Showing posts with label loghat. Show all posts
Showing posts with label loghat. Show all posts

Thursday, 10 February 2011

Aku kena simpan soghat ni...

Taksat ni, aku dah nak tidoq. Pusing pi pusing mai dalm internet ni jumpa la soghat ni. Lawak la jugak, bg aku la, org kedah.. Pasai aku lama tak dengaq org cakap kedah. Piauw macm ni. Teghengat pulak kampung aku.. Lama tak balik kedah nih...Nindia soghat dia.. Nin kalau2 sapa kata ada trade mark ka, copyright ka apa ka,,habaq la noooo.. aku boleh bawak kluaq dari blog/page aku...

Nindia ,,,hampa layan la no. Sat sat, lupakan isu apa dia nak highlight, isu tak penting, yg penting bahasa...
( oih, org kedah tau ckp highlight jugak..ingat apa...hampa toksah dok gagai no..:)....)


"Terlebih dulu saya mintak maoh kerana saya tak pandai menuleh pasai mengaji tak tinggi.

Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wataala kerana ataih limpah rahmat dan kurnia-Nya, anak saya telah diterima menjadi sorang cikgu. Saya letakkan harapan yang tinggi semoga anak saya menjadi sorang cikgu yang ikhlaih dalam mendidik murid-murid dia disamping berkhidmat dengan penuh tanggungjawab demi negara.

Walaupun lagu tu, saya ada sikit rasa terkilan tentang pengurusan oleh Jabatan Pelajaran Negeri bab-bab nak hantaq cikgu-cikgu baru dilantik ni bertugaih disekolah dan di kawasan mana.

Saya nak ceritakan pengalaman saya. Kemarin (8/2/2011) anak saya dijemput ke taklimat kepada cikgu-cikgu yang baru dilantik ni di Jabatan Pelajaran Kedah. Bakai-bakai cikgu ni depa tau yang depa akan ditempatkan di Kedah melalui maklumat di internet tapi depa tak di bagitau di sekolah mana dan di daerah mana. Semasa taklimat tu la depa di bagitau yang depa kena pi lapoq diri dan mengajaq di sekolah sekian-sekian pada esok hari.

Pukoi pat petang anak saya pukoi talipon mai kat saya, dia kata: Abah, cek kena mengajaq di Baling. Isok kena pi lapoq diri.

Saya pun jadi kelam kelibut. Sambaq borang cuti, pi sua kat boss. Boss tengok saya mata nin saja. “Ikut peraturan pejabat kita, kalu nak cuti kena isi borang semingu lebih awai. Saya dah plan nak bagi awak buat satu kheja isok.” Kata boss saya. Saya dengan muka belaih kata pulak: “Saya tau boss, tapi ni keh emejensi. Isok nak kena hantaq anak pi Baling. Kena mengajaq disana. Hari ni baru depa bagitau. Jadi pak ( sepatutnya "hat": edit oleh penulis) ni lagu ni la boss. Selagi bab-bab anak pinak ni tak selesai, selama tu la pak jadi seropa cicak putuih ekoq.” Saya cuba bodek boss sikit: “Boss pun tau, bini boss pun cikgu jugak.” Boss pun kata: “Sungguh, bini saya dulu pun lagu tu jugak!”

Hari ni (8/2/2011), bini saya dengan anak yang nak jadi cikgu tu, cerah tak cerah peghecui tala pi Baling bawak segala kain baju, toto dan lain pekakaih penuh dalam kereta seropa orang nak pi meniaga di pekan nat. Saya pulak bo elok cerah tanah, setat mutu tala pi Baling jugak. Dua jam baru sampai. Mutu tu beda anak saya guna nak ulang alik pi mengajaq.

Sampai di sekolah, jumpa dengan sorang warith mai hantaq anak dia mengajaq di sekolah tu jugak. Saya berkenalan dengan dia. Dia kata: “Awat depa buat kalang kabut lagu ni? Nama saja jadi pegawai pejabat pelajaran, tapi buat kheja macam orang tak dak pelajaran!” Jangan marah no, ni dia kata, bukan saya kata. Saya cuma habaq saja.

Saya pun tepikiaq jugak. Pasai apa depa buat kalang kabut? Kalu kita ditawaqkan untuk kheja di sektor awam, kita akan dibagi surat semingu atau dua lebih awai. Dalam surat tu dibagitau, kita kena betugaih di mana dan tarikh bila kena daftat. Bukan hari ni bagi surat, isok kena pi lapoq diri!

Saya ni kira nasib baik jugak. Walaupun dok di Aloq Setaq yang jarak dia dengan Baling lebihkorang 100km, tapi Baling tu bukan asin bagi saya. Saya tau jugak serba sikit jalan dan arah nak ke Baling pasai selalu jugak dok pi mandi ayaq hangat di Ulu Legong. Lagipun adik beradik, pupu poyang ada jugak di Baling.

Walaupun kelam kelibut; tang mana nak cari rumah sewa tapi buleh la takat nak tumpangkan anak semalam dua dirumah pupu poyang. Rumah sewa pulak bukan sa kata pi cari, la la tu buleh dapat macam kita pi beli gula di kedai.

Kalu orang yang tak dak adik beradik, misal kata mai dari Jitra ka, Kola Nerang ka, nak cari rumah tang mana? Takkan nak kena bawak khemah pi tidoq di Lata Bayu atawa Ayaq Hangat Ulu Legong? Kalu nasib baik; ataih ihsan guru besaq buleh la tumpang tidoq dengan budak-budak di asrama buang semalam dua.

Jadi apa yang saya nak kata, YAB tolong la teguq-teguq pegawai pejabat pelajaran. Biaq la depa buat kheja dengan kemaih dan teratoq supaya tak menyusahkan sapa-sapa. Atawa depa buleh jugak atoqkan mana-mana kuaters guru yang kosong untuk bakai-bakai guru ni. Depa ni muda; baru nak masuk alam pekerjaan, baru nak belajaq berdikari. Tentu la depa gelabah bila hadapi hal-hal lagu ni. Saya habaq ni bukan tujuan nak perlekeh sapa-sapa, tapi untuk kebaikan semua pihak.

Saya mintak maoh kalu ada apa-apa silap salah atawa terkasaq bahasa. "

:blogtilldrop
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...