Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2010

Selamat Tinggal Kenangan - Sayonara 2010

Novel -Tiada Penghujun - Part 2

Semua pelajar Sekolah Tinggi Kluang berhimpun di tapak perhimpunan. Masing-masing beratur di mengikut pasukan beruniform yang telah ditetapkan. Norashikin berdiri tegap dengan uniform hijau kekuningan yang tersarung ditubuhnya. Dia ingin menuruti jejak langkah ayahnya menjadi seorang anggota bomba. Apa sebab yang membuatkan dia memasuki badan beruniform itu, dia pun kurang pasti.  Selepas saja tamat majlis perhimpunan, masing-masing beratur mengikut ketua pasukan beruniform. Mereka akan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu yang telah ditetapkan seperti dalam jadual perjumpaan. Norashikin bersama ahli Kadet Bomda yang lain kekal di tapak perhimpunan itu, setelah diarahkan oleh Ketua Pasukan iaitu abang Rozani.  "Baiklah....hari ni kita ada orang baru yang telah menggugurkan diri daripada Kadet Bersatu dan ingin menyertai pasukan uniform kita. Anda semua setuju?" tanya Rozani. "Setuju!.." sahut ahli yang lain kecuali Norashikin yang mengerutkan keningnya, berasa hai...

Sambutan Tahun Baru 2011?

Assalamualaikum, hari ini hari terakhir 2010 tahun Masihi. Ya tahun Masihi, tahun yang semua penduduk dunia nak raikan, yang beragama islam pun turut sama berpesta, bersuka ria nak sambut Ambang Tahun Baru. Kenapa jadi macam  ni kan? Mudah sungguh paradigma dan minda kita umat islam dijajah. Bila nak sambut tahun masihi, masing-masing mula menanam azam itu ini begitu begini. Tapi kalau tahun Baru Hijrah, ingat pun tidak. Tak percaya? cuba pergi tanya pada umat islam ala-ala moden kat luar, ada yang ingat atau tidak, jika masih ingat Alhamdulillah, tp kalu masih ramai yang tidak ingat, apatah lagi nak baca doa awal dan akhir tahun.  Cuba kita perhatikan dan lihat keadaan sekeliling kita hari ni,rata-ratanya teruja nak sambut ambang tahun baru, pusat membeli-belah, syarikat2 gergasi dan juga kerajaan sesetengah negeri siap buat sambutan ambang tahun baru, pastinya akan ada percikan bunga api, konsert hingga tengah malam. Yang muda mudi pula mengambil kesempatan....minum arak? ...

Sambut Wira-Wira Pulang!!! - Piala AFF Suzuki 2010

Salam readers. Wah nampaknya kehangatan bolasepak smalam masih terasa lg kan... XD Ana pg ni pergi keje penuh ceria dan senyuman beserta ucapan tahniah pada semua org yg ana jumpa..nape? Haruslah tahniah tumpang bangga gitu, aura trasa maklumlah Esok Cuti ekeekeke.. Ok just short noticw to share and inform. Kepada Peminat2 Team Bolasepak Negara anda dialu2kan utk sambut ketibaan pemain bolasepak negara yang akan pulang pada hari ni pada j 2.30 petang bertempat di KLIA! So pada yg nak sambut KFCM @ Apek tu & Safee Sali serta pemain2 bola yg lain (ramai yg ensem2 tue...ee gatai XD) bolehla prepare dari sekarang g cari hadiah ie coklat, bunga etc serta x lupa Marker Pen utk minta Sign!!! Jumpa Di Sana ...yeahhh Pssstt - Bersemangat nak nyambut weii...Keranamu kami mendapat Tuah...lalaalala

Tahniah Malaysia!! - Piala AFF Suzuki 2010

Ya Allah macam tak percaya jer la gara2 Piala AFF Suzuki 2010 - viewer blog ni pada pukul 12.05am pagi ni sebanyak ni.. 57 orang tu!!! korang nampak tak brapa ramai yg tgh tgk blog ni ie 57 orang tu!! kebetulan ana tgh update dan tgk status terkini..bila mata terpandang kan jumlah online user tu terus ana prt screen dgn tidak berlengah lagi...terharu sekejap la..sbb x pernah tgk bilangan sebanyak tu...giler kentang..tdo dgn penuh senyuman kejap...huhuhuhuh  Terima kasih la kerana BOLASEPAK PIALA AFF SUZUKI 2010 - blog ana cipta sejarah peribadi utk diri sendiri ekekeke

