.

1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukan bahan tumbuk, tumis-tumis kejap. Naik bau
je..haaa..masukkan santan cair dulu. Bubuh serbuk kunyi sket kalau suka kuah kuning.
2.Masukkan segala sayur keras dulu iaitu karot, kentang. Agak-agak dah lama sket, masukkan semua sayur lain. Biar sayur layu, mendidih. kalau-kacau le kuah tu.

Ha..semua sayur da masuk.

Masukkan cili kering dan cili hijau. Masukkan garam secukup rasa Masukan gula secubit.
Masukkan santan pekat an biar mendidih sekejap. kacau-kacau angkat.

Ok..dah siap!

selamat memasak.

jom makan!

Thursday, September 2, 2010

Siput yang berjalan-jalan bersama keladi

siput sedut masak lemak cili api dgn batang keladi


slurppp...terpanggil untuk memasak siput setelah dua kali beli siput lemak cili api di bazar Ramadhan.

sikitnya -err...

aku: kak? kira camna?akak bazar: satu senduk RM2.00
aku: bagi 3 senduk.


sekali tengok senduk nya kan... mak aihhhhhhhh. Ni senduk ke sudu ni???? kecik nya!
satu senduk siputnya tak sampai 10 ekor! siput bersalut emas ke apa ha?
and she charge me RM2 per senduk.. argh.
so pasrah je lah bayar RM6.00 untuk siput secoet je. dan bila makan..rasa pelik??
apakah? masak lemak cili api siput yang mengalami krisis identiti ke apa????
so abah suggest.." jom masak siput buh keladi".ok.. ASALKAN ADA ORANG YANG NAK MEMBELAI DAN MENYIANG SIPUT TU AKU OKE JE.

yang aku tau, tinggai campak siput tu dalam periuk.
so dapat sebungkus siput.
Abah yang siang.

Mak pulak amik sayur keladi kat tepi dapur. senangnya kan. nak masak, sayur labu depan tingkap dapur. keladi 5 langkah dari pintu.cili api..errr..boleh kait pakai hanger baju dari tingkap.kih.
kelapa/santan? keliling rumah pokok kelapa. sabit dan mesin sendiri.

serai? 9 langkah dari pintu dapur. Cara nak amik serai?? senang je.
jerit " syukri azam!!!...amik kan serai 2 batang!!!!". haaa..5 minit serai muncul depan pintu.hik.

siput je yang mak aku tak boleh ternak.

Bawang beli la.macam melampau pulak kalau sampai bawang pun nak tanam.
kesian orang berniaga bawang.

from kebun to the kitchen..kihkih

oi..ngeri tengok derang ni jalan-jalan. Dah siap siang dan basuh bersih. Oleh sebab ramai yang jalan-jalan, aku jadi ngeri nak pegang besen ni. so..emak aku yg tolong masuk dalam periuk.

dah siap!



eh..yang masak aku.

sayur keladi lemak putih.


sayur lemak keladi.

bahan-bahan:

pokok keladi
bawang merah
bawang putih
ikan bilis - 1/2 genggam
santan pekat
garam

cara-cara:

bersihkan batang keladi, buang kulit batang keladi tu, basuh, hiris.
rebus batang keladi hingga agak empuk.toskan.
tumbuk bawang-bawang dan ikan bilis.
masukkan santan dalam periuk, bahan tumbuk dan batang keladi.
masak hingga agak mendidih, masuk garam.
biar mendidih kejap..kena jaga jgn bagi santan pecah, kang tak sedap.
ok..angkat dan hidang.



oh..sedap!

Saturday, June 19, 2010

Pucuk ubi masak lemak tempoyak



Pucuk ubi ni aku masak 3 minggu lepas.
Dah lama gila aku tak masak pucuk ubi. Kalau balik kampung ada gaklah mak aku masak.
Tapi nak masak sendiri kat sini , ni kali ke dua kot. sebab, aku sorang je makan. papa tak makan pucuk ubi. Tah kenapa tah. padahal daun-daun hijau jugak. pelik je. Ubi makan pulak.

Aku jumpa pucuk ubi ni kat pasar malam Dengkil. Tu la..sebab tu lah aku elakkan pegi pasar malam/pasar tani kalau tak perlu. sebab bila nampak sayur-sayur kampung, kang tiba-tiba hantu masak masuk dalam badan. Tiba-tiba segala pucuk , segala benda aku beli.
Masa beli pucuk ubi ni..bukan setakat pucuk ubi yang aku beli, segala pucuk paku, pucuk pokok apa tah aku beli.
biasalah kan..skrip makcik pasar malam.." Beli 3 ikat lah dik. 3 sayur RM2.00, boleh campur-campur." terus laju tangan aku amik sayur campur-campur 4 ringgit. Pandai makcik tu men-psyhco aku kan?? haa..tu lah ayat2 psycho pakcik/pakcik/akak/abang penjual di pasar malam kan. otomatik dia ckp RM2.00 dapat 3 ikat, terus rasa murah. so 6 ikat sayur lah aku bawak balik. Banyak gila.
Padahal aku bukan ada bela kambing pun kat rumah yang nak dibagi makan.


eh, nak tulis resepi sayur pucuk ubi, menyimpang sampai ke Abu dhabi pulak.

