Salam Jumaat lepas berpeluang pergi Belum RainForest Resort - ok duk kat hutan tepi jalan. Perjalanan ambil masa 5jam dari putrajaya ke sini. Keluar/exit tol kuala kangsar tuju ke gerik - jalan ni pun adalah jalan untuk ke pantai timur - orang2 utara mesti familiar. Lokasi Belum Terletak 41Km selepas pekan gerik - jalan menyelusuri banjaran titiwangsa jadi sedikit bercerun dan sempit (macam lalu kat area danau kalau di Padang tu) Tapi lebuhraya ini dipanggil lebuhraya timur - barat . Jalan mmg x ada lampu, keliling hutan (nasihat utk yg tak biasa sila datang waktu siang) Awas - kawasan hutan ni masih ada binatang yg menghuni ya seperti gajah, rimau, dan binatang2 lain, jd hati2 ketika memandu & mulut jangan cabul ya Tu curam tu... Belum rainforest resort ni terletak di tepi jambatan yang merentas tasik buatan manusia - tasik banding. Kedalaman tasik ni cecah 300m ya.. ...