Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

PENINGGALAN BEKAS ISTERI

Assalamualaikum,  Salam 8 Syawal 1441H. Perkongsian ini buat renungan dan pedoman pembaca budiman. Ingatlah apa yang kita lakukan ke atas anak-anak atau ahli keluarga, kelak balasannya jika tidak di dunia pasti di akhirat.  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Terkesan aku setelah menonton cereka ‘Peninggalan Arwah’, sarat dengan pengajaran dan cerita teladan untuk kita mengambil ibrah. Hakikatnya cerita seperti itu masih berlaku sehingga hari ini. Paparlah pelbagai drama dan lakonan semula mengenai kesan pengabaian anak yatim atau memakan harta anak yatim, semua itu tidak akan memberi kesan jika hati telah hitam dek hasutan syaitan atau hidayah untuk mereka belum Allah hadirkan. Teringat aku kisah dua hari lepas, tatkala aku di stesen Petronas ingin mengeluarkan wang, jam menunjukkan tepat pukul 6.15 petang. Dalam hujan renyai-renyai yang membasahi bumi. Saat aku memakirkan kereta di tepi kotak pos laju aku terpandang sesusuk tubuh ke...

Bila Kena Hentak Meja

Assalamualaikum, Rindu nak menaip!! Semalam dah miss satu hari menaip, ni curi masa rehat sekejap menaip. What a stress day begin today. Huhuhuhuuu... Ai ni dari kecil berangan nak jadi pegawai psikologi/kaunseling penah bercita-cita sebab macam best kot jadi pendengar masalah orang dan kemudian kaunselingkan mereka dengan perkara-perkara baik saja. Hahahaha kelakar kan? Tapi perancangan Allah hebat dan lagi baik rasanya, sebab Ai ni bukan ditakdirkan untuk jadi sebegitu rupa, sendiri pun banyak masalah oii ada hati nak kaunselingkan orang hahahaha. Tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab, jadi peranan dalam kerja sekarang ni ada la sikit sebanyak sebaagai pegawai kaunseling tak bertauliah, ye lah mana nak handle staff-staff bermasalah jadi kenalah tau latarbelakang di dulu baru boleh buat tindakan. :) Nak jadi cerita hari ni, waktu masuk kerja tadi pagi dah panggil sorang staff ni yang boleh dikira ada masalah attitude. Tapi dia ni kalau kena dengan cara dan layanan dia ok je...

Kegembiraan Yang Hilang

Assalamualaikum, Tengah buat apa tu? Mesti tengah berehat-rehat di hujung minggu kan :) Ai dah mula kerja hari ni. Hampir setahun bertukar arah dan angin, tapi masih tak boleh nak hadam lagi otak ni bila bab pertukaran waktu kerja. Body clock masih set hari isnin hari mula kerja. Huhuhuhu.. Mana taknya selama membina kerjaya ni, Ai kerja di kota metropolitan sana, hampir 11 tahun membesar dengan cara dan gaya hidup di sana. Bila berubah angin ni, susah sangat nak hadamnya. Entahlah. Jiwa meronta-ronta nak balik ke kota sesak itu..Uwaaa. Sampaikan rasa tak seronok nak kerja. Banyak perkara yang tak dapat buat, yang ditinggalkan sebab tempat ni tak sama langsung dengan cara sana. Baik dari segi keperluan prasarana - duduk di kota metropolitan nun semua dihujung jari dan memudahkan terutamanya bagi suami yang guna kerusi roda. Dekat sini kekangan sangat tinggi untuk suami bergerak guna kerusi roda sampaikan Ai sendiri tak ada mood nak bawa suami berjalan-jalan hujung minggu ke mana...

You Can Call Me Monster

Assalamualaikum, Sempena meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 yang akan berlangsung bermula 27 Mac 2020 hingga 5 April 2020. Jadi mula bulan Mac mendatang ni, Ai akan cuba untuk kongsi seberapa banyak ulasan buku yang telah dibaca untuk perkongsian rakan-rakan. Kita patut berbangga sebab Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia 2020  dengan slogan "KL Baca - Caring Through Reading" oleh UNESCO. Wow sesuatu yang hebat untuk dibanggakan. Seperti yang dinyatakan dalam berita harian ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/475757/kuala-lumpur-dinobat-kota-buku-dunia-2020 Ok jom kita baca ulasan novel yang diberi tajuk "You Can Call Me Monster" karya Aein Dhiyauddin terbitan karnaDya Publication. Bukan novel inggeris tau, tapi novel melayu. Novel ini merupakan karya ketiga penulis, sebelum ini Aein pernah menulis karya yang bertajuk Hero Jelita dan Izinkan Aku mencintai Dia. Novel You Can Call Me Monster berkisar menge...

~ SEINDAH 7 WARNA PELANGI ~

Assalamualaikum, Fuhh..fuhh..Fuhh 2 tahun lebih bersawang blog ni rupanya. Kesiannya. Skill nak menulis pun dah berkarat. Lebih banyak menulis di FB ntah sapa yang baca agaknya kan. Tak apalah jom mulakan semula apa yang ditinggalkan. Harap masih boleh menulis dan ada yang sudi yang baca. Minggu ni rakyat masih kepeningan dengan politik negara, macam-macam drama yang ada. Rakyat marhein macam kita ni nak cakap banyak pun bukan boleh, terikat dengan pelbagai akta dan undang-undang. Jadi, kita berdoa yang terbaik buat negara. Untuk book review yang pertama di tahun 2020 ni, Ai nak share novel Seindah 7 Warna Pelangi karya E-man Sufi terbitan Penulisan 2u. Yang telah diadaptasi ke drama di slot akasia Tv3 pukul 7mlm. Novel yang dikeluarkan pada Mac 2019 lalu. Kira cepat juga novel ni dibuat adaptasi. Novel ni dah lama beli dah, tahun lepas lagi dan dah habis khatam pun. Mula-mula lepas tengok drama, google di wattpad E-man Sufi. Baca sampai bab 17, lepastu tergerak hati nak tengok...