Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label News. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Ogos 2015

Memetik buah yang tidak matang



Generasi muda adalah generasi yang bersemangat, dalam banyak tindak tanduk mereka akn bertindak dengan semangat melebihi dari berfikir panjang. Semangat anak muda inilah yang menyaksikan mereka mudah digunakan untuk kepentingan mana-mana pihak yang mahu kan perubahan mengikut agenda mereka.

Dalam hal ini peranan media sangat penting. Dalam bukunya, Ryan Holiday menyebut, salah satu teknik pemasaran produk atau event, adalah dengan memanipulasikan perasaan marah. Isu-isu politik di sensasikan, agar perasaan marah ini dapat dinaikkan. Mereka akan mula berkongsikan berita ini tanpa disuruh kerana perasaan marah tadi, akhirnya sesuatu produk atau event akan tersebar lebih pantas dari api yang sedang membakar. Dalam sekelip mata semua orang akan tahu akan nya.

Inilah yang digunakan untuk menggerakkan sebahagian besar anak muda, mereka akan bersama berdemostrasi, tanpa sedar siapa yang sebenarnya dibelakang demonstrasi tadi dan apa tujuan mereka. Mereka berdemonstrasi kerana kemarahan yang tercetus dari pembacaan portal-portal berita online yang memanipulasikan kemarahan.

Sebenarnya perkara ini telah lama digunakan dan menjadi amalan biasa. Dalam banyak siri-siri perperangan dunia, golongan muda disiapkan untuk mati di medan perang. Seorang tentera British ketika di medan tempur bertanya kepada dirinya, "Kenapa aku harus membunuh orang German ini, aku tidak kenal perwatakannya, tetapi dia menjadi musuhku, mungkin kah dia juga mempunyai anak dan keluarga seperti ku?". Ya, anak muda sering dicaturkan, siapa yang menjadi pemain dibelakangnya, ini soalan yang perlu anda jawab dahulu.

Siapa penaja demonstrasi ini? kenapa mereka sudi menaja? Mungkin mereka baik, mereka mahukan kita bebas dari cengkaman pemerintahan yang korup dan penindas. Penaja seperti National Democratic Institute (NDI) , Open Society Institute (OSI) yang mengeluarkan dana melalu National Endowment for Democracy (NED) bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia untuk menjadi negara yang demokratik, liberal dan moden. Naif!

Mari kita berfikir dan melihat sejarah apa yang dimaksudkan oleh demokrasi ini. Tahun 1991 parti Islam FIS memenangi pilihanraya di Algeria secara demokratik, tahun berikutnya Amerika menyokong tentera menggulingkan kerajaan. Professor John Entelis memberi komentar berkenaan peristiwa ini berkata:

"In short, a democratically elected Islamist government hostile to American hegemonic aspirations in the region was considered unacceptable in Washington."

Peristiwa di Mesir pada tahun 2013 juga masih segar dalam ingatan kita, bagaimana presiden Morsi yang dipilih secara demokratik digulingkan, dan Amerika bahkan merestui penggulingan ini. Dimana NDI, OSI dan NED semasa demokrasi  dibunuh di Mesir?

Jadi anda masih beriman pada demokrasi dan penaja-penaja di belakangnya dengan harapan Islam bakal tertegak di Malaysia satu hari nanti? Anda rela digunakan, dan anda yakin demonstrasi ini bakal menaikkan pemimpin Islam? Teruskan bermimpi.

Timbul satu persoalan.

Dalam negara demokrasi ini. Macam mana cara yang patut kita nak membawa suara tidak puas hati dan menggesa perubahan?

Adakah kita hanya redha dengan keadaan yang ada dan mengatakan ini semua ketentuan ALLAH?

Sebenarnya cara berfikir kita perlu diperbetulkan. Pilihan kita bukan antara kerajaan dan pembangkang sahaja. Saya sangat benci dengan golongan yang berfikir seperti ini, dunia bagi mereka hanya ada dua pilihan, menjadi macai kerajaan atau macai pembangkang. Bagi saya kedua-duanya wajar di kritik apabila salah, dan dipuji apabila berlaku baik.

