Showing posts with label finance. Show all posts
Showing posts with label finance. Show all posts

Thursday, 19 July 2018

Apakah itu compound interest?

Assalamualaikum bloggers and readers..lama tak berbicara tentang finance atau kewangan.



Sebelum tu, blog ni akan menerangkan dulu apakah itu compounding interest.

 Robert Einstein telah menyatakan bahawa compounding adalah 8th wonder of the world

7 lagi wonder of the world tentu pembaca sedia maklum i.e antaranya ialah pyramid, taman tergantung Babylon , tembok besar China etc.





Oh ya lama sudah blog ni tidak menceritakan atau berkongsi tentang finance atau kewangan ya. Sesekali sekala elok juga ditulis tentang kewangan.

Walaupun orang kata wang tidak mencerminkan kebahagiaan 100%, namun pengetahuan tentang kewangan amat berguna di zaman materialistic* ini.

Compounding interest adalah satu magic dalam dunia kewangan atau pelaburan.

Kenapakah ya? Penulisan kali ini akan menjelaskan kenapa dan alangkah bagusnya jika anda mempunyai banyak masa untuk membiarkan compounding interest bekerja untuk anda untuk anda mencapai financial freedom.

Apakah compounding interest??
Petikan dari Wikipedia, yang mana mendefinasikan:
“Compound interest is the addition of interest to the principal sum of a loan or deposit, or in other words, interest on interest. It is the result of reinvesting interest, rather than paying it out, so that interest in the next period is then earned on the principal sum plus previously accumulated interest. “
Dalam bahasa mudahnya, ianya adalah tambahan interest atau keuntungan ke atas prinsipal (modal) yang mana jumlah kedua-duanya akan mendapat interest lagi pada tempoh masa yang kedua dan seterusnya. (interest kita boleh tukarkan kepada keuntungan) . Lagi lama atau lagi kerap ianya di”compound” lagi besarlah nilainya dipenghujung pelaburan tersebut.

Sebelum diteruskan penerangan, ada satu scenario di mana penulis ingin lontarkan pertanyaan dalam penceritaan misteri ini:

Andaikan bahawa anda dalam percutian di pantai yang anda diidamkan sekian lama.
Contohnya ke Kepulauan Maldives dan tinggal di Hotel Conrad Maldives Rangali Island. 
Wah jauhnya merantau..





The above 3 images : Credit google ( may subject to copyright) 

Andaikan lah ya, sebagai contoh..

Tapi best woo hotel ni..wohahaha.

Tentunya anda telah membelanjakan sejumlah wang  besar untuk menginap di sana. Mungkin RM50,000 ongkosnya.
 Sebagai orang biasa-biasa macam kita ni, tentulah pada mulanya sangat teruja bila sampai. Dengan suasana, dengan layanan, dengan permandangan yang indah .
(Walaupun poket koyak semata-mata hendak ke sana). Orang kaya raya tak kisahlah kan
Ok ringkaskan cerita, setelah beberapa hari anda menikmati keindahan bumi dan lautan Malidves ni, anda mengambil keputusan untuk berjalan di tepi pantai untuk sekian kalinya, dan oleh kerana setiap hari berjalan di pantai yang sama, anda ambil keputusan untuk meneroka tepian pantai agak jauh dari hotel.

Sedang berjalan-jalan anda ternampak satu botol terumbang-ambing dibadai alunan ombak. Agak unik botol tersebut. Perasaan ingin tahu membuak-buak, maka anda merendah air setakat pinggang dan mengambil botol dari lautan Hindi. Entahkan datang dari India atau dari tanah Arab, tak pun dari Afrika botol tersebut. Pastinya bukan dari MH370.

Dipendekkan cerita, maka anda membuka penutup botol dan keluarlah jin.
Seperti biasalah, berdasarkan cerita dongeng, jin pun rasa terhutang budi maka dia pun nak bagi ganjaran. Lumrah cerita dongenglah kan.
Jin ni pun pernah dengar kot cerita dongeng dari makbapak dia, dia, iaitu jin pun tawarkan ganjaran berikut:

“ (A). Aku berikan kau RM100 juta sekarang ataupun,
(B), aku berikan RM1 hari ini dan duit tersebut akan berganda setiap hari sehingga sebulan (30 hari)”

Sila buat pilihan sekarang. Kalau lambat burn! Langsung tak dapat !
10 saat dari sekarang. Jawab.
Ok, sekarang anda pembaca sila  pilih.

