Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

Tuesday, 20 September 2016

Oh my... Nasi Goreng Sparks Uproar!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Lets roar guys..cool ok..
Its in an news and i am quite perplex..

Rio Ferdinand enjoyed nasi goreng in Singapore.... he tweeted it!
Supposed to be simple dimple..
He enjoyed ..he tweeted. less than 140 characters.. Yes it is no issue!!

but  somebody in the neighbor picked it  up and claim nasi goreng is theirs.

sound familiar eh..

Now it a food fight!!

Come on... Lets enjoy "our" food.

p.s If you wanna fight ..keep on fighting ..Leave nasi goreng to Malaysia then.

Refer to this report guys!!



Source as per link below.


http://www.thestar.com.my/news/regional/2016/09/20/rio-ferdinand-tweet-sparks-southeast-asian-food-fight/

Friday, 27 February 2015

Selera d timur .. Ayer 8


Ini kedai next door.. Peminat upin ipin ajak masuk ..


Yang ni pun sama


suka la tu












Okay.. go to.. Selera d timur..
Di Ayer 8 Putrajaya
Sos.. 



So MAcam mana best tak??? Pada pendapat aku inilah verdict nya:

Verdict.::
  • Highly recommended
  • Recommended
  • Boleh la nak cuba
  • Biasa biasa je.
  • Ermmm,,, macam mana nak cakap ea..




Thursday, 13 December 2012

Thursday, 6 December 2012

Mohd Chan: Restoran Cina Muslim

Assalamualaikum bloggers and readers..

Setelah mencuba dan ulang makanan masakan chinese Muslim di restoran Adam Ali . Farah bagitau ada kedai kat Shah Alam, S15. Mohd Chan namanya...

"Boleh cuba kat situ pulak abah"
"Ok, nanti bila-bila kita sampai S Alam kita pi"

Kebetulan hari minggu bawa anak2 pergi Library S Alam...
 Maka eloklah langsung ke Restoran Mohd Chan..



Sebelum tu ni phot sekita Library Raja Tun Uda.. Sebenarnya bahagian belakang library.. Ada bela itik pulak...







itik angsa ..
 Tasik ni agak luas juga..mungkin kalau ada ikan ke menarik juga






Selesai kat library, pinjam buku sedikit.. ada peraduan teka binatang juga..
apa lagi join juga..senang sahaja... sampai la ni tak dapat panggilan kalau menang.
tak menang la tu.

then terus ke REst Mohd Chan..


Kanapa Aisya merajuk tak tau la pulak....Lama kot tunggu makanan
Ni ha baru nak order..sabaq no!!!

Nasi Ayam.
yang ni sedap.. boleh rekomen

baby kailan... ok la..
cuma aku tanya kat Najmi..ni baby kailan ke atok dia..
"Baby la tu abahhh"


Buuter prawn...sedap!



Sang Mee claypot..
Satu lagi..AIr Apple assam boi dia..memang superb................


BTS verdict:

Value: 7/10
Price: 7/10
Ambience: 7/10


SO so
Recommended
High Recommended
Must try


p.s Ahad nanti ...Uish..nak tgk bola ke tak ni. Berbelah bagi...Erm sokong tetap sokong!!!!!
Birthday Yasmin pun tak wat entry lagi..tunggu celebrate la Sabtu ni.. muahh "minmin"
Jangan cakap " Happy Birthday to me minmin dah lepas..." tunggu ok



Wednesday, 14 November 2012

Makan makan - Saba Restoran Cyber Jaya dan Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum bloggers and readers..

Sebelum type entry ni .. Aku ambil kesempatan untuk mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH..


Alhamdulillah .. Parent selamat sampai ke rumah masa week end baru-baru ni. Bersama kakak dan anak2 dia..

Lama tak jumpa. Lama tak balik kampung jumpa ayah ni lepas rindu la jugak... hehehe.

Pusing lembah Klang la.apa lagi... Dari S Alam sampai ke Putrajaya singgah Cyberjaya.
Sampaikan dalam 2 waktu solat kami berjaya 3 masjid. Tu lah kalau ayah datang...
Ayah memang suka round-round melawat kawasan masjid..

Pastu singgah makan kat Saba, nak makan nasi Arab.







Menunggu order...

Aih..photo tak ikut susunan.. (camna hang makan dulu)

3 generasi

Juga 3 generasi

Menunggu meja kosong .. Mahu nye tak.. semua sekali 3 meja

Angah n Kakak

Dah yang ni sampai dulu..ini ja yang kena snap!

meja hujung sebelah kiri aku tak habis-habis lagi ker. NAk sambung meja ni




Danish sana sini duduk dia

Hilang ..jap g datang semula


Family outing...with my parent and my sis.




Ok lah cerita sikit pasal meja yang kat hujung kmai ni

... Masa kami sampai ada satu meja kosong.
Duduk jap ..booking yang satu yang kosong  sebab 2 meja dah habis makan dah. Kejap lagi boleh dapt tiga meja .. semua  meja tu sebaris.

