Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Saturday, 28 November 2020

Adios....

Assalamualaikum bloggers and readers..

Aku sebenarnya tak tahu menulis tentang peristiwa yang berlaku minggu ni.


Diego Armando Maradona..
Aku tak tahu macam mana nak describe. He is gone.!!
Blur kejap aku. .
dan aku bukanlah jenis fan yang fanatic,.
Tetapi sampai la ni aku tak pasti dia mati bila. Hari apa, siang ka malam ka. Sakit jantung ka,, atau denganya pendarahan dalam kepala.
Nanti lah aku free2 aku baca news semula

So no words .. 

Tetapi Astro dok  tayang pasal Maradona. immortal etc..

FB video pun dok tunjuk gol2 dia..

 so aku kena luahkan juga


Aku minat Argentina sebab dia, dan terus minat sampai la. 
Aku minat ManCity pasal pemain Argentina dok main kat situ, Tevez, Zabaletta dan Kun etc. Dan terus minat sampai la....

Aku kena marah kaw-kaw oleh cikgu bahasa Ingeris, Mat Saleh orang Bristish, Mr Donahoue, kerana Argentina..
Manalah aku tau dia sensitif cam gitu sekali.
Aku buat karangan kejayaan Malaysia ( dlm masa depan) dalam penerokaan angkasa lepas. Karangan fiksyen gitu. 
Kapal angkasa Malaysia berjaya mendarat kat planet next to Argentine spaceship.
Punyalah dia hagin . Dalam banyak2 negara dalam dunia kenapa Argentina.
Manalah aku tau!! Aku minat Argentina.
Mana aku tau dia marah Argentina sebab perang Fakland. Sukan dengan politik mana boleh campuq...adoiii.

Ok habis bab tu..

And aku merasakan Maradona adalah pemain terbaik sepanjang zaman. Dalam senarai yang ada Pele, Zidanne, Cyruf,..dia satu level di atas. G.O.A.T.

Dont cry for him Argentina, but smile because he was a gift for your nation

Dari segi bola dia terbaik, dari sudut lain dia agak bermasalah. Entahlah... tang tu agak mengecewakan.





Monday, 31 October 2016

Tahniah Kedah!! Cuba lagi Selangor! ( cuba ja tau, jangan sampai menang)

Assalamualaikum bloggers and readers..



  1. Aku nak ucapkan tahniah kepada pasukan Kedah dan juga Selangor yang mempamerkan permainan yang menarik dalam perlawanan akhir semalam.
  2. Bukanlah game terbaik dalam Super League ka Piala Malaysia ka , tapi kalau level final tu kira ok la, menarik la jugak.
  3. Sebabnya kedua dua pasukan tak terlalu merencanakan tektikal dan strategi yang nak menang ja, sebaliknya main secara terbuka dan masing masing terus berusaha mencari gol.
  4. Walaupun Kedah mendahului tetapi tidak sampai bertahan sampai bosan,
  5. Selangor dengan "pengalaman dan laman" (tempat sendiri di Stadium Shah Alam), tak berupaya mendapat manfaat dari kelebihan tersebut. Gerakan serangan Selangor nampak tajam walaupun Kedah banyak menguasai. Tu yang cemas..
  6. Cuma tahun ini tahun Kedah untuk jadi juara dan kegembiraan untuk penyokong yang dok jauh mai ke Shah Alam. Dengan lori bagai.
  7. Tapi depa ni kalah pun tak ralat sangat walaupun kecewa, menang kira bonus,,sbb kalau dah minat tu sokong jugak lagu mana pun.. Thorbaek!!!... la Penyokong Kedah.
  8. Hampa teruskan sokongan nooo.. Kalah menang tetap setia
  9. Awat aku dok koi tulis bahasa Kedah.. Heheh sebab aku orang Kedah, Anak anak semua ic tengah nombot 10. rakyat selangor depa semua.  Tapi sokong macam abah..
  10. Biar jasa jadi kenangan nooooo. Jangan dok gaduh pulun habuan pulakkkk.. jemmm la penyokong kalau ada isu gaji la , tak puas hati la, Raikan kemenangan elok elok naaa,
Sekian..
Hampa cuti, aku kerja juga...


Gambar dari FB Kedah FA dll dan google..satu gambar pun aku tak snap!!

Piala Malaysia 2016 (Medal)









Wednesday, 16 December 2015

Analisa: Senangya aku komen pasal bola,,

Assalamualaikum bloggers and readers..

