Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts

Wednesday, January 1, 2014

ketam masak kari


 ketam kari

 Dah seminggu teringin makan ketam yang dimasak sendiri di rumah.
Pegi kedai cari ketam takde..pi giant pun dah takde...
semalam kebetulan pi Jaya Grocer dan nampak ketam yang gemukkk..
suruh orang yang jaga tuh hulur ketam sebab aku nak pegang and inspect dulu ketam tuh...cewaahhh..
3 kali aku tanya..ni ketam bila..fresh ke?? (sambil cek-cek ketam tuh)
being desprate dah tekak ni kan..i picked few ekor suruh timbang.
Dia tanya nak siang ke? aku cakap ehhh..tak payah.
Mahal jugak ketam nowadays, tapi rasanya berbaloi..sementelahan di masak sendiri (gila perasan konon masak sendiri lagi sedap ..kahkah).

Actually seumur hidup aku tak pernah pun masak ketam kari. Tapi bulan oktober ni aku makan seafood di Kuala Perlis, kawan aku order ketam kari..amboi sedappp nyaaaa.
so y not try masak ketam kari. tak susah kot lagipun nak hidang kat diri sendiri.
Aku guna bahan yang ada and some aku replace dgn bahan lain.Cthnya santan aku replace dgn yoghurt.

Ok..lets cooking ..

Bahan-bahan:

2 ekor ketam
serbuk kari ikan
bawang putih -2 ulas
bawang merah - 2 ulas
halia - 1 inci
serai -sebatang
daun kari
yogurt (natural)
minyak
kulit kayu manis -1 inci
bunga lawang - 1 butir
garam
air
 

ok....
Belah ketam , bersihkan dan basuh, toskan.
Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia.
Panaskan minyak, tumis dgn api kecil.
masukkan kayu manis dan bunga lawang
Masukkan serai.
Masukkan serbuk kari yang dibancuh dgn sedikit air.
tumis dgn api kecil hingga naik minyak dan masukkan daun kari.
Masukkan yogurt separuh dulu dan tambah air , kacau dan biar mendidih,.


, biar mendidih dan terbalik-balikkan.
Kari aku ni kuah tak banyak, so aku kena make sure ketam ni masak betul dan tenggelam dalam kuah sebati.
Masukkan garam.
Tambah yogurt dan gaul sebati.
kuah dah pekat , angkat ketam.

Hidang..

selamat memasak.

Sunday, December 29, 2013

Sardin masak lemak


Lama dah teringin nak makan sardin masak lemak. mengingatkan aku masa kecik-kecik dulu. Mak masak sardin masak lemak letak tomato. berebut kami adik beradik makan. Paling tak pun 2 kali tambah nasi.
Sampai menjilat kuali tahap sedap nya.
Last week, rasa teringin sangat..and telefon mak. mak cakap..balik la, meh mak masak kan.
hahhaha....

So...tiba-tiba aku ke dapu. semua bahan ada.

Bahan-bahan:

sardin - 1 tin
santan - 1 kotak
tomato- 3 biji
bawang putih - 2 ulas
bawang besar - 1 biji
halia- 1 inci
cili api - 6 biji (if suka pedassssss boleh letak sekilo..hihihi)
garam 
minyak utk menumis


Tumbuk bawang putih dan halia. Tumis dgn api kecil.
Hiris bawang besar dan masukkan dlm tumisan dan kacau hingga bawang layu.
Masukkan sardin, masukkan santan. kacau sebati dan biar mendidih.
Belah tomato  dan masukkan dalam sardin.
Ketuk cili api dan campok dlm sardin.
Bubuh garam...biar mendidih kejap 
tadaaa..dah siap..

oh jangan lupa masak nasik dulu ok. aku suka makan sardin ni dgn nasi suam dan bubuh kicap manis kipas uidang ( bila tokey ni nak amik aku jadi duta kicap dia khennnnn...)
 