 Maka sepuluh saat pun berlalu.
Ok pasti anda sudah pilih. Biru muda atau biru tua atau hijau.
Eh silap. A atau B?

Simpan jawapan anda semua. Jawapan kat bawah nanti. Sebelum tu baca lagi info di bawah ni sebelum jin buat kiraan,.. Wohahahahaha




Berikut adalah sebab kenapa compound interest adalah “8th wonder of the world”:

1.  Compounding interest adalah “sama rata”
Compound interest adalah sama kepada semua orang. Bumiputera ka, non-bumi ka, African ka, lelaki atau prempuan. Sama sahaja. Yang membezakan adalah masa.


    2.Compounding interest mengaplikasi momentum.

Pernah terfikir bagaimana runtuhan salji menjadi begitu kuat, berkuasa hingga meruntuhkan pokok atau menenggelamkan rumah-rumah di pinggiran bukit gunung tersebut.
Atau bagaimana air disungai boleh mengalir dengan deras sedangkan dipermulaannya, di hulu sungai adalah titisan air yang mengalir? 
(Ermm macam tak sesuai je contoh air sungai ni. Nanti jadi kepala air lagilah kuat force dia)
Berbalik kepada salji, ianya memerlukan permulaan satu ketulan salji yang kecil yang runtuh, sebelum menjadi deruman salji yang beribu-ribu tan. Mungkin hanya seorang pendaki yang campakkan satu ketul bulatan salji di puncak sehingga menjadi snowball yang ganas. Ingat, asalnya satu ketul yang kecil sahaja. Dari yang kecil ia akan compound dan copound hingga menjadi besar.
Pengajarannya:  Mulakan dengan nilai yang kecil tetapi berkala dan berdisiplin
3. Compounding interest boleh melahirkan jutawan dari kalangan orang biasa.

Selalu kita mendengar alasan yang lapuk dan tidak berjustifikasi bahawa seseorang tiada wang untuk menyimpan atau melabur.  Betul ke tiada mempunyai lebihan pendapatan
( Tapi , Astro full pakage, Unifi paling laju dilanggan. i.e Astro RM 150 + unifi RM199 dah RM350 dibayar untuk…?… (hiburan atau pembaziran) 
Ini adalah anggaran. Kalau mereka yang kata tak ada duit la. Dan kemudian broadband data unlimited, kos langganan RM98 atau lebih sebulan. 
Dah berapa dah tu.? Eh terbebel lak aku. Ok ok serious serious. Ni topic serious!
Sebenarnya kita tak memerlukan duit yang banyak untuk mengarahkan “compounding interest" bekerja untuk kita”. Apa yang anda perlukan adalah masa. 
Dan 10% dari pendapatan anda. 
Kalau tak boleh juga, gunakan duit di atas,( ala yang dibebel tadi) iaitu Astro,Unifi dan B.Band anda.
Mungkin itu sahaja dah  RM300 atau Rm400. Oklah ambil sahaja separuh dan  simpan RM200 setiap bulan dan tunggu saja magic of compounding interest  bekerja untuk anda.
Dan masa selalunya berpihak kepada anda yang masih muda belia. Atau anak anak anda….
Pengajaran: Simpan je walau sedikit, ala..macam salji yang ketulan kecil tu!!Ala,,, macam sehengget yang jin kasi tu…

4.Compounding interest mengajar anda bersabar dan erti kesabaran.

 Kenapakah compounding interest merupakan pengajar erti kesabaran? Yang pertama-tamanya anda tak akan dapat hasil semalamam. 
Kena sabra danianya amil masa yang panjang tau. Yang penting sabar.

Lama atau tak lama tu subjectif kan. Sekejap je anda dah berumur 25 tahun , kemudian 30 kemudian 40 tahun.. Tak percaya? Tungguuuu
Ok lah panjang nya nak suruh anda baca sebelum jin tadi kira RM1 yang di “compound” berganda setiap hari.
 Rasanya jin dah habis tolong anda kirakan. Penulis yakin ramai yang pilih RM100 juta yang diberi oleh jin sekarang (dalam masa 10 saat tadi).