Ok..resepi.


Bahan-bahan:

Pucuk ubi
Tempoyak
bawang merah
bawang putih
halia
kunyit
ikan bilis
santan
cili api
garam


Cara-cara:

pisahkan tangkai dan daun.
Rebus pucuk ubi hingga empuk.
cuci dan perah hingga takde air.
tumbuk bawang merah, cili, kunyit, bawang putih, ikan bilis dan sedikit halia.
Masukkan bahan tumbuk dalam periuk dan tuangkan santan.
masukkan tempoyak, kacau.
Masukkan pucuk ubi. kacau sebati, hingga mendidih.
Bubuh garam,
angkat dan hidang.

* resepi ni lebih sedap sekiranya diletak daging salai..oh..melampau sedap pulak.
Tapi malas lah nak salai/grill daging ke apa. korang bayang-bayangkan dah lah ya. guna imaginasi tahap 5.


selamat ke dapur
.

Saturday, May 29, 2010

Jom masuk dapur : asam pedas kepala ikan

Setelah beberapa hari tak balik ke sini, aku telah kembali ke pangkal jalan.
Makanya, haruslah dapur berasap.
Menunya..sama je kan? asyik-asyik aku masak asam pedas. Takde lah masak gulai kawah ke, kari kepala ikan jaws ke, masak kicap arnab ke. Ye. Asyik-asyik asam pedas ikan.
Now ni aku macam menyayangi binatang la. Menyahut kempen selamatkan binatang ke apa tah.
Kalau binatang ikan aku tak berapa kesian la.
So menu dari dapur aku adalah :

1.asam pedas kepala ikan mayung
2.sayur pucuk paku perisa durian
3.tempe & tahu goreng cicah sambal kicap
4.ikan goreng

dan utk tea-time aku goreng pisang kepok (errr....tak tau nama lainnya). Cicah sambal kicap. memang orang Johor kan. Kod ic tengah - tengah 01. hihik.


seperiuk asam pedas in the making

Bahan utama:

Kepala ikan mayung dan isinya - aku beli sekor besar . terima kasih akak penjual ikan di pasar malam yang memberi diskaun 50 sen dan tolong siangkan ikan. Rupa ikan ni yang belum di potong menakutkan oke.
cili kisar/giling -yang tak berapa pedas berapi.
serai, halia, belacan, bawang merah, bawang putih, asam jawa, tomato,minyak


Cara masak:

Tumbuk bawang-bawang, dan halia. Tumis dgn api kecil yang perlahan. masukkan belacan.
Masukkan serai yg di ketuk. Tumis api kecik oke.
masukkan semangkuk air asam jawa, dna tambah air lagi.
Rasakan garam dan masamnya. aku buh gula skitttt je.
masukkan ikan, didihkan hingga masak. masukkan tomato
Biar api sederhana.
Dah cukup asam, garam, masam-manis. Angkat le.
Sorry kalau tak sedap ye resepi aku ni. resepi campak-campak namanya.
Apa??? daun kesum?
takde. tu pun dah oke. sedap sgt. eh perasan.
haahhahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kepala ikan mayung. Slurpp...

ikan asam pedas aku ni kali ini sangat menjadik. wah..masuk lift terus tekan butang ke tingkat 184.heks.

Dihidang bersama sayur pucuk paku yang di masak bersama tempoyak. Tu yang jadi perisa durian. Tumbuk bawang mrah, bawang putih, ikan bilis,cili hijau 2 biji, dan 2 biji cili padi. Tumis bahan tumbuk. masukkan tempoyak 2 sudu. Masukkan sayur. Bubuh garam. kacau-kacau, angkat.

selamat menjamu selera!

Thursday, January 21, 2010

Sup Labak (labu+lobak)

Hi ols...
eh lama ek aku tak buat entry main masak-masak.
Malam tadi masak sup labu sebab nak bawa bekal utk pergi kerja.
Kalau masak pagi alamatnya driver akan tinggal aku.
Dan memang betul pun...
bangun pukul 5...pastu konon-konon nak tidur sats 5 minit...
nikmatnyaaa menarik selimut....zzzzZZZZZzzzz...
tiba-tibaaaaaaaaaaaa....
dangggg!!
makkkkk!!!
tersedar lagi 5.55 pg.
wohhhhhhhhh...
terlompat aku terus. Kalau lompat kuat sket, sekali lompatan dari atas katil mmg terus berdebub kat bilik air .
Panaskan sup sambil mandi.
Mandi kartun.
then matikan api.
Dah siap nak pi keje, aku buh sup dlm tupperware. Sup ni utk lunch.
drebar mak sampai 6.20pg.


