Skip to main content

Posts

Showing posts with the label anak

PENINGGALAN BEKAS ISTERI

Assalamualaikum,  Salam 8 Syawal 1441H. Perkongsian ini buat renungan dan pedoman pembaca budiman. Ingatlah apa yang kita lakukan ke atas anak-anak atau ahli keluarga, kelak balasannya jika tidak di dunia pasti di akhirat.  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Terkesan aku setelah menonton cereka ‘Peninggalan Arwah’, sarat dengan pengajaran dan cerita teladan untuk kita mengambil ibrah. Hakikatnya cerita seperti itu masih berlaku sehingga hari ini. Paparlah pelbagai drama dan lakonan semula mengenai kesan pengabaian anak yatim atau memakan harta anak yatim, semua itu tidak akan memberi kesan jika hati telah hitam dek hasutan syaitan atau hidayah untuk mereka belum Allah hadirkan. Teringat aku kisah dua hari lepas, tatkala aku di stesen Petronas ingin mengeluarkan wang, jam menunjukkan tepat pukul 6.15 petang. Dalam hujan renyai-renyai yang membasahi bumi. Saat aku memakirkan kereta di tepi kotak pos laju aku terpandang sesusuk tubuh ke...