Pernah pergi pasar malam? Mesti pernah kan? Tapi pernah pergi pasar malam terpanjang di Malaysia? Yang telah masuk book of record? Terletak di Setia Alam, panjangnya dekat 1.5km Tapi kebanyakan gerai dan menu jualan dimonopoli oleh peniaga cina (ini memang kawasan cina, ada juga peniaga melayu) Yg menarik terdapat pelbagai jualan makanan cina yang menarik dan rare yang susah nak dapat...bagi penggemar cina yg suka makanan tepi jalan boleh cuba datang ke Setia Alam setiap sabtu bermula jam 5 petang hingga 9mlm untuk menikmati pelbagai menu yg lazat *walau tak makan tp tgk menu mereka sangat mengujakan - mmg ada jual makanan yg berasaskan daging khinzir Apa. Balik ranggup abang ni jual bermula dari RM1.50 - RM2 ikut jenis intinya, apam balik biasa ada yg inti pulut hitam, penah cuba? Ramai pembeli cina yg gemar tau...