Kembali Pasal bola sepak atau lebih tepatnya Final Piala Malaysia 2015. Amboi KEdah kalah ja terus senyap sepi. MEang ja bising.. Bukan lagu tu cek ooii.
Memendam kepiluan..hahahaha

 Apabila Kedah layak naik divisyen dan layak ke Piala Malaysia aku menjangkakan Kedah paling  terbaik pun tempat ke-3 Kumpulan .. Sila lihat entry ini...


Tu cerita lama..Hakikatnya Kedah layak ke final dan kalah.. Ni komen aku pasal final malam tu. Biar lambat tapi aku nak coretkan kat sini.

Saingan 50-50.

Secara keseluruhan permainan kedua-dua pasukan amat baik dalam keadaan padang yang becak dan hujan. Namun sebagai home round Selangor ada sedikit kelebihan. Ye lah dok train dan main setiap hari kat situ mesti tau mana berlopak dan sebagai nya.. tapi Kedah kalah bukan sebab padang. Hanya sedikit advantage Selangor..


Liridon, pemain yang patut jadi jeneral tengah padang bagi KEdah banyak menggangu flow di mana beliau banyak hilang bola dan terlalu lambat utk relelase kepada flanker..atau target man Kedah. Acapkali bola dirampas dan terserlah pada gol kedua apabila bola direbut oleh Selangor terus menghukum pasukan Hijau Kuning, untuk jaringan kedua.

Entah mengapa jangkaan  sudut oleh penjaga gol, Firdaus pun agak pelik dan ada ruang yang luas di sebelah kiri. MElihat keadaan tersebut aku terus menjangkakan gol akan terbolos.


Tektikal dan gol awal

Mungkin terlalu ghairah dan ingin mencari gol awal maka gawang kedah bergegar pada minit ke4 .  Dan seperti tak belajar dari kesilapan keadaan yang sama berlaku pada separuh masa kedua. Kalau ada tiga interval mungkin Kedah kena lagi. Wohahaaha.

Semasa BAdrol bermain attacking midfield sepatutnya Liridon kena push ke atas lagi utk ganggu pertahan Selangor yang tinggi lampai tu. Dan Chidi dan Sandro kena main wide untuk tarik defence ke tepi.

Cukup lah analisa aku pasal kekalahan kedah..  Lupa nak ucap.."Tahniah Selangor"

oh ya.. Tan Cheng Hoe tak patut balik sehari sebelum dan hande team. Dia patut balik dan tengok saja...Sbb dia telah tinggal team agak lama dan hanya org yang take over tau form mana pemain dan susun strategi ikut keadaan semasann

p.s
"Team mana yang berdisplin dan  tak lakukan kesilapan akan menang"  Itu komen pakar pakar dalam media massa. Tak yah lah komen cam tu. 

KimK pun tau cakap cam tu.

Baik komen sapa score banyak dia menang..

p.s.s
Komen senang kan..cuba hang main!  .erkkk



Thursday, 10 December 2015

Dan, tahun depan itu sudah jadi tahun ni

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tetiba teringat tentang entry aku dulu, pasal sorang pakcik dari Pahang yang berjalan pusing satu Malaya kerana bernazar jika Pahang menang Piala Malaysia 2014..

Aku memang jumpa dia masa dari berjalan segmen Arau ke Alor Star atau Jitra. Katanya bila malam dia akan berhenti kat mana mana masjid. Aku , Ayah dan kakak aku sempat la borak-borak . Tak pasti la sudah berapa lama dia berjalan tapi memang habis sunburn muka dia. Aku jumpa dekat kodiang..

Berasa kasihan , kami ajak dia naik kereta nak tumpangkan ke Jitra ka Alor Setar ka..

"Tak boleh" kata dia.

"Kenapa tak boleh. Penat berjalan ni" tanya aku.

" Nanti kena mula balik.

"Eh ya ka. Ni pun kira pusing satu Malaysia juga" pujuk kami.

"Tak boleh . Tak boleh. Kalau sembahyang boleh ke buat separuh kemudian berhenti? "mcm tu kalau tak silap aku pertanyaan dia sambil tidak memharapkan jawapan dari kami.

"Jadi kalau pakcik naik kereta maknanya pakcik tak sempurnakan niat pakcik, nanti kena start balik..tak boleh tak bolehhh" ujar beliau sambil geleng kepala.


Ohhhh....mungkin itu terdetik dalam hati kami bertiga.

Dia pun melangkah pergi meneruskan perjalanan sambil mengilik bendera Pahang dan bendera Malaysia. Ada tertulis banner/kadboard "kembara Wira Pahang" ( kalu tak silap aku, aku akan cari semula gambar yg aku snap).






