Assalamualaikum, Ahad lepas berkesempatan menerjah ke butik kepunyaan Puan Nadia Felinna @ Kak Fel & suami En. Rafi'e Ramli di bangi sentral bersempena dengan pembukaan cawangan yang pertama di lembah klang selepas 2 buah butik di Kedah. Fuh memang fenomena sungguh event pada hari tersebut. Mana taknya Kak Fel telah bermurah hati menaja 300 helai jubah percuma sempena pembukaan butiknya itu, mahu tidak orang beratur dari subuh hari untuk mendapatkan angka giliran masing2... Harga jubah juga dijual RM99 sahaja untuk semua jubah keluaran mereka. Mahu tak berebut!!! Tu yang beratur, yang x beratur lagi ni sedang menunggu giliran Ai sempatla singgah pada seblah pagi sebab menghantar pavlova untuk pagi tu Pavlova yang menjadi santapan krew butik tempoh hari En. Rafi'e juga memaklumkan pihak beliau telah menyediakan sejumlah 10K dengan 15 jenis rekaan yang ada. Ai sempat la sambar 2 helai cardigan masa sesi lawatan para media ...