Perubahan kepada politik yang baik dan sihat bagi saya tidak mutlak hanya pada parti. Sekiranya anda tidak berpuashati dengan parti anda, maka anda membuat parti baru. Malaysia yang sedia ada telah berpecah akan berpecah lagi, keputusan ini tergesa-gesa. Negara rahmah yang bagai mana yang kita mahu bentuk sekiranya kita terus berpecah. 

Perubahan politik boleh dilakukan diluar parti, melalui pendidikan dan pembinaan kefahaman pada generasi muda. Mendidik barisan-barisan generasi baru agar menjadi penyokong kepada keadilan Islam dan perjuangannya. Ya, ia lambat, perlahan tetapi yakin lah ia selamat dan bernafas panjang.
 
Apa guna kita mampu menumbangkan kerajaan, mendirikan pemerintahan yang adil dan demokratik, tetapi hanya bertahan selama beberapa bulan dan digulingkan semula kemudian kerana tiada barisan yang kuat untuk menyokongnya. Tindakan ini tidak bijak dan gopoh. Kita perlu belajar dari orang lain, belajar dari sejarah, dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Kita tidak boleh memetik buah yang masih belum matang.

Berfikirlah dahulu sejenak sebelum bertindak, perubahan apa yang akan berlaku selepas selesai pertempuran di jalanan. Sejarah memberitahu kita kegopohan hanya menatijahkan kegagalan. Terpulang pada kita untuk belajar atau mengulangi kesilapan yang sama.

 




Isnin, 25 April 2011

Agak-agak 10 peratus sampai tak?

Justin Bieber datang Malaysia.

Sibuk dengan para artis dan hiburan melampau.
Itukah Muslim?

Aurat bukan sahaja didedahkan bahkan dijaja disana sini.
Nama masih Muslim.

Perkataan dan percakapan dihiasi carutan , kotor dan lucah.
Tapi masih mengaku Muslim.

Solat lima waktu juga tidak lengkap 35 kali seminggu.
Muslim? Mestilah Muslim.

Hidup seharian penuh maksiat dan dosa tanpa ada penyesalan dan rasa untuk bertaubat.
Tapi Muslim tetap Muslim.

Langsung tidak menghargai ilmu dan menghormati guru.
Tetap juga mengaku pelajar Muslim.

Jadi berapa peratus nilai Muslim yang ada dalam diri?

Bukan kah title Muslim itu perlu diapplikasi dan dipamerkan dalam segenap aspek kehidupan? Dari buka mata di pagi hari sehingga lelap di malam hari.

Atau peratusan Muslim yang ada dalam diri mungkin satu peratus iaitu pada nama.
Jadi jika hanya satu peratus sahaja yang Muslim masih layakkah memegang title Muslim?

Khamis, 4 Jun 2009

Tamat Sesi Persediaan di Unikl-MIAT 2008-2009


Alhamdulillah . Setelah setahun berkampung di Unikl-MIAT kini para pelajar Foundation Pre-Russian telah selamat menamatkan kursus persediaan. Bermula Julai 2008 . Dari saling tidak mengenali hingga menjadi rapat dan saling mengambil berat. Penghargaan kepada semua rakan2 yang banyak membantu dan memberi sokongan:

> Abdul Rahim a.k.a Senyum
>Akmal a.k.a Ustaz
>Ifwat a.k.a Unknown
>A'rifuddin a.k.a Abe
>Daim a.k.a Akira
>Ghalib a.k.a Diablo
>Haziq a.k.a Jikun
>Fakhrul a.k.a Fido
>Khairul a.k.a Ah Se
>Farizul a.k.a Pejo
>Izwan a.k.a Wan Chop
>EL Haickal a.k.a Asimo
>Syamil a.k.a Unknown
>Syamim a.k.a Unknown
>Fahmi a.k.a John
>Muzamel a.k.a Mujuz
>Syukram a.k.a Boh
>Shahruzzani a.k.a Soy Lek
>Syazwan a.k.a Wanwan
>Faiz a.k.a Gerard
>Faris a.k.a Adik
>Hafiz a.k.a Mamu
>Hafiz a.k.a Bourne
>Nazrin a.k.a Rain
>Khalis a.k.a Jaiho
>Safwan a.k.a Gengster
>Termidzi a.k.a Kopi
>Isamuddin a.k.a Brat
>Asyraf a.k.a Unknown
>Syazwan a.k.a Wangem
>Raja Farhan a.k.a Kanang
>Nor Muhamad a.k.a Mat Kok