Kalau anda semua memilih B. Di mana memilih nilai yang bermula dengan RM1 dan digandakan setiap hari. Hasilnya selepas 30 hari ialah RM1,073,741,824.00

Ya..anda membaca dengan betul!! 

RM1.073 billion.



Hari  RM  Nilai RM
1                         1.00
2                         2.00                             4.00
3                         4.00                             8.00
4                         8.00                           16.00
5                       16.00                           32.00
6                       32.00                           64.00
7                       64.00                        128.00
8                     128.00                        256.00
9                     256.00                        512.00
10                     512.00                     1,024.00
11                 1,024.00                     2,048.00
12                 2,048.00                     4,096.00
13                 4,096.00                     8,192.00
14                 8,192.00                  16,384.00
15               16,384.00                  32,768.00
16               32,768.00                  65,536.00
17               65,536.00                131,072.00
18            131,072.00                262,144.00
19            262,144.00                524,288.00
20            524,288.00            1,048,576.00
21         1,048,576.00            2,097,152.00
22         2,097,152.00            4,194,304.00
23         4,194,304.00            8,388,608.00
24         8,388,608.00          16,777,216.00
25      16,777,216.00          33,554,432.00
26      33,554,432.00          67,108,864.00
27      67,108,864.00        134,217,728.00
28    134,217,728.00        268,435,456.00
29    268,435,456.00        536,870,912.00
30    536,870,912.00    1,073,741,824.00


(maaf: tempelan dari excel yang senget)


Adakah anda akan kata, tak guna punya jin?.. sehengget sahaja mula, boleh jadi billion!! Kenapalah aku pilih Rm100 juta tadi.

Jangan marahkan jin, mulakan menyimpan dan target millionaire (ataupun billionaire) Good luck!!.


P.s Malaysia Baru sekarang ni million million dah tak main, selalu billion-billion saja. wohahahahah.



Wednesday, 24 February 2016

Cerita pasal FOREX... berhati hatilah

" Bro, macam mana investment property"

"Eh, salam tidak, apa tidak terus straight tu bisness. Ala bro, macam tu la"

"Aku dah ada alternative investment la ni tau"

Oook . Menarik ni. > Aku nak tau jugak, Mamat ni banyak nor investment, atau baru nak mencuba2 itu dan ini.

" Investment apa lak, macam macam la ko" tanya aku

"Forex" sambil letakkan mulut kat bibir.. Shhh diam2 tau.

Loh apa cer lak ni .. detik hatiku.

Terus dia bersemangat bercerita sambil tangan kat mulut lagi. Cakap macam dalam kelambu lak apasal.

" Yang ni return dia 12% gerenti...."

Wah wah ni sudah cukup baik...Dalam hati: macam tak logik saja

"Umak ai.. Tinggi tu bro. Bior betui..." curiosity aku sudah meninggikan antena.


Ni jenis bagi 50% komisen..Kalau kau trade ko dapat komisen . Agent share dengan ko. Kan hari-hari trillion2 trade forex ni kan. Jadi banyak lah komisen broker/agen dapat. Dia share dengan kita.

Eh tetiba keluaq "kita".

So dari situ la dapat return guaranteed 12% kat kita. Kita lagi. Cepatnya aku jadi rakan kongsi.

"Sat sat..
jgn dok guna "kita" boleh dak. Hang cerita dulu hang punya pengalaman"

Ok..dia sambung" aku dah masuk lebih setahun.. setakat ni modal dah dapat dan aku laburkan semula. Kira pasif income. Sebulan2 aku dapat RM4k macam tu. Ko diam2 tau . Aku share dengan ko je ni"

Toink..!!!!
 1. KAlau benda2 ni sulit2 ni macam tak berapa syok nak dengar. Nak berahsia kenapa??
2. Amboi bertuahnya aku di share rahsia jutawan.
3. Senangnya buat duit.

Itu tanda-tandanya tak berapa nak bagusssss!!!! Something fishy.

But knowing me.. Mesti bagi benefit of doubt dan nak explore..

Ringkasnya,, kena ringkas la kot.. aku pulak sekolahkan dia dalam dia tak sedar sbb dia masih teruja.