 Then bila meja tengah tu tengok kami menunggu diaorang bangun la kan.. ok lah dah makan kan.. kasi can org lain pulak..Thnks to them..

Meja hujung tu pun dah habis makan.. tetapi masih lagi borak-borak. Ok lah memang hak dia nak borak dan amik masa enjoy environment situ. Lagi pun hak dia... 

Then agak lama juga dia org stay , Ok kami  takkan nak kacau kot,  tapi suasana kami yang ramai sepatutnya membolehkan mereka-yang-duduk kat-situ yang -sudah-makan memahamilah. 
Bagi lah meja kat org lain pulak
Boleh kot bagi laluan. Tak nak bangun tak pe , kami tunggu lagi.

After 40 minit kot.. dua orang lelaki kat situ pun bangun,
Fuh lega, ingat dah boleh amik meja tu.

Laaaa.. dua org minah Arab tak bangun-bangun lagi??? Asyik layan sembang dan kais-kasi henfon lagi??

Then another 5-10 minit ..lelaki yang bangun tadi datng ketuk cermin dari luar , buat bahasa isyarat ajak blah.. La aku ingatkan dua org ni tak tunggu prempuan2 tu, rupanya tunggu kat luar..

-Masih tak mau bergerak, aku pun suruh kakak aku duduk kerusi yang kosong
.
-Pinggan depa pun dah clear, waiter dah angkat....

-Lelaki yang datang sama depa pun ajak bangun ( itu lah yang aku paham), 

erk ..Masih tak bangun bangun..???

Kemudian pomppuan yg tua sikit tu bangun , tapi yang sorang lagi masih duduk? Anak dia ( yang kemudiannya aku tau itu adalah anak) masih tak berganjak.. 

Aku tengok pun dah naik boring..

Last2 aku pi dan cakap elok elok dalam bahasa penjajah.. yang aku perlukan meja.. appreciate dia boleh make way ..bla bla.... 

Still insist dia nak tunggu mum dia yang dok basuh tangan...adoiiii...

Kira kesabaran memang mau tinggi ooooo...


P.s Kalau aku lah, kalau  tengok org menunggu kita yang sudah habis makan ni, cepat cepat aku bagi laluan..
Kalau aku, kalau org?

p.s2 Sebenarnya nak cerita pasal outing dah tercerita pasal org yg tak perihatin pulak...hermm,,,,,sabaq je lah..









Tuesday, 17 July 2012

Chillis yang tak pedas!!! Tapi sedap @ Citta mall

Nak ke KLCC jauh sangat.. Pegi hari hari ke KL sebab kerja. Kalau cuti urm memang malas nak kesana. Pergi celebrate makan-makan merupakan event keluarga.. Boleh katakan tiap2 bulan ada saja keraian. So kira ok la once a month makan luar, at least...
Birthday dah untuk 9 org..Annivesary lagi...


Tu tak campur makan-makan di ofis lagi.. Plus ada rezeki breakfast, dan bagailah..
Patutla org "puji" badan aku dah naik...

Masa pergi raikan annivesary dan bday Aisya... Sebenarnya Aisya tak kesah..
Yang nak makan abah dan mama... Bday gurl peminat mee jadi dia makan sphegetti ja..

My order- Big bite...






Mereka-mereka yang lain semua amik yang ni.. Lamb!

Oh ya..kid set..free! Order main course untuk 4 org, free 4 set for my children. yeahhh..cukup untuk 8 org.. (Along, you alwiz in our mind ok,, shhhhh...nanti pi ngan abah and mama ok. Study hard over there..)


Komen? Oh lupa lak...

-Gambar ni cabaran dalam bulan puasa.
-ok ok, makanan dia bolehla... quite nice...
-mushroom source or black pepper?..urm, mushroom better
-Service? KLCC outlet is better...
-Ambience...so so.

Thursday, 12 July 2012

Nasi Lelapan

Nindiaaaa nasi lelapan atau Lalapan...

Mulanya, bila aku tanya apa makanan yang unik kat sini, aku macam terdengar Nalapan atau Nalla Karupan kah.. tapi diam je lah kan...Dia nak suruh aku gi makan kat kat kedai Hindu kah??



Huish kalau kena nasi ni memang terlelap dibuatnya.....Sesuai dengan namanya..Lelapan



Kalau pergi tempat org , baik rasailah masakan local. kalau boleh tertelan lah... kalau tak boleh jgn paksa diri tau..



Tapi nasi ni macam nasi ayam penyet sebenarnya. Cuma sambal dia lain sikit. Agak basah dan katanya ada tomato. Aku tak rasa pun tomatonya. RAsa yang agak lain. Nak kata belacan pun agak lain rasanya..

Overall, sedap la.... Portion yang agak banyak kalau sorang makan. Aku tengok couple kongsi ja lauk ... Aku nak kongsi ngan sapa...