Juga penghargaan kepada pelajar perempuan yang banyak mem'photostat' kertas latihan dan nota. Fatinah , Atikah , Atiqah dan Liza. Juga tidak dilupakan para pendidik yang berjasa dan para staff yang banyak memudahkan proses pembelajaran:

- En. Ab. Bassit
- Puan Suhaila
- Cik Amatullah
- Kak Azura
- Ustaz Tengku Saipulizan
- Ustaz Wan Tarmizi
- Prof. Danial
- Dr. Rustem
- Madam Natalia Ivanovna
- Madam Anna Vladimirovna
- Madam Tatiana Lebovna
- Miss Svetlana Goryacheva


Terima kasih semua. All the Best. May ALLAH bless you.

Ahad, 19 April 2009

Sekitar KLIBF 2009


Alhamdulillah setelah mencari2 ruang dan waktu untuk membolehkan diri pergi ke KLIBF 2009 akhirnya diperkenankan ALLAH. Rancangan awalnya hendak pergi bersama rakan2 tetapi mereka semua sibuk mengulangkaji pelajaran akhirnya pergi bersama ibu tercinta. Sungguh indah perancangan ALLAH S.W.T.

Di 'Book Fair' kali ini sambutannya memang luarbiasa . Mungkin hari ahad jadi rakyat jelata mencurah-curah datang. Booth pertama yang disinggahi adalah booth Galeri ilmu. Hendak melihat hasil tulisan Hilal Asyraf. Boothnya senang sahaja untuk ditemui. Berdekatan main entrance. Sebenarnya datang ke KLIBF 2009 sudah ada target buku yang hendak dibeli. Kerana 'budget' pun tidaklah mencukupi . Jadi tak belilah buku karangan penulis muda ini (Maaflah Hilal insyaALLAH ada budget nanti ana beli). Tetapi melihat sambutan yang hangat di booth Galeri ilmu rasanya tak jadi masaalah.

Buku Hilal di Booth Galeri Ilmu.

Kebanyakan remaja wanita kelihatan memenuhi ruang Booth Alaf 21 . Mungkin bahagian novel lebih digemari perempuan. Book fair kali ini memang berbaloi pergi. Carilah buku apa pun insyaALLAH ada. Banyak sangat buku yang menarik. Kalau ikut hati memang banyak yang mahu dibeli. Semuanya menarik. Namun cukuplah hanya 2 buku. Kalau beli banyak2 pun tak tentu ada masa nak baca semuanya. (More Photos)

Isnin, 23 Jun 2008

Alumni Sekolah Rendah Ibnu Kathir (SRIKG)




Sekolah Rendah Ibnu Kathir merupakan sekolah agama rakyat yang menerapkan nilai2 agama
ISLAM berasaskan akidah yang sahih tanpa menggabaikan kecemerlangan akedemik.
SRIKG telah beroperasi lebih dari sedekad telah melahirkan ramai individu2 yang mampu bekerja
untuk pembangunan ummah dan masyarakat.


Lepasan SRIKG kini mencecah ribuan orang.
Kebanyakannya masih lagi belajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta dan sebahagian lain telah memasuki alam pekerjaan dan memegang jawatan2 penting di seluruh pelusuk Malaysia.


Selain akademik pihak sekolah juga menekankan kecemerlangan sahsiah dalam kehidupan seharian. Sahsiah yang baik merupakan manifestasi kepada ilmu yang dipelajari di dalam kelas, keimanan dan ketakwaan yang mendalam kepada ALLAH S.W.T.

Kini pihak SRIKG ditadbir oleh Ust. Fauzi Naim selaku guru besar Sekolah Rendah Ibnu Kathir berhasrat untuk mengumpulkan semula lepasan SRIKG. Kepada lepasan SRIKG bolehlah menghubungi Ust. Fauzi untuk makluman lebih lanjut lagi mengenai alumni ini.Wallahualam.