JUMAAT CUTI UMUM 29/12/2010 - TERIMA KASIH PERDANA MENTERI

SALAM...WAH BREAKING NEWS TU...(Maaf huruf besar :D)  TERIMA KASIH PERDANA MENTERI!! TERIMA KASIH PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA...KERANAMU KAMI MENDAPAT TUAH...LALALALALA Alhamdulillah PM dengan rasminya dah umumkan hari JUMAAT IAITU 29 DISEMBER 2010 DIISTIHARKAN SEBAGAI CUTI UMUM untuk SELURUH RAKYAT MALAYSIA  bagi meraikan kejayaan pasukan bolasepak kita!!!!! Jom ramai2 sambut player2 kat airport!!! BERITA BERNAMA 29/10 - PM DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MLM INI MENGISYTIHARKAN HARI JUMAAT 31 DISEMBER 2010 SEBAGAI CUTI UMUM BAGI MERAIKAN KEJAAYAAN PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA PD MLM INI - bleh semak di UTUSAN  ni me kopi dari utusan yer  " Jumaat cuti umum 29/12/2010 11:38pm Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010. Alhamdulillah...ni lah rezeki bersama..rezeki rakyat..reze...

Piala AFF Suzuki 2010 - Siapa Calon Menantu?

Akhirnya setelah sekian lama sejak perlawanan diperkenalkan pada tahun 1996, akhirnya pada tahun ni kita dapat juga merasa untuk menggenggam Piala itu beserta hadiah kemenangan berjumlah USD100,000 tu!! (Convert pd RM dekat RM390k tu!!!) belum lagi hadiah kemenangan yg dijanjikan oleh Menteri Belia dan Sukan yang berjumlah RM9K sorang...mak aii banyak nyer tu durian runtuh hujung2 tahun... Dah la player kita muda2 n ensem....naik saham abang2 tu oiii!!! Nasib Norshahrol dah kawin yerk... emm Khairul Fahmi kosong ker? ahaksss. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik sila pilih2 mana satu calon menantu...ahakss 

Penjaring Terbanyak - SaFee SAli

Tahniah kepada Mohd Safee Mohd Sali yang telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 iaitu dengan keseluruhan 5 GOL. Beliau dilahirkan pada 29 Januari, 1984 di Kajang, Selangor. (Wah mestti banyak dapat hadiah bulan depan, secret admirer mesti ramai...ahakss) Pemain penyerang bagi Selangor FA. Memakai jersi No. 10 yang pernah dipakai oleh pemain lagenda Mokhtar Dahari.

KHAIRUL FAHMI CHE MAT - HERO MALAYA!!!

Mungkin tak siapa pun yang perasan dan kenal sangat dengan dia sebelum ni, termasuklah ana, tp kerana ketangkasan dan kecekapannya malam ni, dia mula bersinar!! Tahniah Fahmi...jasamu kami kenang XD Biodata beliau - Dilahirkan di Kota Bahru Kelantan pada 7 Januari 1989 (uikkss tak lama lg tu ;D) yang bermain untuk pasukan Kelantan. Pernah memenangi Piala Penjaga Gol Terbaik  pada Piala FA 2010 yang lalu... MAAF UPDATE TERKINI...DIA DAH BERPUNYA DERR NI CIK ELIA NAMANYA ~BLOGGER GITU!   (MENCANAK KAU FOLLOWER N NUFF DIA - KOMPOM EKEKEKE) Lihatlah wajah2 penyelamat gawang Harimau MAlaya

