Skip to main content

Posts

Showing posts with the label novel

You Can Call Me Monster

Assalamualaikum, Sempena meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 yang akan berlangsung bermula 27 Mac 2020 hingga 5 April 2020. Jadi mula bulan Mac mendatang ni, Ai akan cuba untuk kongsi seberapa banyak ulasan buku yang telah dibaca untuk perkongsian rakan-rakan. Kita patut berbangga sebab Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia 2020  dengan slogan "KL Baca - Caring Through Reading" oleh UNESCO. Wow sesuatu yang hebat untuk dibanggakan. Seperti yang dinyatakan dalam berita harian ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/475757/kuala-lumpur-dinobat-kota-buku-dunia-2020 Ok jom kita baca ulasan novel yang diberi tajuk "You Can Call Me Monster" karya Aein Dhiyauddin terbitan karnaDya Publication. Bukan novel inggeris tau, tapi novel melayu. Novel ini merupakan karya ketiga penulis, sebelum ini Aein pernah menulis karya yang bertajuk Hero Jelita dan Izinkan Aku mencintai Dia. Novel You Can Call Me Monster berkisar menge...

~ SEINDAH 7 WARNA PELANGI ~

Assalamualaikum, Fuhh..fuhh..Fuhh 2 tahun lebih bersawang blog ni rupanya. Kesiannya. Skill nak menulis pun dah berkarat. Lebih banyak menulis di FB ntah sapa yang baca agaknya kan. Tak apalah jom mulakan semula apa yang ditinggalkan. Harap masih boleh menulis dan ada yang sudi yang baca. Minggu ni rakyat masih kepeningan dengan politik negara, macam-macam drama yang ada. Rakyat marhein macam kita ni nak cakap banyak pun bukan boleh, terikat dengan pelbagai akta dan undang-undang. Jadi, kita berdoa yang terbaik buat negara. Untuk book review yang pertama di tahun 2020 ni, Ai nak share novel Seindah 7 Warna Pelangi karya E-man Sufi terbitan Penulisan 2u. Yang telah diadaptasi ke drama di slot akasia Tv3 pukul 7mlm. Novel yang dikeluarkan pada Mac 2019 lalu. Kira cepat juga novel ni dibuat adaptasi. Novel ni dah lama beli dah, tahun lepas lagi dan dah habis khatam pun. Mula-mula lepas tengok drama, google di wattpad E-man Sufi. Baca sampai bab 17, lepastu tergerak hati nak tengok...

Novel -Tiada Penghujun - Part 2

Semua pelajar Sekolah Tinggi Kluang berhimpun di tapak perhimpunan. Masing-masing beratur di mengikut pasukan beruniform yang telah ditetapkan. Norashikin berdiri tegap dengan uniform hijau kekuningan yang tersarung ditubuhnya. Dia ingin menuruti jejak langkah ayahnya menjadi seorang anggota bomba. Apa sebab yang membuatkan dia memasuki badan beruniform itu, dia pun kurang pasti.  Selepas saja tamat majlis perhimpunan, masing-masing beratur mengikut ketua pasukan beruniform. Mereka akan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu yang telah ditetapkan seperti dalam jadual perjumpaan. Norashikin bersama ahli Kadet Bomda yang lain kekal di tapak perhimpunan itu, setelah diarahkan oleh Ketua Pasukan iaitu abang Rozani.  "Baiklah....hari ni kita ada orang baru yang telah menggugurkan diri daripada Kadet Bersatu dan ingin menyertai pasukan uniform kita. Anda semua setuju?" tanya Rozani. "Setuju!.." sahut ahli yang lain kecuali Norashikin yang mengerutkan keningnya, berasa hai...

Novel - Tiada Penghujung (Part 1)

Salam, ana coretkan untuk tatapan semua karya sahabat baik ana ketika sekolah... ~Tiada Penghujung~ Karya Mazwela Mohamad. Novel ni di tulis ketika kami di tingkatan 2 (Dah 14 tahun tu..). I m write it here just to share...enjoy reading ;D. Cerita ini adalah ilusi dan garapan penulis dan ana semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup, harap maklum. Ana ingat lagi, tiap kali Maz menulis, ana akan ada disebelah sambil memberikan idea2 untuk beliau mengolahnya..how sweet that moment...hahahahaa Sekolah Tinggi Kluang riuh dengan penghuninya, loceng pertama telah dibunyikan. 5 minit lagi loceng kedua akan dibunyikan. Kamarul masih tercegat di pintu pagar sekolah. Matanya melilau seperti mencari seseorang. Loceng kedua telah dibunyikan, Norashikin berjalan laju ke sekolahnya. Dari jauh Kamarul tersenyum, Norashikin mengeluh panjang, memandang wajah Kamarul yang sedang tersenyum sinis.  "Lambat lagi nampaknya cik kak kita ni..." tegur Kamarul sambil mengeluarkan buku penga...

Ada Apa Dengan Buku?

Salam ramadhan... buku apa ni? Tetiba aku teringat nak upload buku penuh nostalgik ni utk tatapan semua..esp buat Dr. Mazwela kat Hosp Ampang tu. Psstt Maz, ko igt tak pasal buku ni? Lupa dah? Buku ni dah berumur hampir 16 tahun....tak percaya? serius tak tipu..elok lg dlm simpanan aku ni nasib baik x dimakan anai2...buku masa tgh muda mudi remaja gitu, buku apa ekk? sebenarnya buku ni aku n maz tulis novel...hahaha, gile x igt kami time tu, suka tulis2 novel , jgn x percaya uols..nak2 aku la, kuat berangan n rajin sangat mengarang, sebab tu masa form 4 amik sastera. Kira jiwang karat tu aku la orang nya. Tp sekarang akak nyer jiwang karang tu dah tumpul dik non...x ligat mcm muda mudi remaja. Buku ni boleh dikatakan nostalgik coz kisah didalamnya ialah kisah cinta yg x kesampaian... opps akak tgh angau time tu, form 2 dah gila bayang ahaks,   akak tulis skit, n maz tulis skit..alah buku 40 pages..byk mana lah ceta boleh tulis, buku yg x ada sampul tu da 1st book, yg bersa...

LAGENDA BUDAK BERAKHIR....HUHUHUHUU

Salam uollss...fuuhh lamanyer x update. Ciann diari ni berhabuk...fuhhh..fuuuhhh kasi tiup skit. Aku x ada coz gi kursus..then lappy pun x ada nak update... :(  *windu ngat nak update* By the way n3 ni nak sambung pasal ceta LBS aku yg lalu pastu nak kasi bakar skit kat afzan  (wakaaakakaa) *dia baru dapat beli buku LBS yg hangat mcm pisang goreng tuhh..* Pada sesapa yg tak tau lagi, LBS ada triology...ada 3 buah semuanya mcm kat bawah ni...harge dia time tuh RM35.00 woo, puas kumpul duit nak beli tau.                                            Yang pertama - Lagenda Budak Setan @ LBS  Yang kedua - Katerina  Yang ketiga - Kasyah - Lagenda berakhir Kasyah - Lagenda Berakhir  dah 5 tahun novel ni ngan aku..*hihihiii adik aku yg beli* LBS aku beli masa sekolah menengah...buruk dah buku tu, kulit pun dah koyak tuh bukunyaa..     LBS kel...