Showing posts with label Piala Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Piala Malaysia. Show all posts

Monday, 29 October 2018

Tahniah Perak!!! Kejor Yob Kejor: Tahun comeback!!






Ketika aku ingin menulis coretan ini, perlawanan belum pun bermula. Dan aku memilih Terengganu untuk menjuarai Piala Malaysia tahun ini.Tetapi tak sempat update blog..

 Instint aku berkata demikian,.. dan ketika Terengganu mendahului 2-0, rasa telahan aku betul.

Kemudian bertukar kedudukan 2-1. 
Hahaha, memang aku harapkan Perak score juga. So macam tepatlah tekaan. Seolah-olah terrer aku meneka.
... terer la sgt, teka je kan.


Kemudian Perak samakan kedudukan, and the rest is history..they are  the champion

Termaktublah Perak juara.

Aku sebagai penyokong neutral, tak de hal sapa yang menang. Cuma tekaan saja salah.

..dalam takde hal pun, frust juga Kedah out awal2 lagi .. HuuHuhu.

Hari Sabtu tu balik dari Klang melalui area Proton. huh hujan lebat selebatnya.. sampai rumah tengok wasap yang dikongsi dah hampir kebanjiran kawasan stadium.

Anyway, perlawanan menarik. Sangat menarik, Daya melawan Perak, keampuhan, kesilapan, salah timing. dengan referi yang sedikit kontroversi ynagmewarnai perlawanan. ditambah dengan 2 kad merah, satu sepasukan, menjadikan perlawanan memang epik.

Dua gol perak di kala minit akhir perlawwana adalah highlight perlawanan.
(Esok nya ramai orang dalam facebook mengakui orang Perak,,)
Tahniah Yeob..!!,


Ianya merupakan comeback yang sangat mengujakan penyokong perak. Terenganu hanya menunggu saat wisel ditiup dan Perak mengharapkan serangan terakhir untuk mengubah segala, Dan Perak berjaya. Terengganu tunduk melutut kecewa. Sepakan penalti memberi kejayaan buat Perak.

What a comeback!!!

memang tahun ini  adalah comeback comeback..

Tun M kembali menerajui Malaysia. Satu comeback yang mengejutkan dunia

Dalam hoki piala Asia bulan September (kalau tak silap?) untuk penentuan pingat emas, Malaysia mendahului Jepun 4-1 sebelum Jepun buat comeback dan menang 5-4. Aduyai..kecewa sampai la ni.

Dalam semifinal Asia Champion trophy, hari Sabtu, Pakistan leads 4-1, sebelum Malaysia buat comeback dan catat keputusan seri 4-4. dan akhirnya Pakistan jugak menang penalty. Comeback yang anti-climax..

Thursday, 10 December 2015

Dan, tahun depan itu sudah jadi tahun ni

Assalamualaikum bloggers and readers..


Tetiba teringat tentang entry aku dulu, pasal sorang pakcik dari Pahang yang berjalan pusing satu Malaya kerana bernazar jika Pahang menang Piala Malaysia 2014..

Aku memang jumpa dia masa dari berjalan segmen Arau ke Alor Star atau Jitra. Katanya bila malam dia akan berhenti kat mana mana masjid. Aku , Ayah dan kakak aku sempat la borak-borak . Tak pasti la sudah berapa lama dia berjalan tapi memang habis sunburn muka dia. Aku jumpa dekat kodiang..

Berasa kasihan , kami ajak dia naik kereta nak tumpangkan ke Jitra ka Alor Setar ka..

"Tak boleh" kata dia.

"Kenapa tak boleh. Penat berjalan ni" tanya aku.

" Nanti kena mula balik.

"Eh ya ka. Ni pun kira pusing satu Malaysia juga" pujuk kami.

"Tak boleh . Tak boleh. Kalau sembahyang boleh ke buat separuh kemudian berhenti? "mcm tu kalau tak silap aku pertanyaan dia sambil tidak memharapkan jawapan dari kami.

"Jadi kalau pakcik naik kereta maknanya pakcik tak sempurnakan niat pakcik, nanti kena start balik..tak boleh tak bolehhh" ujar beliau sambil geleng kepala.


