Lagi gambar² menarik di bawah |
Wednesday, 27 April 2022
Indah suasana sambutan.
Friday, 29 December 2017
LAMPU @ Putrajaya 2017
Tuesday, 5 December 2017
Putrajaya Sarapan dimana? Warung Bunian Sg Merab
Warung Bunian. Satu nama yang unik. Terletak berdekatan dengan rumah dan kawasan aku menetap tapi aku tak pernah sampai. Kawan kawan dah berkali pergi dan dok ajak melalui wasaap grup.
Sehingga satu pagi yang sejuk, dingin yang menyebabkan kita susah untuk bangun dari katil. Usai Subuh aku mencari idea apakah yang boleh aku tidak membaringkan diri semula.
Aku terpikir : " Warung Bunian!"
"Jom kita makan sarapan tempat baru. Warung Bunian"
"Aaa.. kat mana tu." Lurvy blur blur sebab dia first time dengar nama tu.
Google, nak cari jalan dan location.
Perghh memang banyak story pasal ni.
Memang banyak story dan posting blog ..Namun aku nak post juga 5 sebab anda perlu ke warung Bunian.
Oh ya. Warung Bunian katanya diberi nama oleh pengunjung sebab tempatnya akan terlindung/ jauh kedalam kampung...
alaa macam nak cari kampung bunian kot. Sebab tu terbit nama bunian tu.
Terletak di Pinggiran Putrajaya / Sg Merab.
Dekat dengan coffee village.
Ok berikut 5 sebab kenapa anda patut cuba bersarapan di Warung Bunian.
1. Makanan sedap.
Perghh nasi lemaknya memang power. Dengan pedasnya dan nasinya yang tak melekit dan tak seroi . Sedang sedang saja.
2. Unik
Nasi lemak berbalut telur. Ala ala nasi pattaya gitu. Mesti kena cuba. Pedas tapi best.
3. Suasana Kampung
Terletak di kampung yang tak jauh dari Putrajaya. Bersuasana kampung tapi taklah begitu jauh untuk kita sampai.
4. Anda akan bangun pagi.
Ya, sila datang segera kerana kalau lambat akan akan terlepas . Ataupun anda akan beratur panjang. Kalau grup besar kena lah bersabar tunggu meja.
5. Sebab "Bunian".
Bunian dari erti kata terlindung dan susah jugak nak cari. Sebab anda tak akan sangka dicelah simpang yang bercerun situ akan warung yang menjadi tarikan ramai.
Mesti datang tau!!!
(Lebih kurang 15 minit dari presint 3 )
Sunday, 15 January 2017
Langkahan ceria bersama keluarga..
Saturday, 7 January 2017
Putrajaya Makan Di Mana?- Nasi Kak Wok Ayer 8
Jika berkunjung di Putrajaya, terdapat satu Restoran Masakan Kelantan yang baru dibuka di Ayer 8.
Oh ya Ayer 8 sudah mula dikenali dengan banyak restoran-restoran yang menarik dan unik. Dengan permandangan dan lokasi yang menarik, tempat ini telah menjadi tumpuan pengunjung tempatan serta pelancong.
Pagi hari Sabtu , aku dan Lurvy mula mencari tempat yang baru dibuka untuk dicuba. Sementelah ada urusan berdekatan situ maka kami pun meronda kawasan komersial yang baru. Dalam hati kalau terjumpa restoran ini kami ( dibaca aku) akan cuba.
Dan sememangnya tepat jangkaan Lurvy yang kedai ini terletak di kawasan deretan kedai yang baru beroperasi bersebelahan Tom Yam Kong .
Alamat restoran Nasi KaK Wok ni ialah:
Restoran ni agak comel, ataupun tepatnya sederhana saiznya. Susun atur yang simple dan ala ala gerai sikit "set up" nya. Makan disediakan secara layan diri dan terus bayar di kaunter setelah ambil makanan.
Ok teruskan kepada Nasi Kak Wok. Makanannya agak sedap. Hidangan nya ringkas sekali. Nasi, ayam goreng yang kecik kecik , sambal chili serta kuah kari.
Rasanya yang pedas yang membangkitkan selera. Kunci utama masakan ini ialah sambal. Memang pedas namun bak kata Alleycat
" Walau pedas hingga mengalir air mata, masih mahu dimakan jua"
Ayam yang digoreng agak masin sedikit, mungkin aku kot yang kurang makan masin.
Lagi sedap kalau ayam digoreng secara berkala dan tak dibiarkan sejuk. Namun mungkin factor masa, ayam terpaksa digoreng siap-siap dalam kuantiti yang banyak untuk memenuhi pelanggan.
Kuah nya memang sedap, trademark kauh kari kelantan yang cair. Tetap win juga walau cair pun!!
Susun atur kedai agak menarik, boleh la memuatkan satu bas serentak, dan tahap kebersihan nya baik.
Oh ya makanan dihidang atas kertas dan bukannya pinggan. Senang krew nak kemas.
Yang menariknya air sirap adalah percuma!!
Harga satu set RM 5.50, portion tak lah begitu mewah. Mungkin nasi yang ngam-ngam menyebabkan rasa nak tambah dan kesedapan tu makin timbul. Ye lah kan kalau sedap macam mana pun kalau dah banyak mesti rasa tak sedap.. Hmmmm..
Tapi sebenarnya saiz hidangan nya just nice ////
Aku bagi rating 7.5/10..
Kesimpulannya: Disarankan cuba!!!
Dihidangkan begini |
saiz hidangan: Nampak mcam saiz nasi lemak untuk breakfast pun ada |
Rest untuk dua org. Kuih 70 sen satu |
ayam yg telah digoreng |
Kuah |