Wednesday, September 14, 2011

chicken Thai green curry

Dari korea kita ke Malaysia makan nasi lemak lepas tu ke Thailand pulak eh.
Makan green curry. Mari kita ke Bangkok for authentic green curry. jooommm.

green curry


yeszaaaaaa...thai green curry paste, direct from Bangkok. as usual, at my fav shop dekat Suvarnabumi airport. Blue elephant curry paste.
Thanks for this soviner. ha...senang dan murahkan soviner mak. Tak perlu susah-susah belikan thai silk ke, perfume ke apa..beli paste kari pun dah gembira melompat-lompat. boleh lah kita masak dan makan untuk hilangkan stress.


kerja memasak lebih mudah.

ini ekoran aku melepak makan dekat Grand Canyon ...eh..Black Canyon. Makan green curry and tomyam. Biasalah, tekak aku kan kadang-kadang keji. dah makan kat restaurant lepas tuh boleh pulak mengidam masak benda tu pulak. miang sangat.mengidam masak oke. bukan mengidam makan. tapi dah masak, of course la lepas tu makan pulak kan...oh..lame excuses kan. memang tak akan selim melim sampai 2013. takpe. Kita harus berpegang kepada moto cik kiah iaitu "GEMUK BOLEH KURUS". Samada kita join The biggest looser asia atau kita usaha sendiri bila terasa nak kurus dan tiba masanya (BILA tuuuuu kiah???). tang tu jawab senirik lah.

no worries.

ok..jom masak. hik-hik-hik.
oh macam nak kena lempang kan?

Bahan-bahans:


daun limau purut, bawang putih, bawang merah, halia, tomato

ayam - hiris lah kecil-kecil. jangan buh seketul macam ni. nanti tak macam thai green curry pulak.

terung kampung. entah, aku tengok kat plastik tulis macam tu. dekat label kat pasaraya tulis terung cameron. maybe terung kampung cameron.

kak seri siantan. eh, santan.

green curry paste


cara memasak:

1. Tumbuk bawang merah, halia dan bawang putih.
2. Tumis bahan tumbuk, masukkan paste kari hijau.

Tumis hingga naik bau masukkan ayam. gaul sebati.

masukkan santan. if terlalu pekat, tambah air.

Bila dah mendidih, masukkan terung yang telah dihiris

kacau rata

Bila ayam dan terung dah masak, masukkan tomato dan daun limau

Masak lagi , 5 minit ke..kacau..mendidih, rasakan garam nya. dah ok...sedap ikut lidah masing-masing...haa..angkat. oh ya..if suka pedas, masukkan cili api ketuk beberapa biji.

ok..siap...jom masak dan makan.

Monday, September 12, 2011

Jom masak: Asam pedas ikan merah

Asam pedas ikan merah


Bulan syawal ni kenyang makan lemang, ketupat, rendang lah kan.
i've few more open house to attend. Alhamdulilah, rezeki.
so impian " err...kang hari isnin ni aku start diet...or start my healthy menu ..." belum terlaksana.
dengan jemputan rumah terbuka yang banyak..lepas tu company jamuan raya...err..next..next..next monday lah kiah kita makan sihat-sihat.
penat semalam catz sediakan ais krim untuk jamuan raya company ofis hari ni..

hiks....
Stock makanan basah masih lagi banyak dalam fridge.
kena masak untuk habiskan stock dan kosongkan peti sejuk sebab i'll be away soon.
back to routine, kerja. out station.
so pokok-pokok bunga ai, sila prektis puasa. :)

oleh kerana banyak undangan makan jamuan raya, kalau tak kemana-mana i prefer to cook.
lfew days before aku masak asam pedas.
lama gila tak masak asam pedas, and it turned out to be good.yeyhhhhhh.

ok..bahan-bahan:

ikan merah - sepotong (if makan ramai masak le sekor)
daun kesum
cili giling
bawang merah- 5 ulas
bawang putih - 3 ulas
halia
serai- 1 batang
asam jawa, untuk menyenangkan hidup gunalah paste adaaaabiiiii.
air
tomato
minyak,
garam gula secukup rasa.

cara masak:

tumbuk bawang merah, halia dan bawnag putih.
Tumis bahan tumbuk dan serai hingga naik bau.masukkan cili giling dan tumis dengan api perlahan. kacau-kacau...hingga garing.
Masukkan asam jawa yang dibancuh dengan air. kuantiti agak-agak le kan.
tambah setenga mangkuk air jika masih terlalu pekat.
masukan daun kesum.
then masukkan ikan bila kuah dah mendidih.
sesambil tuh rasakan le..balance ke tak garam, gula sket.
masuk tomato...
dah sebati, ikan dah masak...test2 rasa sket agak2 sedap di lidah ...
angkat. hidang...