TAHNIAH!! MALAYSIA MEMENANGI PIALA AFF SUZUKI 2010

ALHAMDULILLAH...Syabas Player Malaysia!! Nak2 pada KEEPER yg terer da boom tu KHAIRUL FAHMI & SAFEE SALI yang berjaya menyumbat gol2 kemenangan buat Harimau Malaya... Cayalah you All..Tak lutnya dengan laserr segala bagai dek non oii...Main penuh semangat bukan penuh propa dan auta. Indon sekadar propa jer lebih tu..macam2 la media diorang buat apatah lagi penyokong2 diorang tu, tapi tu semua tak membawa hal punya...Syukur Alhamdulillah, kemenangan itu buka semula mata penonton kita!!!! MALAYSIA MENANG DENGAN AGREGET 4 - 2   INILAH BARISAN KITA!!!!  INILAH HERO KITA!!! KHAIRUL FAHMI CHE MAT  INILAH WIRA KITA - 3 GOAL JARINGAN BELIAU

Novel - Tiada Penghujung (Part 1)

Salam, ana coretkan untuk tatapan semua karya sahabat baik ana ketika sekolah... ~Tiada Penghujung~ Karya Mazwela Mohamad. Novel ni di tulis ketika kami di tingkatan 2 (Dah 14 tahun tu..). I m write it here just to share...enjoy reading ;D. Cerita ini adalah ilusi dan garapan penulis dan ana semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup, harap maklum. Ana ingat lagi, tiap kali Maz menulis, ana akan ada disebelah sambil memberikan idea2 untuk beliau mengolahnya..how sweet that moment...hahahahaa Sekolah Tinggi Kluang riuh dengan penghuninya, loceng pertama telah dibunyikan. 5 minit lagi loceng kedua akan dibunyikan. Kamarul masih tercegat di pintu pagar sekolah. Matanya melilau seperti mencari seseorang. Loceng kedua telah dibunyikan, Norashikin berjalan laju ke sekolahnya. Dari jauh Kamarul tersenyum, Norashikin mengeluh panjang, memandang wajah Kamarul yang sedang tersenyum sinis.  "Lambat lagi nampaknya cik kak kita ni..." tegur Kamarul sambil mengeluarkan buku penga...

Final AFF Suzuki 2010 - Entri Ganyang!!!

Salam...wahh ramai nyerr yg sedang menonton final bola ek, ana pun turut sama nonton ni. Tahniah la buat keeper Malaysia, berjaya dalam cubaan penalti oleh indon tadi..yuuhuu..tak lepas beb. Enggak gampang sih mau bolosi gawang Harimau Malaya!!.. Tahniah buat Fahmie... ngehngehngeh... Pemain2 Malaysiaa bermain dgn bijak sekali malam ni, dah hampir 40 minit masa berlalu...bertahan!!! dan terus Serang!!!....

Piala AFF Suzuki 2010 - Round 2 - Here We COME !!!

  Salam readers, tu dia the Giant Screen At Putrajaya is REady!!... Apa lagi orang2 putrajaya moh pakat pi serbu!!! Reramai melepak kat situ jangan lupa tikar, bantal n makanan..kita berkelah di situ...jomm kasii gegar punya.. XD Alhamdulillah Cuaca pun cerah dan mengizinkan jer nak melepaks di sana... Mari kita Kasi GANYANG!!!

Terasa Diri Begitu Dihargai :)

Salam readers, emm hari ni dimulakan dgn kerisauan yang melampau, tak tahu nape trasa risau yg amat, pasal apa ek? Ana pun kurang pasti, entah hanya Allah jer yg tahu apa yang bersarang di hati ni kot, mungkin rasanya hal kehidupan, mungkin juga hal kerja. Banyak perkara membelenggu minda. Tapi Alhamdulillah, jika kita sentiasa ingat pada Nya, bebanan atau kerisauan itu pasti kan berpenghujung :D Nasib baik la cuma sekejap jer, setelah ana dapat 'selesaikannya' baru rasa lega yang teramat. Syukur Alhamdulillah. Emm hari ni 1 hari perut meragam, cam rasa pedih ulu perut jer..walau dah makan tp masih sakit. Sekarang pun masih lagi, makan dah banyak dah, tak tahu naper.. Tetiba setelah sekian lama x melihat blog hubby (hubby mmg ada blog, tp dia jarang sangat update) tetiba petang ni teragak untuk menjengah dan kemudia ana terbaca entrinya yang betul menyentuh hati ana. :'( Tak sangka ana, terasa diri ini begitu dihargai...huhuhuhu Bukan mudah untuk melaksanakan tangg...