Kalau investment mana ada guaranti dapat sekian sekian. Salah ooo
Dalam Islam pun tak boleh jamin..
Takkan melabur dok kadar yang sama saja pulangan. Mesti ada naik ada turun.
Mana boleh jual benda / barang yang kita tak ada. Forex mana boleh kita short position diaman kita jual dan beli kemudian..

Hati hati kawan.. Tu saja.. bukan pasal jeles return 4 atau 5 ribu sebulan ko.. takut nanti ko kena bayar hutang margin call ke bagai dengan jumlah yang sama selama bertahun tahun.

Dengan modal modal kau entah kemana. Duit boleh dicari tp pening tu tak berbaloi. Biar lah aku kerja keras dengan seadanya. Nak cepat2 kaya ni kenapa. Ko dah kenapa??

OK.. be careful.. If too good to be true...better run.

Wallah hua'lam..




Wednesday, 26 August 2015

Bijak kewangan 1 :Penetapan matlamat.

Assalamualaikum bloggers and readers..

Jom kita bercerita pasal kewangan.

Seperti mana dalam apa-apa projek atau program yang kita lakukan atau akan lakukan, mesti berasaskan matlamat atau niat.

Bab kata omputih  “Starts with end in mind”.


Maknanya : “Mulakan dengan kesudahan dalam apa apa  sahajaa wawasan kita.”
 Aduh, apa punya bahasa aku ni. Lagi susah nak paham dari bahasa Inggeris .

Dalam bahasa mudah: Mulakan sesuatu dengan matlamat akhir kita. Ataupun mulakan sesuatu tindakan dengan niat apakah yang kita ingin capai.

Wowoo.. Niat atau azam ni “very the powerful”.

Cerita 1.
Tentu korang tau cerita seorang lelaki di India menebuk bukit untuk buat laluan. Aku tak ingat detail tapi dia buat kerja tu dalam 20 tahun. Dia tebuk bukit guna tulang empat kerat. Mengangkut tanah untuk membelah bukit supaya boleh buat jalan shortcut.

Sebab apa dia boleh? Sebab dia kata dia boleh. Dia visualize yang dia akan siapkan jalan tu. Sebab susah org kampong nak pi town atau spital, kena pusing bukit tu. JAdi dia kata  nak buat dan dia buat. 

20 tahun tuu, dan dia ada kerja lain juga nak sara keluarga. KAlau tak silap dia mula awal pagi kemudian pi kerja kemudian petang sambung. Semua org kata kerja gila tapi dia boleh.

Itu dia India la kan. Macam2 story ..
Kita ambik pengajaran setakat mana boleh ya..

( Date:17/9/15 ..Edited with the photo from facebook . Source https://www.facebook.com/aliffchannel/photos/pcb.898392346882810/898392230216155/?type=1&theater)







Cerita 2
Kita terbang semula ke tanah air…
Di Malaysia, pernah dengar tak ?pakcik , atuk tua yang simpan seringgit sehari nak pi haji. Seringgit habag hang.. Boleh ka.. Telah terbukti boleh. Tak caya cuba buat.

Ada lagi cerita ada org simpan duit sampai dapat 24 juta. Mungkin boleh. Hampa semua cuba buat, entah2 boleh!
Lagi pun cerita tu pun tak disahkan, Cuma kabar angin. So tak boleh jadi contoh.
Kita guna contoh dua tu cukuplah. Cerita 24 juta tu kita abaikan ye

Jom jom buat kiraan:
Kita guna contoh  orang tekad dan nekad nak pi haji tu dan simpan waima seringgit sehari. Cuba kita kira:

RM1 x30hari x 12 bulan=360.00
Kos haji sekarang ialah RM9,888
Berapa tahun kena simpan?
 RM9,888/RM360 = 27 tahun.

(Alamak 27 tahun lamanya.. Eh kakak kakak , abang abang, cuba pi daftar haji sekarang, berapa puluh tahun kena tunggu. Belum daftar? Baik pergi segera...lajuuuu)

Kena ingat kiraan diatas ialah kalau wang serinngit sehari itu tidak disimpan di bank/institusi kewangan. Ianya disimpan dalam gobok atau bantal dirumah yang tak menjana pulangan ataupun tak di “compound”..