Saturday, May 21, 2011

sardin masak lemak

dah takde modal nak blogging, so kita makan sardin dulu.

bahan-bahan:

sardin -tak kisah brand apa
santan - 1 cawan
cili api + cili hijau
bawang putih, halia , bawang besar'
tomato

jom masak!

tumbuk halia dan bawang putih.
mayang bawang besar
hiris-hiris cili
tumis bahan tumbuk dan cili serta bawang besar hingga naik bau
masukkan sardin beserta sosnya.
kacau sebati
masukkan santan dan sedikit air.
kacau, hingga mendidih.
masukkan tomato.
kacau, tambah garam secukup rasa.kacau dan angkat.

Wednesday, April 27, 2011

Nasi ayam


Masak malam semalam.

step memasak:

1. rebus ayam dalam air banyak (buh halia ketuk dgn garam sikit)
2.basuh beras, toskan
3.amik setengah labu bawang besar, 2 ulas bawang putih, hiris.
4.tumis bahan hiris dengan butter, masukan kayu manis, bunga lawang hingga naik bau.
(dlm rice cooker)
5.masukkan beras, kacau-kacau sebati dgn bahan tumisan.
6.masukkan air rebusan ayam, biar mendidih ( i tak tambah garam sebab sup rebusan ayam dah ada garam, dan butter mmg dah masin)
7.tutup, biar mendidih dan biar nasi hingga masak.


sesambil tunggu nasi, kita marinate ayam dgn kicap manis yang dicampur dgn bawang putih, bawamg merah dan halia tumbuk.kuarkan ayam dari sup, toskan. buh dlm mangkuk dan campur dgn bahan tumbuk. biar sebati kejap.

sambil tunggu ayam tuh sebati dengan kicap, blender lada merah..zrenggggg..oh ya aku buh bawang putih sekali. Lepas tuh kuarkan lada dari blender, buh garam, gula dan air perahan limau kasturi (aku guna 10 bijik).kacau-kacau, rasa-rasa..siap.

so masukkan ayam dalam oven. aku pakai mode roast. so itulah roasted chicken i tgh berpanas-panas.
so sambil tuh..hahaha..(berapa banyak sambil lah kannn)..ok tema masak adalah sambil-sambil.
ahahhaa.
ok..masukkan kicap ayam tadi dalam mangkuk..dah siap.

roasted chicken and salads

jemput makan!

Wednesday, April 20, 2011

Main masak-masak : udang masak lemak belimbing buluh

udang masak lemak belimbing buluh


Masak malam tadi.

Bahan-bahan:

udang saiz besar -saiz double XL (???)
belimbing buluh
santan - sekotak
daun kunyit
bawang putih -2 ulas
bawang merah - 3 ulas
cili api - 5 biji
serai - sebatang
halia- 1 inci


Bersihkan udang
tumbuk bawang -bawang, cili api, halia. ketuk serai,
masukkan benda2 di atas ke dalam periuk.
masukkan santan, bila dah mendidih masukkan belimbing buluh dan daun kunyit (hiris)
Agak-agak belimbing dah layu sket, masukkan udang.
Biar mendidih sekejap, angkat!



sambal belacan


sayur pucuk paku.,
siap dengan batang-batang sekali masuk. sebab cikgu kata benda2 yg dekat batang , kulit (kulit buah-buahan) kat situ le khasiatnya. Jangan ko makan kulit durian dah.kang masuk sepital.



Sunday, April 3, 2011

ikan bakar bersambal


Bahan-bahan:

Ikan cencaru (nak guna ikan emas ke, ikan paus ke.. pun boleh je)
bendi - 3 batang
cili kisar 3 sudu besar
balacan- 1 inci
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 3 ulas
garam
gula
minyak - beberapa titisan
limau kasturi- 3 biji
tomato - 1 biji

Cer cara:

tumbuk bawang merah, bawang putih dan tumis hingga naik bau.
Masukkan cili kisar tadi,belacan tumis api kecil hingga garing.
seimbangkan rasa, buh garam dan gula.

sesambil tuh bakar le ikan dlm oven.

ikan dah half cook tuh..siram sambal tadi. letakkan juga bendi yang dihiris nipis, gaul2 sket.

bakar semula..in 5 minutes.

ok sudah buleh makan dengan nasik suam.


my fav..

dessert malam ini adalah pisang yang dimakan dengan ais krim double dutch walls... yummeh.

Tuesday, March 29, 2011

Cendawan masak lemak cili api

Cendawan masak lemak cili api


siapa pernah makan cendawan ni..cendawan yang dikutip dari pokok mati. Dulu teringat masa kecik-kecik, mak masak benda ni..bubuh cili api, santan sikit, kering-kering..uhhh...


wa..glemer akak tudung pepel..