Seksanya Melupakan Cinta (Oppsss Skandal ker?)

Salam readers. Alhamdulillah malam minggu br ni ie mlm td ana dapat tunaikan hajat sahabat ana yang nak sangat jumpa ana, bersusah payah dia datang dari Merlimau nak jumpa ana sebab tau ana dari Melaka (psstt nak tau sapa korang bleh baca kat SINI) Sound macam jumpa x-bf je kan, ekekekek...haah mmg jumpa pun xbf la, dah dekat 12 thn beb x pernah bersua muka, jgn x tau pukul 11.30pm sampai 1.30am yer ana jumpa dgn dia sambil makan asam pedas dekat Jln Kota Laksamana dan dia yg datang ambil ana dekat tpt penginapan, Subhanallah apa kes kan ana ni, sbg isteri org x patut kuar dgn laki2 lain kan? Aiishh aje gile ker, ana masih waras la..ana pergi kuar dgn izin suami n jgn tak tau ana masih tahu hukum hakam yer ( ayat nak gempaq jer :D) Suami ana pun ada sama la..(Sporting tak? Alhamdulillah suami ana sporting, dan nasib x ada aksi tumbuk menumbuk okey, hehehehe)  Uols pernah jumpa xbf? Emm ni pestime dalam hidup ana, ana jumpa person yg ada chemical history la kiranya, tp niat ana x...

Bolasepak Piala AFF Suzuki 2010

Salam readers, wah tak pernah ana jadi reporter sukan malam ni, tetiba plak blog ana jadi blog sukan ekekeke.. Rasa teruja pula  nak buat entri bola, sebab perlawanan malam ni lain macam skit...LAwan Tebus MARUAH tu...mana taknya pusingan pertama kita kena belasah dgn Indon 5-1 kan? Seolah2 kita ni mcam anak ayam yang boleh diinjak2 dan dilenyek2 kan (cam ayam penyet tu!!) jadi malam ni, kita bangkit dan GANYANG INDON sebanyak yang boleh dan mungkin untuk bekalan ke Jakarta yerrr... Manaa taknya bola sepak kita ni banyak hanyut dan tentu arah dah corak nyer, puas dah  inisiatif dibagi dan galakan dari negara bagi untuk semua pemain dan juga persatuan, tp tahap pencapaian cam tu juga, payah sangat nak di tebak la corak permainan pemain. Penat juga coach tu ngajo ntah memacam cara, tp derang tetap dgn cara derang kalu kat tgh padang...hhuhuhuhuhu Lagi satu ana bengang juga dengan penyokong fanatik Malaysia ni yg telah mencemarkan imej dengan insiden Laser ke MUka MARCUS tu (h...

Malaysia 1, Indon 0 - Bolasepak Piala AFF Suzuki 2010

Hoooyeaahhh...Goall!!!.. Malaysia 1 - Indon 0, Alhamdulillah bergegar blok rumah ana time ni, semua bersorak gembira ketika SAfee SAli menyumbatkan Goal pertama ke gawang Indonesia. pada minit 62 tadi :D Ana duduk kat umah jer bersama suami tercinta menonton perlawanan bolasepak ni, seronok juga sesekali layan bola dgn suami...tp sayangnya, perlawanan ni dicemari insiden laser yg membantutkan permainan, emm nak menang pun biarlah berhemah sahabat penyokong sekalian...jgn buat malu Negara..malu lah sampai jadi kecoh2

MELAKA NEGERI YANG SEMPIT (org melaka jangan marah)

Salam readers. Subhanallah lama nya tak update blog ni, mentang2 lah bercuti hujung minggu entri pun x ada yg baru (cam na org nak dtg baca kan? Nuff pun x masyuk la...ekekeke) Tak apalah, nak buat cam na, kesempatan tiada nak update. Ana tak dapat nak update sebab hujung minggu ni agenda bersama keluarga amat penuh. Syukur Alhamdulillah ana dapat meluangkan masa bersama famili tercinta bercuti ke Melaka. Tp kesibukan dan kepadatan pengunjung luar janganlah cerita yer, memang MELAKA JADI NEGERI YANG SEMPIT!! Em...kalu cuti hujung tahun nak2 masa krismas ni jangan ceritalah kepadatan pengunjung luar ke tempat2 seperti MELAKA, PULAU PINANG, PORT DICKSON & KOTA BAHRU (ini berdasarkan pengalaman dan cerita dari kawan2). Almaklumlah, semua org nak bercuti2 Malaysia ketika hujung tahun.  Memang Melaka jadi negeri yang Sempit sebab, di kebanyakan tempat semua jem dan padat dengan makhluk Allah kat negeri Melaka, ana kebetulan dapat homestay di area Bukit Katil (mcm yang ana cakap da...