Meh kita kira kalau wang seringgit tu disimpan di tempat yang menjana dividen ( atau bonus) dengan kadar 5% setahun (untuk mudahkan kiraan)

Setelah tekan calculator..heheh …Ianya hanya ambil masa 16 tahun untuk dapat lebih RM10,000.
Pointnya  sini ialah kalau ada matlamat dan kita berdisiplin betul-betul dan  bertekad,!!!
 maka apa yang akan diimpikan akan tercapai

Berbalik kepada bijak kewangan, kita perlu merancang dan set target. Untuk apa penyimpanan atau tabungan kita?
Berikut adalah target2 yg specific:

1.       Untuk pergi haji/umrah
2.       Untuk bayar hutang
3.       Untuk ibu bapa
4.       Untuk pembiayaann pelajaran
5.       Untuk persaraan
6.       Untuk liburan/percutian
7.       Untuk membeli rumah
8.       Untuk berkahwin dan lain2

Ataupun matlamat kita yang umumnya boleh juga kita buat seperti:

a.  nak jadi billionair pada umur 40 tahun.
b. Nak bersara nak berjalan pusing dunia pada umur 50 tahun..


Banyak nya  target nak capai.. MAcam mana ni? Jangan panic. Takpe.. mulakan  sahaja. Step by step..
Just do it!

Menyimpan lah walau seringgit sehari..!!


Thursday, 12 March 2015

GST oooh GST: Edited!!

Assalamualaikum bloggers and readers..




GST  101: info GST


Ok mari kita berkenalan dgn GST . Ramai dah tau apa benda tu GST.
Ada kata Government Service Tax. Ada kata Gomen Sapu Tax .. Macam macam term timbul.

Yang sebenarnya GST ialah Goods and Services Tax. Sapa yang dapat duit tax ni.? Jawapannya ialah government, kerajaan. Tulis pi la nama apa. Government juga yang masyukkk.

Nak ke tanak kena terima. No choice maaa.

Jenis-jenis kategori dalam GST : ada 3 jenis iaitu-

1.       Standard rate
2.       Zero-rated
3.       Exempat rated

Standard rated.
Yang ni yang asaslah. Mudahnya semua peringkat kena tax 6% ( Kadar GST semasa).
Contoh: Pemborong beli dari pengeluar. Dia kena bill 6%. Pemborong jual kat pekedai dia bill gst kat pekedai tu. Pekedai jual kat kita. Kita kena GST 6%.

Zero rated.
Hanya penguna akhir (pembeli macam kita)  tak kena tax.Maknanya kadar tax 0% lah. Peringkat sebelum kita semua kena tax. So happylah ye beli barang tak kena tax. Dari segi harganya murah ke tak tatau lagi sbb peringkat awal nya kena GST.

Exempt rated.
Yang paling best of the best, Semua peringkat tak dikenakan GST.  The best part in the world lah ni.
 No tax!!!



So..Harga barang jadi murah ke??

Ish soklan ni susah nak jawab. Yang pertamanya harga barang sush nak turun. Dari segi psychology orang macam "dirisaukan" yang barang akan naik. 

Jadi pesepsinya sekarang ni kena extra 6%.  Secara mentalnya dan logik org ramai secara paksa rela ke suka rela macam redhoo je la.

Jadi kalau barang tu akan jadi 98 sen, contohnya, nett price setelah GST, berbanding Rm1 sebelum ni, entah-entah peniaga akan up kan price jadi RM 1.06 ( nett, maknanya  harga RM1 GST 6sen).
Nampak tak . margin nye akan dapt 2 sen extra..contohnya. Ini yang kita risau. Takut ada peniaga amik kesempatan.

Dan pengguna pun kata logik la. Yang untungnya peniaga, yang mana margin akan naik. Padahal harga boleh turun,,Mungkin. Mungkin akan berlaku macam ni  . Kita tunggu dan lihat lah.

Kita tengok ada scenario kata barang jadi murah macam ni:

Sebelum GST. ( Empat peringkat sebelum kita beli)

Peringkat 1 .Barang A . Di  Kilang
Rm1000 +untung RM500 x 10% ( sale tax)= Rm1650.00
 (Sebelum GST ada Sales Tax tau.)