Sempat aku bergurau..

" Kalau macam tu tahun depan (2015), Piala Malaysia bagi kat Kedahlah pulak ""
"Tak payah Pak cik berjalan lagiiii...."


Dia berdiam sambil meneruskan perjalanan...
Diam itu tandanya setuju kan..

P.s ..dan tahun depan  tu sudah menghampiri..hanya tinggal 2 hari lagi..
Doakan kejayaan Kedah ya semua..










Man City juga layak ke suku akhir UEFA Champion League



Wednesday, 9 December 2015

Oh my racket

Patah jua raket favourite ni..
Nampaknya kena beli baru..
Hujung-hujung tahun ni..
Ermm..sabar je lah..
Main tak seberapa..

Tapi macam teragak dah..
Sebelum main macam dok rasa tali akan terputus..
Rupanya raket yang patah terus..

Thursday, 10 September 2015

Terbuka Jepun :Lee Chong Wei kalah kepada Lin Dan

Perlawanan pertama antara dua bintang badminton setelah LCW kembali dari pergantungan.

LIN Dan masih meneruskan penguasaan apabila mengalahkan LCW straight set

Tuesday, 8 September 2015

MALAYSIA LWN SAUDI ARABIA: Ultras bertindak!@

Melihat komitmen pemain ok la jugak
Kalau tak ok makin orang kutuk.
Tengok sungguh sungguh juga pemain kita ni..

Bermati-matian berjuang...
Malah boleh mendahului..
pelik,dalam keadaan bertahan boleh score..itula bola,,unik!


Tapi Ultra sudah rancang sesuatu..
Sudah berterbangan poster dan rancangan dalam media sosial..

Rancangan ni pun mungkin terbatal rasanya kalau msia menang.

Tapi KSA terus mencari gol dan berjaya.

Kemudian gol lagi.. dan Malaysia pun ketinggalan.


Adakah itu alasan untuk ledakan bom asap dan mercun..
Ledakan bom asap dan mercun bukan untuk perlawanan depan mata kot.. 
tapi message untuk isu lain?? Entahlah

patutkah  Ultra bertindak?
Perlu ke tidak..??
Mungkin mereka lebih tahu asas dan tujuan...

Apapun mereka menyokong dengan penuh semangat..selama ini.
menyokong dan menyokong..sangat2 passionate..

namun, adakah sudah sampai ketika mereka berpatah arang atau sekadar luahan perasaan..

Mungkin..
mungkin..




Poster-poster ultra

Monday, 7 September 2015

Surat terbuka

Assalamualaikum bloggers and readers..serta...

Presiden FAM..

1.Saya terpanggil jugak nak tulis surat terbuka ni. Di dalam kemelut bola ni, saya nak beri idea bagaimana nak memajukan sukan bolasepak.

2.Sekurang-kurangnya blog ni jadi medium untuk saya tulis apa yang terfikir. Sekadar cetusan idea tetapi pelaksananya ialah barisan exco FAM. Itu pun kalau idea ni cukup bagus. Kalau tak bagus, boleh bungkus saja idea ni.

3. Yang sejarah tu sejarahlah, cuma ramai yang tak mau ianya berulang.

4. Gaji.
Gaji pemain liga tempatan terlalu hebat. Mereka menggunakan badan, kederat , kaki lutut dan lain-lain sebagai tools untuk bermain. JAdi adalah logik mereka menjaga tools ini apabila bermain. Supaya mereka boleh tetap bermain dan menyara kehidupan. 

Adakah pemain akan bermatian untuk untuk negara hanya untuk cedera dan selepas itu tidak boleh bermain dengan gaji yang lumayan dengan kelab. Memang ramai yang bermatian bermatian untuk negara, namun mungkin ada yang tidak. Jika ada sorang dua pun separuh hati, akan pincanglah pasukan kerana tidak "sehati sejiwa:

5. Cadangan saya ialah, hadkan  syiling keatas gaji pemain dalam kelab/pasukan liga. Contohnya gaji maximum ialah RM30, 000. Maknanya tiada kelab boleh membayar gaji termasuk elaun melebihi jumlah ini. Bagaimana mereka boleh mendapat gaji yang lebih? Jawapannya di bawah:

6. Apabila diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan, FAM perlu membayar elaun pemain kebangsaan sebanyak RM50,000 sebulan. Selagi nama tersenarai dalam 22 atau 23 orang pemain kebangsaan selagi itulah elaun ini perlu dibayar. Rancang dan wujudkan  satu kaedah sebagaimana bayaran pencen ke, contohnya, jikalau karier mereka terbantut akibat cedera, lumpuh ketika bermain untuk negara. Mungkin bayaran 75% sehingga akhir hayat. Quantum bayaran boleh difikirkan oleh pihak berkaitan.