Inilah dia sup labak (labu+lobak).



Actually, lately i'm more into vegies.
avoid nasi kalau boleh, eat more sayur dan buah.
Bagi aku, diet bukan tak payah makan. Tu bukan diet, tu nak bunuh diri.
Persoalannya adalah kena jaga apa yg kita makan, kuantiti dan juga waktu makan.
Oh, aku bukan nak kurus keding ye.
Just want to change into healthier life style.
Nak pikir apa yang nak dimakan itu pun susah.
Maklumlah, dah biasa dgn nasi goreng etc di waktu pagi.
Dah biasa dengan nasi dan lauk sedap time lunch.
Dah biasa makan nasi di waktu malam.

nak ubah tabiat mmg susah..

aku teringat dalam satu drama kat TV. Seorang ibu berangan menjadi orang kaya.
Kelakar.
So..instead of nasi goreng/ malay sarapan, dia serves roti kpd anak2 dan suaminya.
Laki dia tanya :"kenapa asyik roti, jem macam ni? Hari2 pulak tu.dah tak lalu."
dia jawab : " Abanggg..kita kan tinggal dikejiranan orang-orang kaya. Jadi kita kena lah berlagak cara hidup dan mkn macam orang kaya. Orang kaya, pagi-pagi mereka makan roti.."
errr....gitu ke?????
Pastu, kalau hidang cekodok minum petang, dia letak 3 bijik je atas pinggan semua orang. siap pisau dgn garfu. Dia ckp, ni cara hidang food mcm kat hotel. Ni gaya orang-orang kaya makan.
Bukan letak selambak pat ploh bijik atas pinggan mkn ramai-ramai. err..gitu ke?
hahhaha..azabsss.

eh, apa aku merapik ni??
ok berbalik pada kes labu aku.
aku cari alternatif untuk makan benda yg lain dari nasik dan sedap.
hemm..so now hari-hari aku buat sup sayur.
Dah dekat 2 minggu bwk bekal mcm ni.
Isnin : kobis + cendawan
selasa: lobak+ tahu
rabu: sawi+fishball
khamis:....
jumaat:....

dah abih segala sayur dah. aku pun dah rasa macam arnab sket. kalau mcm ni berterusan, aku rasa lagi 2 minggu, kompem tumbuh 2 gigi depan. Memang betul-betul rupa arnab dah.
so aku nak masak sayur lain. lets try labu.
Oh sedap rupanya.
Nak dramatik lagi aku bubuh lobak merah. (eh...tetappp berunsurkan rabit)..



Ok...lets cook!

Bahan-bahan:

Labu
lobak merah
bawang besar (kuning)
bawang putih 3 ulas
ikan bilis
(lada hitam)- jika suka
garam
air
setitik minyak utk menumis


kupas labu..sambil tgk CSI . susah oke kupas labu ni. memerlukan kekuatan tangan.Kalau mata dukkk tgk CSI, alamatnya ada yg terkupas jari karang.
Then, hiris lobak, kupas bawang, dan tumbuk bawang putih dan ikan bilis.


Cara masak:

1. tumis bawang putih dan ikan bilis dlm sedikitttttt je minyak hingga naik bau.
2.Masukkan bawang besar, tumis hingga layu.
3.Masukkan lobak merah, gaul-gaul. Masukkan air dan biar mendidih.
4.Masukkan labu, kacau. Biar mendidih hingga karot dan labu agak empuk.
5.Bubuh garam dan lada hitam sket (jika suka). Biar merenih.
Angkat dan hidang.

Dah siap..

Sup ni sangat lemak, sedap, bekhasiat dan mengenyangkan. Makan dgn roti pun boleh.Mudah nak masak.
err..kalau oramputih buat sup labu derang akan blend, dan bubuh krim sumer kan? yang ni tak payah..ko blend pakai gigi sendiri time makan. .tak yah susah2 nak guna food processor/blender. takyah buang masa basuh blender bagai.
Masuk perut hancur gak
hiks.


nak share info sikit dari sini:

http://info-kesihatan-anda.blogspot.com/2009/03/labu-kaya-khasiat.html


Pelbagai Khasiat Labu

Selain vitamin A dan C, labu juga mengandungi sumber kalsium, fosforus, zat besi, beta karotin dan serat. Kajian yang dilakukan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA) menyatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.


Dalam buku 'Vegetables : For Health and Healing' nukilan Ong Hean Chooi, isi
labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning. Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetes manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.

Jangan makan banyak sgt dan hari-hari. dikuatiri badan bertukar jadik kaler oren. seram.