Assalamualaikum pembuka kata, salam di hantar pembuka bicara. 13 Januari tarikh nan Indah, di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru detik bermula. Dilahirkan ke dunia oleh seorang wanita bernama Induk (bukan nama sebenar) Asfieda impiana di beri nama. Itulah aku, si penulis tiada seni. Menyusun atur ayat di papan kekunci ini untuk aku karangkan buat tatapan kalian. Nama aku Asfieda impiana seperti yang tercatat di kad pengenalan. Aku dibesarkan selama beberapa tahun di sekitar Johor Bahru, Johor (Ya..hidup JDT!!). Macam tak percaya sahaja aku penah menghuni rumah setinggan. Setinggan ketika itu dihuni oleh penduduk tempatan dikawasan yang mereka bangunkan sendiri tanpa kebenaran, bukan warga asing tapi penduduk tempatan dari pelbagai negeri dan daerah yang berhijrah ke bandar untuk mencari nafkah demi kelangsungan hidup. Aku membesar hampir empat tahun di kawasan setinggan yang di panggil Kampung Skudai Kanan – kini kampung itu tidak lagi wujud, telah bertukar wajah menjadi kawasan...