PMR 2010 - 2A jer

Salam readers. Alhamdulillah hari ni penantian semua student PMR dah pun berakhir, tahniah diucapkan pada semua yang telah berjaya dengan cemerlang. Pada cousin ana yg dpt 7A 2B tu pun tahniah yer...korang mmg teror la. Pada yg tak berapa berjaya, jangan kecewa yer. Emm... sebut pasal PMR ni, ana teringat ana puna result, yup mmg ana x malu ngaku ana punya result masa tu cuma 2A 6B jer dan ana x pernah menyesal sebab takat itu jer kemampuan ana masa tu, walaupun  kebanyakan rakan2 ana terutamanya kawan baik ana dapat 8A skit pun ana x pernah frust, dan mereka pun x pernah nak bangga diri (tu yg bagusnya)...tp kesian juga kat kwn ana tu, dia x dpt pergi asrama penuh, sampai habis sekolah kami di sekolah yg sama (dia mmg best student, SPM pun gempaq dan dah jadi doktor pun dia.hihihihi) Pada adik2 yg gagal tu...ana nak nasihatkan janganlah korang kecewa atas kegagalan dalam PMR, sebabnya gagal atau x cemerlang dalam PMR bukan bermakna hidup adik2 dah berakhir. Tp anggaplah ia sebag...

Cinta Tak Kesampaian - Part III

Salam, hrrmmm masih x habis lg ek ana punya cerita ni, maaflah kalu mcm ada yg bosan pula utk m'bacanya. Ana tulis sekadar utk mencoret kenangan lalu... Emm naik tingkatan 4,ana mula berkawan dengan sorang sahabat, ana mmg dah kawan dgn dia masa sk agama lagi, kami berkongsi kakak angkat, suma cerita kakak chik yg tau, bila hari raya kami akan kunjung mengunjung ke rumah masing2...persahabatan kami ikhlas & x ada agenda tersembunyi, tapi ntah mcm mana ana boleh terjatuh minat pd dia. Mungkin sebab ana cemburu krn ada sorang junior ni ceta pada ana yg dia minat kat sahabat ana tu. (boleh pula gitu kan)... Minat pada sahabat sampai ana sanggup pergi tusyen dekat tpt dia tusyen, masuk persatuan silat dan join kelab seni kreatif (wah...teruk kan. Tp kami x lah penah dating @ buat sesuatu yg di luar dugaan, kami masih kawal batas persahabatan tu, ana sertai apa yg dia sertai semata2 nak tgk n dpt jumpa dia jer, tp bila dah nampak tu kami bercakap pun tidak, kira mcm x kenal pu...

Cinta Tak Kesampaian - Part 2

Salam, ADIK ANGKAT YANG TERANGKAT Pasal abg angkat kat skolah agama tu, bukan la terangkat sangat pun, memula dia tu share ana pasal dia minat ada sorang kakak kat skolah tu, dia ceta ngan ana macam2 pasal kakak tu, begitu la begini la, ntah macam mana, ana jd tpt luahan hati dia pula...kebetulan dia pun abg senior kat skolah menengah ana. Lama2 ana pulak yg terangkat kat dia, sbb cam rapat, kami jumpa pun masa kat skolah agama jer (masa skolah tu hujung minggu sabtu n ahad, masa kat skolah menengah tak jumpa mana pun, masing2 sombong buat x brapa kenal) Ada satu hari tu, dia bg surat kat ana, Masya Allah, surat dia punyalah berbunga2 sains fiksyen gitu (dia ni budak kelas sains), jadi surat dia bagi kat ana penuh dgn istilah2 sains n bahasa komik (surat tu ada ana simpan sampai sekarang, masa dpt tu baca dekat 2-3 kali br boleh nak faham apa yg dia cuba cakap...tp bukan lah ayat2 jiwang tau n tak ada maksud dia suka kat ana) dan kami berbalas2 surat...surat yg ana tulis pun rasa...