Tapi sedaplah..sorang pun aku boleh habiskan..macam lah diet..

kah kah kah


Thursday, 14 June 2012

Makan-Makan: Kaw Kaw Burger Bakar

Semenjak keluar dalam paper, aku berkira-kira bilalah agaknya akan ke Wangsa Maju untuk mencuba. Keterujaan agak terbantut sebab mengenangkan kena tunggu sampai 3 jam, mengikut laporan akhbarlah.

Tetapi , dia yang ku cari , rupa-rupanya ada disini. Dekat saja dengan rumah aku!! Tak payah pergi jauh-jauh....

Itupun secara kebetulan, ada sepasang couple Cina tersesat barat sampai depan rumah nak cari burger bakar kat puchong. Aku blur,, eh ada ker.
Dia siap keluarkan GPS ke Google( aku tak lah tengok betul2 dari hp dia), tapi aku memang tak tau. Sib jiran aku keluar juga dan tahu pulak dia. Oohh itu tempat ka..ada sana tu??? Memang ramai org beratur, You tatau ka...
Memang aku tak tau..

Maka mlm tadi pergi survey. Dapat nombor 54. Tak tau la lama ke nak tunggu ke tak. Cuak jugak. Depan ada 3 org ja. Mungkin duduk kat meja yg tersedia.
Tapi dia suruh tunggu ja kat situ disebabkan aku nak bungkus, dapat terus. Yang lain makan kat food court tu agaknya. Nama tempat tu LOKAS MAKAN. Kenapa,? jangan tanya aku. Bahasa minang agaknyoooo..
Eh meleret la pulak..

Ni ha cerita burger yang makin popular sekarang ni. Dok trending di mana-mana ( ye ker?)

Hasilnya. Fuh, memang lazat!!! Dah lama tak raza kelazatan macam ni. MAcam nikmat first time. err first time makan burger McDonald dulu-dulu. Ye lah berbanding dengan burger tepi jalan. Macam tu lah perbandingannya , secara relative setelah dok makan dan rasa MCDonald. JAdi ini memang kelainan rasanya. Ok lupakanbab first time tu yek.

Keterangan gambarlah pulak:

Ni burger cheese slice kalau tak silap, namanya bermula dari basic sampai cheezzy2 camtu. Aku order ikut gambar je.

Harga RM10.50 untuk satu keping daging. Kalau 2 keping (double) RM16.00, boleh la susun sebanyak mana nak kot.

Kat menu tu hanya tunjuk 4 keping yang bertindan saja. Nak susun 10 tingkat pun boleh rasanya...

Memang sedap... cheesy source yg banyak, meleleh gitu. Dengan daging ( meat patty) yang tebal dan di bakar.. Amat digalakkan untuk mencuba. Harga bermula Rm8.50 keatas.

Memang tebal dan aku suggest belilah yang double (RM16.00) atau triple dan kemudian kongsi....

Kalau sebiji macam kat bawah ni budak2 memang tak leh habis...dewasa boleh la kot sambil dapat hadiah percuma " colestrol"...kah kah kah.
Ayat tu yg boleh menghalang aku pergi kerap...





oh lupa lak.. Tempat dia Jalan Puchong Utama 13/1

tanya org: Puchong Court 2,

Google map:http://goo.gl/maps/BkHn

Sunday, 10 June 2012

Apam balik sedap 'nat' Sabtu

Ini adalah apam balik yang terbaik.. Rangup, lazat dan berkrim... Kalau balik kampung mesti tak miss kalau kena hari nya... Kalau kat tempat aku ada 'nat' pada hari Sabtu maka adalah apam balik ni. Sebiji 4 kupang ( 40 sen)...





Dan kalau lambat mesti habis... agak ramai org queue selalunya





uik..sempat beli toys..







Ni last kopek..org lain dtg tanya dia ckp dah habis.. Tinggal yang ni saja . tu pun aku dah order...




Nat= pasar sehari




Jalan-Jalan Singgah Makan: Mee Rebus Ramli (Ipoh)


Mee rebus yang best!!! Kalau nak singgah makan aku memang rekemenkan. Memang sedap. Dan aku pun selalu singgah kat sini. Restoran ni area Tasek , iPOH.



Sebelum tu.. kita tengok dulu menu dia yang lain...
Mihun sup dia amat kureng. Kuah yang flat. Rasanya agak plain dan seperti perencah sup maggi pun ada ( maggi siam, pama). Verdict 4/10



Laksa ( gambar tak de)pulak so so sahaja.. Angah yang makan. So kalau nak try boleh la... Verdict 6/10





Mee rebus dia memang sedap dan memang aku setuju nama kedai dia Mee Rebus ramli. Memang keistimewaan dia mee rebus. Jadi kalau singgah elok order yang ni saja...
verdict 8.5/10




Dan lagi satu..Nasi ayam...uh..kuah yang sama dengan bihun sup so hasil rasanya juga tawar dan plain. Tak menyeronokkan untuk dinikmati.. 4/10.












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...