Peringkat 2.kos RM1650
RM1650 + 165 (untung)= RM1815

Peringkat  3. KOS RM1815.00
RM1815 + rm181.50 (untung)= 1996.50

Peringkat 4 .. Kita pi shopping ,, maka belilah dengan harga RM1996.50

Yeahh happy happy keluar kedai dapat beli Hp RM1990. Tawar punya tawar dapat la kurang 6.50 ma.. Untung talak banyak. RM6 ringgit diskaun pun dah happy giloss.. wohahaha


Selepas GST. (4 peringkat juga la contohnya)

 Peringkat 1 .Barang A . Kilang
(Rm1000 + 500 )x 6% ( GST) = Rm1590       Tax rm90.00

Peringkat 2. Kos RM1690
RM1690 bayar pengeluar
RM1690 + RM169 ( 10% untung) => RM1859 +6% = RM1970.00- RM90 = rm1880.00           


Peringkat  3
(RM1880+ RM188 (untung)=> RM2068 + 6% = RM2192-RM111      = RM2081

      
Peringkat 4 .. Kita pi shopping ,, maka belilah dengan harga RM2081

Alamak …tak jadi murah juga contoh aku ni.. GST oh GST!!

Adoii yai.. salah kira ke???? Ermmm


Itupun aku dah tolak Input Tax dalm pengiraan harga jualan.


Tu la... macam mana ni.. GST ni nampaknya jd mahal la..
NAnti aku buat contoh lain lagi...

P.s nak cari macam mana boleh jadi murah...hehehe

_________________________________________________________________________________

EDITED : Mohon maaf atas errata...


Wokay ni yang edited dan kira semula... Yezzaaa dapat harga murah


  • Kesilapan di kesan pada harga peringkat kedua.. Spatutnya RM1590 bukannya RM1690


Selepas GST. (4 peringkat juga la contohnya)

Andaian keuntungan adalah 10% ( kecuali pada peringkat kilang keuntungan 50%)

 Peringkat 1 .
 Kilang
(Rm1000 + 500 )x 6% ( GST) = Rm1590    

Nota:

  • Pada peingkat di atas Jumlah GST yang di kenakan ialah RM 1500 x 6% =RM90.00 >> Ini adalah input tax yang akan ditolak dari harga jualan peringkat seterusnya. Peniaga yang berhemah maaaa.

Peringkat 2. Kos belian  RM1590
RM1590 bayar pengeluar
RM1590 + RM159 ( 10% untung) = RM1749 +6% = RM1854.00 - RM90 = RM1764.00           

  • Input tax peringkat ini ialah  RM1749 x 6% =104.94 >>> RM105.00

Peringkat  3
(RM1764.00+ RM176.00 (10 % untung)= RM1940.00 + 6% = RM2056.00-RM105.00      = RM1951
  • Input tax peringkat ini ialah  RM1749 x 6% =RM116.00
      
Peringkat 4 .. Kita pi shopping ,, maka belilah dengan harga RM1951.00. Yahoooo..


 Murah kan... Moga teori ni jadi realiti lah.


Friday, 10 January 2014

Bahayanya kredit card!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..

Ini lah bahana credit card.. fikir fikirkan lah..

Hutang berpuluh tahun tak habis habis lagi..kerana dek interest yang tinggi

Hayatilah video ini..




P.s Jikalau tak pandai mengurus hutang...

Thursday, 26 December 2013

Waspadalah dengan flat rate!!!!

Assalamualaikum bloggers and readers..


Hari Selasa..aku menerima panggilan dari Kenny dari sebuah bank berwarna merah.

Hello Encik, saya dari bank  CIMB (kenkawan aku kata bank Cina, India, Melayu dan Bangla),… kami boleh offer encik pinjaman tunai Rm25,000. Tiada processing fee dan lain lain caj..
Aku respon:…oookay….( yahhooo ada org nak kasi pinjam duit!!)

Murah sahaja kadar faedahnya 4.99 persen. Encik boleh buat invenstment ke pergi holiday ke, renovate rumah ke..
Aku respon: Hmm..jap jap..sebelum tu nak tanya..macam mana u all nak masuk kan duit.. dan adakah u dari CIMB.
Oooo..senag saja, kita masukkan kedalam saving atau current acount..apa yang akan kami buat ialah saya akan main satu rakaman untuk menerangkan semua terms dan akmi akan rakamkan perbualan ini untuk rujukan kalau ada apa-apa  isu.

