Kala ini, Hati penuh dengan pelbagai rasa Marah, geram, dendam, Gejolak di jiwa bagai tak dapat ditahan Namun Aku harus sedar Amarah bukan jalan penyelesaian Bahkan merosak perhubungan Yang akrab bakal bertelagah Yang rapat bakal musuh ketat Sabar Itu penguat semangat Pendinding amarah yang bernyala Bagai ubat meresap di dada Iman Itu benteng kekuatan Bagi diri yang goyah kedudukan Tanpanya diri bakal merana Ikutkan hati yang penuh emosi Senyum Itu ketenangan Jua keceriaan Penghapus kedukaan Mengeratkan hubungan Lantas melupakan kesengsaraan - 1 Syaaban 1431 Hijrah - - Tetiba aku rasa nak mengarang, setelah sekian lama aku pendamkan. Dulu aku mmg kaki karang n ala2 jiwang. Tapi sejak ku kenal dia, sumenya jadi lupa n hilang...so hari ni tetiba nak pulak mengarang. :D