Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Kehidupan

Kesusahan

Bismillahirrahmanirrahim Sentap! Itu yang aku rasa, bukan kerana perbuatan orang pada aku tetapi atas kesungguhan orang dalam kelangsungan hidup. Masa di surau Alamanda maghrib tadi, aku ternampak sorang cleaner yang sedang duduk bertinggung di tepi rak menyidai telekung, dia pandang aku dan senyum (senyumannya macam mengenali aku) aku balas senyum itu,  Aku pun rasa macam kenal dia (macam si penjual waffle di anjung) lantas aku tegur dan dia mengiyakan.  Aku tanya kerja ni sampai pukul berapa? Habis di kedai jam 5.30pm dalam pukul 6pm mula kerja sampainya jam 9.45pm.. Aku terdiam. Tak penatkah? Sedangkan aku punya masa berlibur lepas balik keja, dia masih lagi sambung kerja.  Gigih! Demi sebuah kelangsungan hidup.     * Sepinggan nasi ini berharga RM2.50 tapi bukan di Malaysia ianya di Brunei...nasi katok