Pendeknya mudahnya sekarang nak kasi loan..dengan panggilan telefon sahaja.

Namun nak pendeknya cerita, kalau taknak perlu loan , tak payahlah terima offer sebegini.

Banyak soalan aku tanya telemarketer tu, yang aku harus puji juga yang very friendly dan layan soklan2 aku..
 Frenly ke ?, ermmmm …along pun frenly jugak kan masa nak kasi loan. Tapi kalau tak bayar siaplah…

Berbalik kepada personal loan tadi, yep, ianya adalah personal loan. Walaupun macam mana kaedahnya caranya untuk ada membuat loan tersebut.. La ni tak payah pergi bank bagai.. Senang saja nak terjebak.

Aku katakan aku tak tau nak buat tu macam mana. Nak invest dalam instrument mana?? ( saja nak tanya opinion dia).
Oooo encik boleh masukkan dalm unit amanah , dengan pantas dia beri cadangan. Dividen unit amanah dalam 7 hingga 8 persen. Kadar interest kami hanya 4.99% sahaja.. Encik boleh buat untung lagi..
Aku pun kira 25,000 x 7.5% ( anggaran dividen, katakanlah..untuk senang kira) =RM1875
Interest bank  tersebut: Rm25,000 x 4.99% =1247.50
Ada untung  oooo…RM1875-1247.50 = RM627.50

Rounded Rectangle: Aku pun kira 25,000 x 7.5% ( anggaran dividen, katakanlah..untuk senang kira) =RM1875
Interest bank  tersebut: Rm25,000 x 4.99% =1247.50
Ada untung  oooo…RM1875-1247.50 = RM627.50






Konon-kononya untung……………….cess…
Tapi takpa..sat sat….
Aku pun kata: Kalau setakat 627.50 untung setahun tak berbaloi.. kalau saya nak amik loan saya tak mau amik setakat 25,000 saya mau 250k…baru syok
( Bukan nak berlagak tapi nanti aku bagi tau kenapa tak berbaloi…)


Then aku tanya berapa effective rate?
9.05% Jawabnya…
Hmmmm..sekarang tuan-tuan dan puan-puan nampak…kadar interestnya melebihi jangkaan dividen tadi.
Sekarang ni negatif jadinya. Daripada untung sedikit, sekarang ni bank sapu semua.. on top of that..(cewah) kita pulak kena top up dalam 2% interest untuk bank.

So pembaca sekelian..
Nasihat aku, kalau tak ada ada keperluan , JGN AMBIK personal loan.
Kalau nak kena ambik juga,, tanya bank berapakah effective rate .
Sebab bank akan sebut dia punya flat rate, contohnya yang ni 4.99% memang nampak menarik , tapi hakikatnya effective rate ialah 9.05%.
Tinngi kan intrest rate dia…
Dulu aku pernah buat entry pasal amik loan buat investment..
Bukannya tak boleh “loan buat investment”..Waima company besar pun buat loan.tapi apakah kadar pulangan korporat ni pula..
Sebab tu tadi aku kata kalau aku nak amik loan tak nak lah 25,000 kerana ianya tak berbaloi. Satu, kalau kita miss satu payment installment..dengan dendanya dengan interest lambantnya,, tentulah kita rugi. Dah lah nak dapt pulangan RM627.50 sahaja..
Itu yang aku nak loan bebanyak..sebanyak yang mungkin..baru lah berbaloi. ( Perlu diningat , loan ni memang merugikan kita)
Tapi sebenarnya…aku tak perlu pun loan tu..dan asas penolakkan aku ialah effective ratenya sangat tinggi..
Jadi berwaspadalah dengan flat rate!!!

Sunday, 4 September 2011

Photo: Raya 2011

Exposure 1/250s
Aperture 2.8
ISO 200
Available light. Flash did not fire
Editing: Minor + crop




Photo: Bunga


Exposure 1/1000s
ISO 200
Focal length 180mm
Aperture 7.1

Saturday, 3 September 2011

Photo: Nak posing sampai menyenget... adusss.



Alaaa.. Min Min pun nak tumpang pose jugak...



Boleh lah ..Meh! snap satu....



Peace to the world and Somalia...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...