7. Kesannya, pemain akan berusaha menunjukkan prestasi terbaik dalam liga supaya diserapkan ke pasukan kebangsaan sekali gus meningkat mutu liga super.

8. Kesan seterusnya,pemain akan senantiasa bermain dan menunjukkan kualiti yang tinggi utk kekal dalam pasukan kebangsaan, (demi gaji, demi negara?.. sudah tidak relevan). Kerana mereka tahu ganjaran dan masa depan lebih terjamin.

9. Persaingan untuk mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan adalah lebih sengit ,yang merupakan persaingan yang sihat. Yang senior ataupun berpengalaman pun mungkin melipatganda prestasi bimbangkan  diambil alih oleh pemain baru yang ingin menonjolkan diri.

Sekian

p.s
Update..ketika usia sejam atau lebih posting ni dengarnya Presiden FAM nak letak jawatan.oppsss
 Harap Presiden baru atau KJ bacalah cadangan ni..

Thursday, 27 August 2015

Piala Malaysia 2015 : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan

Assalamualaikum bloggers and readers..


Keputusan undian piala Malaysia 2015 sudah diketahui.

Undian ini adalah undian yang baik, menarik dan seimbang bagi semua pasukan. Peluang untuk menjadi juara kumpulan adalah sama, setaraf dengan kedudukan masing-masing yang dianggap “favourite” dalam keputusan liga super (dan  liga perdana). Nampaknya pasukan pilihan boleh menepati ramalan dengan hasil undian sebegini.. Apa pun dalam bolasepak macam macam boleh berlaku.

Dalam kumpulan A, nampaknya LIONXII adalah pasukan pilihan aku untuk menjuarai pada peringkat ini. Terengganu mempunyai kekuatan yang seimbang tapi keutuhan strategi menjadi penentu. Kedah mungkin boleh potong tang kona tapi belum cukup kekuatan sepasukan untuk memberikan keputusan yang baik. Mungkin kedah boleh buat upset beberapa perlawanan ditempat sendiri tapi itu sahaja lah kot pasukan Lang Merah. JDTII mungkin agak jauh prestasi mereka berbanding yang lain.

Kumpulan B bakal menyaksi pertembungan 2 pasukan pilihan, JDT dan Perak. Nampaknya baki pasukan yang ada kurang mampu untuk bersaing, berdasarkan prestasi semasa.

Selangor Sengit.

Cuma nampak sengit dalam kumpulan C, yang terdiri daripada pasukan Selangor, Felda United, Kelantan dan T-Team.
Selangor yang berada di tempat ketiga liga (pot satu) terpaksa berdepan dengan pasukan Felda yang menampakan kebangkitan akhir akhir ini. Dan juga Kelantan yang juga sejarahnya boleh menyengat dalam Aksi Piala Malaysia.

Dalam kumpulan D, Pahang sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengutip mata penuh atau meninggalkan pasukan lain dengan langkah selebar gajah. Lain-lain pasukan agak seimbang dan mungkin Pulau Pinang boleh mebuat kejutan disamping PKNS yang boleh menggugat . PDRM menghadapi tugas yg agak berat dalm kancah Piala Malaysia kali ini

Berikut adalah keputusan penuh undian:




Jangkaan aku pada peringkat kumpulan adalah seperti berikut:


Kumpulan A:

Johan: Lion XII
Cuba nak jadi johan: Terengganu
Mungkin boleh mencelah: Kedah.
Terus berharap: JDTII

Kumpulan B:
Dijangka Johan: JDT
Cuba nak jadi johan: Perak
Mungkin boleh mencelah: ATM
Terus berharap: Sarawak

Kumpulan  C:
Johan: Selangor
Cuba nak jadi johan: Felda United
Mungkin boleh mencelah : Kelantan
Terus berharap: T-Team

Kumpulan D:
Johan: Pahang
Cuba nak jadi johan: Pualau Pinang
Mungkin boleh mencelah: PKNS
Terus berharap: PDRM









Jadual perlawan adalah seperti berikut:

Saturday, 25 April 2015

Keputusan undian Champion League separuh akhir.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Semi final Champions League:

Barcelona v Bayern,
Juventus v Real Madrid


Wow.!