Cinta Tak Kesampaian - Part 1

Salam... Zaman sekolah adalah zaman terindah dan sangat berharga kan, kalu boleh nak putar masa balik zaman sekolah, kan..kan...XD Tapi tu sume x boleh jadi kenyataan, mana boleh kita undurkan masa yerkk..tipu jer sume tu. Allah dah kata masa tak akan boleh berputar semula.. yg berputar terbalik hanyalah Matahari...Nauzubillah, tu tandanya Kiamat kalu matahari dah terbit dari barat.. Allah hu Akbar.. Bila mengimbau zaman sekolah, Ana rasa cam nak imbau masa zaman sek men (elelelee...time tu ada chenta2 monyet skit ekekekeke) Allah.. x baik ekk.. Bukan nak cerita apa pun, x ada yg boleh menimbulkan nafsu syahwat ker apa...cuma nak ceta cam ne Ana ni boleh  terjebak dlm chenta monnyyett tu. Kira bukan baik mana pun Ana ni, ye la zaman sekolah Ana bukan di dalam kategori chantik atau ramai peminat (emmm perlu ker?) tp minat kat org tu ramai la. Sapa la nak kat Ana ni, skema yer rakan2, garang dan gedebuk skit (tak baik kan, x hargai kurniaan Allah, Astagfirullah) So kira tim...

Jiwa Kacau

Salam.. Hrmm...ntahla ada yang tak kena dgn Ana ni kan, dlm 3 hari ni dah 2 kali tukar background. (Adakah itu menunjukkan jiwa kacau?) Mungkin bagi org yang belajar psikologi boleh menilai kot. ;D Tp sendiri rasa ada yg x kena dgn background merah tu, emm pertamanya kenapa warna merah? Bukankah merah menunjukkan garang? Mungkin, tp Ana suka merah sebab ada imej hati. Sahabat pun ada tanya naper pilih merah...Ana cakap sweet jer warna nya.. Tapi tup-tup hari ni aku jadi x tenteram plak tgk warna merah tu, cam jadi hangin jer kan, huh..Memang sah jiwaa tgh kacau. Astagfirullah....Istigfar banyak2 kan.. Allah hu Akbar.. Bila fikir2 balik, baik cari warna yg tenang dan mendamaikan, warna yg disukai nabi. Hrmmm baru Ana igt, warna kegemaran Ana biru ngan hijau..godak template jumpa abstrak background, kira boleh la kot. (Sendiri nak design tak berapa pandai)..cam tenang jer tgk.Korang tenang ker baca blog Ana ni? Kalu menambah kan serabut jer, x payah la baca..bukan ada apa sangat ...

Hakikat Hidup

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum Kala aku menulis ni, aku sendiri tak tahu apa yang nak diceritakan untuk dikongsi. Perjalanan seharian memang terlalu banyak perkara baru yang dilalui. Tekanan, gembira, bahagia, marah dan amarah. Semua ada kan. Korang pun mesti rasa macam tu kan.  Hari ni aku ke Melaka, pergi ke hospital Melaka. Bukan jauh sangatkan dari Putrajaya ke Melaka. Dalam sejam 15 minit jer. Pergi Melawat Pegawai atasan aku yang admitted akibat masalah jantung. Alhamdulillah dia tak apa2 cuma doc kata denyutan jantungnya tak stabil.  Dalam perjalanan tu, aku sempat membaca novel  Islamic Pembangun Jiwa – Tribute Buat Nenda Karya Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid. Novel tu sangat bagus untuk pengisian jiwa. Bergenang juga airmata ni membaca kisah hidupnya yang disulami dengan sirah2 nabi dan para cendiakawan serta ilmuan islam yang tak pernah aku tahu.  Tadi ketika membaca kosmo onlie aku terpanggil untuk membaca artikel tentang ‘Dakwah Cara Fatima...

Homestay @ Stay Home?