Recently, balik kampung, catz jumpa di pasar pagi. semangkuk ni RM2.00 (di Pasar pagi Pt sulong, Batu pahat). so sebab tamak, beli 6 mangkuk. beli 6 mangkuk tuh dapat cendawan je ye. mangkuk tuh abang jual cendawan tak bagi bawak balik.
Mak catz masak dengan biji ranti, tempe dan cili api. buat ala-ala sambal berkuah.uihhh..2 pinggan aku makan. makan nasik. bukan makan pinggan ye.


Bahan-bahan:

1. Cendawan yang dikutip dari pokok (jgn sebarang kutip ye cik Kiah, kang masuk sepital)
2.cili api -10 biji, kalau nak pedas meletop-letop, bubuh sekilo.
3.bawang merah 3 ulas
4.bawang putih 2 ulas
5.halia - 1/2 inci
6.kunyit hidup -sikit je.
7.santan pekat semangkuk
8.garam secukup rasa.
9.ikan bilis (optional, nak letak ok..tanak pun tidak membawa kepada kegagalan resepi)


*agak rumit gak nak basuk cendawan ni. aku rendam kejap..bersihkan, perah, the bilas, perah, bilas, perah bilas sampai bersih. azab tuuu.


Cara memasak:

1.Tumbuk bawang putih, bawang merah,kunyit, cili api, ikan bilis dan halia.
2.Tumis bahan tumbuk dgn sedikit minyak hingga dapur anda menerbitkan aroma org sedang memasak.
3.Masukkan cendawan, gaul sebati.
4.Masukan santan, kacau hingga agak mendidih.kacau..kacau..buh garam. test2 rasa. kalau ko dah perasan sedap, kira ok lah tu.
5.matikan api ...masuk pinggan hidang.




nyummm!!

jemput masak..eh...makan!

Saturday, March 19, 2011

Telur masak lemak tempoyak


Telur masak lemak tempoyak

Dah 2-3 hari rasa nak makan benda ni.

Bahan-bahan:

Telur ayam (telur itik lebih best tapi i tak bela itik) - 4 biji
tempoyak - 3 sudu besar
cili api - 7 biji
santan - satu mangkuk
bawang merah - 2 ulas
bawang putih - 2 ulas
halia - 1 inci
serai - 2 batang
daun kunyit - 1 helai


Jom masak:

tumbuk bawang - bawang, cili api dan halia
masukkan bahan tumbuk dalam periuk, masukkan santan, serai dan tempoyak.
gaul rata hingga mendidih.Masukkan daun kunyit.
Pecah telur satu persatu dan biar api sederhana, tunggu hingga telur keras.
letak sket garam,test-test rasa sket. dah ok..angkat masuk pinggan.
matikan api ye, kang dapur terbakar.




ok..hidang..telur tempoyak, sambal udang, ulam bendi, ikan masin goreng dan sambal belacan

makan!

Wednesday, March 2, 2011

Ikan Talapia Sambal Hijau

Ikan talapia sambal hijau


Masak malam tadi. lauk simple. Ikan talapia merah masak sambal hijau sayur sawi masak air.
Goreng ikan kembung then buat sambal kicap buh bawang dgn limau.
ehemmm.


ok.
nak letak resepi simple ikan talapia nih. resepi sayur sawi tak payah lah ek, yang ni anak sedara aku yang umur 3 taun tuh pun reti kot gamaknya (main masak-masak le). kalau masak betul, mau terbalik dapur adik aku kot. silap-silap kebakaran.
kehkeh.

ok..bahan-bahan:

ikan talapia merah
Cili hijau - 7 biji
bawang merah- 2 ulas
bawang putih-2 ulas
bawang besar -1 labu (separuh blend, separuh hiris)
air asam jawa - 1/2 mangkuk
garam


cara memasak;

1.pi kedai/pasar/supermarket -beli ikan talapia. (if nak guna ikan lumba-lumba/ikan paus/jerung pun boleh je. ) aku beli kat tesc0 -sekilo RM5.50 (kottt).

2. senyum manis kepada abg penjual di TESC0 tuh, " err..tolong siang boleh?" -so dia akan siangkan.
(rasa nak suruh dia siangkan sekali ikan kembung 4 ekor kecik-kecik nih, tapi takut dia baling aku dengan pisau pulak kanggg).