Hope the Finalist are BARCELONA VS JUVENTUS..

go Messi, go Teves.. viva Argentina!

Friday, 27 March 2015

Ha? Pelumba F1 guna tuala wanita. Sanitary pad fix for sweaty Rosberg in Malaysian heat

Assalamualaikum bloggers and readers..



Mungkin selepas ni dia boleh jadi duta tuala wanita...lol.

Pemandu Mercedes Nico Rosberg telah mendapat idea yang unik untuk menghadapi cuaca Malaysia yang panas iaitu dengan menggunakan tuala wanita untuk menyerap peluh dari memasuki matanya,

Good luck Team Petronas !!!

Mercedes’ Nico Rosberg has come up with a novel way of dealing with the heat and humidity of Sepang, by using a sanitary pad to soak up his sweat. There was no news however of whether his choice of pad was super absorbent or extra long. The Malaysian Grand Prix starts this weekend with qualifying tomorrow and the race on Sunday. – Reuters pic, March 27, 2015. -(via Malaysian Insider)


  • Heat and humidity are a perennial problem at the Malaysian Grand Prix but Mercedes driver Nico Rosberg has a unique solution – wearing a sanitary towel inside his helmet.

  • The German revealed that he uses the absorbent towels as sweatbands to stop moisture trickling into his eyes, a special "trick" which could give him an edge this week.

  • "I have an issue with my eye when I sweat a lot so that is what the headband is for," Rosberg told Sky Sports.

  • "Actually I do have sort of a headband in my helmet, it is my trick, but I can tell you. I put a woman's... erm... what do you call them? The thing you put in your underwear."

  • When the interviewer suggests "Tights?" Rosberg replies, "No, inside the underwear", before the term "sanitary towel" is volunteered.

  • "Sanitary towel – I put that on my forehead in my helmet to take up the sweat," confirmed the driver.

  • Temperatures upwards of 30°C were no sweat for Rosberg as he timed quickest in first free practice today. – AFP, March 27, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/sports

Oh Man!!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Oh mannnnn!!! Oman belasah Malaysia 6-0.


Keputusan penuh perlawanan persahabatan Malaysia 0 Oman 6.

Sangat-sangat mengecewakan persembahan Hariamau Malaya yang merupakan naib juara AFF.


Aku secubanya untuk positifkan diri untuk mengkritik secara membina..

Arggghh,, agak sukar nak tengok sudut mana yang positif dari permainan semalam. Kesimpulannya:


  • Kecewa aku menghabiskan masa menonton.



  • Harimau Malaya terbang ke Muscat hanya untuk dibelasah 6-0, Itu Oman, kalau Crotia? Bosnia? Wales?Holland , Spain tak payah cerita. Korang interpollate la result dia.



  • Pemain bukanlah yang baru diekperimentasi. Super senior kot. Otai semua ada. Tapi main macam junior. Bukan saja main macam junior tapi SUPER JUNIOR!!



  • Seolah semua pemain tersebut digabungkan buat pertama kali setelah musibah menimpa 22  pelatih utama.



  • Terjahan amatur. Tiada visi, tiada strategi.. Tiada harapan.



Huh positif ke.. Entah.. mungkin positifnya.:

Dollah patut sedar tahap motivasi dan kesungguhan pemain malam tadi ditahap mana.
Tiada komunikasi seolah tiada arah.
Pilih yang komited sahajalah Dollah, tapi ada ke malam tadi?


Monday, 8 December 2014

Uhh Malaysiaku, alamak Harimauku..eh apasal pulak penyokong situ

  1. persembahan tidak seperti diharapkan
  2. ini bukan perbandingan skill kerana viet memang lebih skill dan mungkin usia yang muda dari pemain veteran Malaysi
  3. kerana kita menjadi tuan rumah untuk.leg yg pertama.. tapi mainan tak menjadi
  4.  strategi dan tactical hancus. Zaman la ni manger/ coach boleh rancang untuk dapatkan result walaupun macam mana status kad ke ,, kena gantung ke.
  5. Agak sayang gol awal tak boleh dipertahan malah kecundang pulak.
  6.  mungkin semua player underperform.
  7. apapun moga dapat result yang bagus di Hanoi.
  8. penyokong really gave all..what an atmosphere!!!!
  9. tapi ada kekecohan minit-minit akhir antara penyokong viet dan Mas. Spoil sikit the sportmanship.
  10. Kudos tu KJ yang mohon maaf kepada tetamu/penyokong pelawat.