Salam readers. Me rasa teruja sangattt dan gemmbiirraaa giler rasa nak lompat2  menari macam tarian balet kat atas tu ;D (Sebab x pandai le  me taruk pic tu hehehehehe). Buang tebiat apa? Tak la, sebenarnya hari ni me rasa lega coz planning me n my famili nak pergi vacation hujung minggu ni akhirnya terjawab sudah. Insya Allah. Uols nak tau, td dah la me penin kepala mencari hotel2 kat melaka, semua penuh beb....homestay jangan ceta le. Abis me 'geladah' website cari ceruk mana ada tpt utk stay...tp hampeh (Me geledah time rehat yer...) Maklumlah hujung minggu ni kan Krismas, then Melaka pula jadi tempat Sambutan Krismas Peringkat Kebangsaan, mau x penuh semua tpt, ceruk rantau orang booking. Sampai rasa frust. (Adik me pun sama penin, dia pun cari gak, tp penuh) Memula kami adik beradik mmg plan nak stay sana after gi wedding our cousin, tp my mum kata x payah, so we just follow her, tup-tup last Sunday my sis cakap mak kata suh cari hotel coz nak bermalam kat sana...ma...

Antara 2 Jiwa

Salam readers...n selamat Monday Blues (sure punyalah monday blues, like me) Cuti 2 hari cam x kecukupan jer kan. Time ni lah nak spent time puas2 ngan anak2 (bg yg ado ya) n suami. Me 2 hari ni mmg spent the quality time with him, dah 1 week x jumpa kan...byk cerita nak share n agenda nak buat (hahh jgn pk yg bukan2 yer...ehem, bukan bout sexual k, byk agenda urusan rumahtangga yg perlu kami buat) hahahahaaa,korang kalu bab rumahtangga otak mesti pk yang tu jer..ahaksss Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana so far our marriage getting quite establish (for time being, hope will be forever. Amin) Bukan senang nak bina kekuatan & persefahaman dlm berumahtangga. Tambah pula dlm keadaan kami ni yg dah 2 thn tanpa cahayamata (but its ok for me, walau kekadang rasa nak mengandung sesangat, coz my frens around me rite now ni, mcm lari berganri2 uols, lepas sorang,sorang bersalin, mau x cemburu...tp kena redha ok..Allah Maha Mengetahui) 2 tahun kira muda lg, ada yg dah berbelas thn mas...

Mulianya Tetamu

Huraian: Setiap insan yang mendiami bumi ini seharusnya menjalinkan hubungan sesama mereka dengan adab-adab muamalah dan pergaulan sosial yang baik sama ada berbentuk perkataan yang baik dan enak didengar, kejiranan yang mendamaikan dan layanan terhadap tetamu yang selayaknya. Semua ini adalah unsur-unsur keimanan seseorang kepada Allah SWT yang menyuruh kita agar berakhlak mulia yang akan memberi manfaat di dunia dan akhirat. Beramal dengan apa yang terkandung di dalam hadis di atas akan mewujudkan kesatuan ummah dan menjinakkan hati manusia serta menghapuskan sifat hasad dengki di antara satu sama lain sebaliknya akan meluaskan perasaan kasih sayang yang berpanjangan.

Dugaan Itu

Salam readers. Uols buat apa hari ni? Melepakz ker mcm me buat ni? Ekekekeke. Sekali sekala duduk umah diam2 jer jgn gi mana2 k. (Mcm bleh percaya muka me kalu x berjalan hujung minggu). Emm br lepas entertain my fren yg dtg bertandang ke rumah, dia dtg ambil brg kiriman dia tu Sayur MIDIN tu...me jamu la sekali dgn nasi goreng kampung + ikan terubuk masin + kek lapis srawak + teh stawberry CH. Hihii, pepagi lepas solat me dah kelantang keluntung siapkan  makanan tu, pukul 8.00am siap, tp tetamu nya datang kul 10am...hihihihi. Tak kisah la janji dia dtg...she come with her famili. Rumah me yg senyap sunyi ni kalu sesekali org nak dtg me rasa happy..ada gak org dtg berziarah, (boleh la bawa kuar dosa2 kecik  me skali kan :D) Oh ya 2-3 hari ni me asyik berchat kat FB ngan my fren, actually dia yg tegur me dulu, me notice dia online tp x ada la nak tegur, tp ntah nape dia tegur me dulu, me jawb la n layan. Sebenarnya dia ni kwn skola Menengah dulu, kami pernah close sekejap (...