* if makcik yang menjual mak tataw kaedahnya.


balik cuci ikan, kelar sket dan buh garam sket. goreng dalam minyak banyak. dah terbalikkan, masak , angkat dan tepikan.


zrengggg...zrassssss...


sesambil goreng ikan, blend bawang-bawang tadi dan cili.
tumis cili dalam kuali, kacau, buh bawang hiris dan tumis hingga garing.
masukkan air asam jawa, garam secukup rasa.
masa nak tutup api tuh rasa-rasa la sikit..dah oke ke...tah rasa tak best ke..adjust2 le.


sambal dah siap, buh atas ikan or masukkan ikan dlm kuali, gaul supaya ikan bersalut sambal.
Ok..hidang.

dah!

Wednesday, February 23, 2011

ketam lemak cili api

masak lemak cili api ketam

Bahan-bahan:




ketam

siang le, gunting kaki tangan tak perlu, belah, cuci, toskan.




bawang merah, bawang putih, cili api , halia -tumbuk!
serai-ketuk penyek
daun kunyit - hiris nipis
santan - 2 mangkuk

apa? bawang? yeee..versi lemak cili api ku mmg menggunakan bawang sebab aku tak reti masak tak guna bawang. Ni sebab keturunan pemakan bawang start dari nenek , emak aku, aku semua masak lemak cili api guna bawang.


Jom masak..

untuk effect yang lebih lazat hingga menyumbat jantung, tumis bahan tumbuk tadi dan jugak serai. Kacau hingga naik bau, warna kekuningan, masukkan santan. Bila mendidih masukan ketam dan daun kunyit.
Kacau sebati smapai ketam masak .
Buh garam...sket.agak-agak. aku malas nak sukat-sukat.
then test-test lah sikit rasa tuh..
kalau sedap puji le diri sendiri dalam hati.. "mak oiiii..sedapnyaaaa aku masak"
(mmg le mcm keji puji masakan senirik, tapi sapa lagi nak puji ye tak?)
Tapi , i punya pemakan, suapan yang pertama dia terus cakap.. "sedapppp..terasa daun kunyitnya"

ehm. kompem lah kan?

terus i senyum dan lari kedapur, amik periuk nasik terus bawak ke meja. kang senang nak tambah lagi 2 pinggan.


Menjawab soalan Tijah yang femes dekat seremban tu..dua ekor terakhir adalah digoreng. buh garam, kunyit, bawang putih, gaul2..sressssssssssssss!!!! masuk kuali.

ok..tata.

Sambal udang petai

ni entah versi/kali ke berapa buat posting sambal udang petai.
macam takde modal.
aku takde red velvet ke, pavlova ke nak tayang, jadiknya sambal petai pung jadik le.

i should blame makcik nasik kerabu. i hate u tau!
i was looking for nasik kerabu at pasar malam at my fav stall.
Tapi the makcik anak beranak takde?
Grrrr..penat mak jalan sebatu (parking jauh tau makcik).
dah park -jalan-jauh, takkan nak balik lenggang kangkung.
i was browsing all the stall sayur and wet items.
Beli udang ,dan petai.

aku: "bang...yang dah kopek takde ke?"
abang petai: takde dik, err..dah habis (sambil konon-konon tgk bawah meja).
padahal dia mmg jual petai gantung-gantung. Tapi petai dia cun, segar bugar dan tembam.
so sambar satu ikat. beli udang sikit.
zassssss.....balik rumah.



kopek petai sambil tangan sebelah kacau cili atas dapur

lebihan cili masak ketam harus tak dipersiakan. Tumbuk bawang putih, merah, hiris bawang besar, buh halia sket, tumis. Buh belacan sket ok. Panaskan minyak, masukkan bawang, tumis dan cili kisar.
sambil tuh kopek petai ye. aku sampai rumah dah dekat pukul 9 malam. so kena multitasking gitu, kalau tak pukul doblas baru makan. Aku punya speed kopek petai amat keji, mungkin boleh jadi sahur pulak kang.
oh nasik lah yg kena masak mula-mula.

gebu dan tembam kan? lepas tuh belah-belah le kalau tamau ada extra protein yang bergerak-gerak masuk dalam sambal.
lepas tuh baru kopek kulit udang pulak time petai sudah masuk dalam sambal. then campak udang pula. dah.

ohh..berbaloi nya usaha mengopek petai tadi.

sambal yang agak pedas nak mam. so makan sikit-sikit dah lah. terubat rindu dan kepuasan.(sikit-sikit=2 pinggan).

ni semua makcik nasi kerabu punya pasal lah kan.
makcik, sila merasa kesal ye?

dah.