Setelah wisel penamat. Pesta yang dirancang awal mungkin. Letupan dan suar seolah meraikan kemenangan.




Agak meriah tapi adakah patut. Entahlah labu.
Silap2 FAM kena denda..


Ditengah2 ribuan penyokong..
Salute depa..lama tak rasa suasana ni...
Penyokong makin ada koordinasi..dan sporting ..higgalah seketika sebelum tamat,, ada kekecohon di penjuru Vietnam..tak tau kenapa.


Muka frust..sikit. Adat la main ada kalah ..

Suruh dua orang ni bercita2 tebus maruah ..tapi katanya mau main badminton!!


Suasana ketika jaringan gol Malaysia!!!!
Antara best moment yang sangat sedikit..
Percubaan tepat ade ke selepaas ni...ade ke? Tak pasti 

Wednesday, 9 July 2014

Kenapa keputusan ini menggemparkan? : Brazil 1 - 7 German

Kenapa keputusan ni gempaq sangat:


  1. Sebab yang kalah ialah Brazil.
  2. Sebab ianya adalah perlawanan semi final..
  3. Sebab world cup adalah di negara Brazil 
  4. Mungkin yang menjadi musuh utama Brazil ialah seorang pemain Colombia bukannya pasukan German. Pemain yang melanggari Neymar hingga patah tulang. Namunkena tibai 7 gol agak membingungkan
  5. Namun Brazil mungkin ada alasan mereka tersendiri dan alasan tersebut adalah ketiadaan Neymar.
  6. Sebagai penyokong Argentina aku memang cuak juga pasukan Eropah beraksi cemerlang di Amerika LAtin. Nak nak pula Holland yang telah belasah juara bertahan Spain 5-1.
  7. Ketika 0-5, aku teringat slogan Brazil lebih kurang macam ni " Ready For No 6", menggambarkan keyakinan mereka untuk menjulang piala kali ke-6. Jangkaan aku memang akan ada gol ke enam, tapi melangkaui jangkaan apabila keputusan penuh 7-1.
  8. Bak kata Mamat Ultra FM ( ye aku dengar Ultra sekali sekala), ni dah betul2 lauk..nasi ambeng punya lauk,, dengan semua masuk satu pinggan..hmm macam nak cari nasi ambeng la pulak petang ni.
  9. Simpati juga aku pada rakyat Brazil, satu tragedi negara pada pendapat aku. Dengan protest, unrest dan sebagainya.
  10. Tapi..inilah bola. Betapa menariknya World Cup era moden kali ini.



 credit: http://www.folha.uol.com.br/

Friday, 27 June 2014

Piala Dunia: Team pilihanku

Assalamualaikum bloggers and readers..



Pila Dunia, kemeriahan dan kehangatan membaluti pelusuk dunia ketika ini. Aku memang ternanti2 sukan terulung ini sejak mula-mula aku kenai World Cup pada tahun 1982. Ye lah korang ramai belum lahir lagi. Masa tu Espana ’82 kalau tak silap.  Dianjurkan oleh Sepanyol. Juaranya Itali. Lepas tu 1986 pasukan yang aku minati jadi juara.. Pergh , Diego Maradona, bintang yang tak perlu diulas lagi.

Kena marah dek cikgu
Aku minat Argentina pun sebab mamat ni punya skill. Maradona kalau dia gelecek, berapa org kepung pun boleh lepas. Dan yang bestnya boleh dribble laju.
Sampaikan aku kena marah dengan cikgu aku. Orang British, yep, cikgu mat saleh yang datang mengajar kat sekolah aku. Macam 6 bulan macam tu la. Mr Donahue ke apatah nama dia. Lagi satu tu Ms Isabelle tapi tak ajaq aku.
Sebab karangan aku ada tersebut pasal Argentina. Aku macam apahal pulak cikgu ni hangin pasal karangan aku . Rupanya masa tu masih ada kesan peperanagan Faklands War ( Pulau Malvinas). Perang antara England dan Argentina berebut Pualau Malvinas.
Loh..aku mana la minta perang2 masa tu.. Minat bola..Apa la cikgu British tu..sensitip lebey pulak.
Apapun Maradona lepas tu sepanjang karier dia banyak hal la pulak..


Gigitan Cinta.
Dalam banyak2 insiden bola ni , bab gigit menggigit ni la yang paling pelik. Suarez ni kata kawan aku ada penyakit jugak kot. Tetiba geram ja nak menggigit. Macam budak2 yang suka menggigit. Apa yang  dekat dia mesti kena ngap.