Bersabarlah

Cerita Cinta Bumi Kenyalang - The End of Journey....

Salam readers...emm rasanya cerita me dah sampai ke punghujung dah. So lepas ni korang tak payah risau yerk.. :D Tapi berkunjung ke Kuching Sarawak, merupakan pengalaman yg best...Tq org S'wak;; XD bersama barangan yg diangkut @ Kuching International Airport menu dlm flight utk penerbangan tu..syg x ada ais krim dah... makanan tu pun habis me bedal...lapo oo..

Giveaway - Saya Nak Kain Itu!

saya join GA ni pula... due date 21 Jan  jom join kat SINI

ezloveycraft 1st giveaway

join GA ni pulak due 12 jan (sehari sblm my beday tu ;D) Korang meh la join kat SINI nak tag semua readers blog kecik me n sesapa yg bc blog me ni...ekekekeke

The Lucky 10 Draw by Erin

me join contest ni (wah lamanya x join contest) due 20 Dec senang jer syarat2 nya...korang ce tengok kat SINI

Dalam Hati Ada Taman!!!

Salam, yippieee... Malam ni me happy berganda2 uols...kalu tadi pasal my BE sekarang pasal visitor plak...kan dulu me penah ckp, me x penah pun jumpa visitor lebih dr 2 org, tp mlm ni me jumpa lebih tu...eee suke2 sangggaaaatt.. sume pasal entri x sedo diri me NI kot..agagagaaa..bukan selalu kan  mula2 me tgk ada 3 org termasuk me...x lama lepas tu... ada tambah sorang lg...weee tu yg suka sangat.. (walau bukan berbelas2 pun kan, biar kecik tp trasa dihargai ;D)

Bila Suami Tak Ada, Me Bawa Balik Skandal!!

Salam. Emm, memang hubie me tak ada, masa me balik dari Sarawak last Wednesday, dia dah pergi Lumut till Saturday. Eee, boringnya tinggal sorang2, n uols pun tahu kan me ni kan P***Kut. So tetiba nak hilangkan boring and bosan sesorang, me terjumpa seseorang... Me ajak dia datang umah me, dan dia setuju.Wah sangat la happy coz ada teman, dia datang semalam. Me ajak dia stay ngan me sampai Sabtu. Dia pun tak kisah sebab dia single. Hubie? Eleh dia sporting, dia x kisah me nak bawa balik sapa pun... HAAHAHAHAAA...entri gila kan, boleh rosak rumahtangga uols...jangan tiru tau!!! ni haa, my fren masa zaman kanak2 ribena, kebetulan dia keje kat area sini, so me ajak la dia teman, walhal masa sekolah tak rapat mana pun gegitu jer...eheeee

Cerita Cinta Bumi Kenyalang - Part VI

Salam readers...emm cerita tak habis lg ekk...actually bukan nak cerita apa nak share gambor jer...ekekekekeke UiTM di HatiKu!! Me di bawa gi kat sini, tempat biasa org datang utk cari UiTM (bukan universiti laa) ni haa UiTM tuu tu rege jer..tp me dapat brapa tau RM30 = 10 ekor, korang jgn x caya!!! betul me x tipu, me beli kat bhgn luar pasar, dekat pintu tu, uols jalan terus jer then belok kiri, kat bhgn hujung tu ada jual, kalu kat dlm pasar tensen beb, byk sgt saingannyer.. Ce tgk ikan tu segar kan...mmg segar n fresh lg br garam..isi tebal Ada setengah tempat tu, kering n kuning tu maknanya dah lama. (Me br jer goreng td emm sedap n x masin sgt, fresh lg rasa beb..perrggghh ngenciss air liur hahaha) Proses menggaram ikan terubuk Pas tu kawan me bawa me gi cari MIDIN..tau tak apa tu MIDIN? Ialah sejenis sayur ie mcm paku pakis.. kawan me kirim, kalu x,tak gi cari juga.. Antara pasaraya yang me nampak dalam perjalanan nak pergi ke Batu 7, nak gi cari Midin punya pas...