Ohhhh....mungkin itu terdetik dalam hati kami bertiga.

Dia pun melangkah pergi meneruskan perjalanan sambil mengilik bendera Pahang dan bendera Malaysia. Ada tertulis banner/kadboard "kembara Wira Pahang" ( kalu tak silap aku, aku akan cari semula gambar yg aku snap).






Sempat aku bergurau..

" Kalau macam tu tahun depan (2015), Piala Malaysia bagi kat Kedahlah pulak ""
"Tak payah Pak cik berjalan lagiiii...."


Dia berdiam sambil meneruskan perjalanan...
Diam itu tandanya setuju kan..

P.s ..dan tahun depan  tu sudah menghampiri..hanya tinggal 2 hari lagi..
Doakan kejayaan Kedah ya semua..










Man City juga layak ke suku akhir UEFA Champion League



Thursday, 27 August 2015

Piala Malaysia 2015 : Keputusan Undian Peringkat Kumpulan

Assalamualaikum bloggers and readers..


Keputusan undian piala Malaysia 2015 sudah diketahui.

Undian ini adalah undian yang baik, menarik dan seimbang bagi semua pasukan. Peluang untuk menjadi juara kumpulan adalah sama, setaraf dengan kedudukan masing-masing yang dianggap “favourite” dalam keputusan liga super (dan  liga perdana). Nampaknya pasukan pilihan boleh menepati ramalan dengan hasil undian sebegini.. Apa pun dalam bolasepak macam macam boleh berlaku.

Dalam kumpulan A, nampaknya LIONXII adalah pasukan pilihan aku untuk menjuarai pada peringkat ini. Terengganu mempunyai kekuatan yang seimbang tapi keutuhan strategi menjadi penentu. Kedah mungkin boleh potong tang kona tapi belum cukup kekuatan sepasukan untuk memberikan keputusan yang baik. Mungkin kedah boleh buat upset beberapa perlawanan ditempat sendiri tapi itu sahaja lah kot pasukan Lang Merah. JDTII mungkin agak jauh prestasi mereka berbanding yang lain.

Kumpulan B bakal menyaksi pertembungan 2 pasukan pilihan, JDT dan Perak. Nampaknya baki pasukan yang ada kurang mampu untuk bersaing, berdasarkan prestasi semasa.

Selangor Sengit.

Cuma nampak sengit dalam kumpulan C, yang terdiri daripada pasukan Selangor, Felda United, Kelantan dan T-Team.
Selangor yang berada di tempat ketiga liga (pot satu) terpaksa berdepan dengan pasukan Felda yang menampakan kebangkitan akhir akhir ini. Dan juga Kelantan yang juga sejarahnya boleh menyengat dalam Aksi Piala Malaysia.

Dalam kumpulan D, Pahang sepatutnya tidak mempunyai masalah untuk mengutip mata penuh atau meninggalkan pasukan lain dengan langkah selebar gajah. Lain-lain pasukan agak seimbang dan mungkin Pulau Pinang boleh mebuat kejutan disamping PKNS yang boleh menggugat . PDRM menghadapi tugas yg agak berat dalm kancah Piala Malaysia kali ini

Berikut adalah keputusan penuh undian:




Jangkaan aku pada peringkat kumpulan adalah seperti berikut:


Kumpulan A:

Johan: Lion XII
Cuba nak jadi johan: Terengganu
Mungkin boleh mencelah: Kedah.
Terus berharap: JDTII

Kumpulan B:
Dijangka Johan: JDT
Cuba nak jadi johan: Perak
Mungkin boleh mencelah: ATM
Terus berharap: Sarawak

Kumpulan  C:
Johan: Selangor
Cuba nak jadi johan: Felda United
Mungkin boleh mencelah : Kelantan
Terus berharap: T-Team

Kumpulan D:
Johan: Pahang
Cuba nak jadi johan: Pualau Pinang
Mungkin boleh mencelah: PKNS
Terus berharap: PDRM









Jadual perlawan adalah seperti berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...