Dan tahun ni aku terbeli baju yang menggambarkan pasukan Argentina.. Design Argentina la.. Tapi bukan jersey.. Ok jugak kot.. Sambar @ Giardano.. Pastu boleh beli juga untuk Akmal dan Danish..Aduyai..
Come on Argentina.. Step up ypur game. Setakat ni kurang memberangsangkan..

Pelan pelan kayuh ka???

Sunday, 25 May 2014

so near yet so far

Assalamualaikum bloggers and readers..
Ok..we lost..
Thats how it is...
Thank you players for the fighting spirit...
Many gave Liew Darren an iota of hope..
But he kept on fighting..
Congrats Nippon.. the history has been written..
A very wierd Thomas Cup ever..
And Malaysia misses the golden opportunity..
Hey..keep on hoping guys..
All not lost!
Still believe in u Malaysia..
Cheers

Wednesday, 13 March 2013

Don't Mess With Me(ssi)

Assalamualaikum bloggers and readers..

BARCA 4 AC Milan 0..


yeaaa....

Wednesday, 16 January 2013

My thought: Johor DT vs Kelantan

Assalamualaikum bloggers and readers..

MAri berbicara tentang bola.. Ye lah  lelaki kan..
Kalau tak ada apa-apa entry untuk blog, cerita pasal sukan lah,,bola lah...

Mengenai Liga Super Malaysia yang baru berlangsung 3 perlawanan, nampaknya minat orang ramai telah mula meningkat. Oh pemrmainan pun nampaknya penuh semangat. Nampak menarik, mungkin kerana ketegasan FAM melaksanakan peraturan 1000 lux untuk membolehkan bermain malam.

Mungkin kerana media yang mensensasikan, Astro yang mempromosikan atau gembar-gembur tentang pembelian dan perpindahan pemain yang begitu pesat.( Johor DT)

Mungkin juga kerana kemunculan team yang bangkit dan menduduki takhta (setakat ini) dengan berharap dengan pemain tempatan ( Pahang)

Atau  mungkin kerana semangat penyokong yang begitu setia menyokong pasukan walaupun kehilangan ramai "star" (kelantan).

Ok, aku nak komen tentang perlawanan Kelantan melawan Johor DT.
Sebelum tu bila kalah dengan Pahang, ada sahabat aku buat lawak. Johor darul takzim ke Johor astaghfirullah hal 'azim   ni. Bila bintang punya ramai pun kecundang.

Malam tadi perlawan menarik. Kerana sentimen dan tradisinya bermain di Kelantan memang sentiasa menarik perhatian. Penyokong seperti biasa agak teruja dan memberikan atmosfera yang best kepada pasukan tuan rumah, namun balingan air dan benda2 tak sepatutnya hendaklah dikurangkan dan pihak stadium kenalah sediakan tong sampah bebanyak untuk depa buang bekas2 air dari membuang ketengah/ketepi padang.

Johor DT.
Jaringan cantik Guiza menyelamatkan maruah JDT buat ketika ini. Memang itulah diharapkan dari pemain yang berpengalaman seperti beliau
Tetapi pemain-pemain Johor bermain tidak satu unit. Seolah-olah hilang arah ketika menyerang waima bertahan. Bahagian tengah seolah2 tiada sumbangan.
Hanya skill individu dan kefahaman antara 2 3 pemain yang sesekali mendapat lorongan2 menarik. Kalau tidak, Mat Yo terpaksa mengelecek jauh kedalam kawasan penalti.
Mungkin pemain2 bintang ini perlau mencari sefahaman dan ambik masa untuk "gel". Kalau Fandi Ahmad tak boleh rencanakan strategi latihan yang mantap JDT mungkin berada di tangga tengah liga.
Ataupun  Fandi Ahmad bukan coach yg bagus walaupun pemain yang bagus pada zamannya.

kelantan.
Salute dan tabik untuk Kelantan, Pemain yang average tapi hasilnya menakjubkan. Bila kehendak dan kefahaman pasukan pada peringkat terbaik team yang average pun mampu pergi jauh.
Kehilangan tonggak utama akibat hijrah pun tak terasa,,,,,
Gol terbaik dari Farhan namun pemain impot macam penumpang la pulak...

Apapun , satu perlawanan yang agak hebat....

`peace!!!



Friday, 14 December 2012

Malaysia Lwn Thailand: Selesai Malaysia di Supachalasai

Assalamualaikum bloggers and readers..

Apa sebenarnya berlaku kepada team Malaysia?
Sebab taktik kah?
Sebab layanan buruk?
Sebab padang teruk?
Sebab referee macam ber*k?

Entahlah, tapi..

" would should have been", kata org putih.?


.Apa sepatutnya terjadi?

 Sebelum tu kita ulas perlawanan malam tadi dulu

Mutu pengadilan.
Pada aku mutu pengadilan yang amat teruk, bukan setakat ke atas pemain Malaysia sahaja malah kepada pemain Thailand juga. Sama saja kualiti pengadilan oleh pegawai dari Negara Gangnam Stlye itu.

Memang tak layak dia mengadili separuh akhir. dan malang bagi pemain Malaysia terpaksa bertarung 45 minit lebih dengan 10 org pemain.

Layangan kad merah ( hasil kad kuning kedua) ke atas Fadhli Sas mungkin penyebab utama kekalahan Malaysia. ( Walaupun kita tak pasti apa keputusannya dengan 11 lawan 11).


"Don't Mess With Me, I am Incharge!"

Kad pertama ke atas Fadhli adalah agak adil kerana dia menahan pasukan thailand dari mengelecek masuk kawasan bahaya. Tapi cukuplah dengan amaran lisan kerana masih ada pertahanan Malaysia ( Aidil mungkin) yang boleh menghalang kemaraan pemain lawan masuk.

Fadhli pada ketika itu mungkin sepatutnya diberi amaran sahaja dan bukan kad kuning. Sepakan percuma di kawasan sedemikian boleh menghukum Malaysia.

 Tapi mungkin pengadil dengan tegasnya ingin " Exert Authority" dan nak sampaikan mesej " Don't Mess With Me, I am Incharge!" malam tadi terus berikan kad kuning. Ok setakat ni fair kot kad tu , aku boleh terima.. nak kasi kad boleh nak tak kasi pun boleh.. Pemainan boleh diteruskan, no problem.. Game on Tigers, keep on fighting!!!

Cuma sesetengah call/keputusan dia agak membingungkan aku.

Dalam hati aku, "payah ref macam ni"


Kad kuning kedua yang tak sepatutnya?.

Fadhli kena siku atau rempuh semasa "airial challenge". Pemain Thai datang ( attcking position) dan ada rempuhan. Keadaan ini biasa berlaku ,biasa punya foul lah.

Pengadil tiup wisel bagi Malaysia freekick dan Fahdli bersuara sambil dia menahan sakit. Membiarkan freekick tu pertahanan lain nak ambil, Mungkin dia nak recover dari rempuhan tu.

Pemain Thai meluru kearah belakang dia dan dia berhenti menahan serbuan pemain Thai itu. Kemudian pengadil nampak pertikaian dan beri kad kunign kepada dua org. Satu  Thai yang foul tu dan tragisnya kepada Fadhli juga. Pemain Thai datang sentuh dia , dia dah kena siku, dia juga kena kad. Tak ker gila punya pengadilan??

Huyooo.... apa cerita ni...???

That event changed  the whole script.... and the end is near for Malaysia!!!!

Foto:  www.AFFsuzukicup.com

Kerana mulut Harimau binasa.????

Sekejap! Oppp. opps..(dan pengadil Korea tu sambung -oppa , oppa gangnam stlye )

Sebelum kita kata kad kuning  tu dan seterusnya kad merah  tak adil, satu persoalan timbul, adakah Fahdli Sas menggunakan F_word semasa beliau memarahi pemain Thai yang menyikunya.

Jika benar., apakah F word hukumannya kad kuning, mungkin persoalan yang kedua??

Hanya Fadhli yang dapat menjawabnya......

Apa yang aku nampak setelah dia kena kad perkataan F&*$-off dan bu*** keluar dari mulut dia.

Fadhli kena jawab , adakah kerana mulut Harimau seekor, seluruh belang tertanggal di Supachalasai???


Mungkin bukan sebab padang, bukan sebab ref yg teruk ( tapi masih teruk juga ..wohahah). bukan sbb Thailand hebat sangat.. Tapi Malaysia kalah kerana bab pepatah " kerana mulut badan binasa."

Di Supachalasai ...Misi Malaysia tamat. Selesai!!!!

Tunggu 2 tahun lagi ...

Thursday, 13 December 2012

AFF SUZUKI CUP MALAYSIA LWN THAILAND: Jom pi Thai

Assalamualaikum bloggers and readers..


Jom mengaum di Kota Bangkok pulak...................

Jgn terpedaya dengan perang psikologi Gajah Perang.
Lawan tetap lawan...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...